Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, April 5, 2013

Happy birthday my Hubby

Salam....
Its 6 April! When 6 April muncul bermakna hero saya tua setahun. Well perkahwinan yang baru nak masuk 4 tahun dan perkenalan yang baru je 4 tahun, dah tak tahu nak beli apa tuk besday boy.
Hanya doa la tuk tahun ni yer kanda...
Selamat hari jadi yang ke 37 sayang... Terima kasih di atas segalanya. Terima kasih di atas kasih sayang... Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia dan kawan di kala suke dan duka selama ini. Doa dinda semoga kanda sentiasa di lindungiNya dan sentiasa murah rezeki.




Kau ada dikala ku suka, Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu




Happy birthday hubby... Love you everyday! Every hour! Every minute! Every second!
- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, March 31, 2013

My new job

Salam...

Dah 5 hari aku setat kerja... Alhamdulillah, nampaknya aku selesa dengan kerja baru. First two days mmg tak ada kerja. Sumpah aku macam org bodoh je rasa. Mengantuk, nak surfing net pun macam tak berani. Kang org kata ko makan gaji buto!

Alhamdulillah minggu ni cuti sekolah. So tak banyak la kereta. Abang zamani hanto akak gi balik kerja. Masa kerja 9-530 ptg. Yang syok depa ni tepat pukul 530 balik dah... Tak pusing kiri kanan. While me? Opis abang zamani dengan akak lebih kurang 5 km??? Hagak la... Tapi kalau jem tu ambik masa setengah jam jugak la... Zamani balik kerja pukul 545. Cik abang tu boleh tahan lemah lembut juga nak ambik tatak korang ni. Bayangkan 530 semua dah balik, zamani 545 habis kerja. Dia punya masa nak kuar opis pun dah pukul 6.... Stress ko tahu!

Budak opis tentu cakap aku poyo banyak kerja nak buat. Lalalalala...padahal????



Yeah my new opis. Terkejut bila diorg bagi aku bilik. Heheh...sempat ko snapkan?



Study serba sedikit pasal company... Mmg blur masuk. Tah aku jenis yang tak mesra alam ni. So budak2 opis pun tak berapa mesra. Only one or two je. Masuk je, tunjuk tempat duduk aku. Tak terangkan apa2 sampai selama 3 hari aku guna toilet lelaki ok! Padanla semua tengok aku semacam je. Than aku tengok seliper toilet pun saiz lelaki... Terasa macam nak gantung diri bila senior aku tanya selama ni aku gune toilet luar ke? I said yes... Kot ada 'kesan' yang tertinggal ke apa. Hahaha

Rupanya toilet perempuan belah dalam, bahagian belakang.... Pantry pun asing lelaki perempuan! Dan di sebabkan staff melayu semua perempuan. So surau pun kat area tu jugak. Lelaki staff banyakkan runner. So solat gi je masjid negeri. Hahaha

Tapi tak pa... Cabaran org baru. Zamani marah aku sbb tak nak rehat dengan Diorg. Dia tu macam tak kenal akukan... Dia ingat bini dia ni mesra alam ke? Dia sendiri tak ada kawan. Lagi nak kutuk aku. So di sebabkan tu dia turun lunch dengan aku every day. Hahaha...



Perbualan laki bini... Bila pukul 12 je tanya lunch mana. Elok lunch sesama ni... Hahaha jimat kos!


Pandangan dari bilik aku... Depan tu federal highway. Sesiapa nak info trafic boleh roger. Hahaha...at least tak la bosankan. Bole cuci mata.

Kerja ni mencabar jugak. Tapi banyak working paper. Banyak akta kerja aku nak kena tahu sbb itu sebahagian dari job scop aku. Masih lagi belum menyentuh akaun. Bos aku nak aku belajar flow business ni dulu sbb aku boleh touch account. So aku kalau baca2 ni mmg otak lembab. Baca sampai 10 kali sbb nak faham. Aku tak suke nak hafal, aku lebih suke fahamkan konsep. Jadi org pusing macammana pun kita boleh terangkan.

Masuk hari ke tiga dah mula biZi... Mak aiiii so far customer aku mmg banyak songeh la... Yang best company aku tak ada masalah pasal bad debt. Sbb semua cash term. Tapi nak buat confirmation tu punyalah mencabar. Diorg pulak jenis cakap lepas. Cakap system culculation bodo la... Apa la... Sampai confuse, siapa yang baru ni? Aku pekerja baru ke, atau ko customer baru? Tengok contract dah setahun dua ikat contract tapi tanya macam ko customer baru pulak. Oklah mungkin aku org baru kot...diorg ambik kesempatan la... Ambik 3 hari jugak la nak suruh diorg confirm figure... Hawau je.



Motip gambar? Ini la pencel yang aku gune... Ikea ok.aku nak tanya stationery pun macam takut... Takut org baru selalu di cop bukan2. Hahah biasa buat kat orang, kan dah kena batang idung sendiri. First day tu jugak aku beli barang stationery. Pueh hati den...

Ekceli belakang opis tesco... Apa lagi??? Makin syok la cari alasan nak beli barang. Tak pa la... Aku ni memilih pen, pensel semua. Kang tak sedap aku jugak bising, sentap!






Ha hasilnya? Bahaya tau... Asik terjebak je beli baju... Hahaha.

Ok tu je nak cerita... Bubui

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Opis

Friday, March 29, 2013

Satu ke dua


Tadi org tanya...

Anak akak berapa org....

Ku jawab satu... kalau cakap dua panjang pulak cerita. Kalau cakap sorang pulak, aku tak boleh menolak hakikat, i'm a mother with 2 child. Aku tak boleh nak cakap satu. Hati sakit gitu. Tapi tak pa la... Tuhan lebih tahu.... Aku tahu... family aku tahu... teman rapat tahu....

Amani Iman?

Erm... soon she will know and understand. Ekceli aku harap dari jendela opis ni bole nampak pusara Ayssah sbb pusara dia kat atas bukit nun.... so bole la nampak kalau jalan tepi hignway batu tiga tu. Tapi jauh sangat...
 

Sajer update blog... ari jumaat. Encik somi tak dapat nak lunch sama2 dengan kiter... so kita dok opis diam2 sajor.

Till then yah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Pemergianku....

Salam...

Lama tak berbloging... Chewah! Yang korang baca tu adalah auto publish. Eh bukan auto publish... Sblm akak pergi kerja, akak upload draff dalam blogPress.

Tajuk tak bole bla kan? Well nak cerita pasal budak opis lama belanja akak makan. Ok aku tak tahu la nak cakap macammana. Tapi management mmg tak ada buat farewell ke apa. Kalau korang tanya aku, ye aku terasa sikit. Tapi tak yah la nak harapkan apa2. Tak mati punkalau org tak buat farewell tuk ko punkan?

Yang ni atas ikhsan kawan2 opis...


Makanan yang sungguh banyak... Layan...


Lauk ikan masak asam yang sungguh kick! Rasa nak tendang je bila makan. Hahaha... Tapi tak lawan asam pedas melaka la! Terbaek!



Kari kepala ikan yang super sedap! Tapi!!! Sbb banyak sangat makanan. Maka tak termakan. Kalau kat rumah, habis jadi fosil je terus. Itu nasib la kalau ada sisa jadi fosil. Silap hari bulan kesan tulang pun tak ada ok... Licin!


Nyonya kitchen kat bayu bukit tinggi klang, mmg terbaek. Diorg ada sediakan pakej tuk berapa org makan. Yang best ada pembuka selera bufe secara pecuma. So rugi kalau ko tak makan. Sbb yang kita org makan ni set.



Thanks to Mrs how, may and mr chin. Maaflah, diorg nak belanja aku. Tapi aku bawak bala tentera aku sama... Hahaha... So secara tak langsung diorg pun terjebak makan free. Tak pa rezeki elok di bahagikan sama rata, sama rasa. Yer dok?



Sesi bayar pulak. Thanks so much.

P/S ekcelikan, aku sedih tengok gambar2 ni. Bukan sedih kenapa. For past 6 year working kat sini, bila kita undur diri tak nampak sebarang penghargaan yang di beri. Bukanlah nak minta raikan ke apa. Tapi tah... Aku terkilan. Rasanya mmg aku buat keputusan yang sepatutnya... Ko junjung, hargai tapi bagi mereka ko tak ada benda pun. Kan?

Aku sudahi dengan image email dari kawan rapat aku kat klia... My branch manager. Before aku bla, aku drop email thanks and good bye. Berapa org je yang balas... My boss... Only sent sms wish me good luck and keep i touch. May be semua tak suke aku kot.. Hahaha... Tunggu je masa tuk aku bla... But this email berjaya buat aku menitiskan air mata. Hahah... Hati tisu sungguhkan?


You see people... Kau bole tahu la mana iklas dan mana takkan. Apa pun cerita dah lepas. Aku pun dah mulakan langkah ku tuk keluar dari situ. Harap aku takkan pandang dan pusing ke belakang any more...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Nyonya kitchen

Thursday, March 28, 2013

Will miss everything here

Salam...

Akhirnya aku telah mengakhiri perjalanan yang hampir 7 tahun sabtu lepas. Semalam tetiba jadi sebak. Well im suppose to be happy. Yes im happy, no doubt lakan... But leaving work place yang menjadi rutin hidup yang paling besar selama hampir 7 tahun tau... Terasa sangat.

But hidup mesti di teruskan. Kita hidup pun mencari yang terbaek.

Hari terakhir masuk opis je, semua tempat yang aku jalan aku snap. Hahahah...



Will miss the punch card... Pagi2 berlari tuk pastikan punch card tak merah. Time balik pulak berlari tuk pastikan balik 630. Ho ho ho... Pasti tempat ni menjadi peringatan tuk semua staff nakhoda i guess?



Entrance masuk.... Pintu tu mmg berkunci. So agak leceh nak bukak. Dah la butang dia nunnn jauh di dinding. Lambat 15 saat, kunci balik. Dan pastinya aku akan rindu nak sekodeng org luar. Kah kah kah... Mmg tak ada kerjakan?



Tangga yang ku guna tiap2 hari. Sebelum office renovation, ini pintu masuk utama. Naik dengan mals kadang2. Tapi kurusnya idokkan? Ahahaha.... Kadang2 sampai nak tersungkur berlari naik tangga ni. Dulu opis tingkat atas je. So pagi2 ko bole dengar semua berlari nak naik punch cepat2.



Pintu masuk... Nama commercial! Hahahah kalau call bank on behalf syarikat ingin maju, mesti org tanya,

Dah maju belum? Asik inginnnn jerk?

Hampas! Hahaha but its something to remember.













A walk to remember... Aku sendiri tak sangka aku akan pergi dari company ni tahun ni... Mmg tak terpikir pun. Tapi Allah membukak jalan untuk aku. Kalau tak tah berapa tahun tah aku nak duduk di sini.

Aku harap ia petanda yang baik bagi memulakan satu yang baru. Korang pun aku ni payah sikit nak berhenti kerj kat sini. Tapi sangat di permudahkan. Than seminggu sblm berhenti kerja, sakit satu rumah. Yang aku takut on the day aku kerja aku peyed. Benda yang aku takut gila... Tahu je la kalau aku sakit. Mmg sometime kena jab pun ada. Tapi bulan ni awal 5 hari... Wahhh apakan tanda itu? Syukur la.... Nak mula kerja ni kenalah tunjuk semua positif. Dapat tahu pulak cuti sekolah... ya Allah syukur. At least jalan tak jam sangat dan boleh la atur masa tu nak ke opis baru... Harap semua petanda tu baik. Menunjukkan Allah mempermudahkan jalan buataku mencari rezeki yang halal.

Insya Allah kan?


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Port klang

Wednesday, March 27, 2013

Rezeki

Salam....

Lama tak updatekan... Tersimpan dalam draff je. Bz sangat dengan kerja... Hahaha sila la percaya yer.

Last month punya cerita. Aku belanja budak opis makan. Wahhhh kena nombor ke? Well perasaan kot sama. Belanja mereka sbb diorg mendorong dan mendoakan aku tuk mendapat kerja baru. Syukur... Rezekikan... Apa salahnya kongsi rezeki tu.



Muke ku yang kelegaan... Terlepas dari kerja yang mengikat aku 6 tahun lamanya. Anyway tudung biru tu, kawan aku dia nak berhenti kerja, so aku belanja dia sekali gus la... Dua2 tu mengandung. Mustajab betul doa ibu mengandung ni. Hehehe




Dan tak lupa juga mereka... Ika dan aisyah. Diorg pun sama jugak... Banyak bagi aku semangat. Hahah kalau bos aku baca ni, rasa2 diorg kena warning letter sbb menghasut tak? Kah kah kah.

Lunch pizza hut ajer.



Abaikan budak yang kesedihan ni... Hehehe... Coklat cake volcano mmg terbaek. Sebagai pencuci mulut.



Licin.... Alhamdulilla... Korang tahu tak, hati ni berat nak berhenti sbb kawan2 je. Relationship tu mmg jujur org kata. Gi matilah dengan management...

Tapi macam diorg cakap, apa pun kita kena pikir masa hadapan. Bukan depa nak bagi kita makan. Mereka hanya boleh dengar luahan hati, marah dan kecewa kita je... Tapi tuk ubah masa depan sendiri, sendirilah kena buat kan?

Ni belanja sbb gembira sbb dpt kerja... Time aku nak resign? Apa cerita pulak? Semua pasal makan2... Tunggu yer! Aku buat entry.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Port klang

Tuesday, March 26, 2013

My first day

My first day kat opis baru?? Erm i guess like other ppl jugaklah kot. Terasing. Lagi la daku yang tak banyak cakap. Ko buat tak tahu dgn aku, aku lagi la buat tak tahu.

Mungkin baru kot. So far aku try ringankan mulut. Yg tegur aku kat opis ni budak nepal sorg ni. Baik sangat. Dia yg ajar aku payroll culculation. So dia bukan calang2 org ok! Yang budak melayu im not sure diorg mmg malas nak ajar atau sombong. But take positive yer. Mungkin tak mesra lagi.

Got my own room. Tak ada yg best pun. Opis lama pun ada gak bilik tapi terasing sikit.

Ok itu je nak laporkan. Daaaa

via Amaniiman iPhone

Sunday, March 24, 2013

Aisyah farhana besday

Salam...

Sorang lagi anak buah yang sambut hari jadi. Wahhh aisyah dah 7 tahun. Big girl already!

Darjah satu sudah.




Kek yang di claim oleh aliya dia yang beli.hehehe ok... Kami percaya aliya... *angguk kepala suke2*



Besday Aisyah yang ke 7...kita sambut awal sehari sbb dia sekolah ari isnin. Mmg la sekolah ari isnin, yer dak? Hahaha di sebab umah tok sekarang dah jauh, nak ulang alik bukan mudah.



Happy besday kak long... Mak long doaka. Semoga aisyah menjadi anak yang soleha buat kedua ibubapa dan kakak yang sentiasa di sayangi dan di hormati adik2...

Mak long, pak long and amani sayang aisyah selalu...


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 22, 2013

Berakhir nyawa sebuah bb

Sedih ari ni! Makan ati! All day habis termenung tunggu phone restart. Tak bole nak guna langsung. Benar la kata org black berry mmg cepat hang. Memula alu tak percaya tau. Bagi aku kalau org guna elok, takkan cepat rosak. Sbb ini phone pertama yg aku pakai rosak. Pes time phone yg aku pakai rosak.

Mmg rezeki pakai s4 galaxy nampaknya encik zamani. Wakakak tention abang zamani kau. Tp aku sedih sbb itu hadiah hari jadikan dr encik somi.

Terus hantar g repair. Tak rasa nak tolak ke apa. Now using IP amani iman. Ini pun nak berebut dgn ibu tau amani ni. Hahah dah ko kata phone diakan?

Aku diam je dia melalak nak mainphone. Idok la aku bg sbb bill wei! Bising bapak ko!

Error typing harap maafkan. Tangan debab mestila taip terhegeh2. Ni pun separuh stress! Hetchu! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, March 21, 2013

bukan main.....

Nak berhentikan? bukan main free update belog.... hahah sila la cemburukan saya...

tak tahu la senin ni macammana... tah2 kat opis baru tak bole berintenet sesukati... kan? aku tengok semua kerja bersungguh2 je.... compare sini kan...

anyway nak cerita. Kawan opis ni dah 36 minggu.... dari awal kehamilan dia, dia nak buat scan 3D tapi suami dia tak benarkan. Sbb takut apa-apa effect kat baby. So kawan aku ni nak jugak buat sbb teruja dengan cerita aku...

Haloooo akak mengandungkan Amani Iman sebulan sekali scan... doktor aku dulu pun tahu kes lama, bila aku datang walaupun hanya batuk, dia akan scan. Kami dah nampak Amani still in tummy lagi. So dia teruja la nak tengok baby dia. Lagipun sebagai kenangan. Esok bole la tunjuk anak tu rupa dia dalam perut ibu... kan???

Amani punya gambar scan dari usia 7 minggu sampai la ke 36 minggu... hahaha berangan... 36 minggu???? 35 minggu ko dah beranak dah. kui kui kui.... tapi sayang la... mana la aku letak CD amani iman at 32 week eh.... nanti cari. Penting tu...

Aryssa pun aku ada simpan. Oh tu lagi kenangan. Anyway aku call buat appointment dengan klinik aku check up dulu... RM 180 ko!!!! 4D and detail Scan.... tapi kawan aku ni tak nak laki dia tahu... dia kalau boleh nak bawak aku je, so nanti dia tunjuk kat laki dia je... alooooo nasib baik la abang Zamani ko tak gitu. Sbb tu aku buat double check up kat UMRA and HOSP Kerajaan. Hosp kerajaan pagikan, dia tak leh nak join tapi kalau malam mmg pergi UMRA dia nak ikut. Sbb nak tengok baby.

And doktor tahu la bahaya atau tak kalau scan. May be dulu yer kot. Now dah selamat. Detail scan mmg best...both our gurl shy gurl tau... Alhamdulilla.... Aryssa pun memula susah nak tengok muke, end up tunjuk. Sama jugak Amani. Puas la doktor tunggu nak tengok muke...

Anyway kawan aku kalau bole nak buat sabtu lepas kerja.

Aku :- Akak dah set masa ahad pagi... gi la dengan laki mu

Dia :- Alaaaa nanti dia banyak pantang larang la kak... malas org. Biar org tunjuk lepas check tu

Aku :- Lorrr... anak sendiri ni. Tak ada makna la... ko dah 36 minggu dah. Tak ada yang bahaya pun.

Dia :- Sbb tu la... ahad tak leh, dia ada nanti susah org nak pergi. Tapi akak sabtu bole ke?

Aku :- Tah.... kang akak kalau cakap dengan abang Zamani dia lak excited. Hahaha...

Dia :- Kenapa plak?

Aku :- Kang dia ingat aku lak mengandung....

Wakakaka....

Dia :- Akak terang la kat abang Zamani...

Aku :- Hahah akak takut akak baru cakap nak gi UMRA dia yang excited lebih2. Dia mmg suke kalau bini dia check kat UMRA....

Dia :- Sengal akak ni...

Ho ho ho... bukan mainkan????

Haiiiiiii bila la nak check up kat UMRA lagi yer... kih kih kih






Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails