Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, July 14, 2010

Saya ke singapura....

Satu keputusan yang agak pantas bila minggu lepas ari Rabu aku dengan Zamani buat keputusan nak pergi ke Singapore... since Zamani pun tak pernah masuk Singapore, apa gunenya kalau binik ada keluarga kat sana tapi tak nak bawak en suami bertemu dengan sedara mara... kan?

So hari Jumaat, lepas kerja kami berlari ke Putrajaya, tuk ambik ibu dengan ayah... bertolak dr Putrajaya pukul 8 malam... sampai Singapore dalam 12 malam... sbb berhenti kejap kat RnR...

Matlamat utama sebenarnya nak register Lady D masuk Singapore tuk dapatkan autopas... tak kuasa aku nak beratur pagi2 raya esok...confirm ramai org nak masuk Singapore, dan kaunter nak dapatkan autopas tu dah la satu je... tak leh dpt kat tempat lain.

Dan matlamat ke dua... nak tengok.....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

My lil cozen brother Adam dan Aqil... sungguh cepat diorg ni membesar... diam tak diam 8 bulan.

Ekceli pakcu dengan mak cu jemput kami tido umah diorg kat Punggol... tapi since dah malamkan, tak nak la susahkan pak cu... so stay umah nenek... esoknya seawal 10 pagi pakcu dah datang menjemput kami ke umah dia tuk tido malam...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

welcome kak cida and abang Zam.... my name is Adam...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Adam yang dulunya besar dah susut dah badan... tapi pipi tetap macam gitu... tak turun2...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aqil pulak sangat bijak... ada je aksi dia nak buat...

Lepas rindu dan gian nak jumpa mereka... dan dah tentu tak lepaskan peluang bergambar dengan budak dua org ni... comel lagi montel...

Tapi bila tengok balik camera... gambar adam mengatasi segalanya... padahal aku dengan Zamani banyak spen masa dengan si Aqil... sbb tak banyak ragam... Adam sbb dia nak dengan Bibik, mummy dan papa dia je... so bila angin dia ok, tu yang sorg2 cepat ambik gambar... buatkan gambar adam lagi banyak dr Aqil... sian Aqil...

Aku dengan Zamani cube dapatkan gambar the twin together... wakaka... veranggan sekejapkan... kalau ada anak kembar...

Punya susah nak capture moment... dua2 tak leh duduk diam... kejap si abang gerak... pastu si adik plak...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aqil dah tak sabar nak kuar umah...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bila Aqil sedia... Adam pulak toleh belakang tengok mummy dan bibik...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Agak payah....tapi tak mematahkan semangat... Kak cida nak jugak ambik gambar dengan korang!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Akhirnya... comeikan kami berempat??? hehehe.... layannn.. banyak lagi cerita...satu2 naaaa

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails