Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Friday, February 5, 2016

My breastfeeding journey

Ok... is it melucah? Hope no la kan. Entry for mommies je yer.


I got problem with breastfeeding (bf). Almost one month masih gagal menyusukan aiman dengan betul. Dah confident senang macam ammar dulu. At least ammar walaupun sekejap. Menyusukan dia setahun pun dah kita kejayaan bg aku. And of coz la kali ni nak lebih lama lagi. Yer dak?

Time ammar mmg tak beli susu formula. So ikut celah mana pun ko kena gigih susukan dia. But aiman dah 3 bungkus susu dah tuk support dia minum.

Kenapa?

Ok since the first day latch dah salah. Gov hopkan tak leh masukkan botol susu bagai. Ok fine. Dalam keadaan mabuk sbb kesan bius i really dont care. Janji sumbat je dlm mulut aiman. Dan time tu la dia di ajar tido dengan mulut tersumbat dengan puting kita. Mcm aku cakap la time amani and ammar masalah sakit cser so nak gerak payah. Ooo kalau la amani and ammar seberat aiman, mau nangis akukan nak menampung berat pada luka. Time aiman lepas cser tak sakit cume mabuk nak ilangkan kesan bius. So tak leh nak bangun walaupun duduk. 24 hours kiranya.

Jadi hari ke dua tanpa aku sedar mmg luka la. Sbb walaupun dah habis bius, tp kita kena rehat la kan. Tp macammana nak rehat bila anak nak susu je. So sumbat!

Than luka di permukaan puting. Aiman isap terus keluar darah both side. Nasib baik time hari nak discharge. Suruh abang zamani bawak botol susu. Dah tu laki aku tukan mengikut arahan. Dah ku kata 'b' aku luka teruk, dia bawak botol susu. Susu tak beli. Kawasan tu mmg tak ada lakan jual susu formula.

So since situ la bermulanya aiman di bantu susu formula. Balik je terus urut. Air susu mmg tak bole keluar. Urat2 bengkak. Aku tak leh nak pum atau perah pun sbb kudis di permukaan menghalang air susu keluar. Bayangkan siksa. 5 hari gak la. Nurse dtg lagi la tak syok. Kena susukan anak. Jangan bagi susu formula. Habis celah mana air nak kuar??? Tak faham betul. Estrem on bf tp tengok la kondisi makkan?

My mom letak minyak gamat. The next day kudis tu terkopek... ha baru la susu kuar. Nak pum pun tak bole so tadah.

So aiman dah selesa susu formula. Buat aku risau. Bila nipple ok. Dia masih menyusu bahagian puting sahaja. Lepas tu lain lak jadinya. Puas la aku tolak sumbat nak bagi dia lekap tp end up dia tarik ke belakang and bila dia dpt area puting dia isap dengan kuat. So ko macam redha. Nak tarik mau luka terukkan???

Dah banyak kali aku cube. Infact ammar dengan aiman tak la jauh sangat.

Than silap aku sbb bg dia susu puting tirus!!! Dem sangat!



So ini la penyebab utama kot dia tak bukak mulut sebesar. Time ammar mmg start dengan botol gak. Tp jenis ni. So awal2 je ada masalah. Lepas2 tu ok.

Than cari la botol susu yg macam ni



The way tengok dia menyusu botol ni pun, dia ambik hujung. So kena tekan dan sumbat. And my nipple tak pulih2 lagi. Sebb sehari sekali aku bg dia direct and tiap kali tu la sakit.

So endup cari perunding susu ibu. Nasib baik adakan skrg ni. Klinik and hosp gov cakap je support bf, kelas pun tak ada. Mcmmana??

Kenal dengan puan syakira. Aku blm jumpa dia tp watsapp je. Dia suruh bagi luka tu sembuh.

Buat masa ni hanya gune susu badan tuk sembuhkan luka. Bila baik betul than perah susu. 3 jam sekali tuk stimulation. Sbb baby dah tak nak susu badan ni. Means secara direct bf.

Semalam nampak dah ok baik luka. Start balik direct bf jadi balik. Siap aiman nak muntah sbb aku tenyeh masukan 'miss b' dalam mulut dia. Isap dia tiga kali lelap. Pulak......



Hasil perahan kul 6 pagi and 9 pagi...

Tak banyak sbb si aiman sangat banyak minum. Sekali minum 3 to 4 onz.

Uh stress sangat. Rasa give up.

Tp pk harga susu... erm terus capai botol susu and perah. Pump pun tak leh buat masa ni. Harga susu lagi mahal dr harga minyak ok.

Terima kasih sbb banyak mommies yg support me. Bagi nasihat dan cara2 latch yg betul.



Nampaknya perlu minta puan shakira tu mai umah. Segan sebenarnya. Yer la dia tak kenakan bayaran. Nak suruh dtg umah plak. Tp anak nak makan. Apa nak malukan?
posted from Bloggeroid

Wednesday, February 19, 2014

GBoB 3rd week

Selamat pagi....

Cerita minggu ke tiga sekolah anak dara ai... tell you that morning sangat la ceria!



Tengok macam ni punya senyum ingat mood ok lakan???

Nehieeeeeee!!!! masuk2 kelas masam... tak nak lepaskan tangan aku. Siap baring kat peha aku... dah tu merengek. Teacher ajak main dulu sblm kelas start pun tak nak.... mula la malas macam ni. Minggu ke tiga pun ko tak ok lagi! apa masalah budak ni.

Time ni mmg ras frust. Yerla kita bayar nak dia independent. Mak pak lain pun bayar nak anak mereka belajar, tapi suara amani lagi kuat dr cik gu! how?? makin menjadi2 plak rasa... hentak2 kepala bagai...

Dia nampak Zamani terus lagi mengada! ekceli that week dia baru baik demam. Tak fully baik sbb demam berulang. Mungkin jugak sbb tu dia tak ada mood. Bila tengok abak dia, dia jadi mengada. Zamani membantu sbb tengok aku dah betul2 naik muke kaler ijau... serba salah sampai skrg ni sbb aku cubit amani! which benda yang aku set dalam otak tuk tak mencubit anak! Tapi kalau korang kat tempat aku tentu je stress. Nak pukul kang dia makin mengada satu hal... segan dengan org... sorry sangat nak ye... ibu ilang sabar hari tu... cubit kat lengan dia. Nasib baik tak berbekas...

Bila Zamani take over plak lain jadinya... asik nak berpeluk plak! nak minta abak dukung balik!


Abak join the art class... minggu tu ada 2 bapak join the class sbb mommies urus adik... depa ok je. Amani je! aduhhh... ko boleh tengok muke abang Zamani time tu... but i trust him can handle Amani.



Mmg amani mengamuk this time... Nampak bapak dia paksa dia tampal dan dia meronta2...



Aku kalau boleh nak Zamani try this class as well... bukan aku je kena ubah. Dia pun kena belajar jugak. Tapi kat umah pun dia banyak main2 dengan amani compare aku. Cume laki aku ni tamper macam pak man teme'. Kalau tak ada org aku rasa masak jugak amani  tu...

Biar dia tahu amani tu macam mana... macam dia... hahahah **gelak syaitonnnn**



Paling last! Ermmm... payah tak payah ko nak handle mak cik tu... last kelas pun buat perangai... tak nak join! nak balik jugak....


Dia nak peluk jugak bapak dia... tak tahu la apa masalah diakan....



Pujuk??? tak jalan....


Nampak happy? sesaat je... hahahah lepas tu lari balik peluk abak! anak abak... kan kan kan! suke bangga kan! hahaha... aku tahu laki aku benar2 stress... sama strees dengan aku jugak









Third week is the worst week la! for amani dan mak dia sekali. Aku mmg marah sangat sampai sambung kat rumah. Even kat rumah dia buat perangai sampai kena marah teruk dengan abak. Ibu dah malas nak layan sampai tak nak cakap dengan dia. Hati tersentuh bila dia tahu mak dia marah, she try to apology, tarik tangan aku, baring atas tangan aku... aku buat hati kering je... 

Tapi mak ni sampai mana pun boleh marah dengan anak? Anyway i know she still young to understandkan? Sepanjang hari tu aku rasa macam susah ati...komen2 kat FB pulak banyak yang suruh aku jangan paksa amani...

How not to paksa?? My concern is want her to be independent... bukan la nak suruh dia jadi perfect tapi at least by age dia, dia dah faham. Sok kalau dia ada adik takkan time tu baru nak start? How she will feel nanti? 

Tp aku terpk dan tanya diri sendiri, aku masuk kelas ni tuk siapa. Apa objective aku? Aku pun nak berubah jugak... to understand dia. Sbb akukan garang dengan anak sendiri... so kenapa aku nak tengok perubahan dia sedangakn perubahan diri sendiri tak ada. Betul tak? Macammana?

Tp kejadian yang tak di jangka jadi malam tu....

Suspennnn jekan?

Hari tu teacher anne ajar class pasal emotion scared / takut... so malam tu nak turun, aku tanya dia, teacher anne ajar scared macammana?

Dia tutup mata dengan tangan.... sama yang teacher Anne ajar... ha! geram tak geram... dia dengar dalam kelas, dia tahu apa cik gu ajar dalam kelas tapi ko nangis! kenapa... bila tanya dia senyum senyum...

Dalam kereta pulak, on the way nak pergi minum. Dia main dalam kereta... nampak stiker/tag nama dia melekat kat kerusi... pagi tadi lepas kelas, mengamuk tak puas ati punya pasal dia koyakkan tag nama dia. Tetiba dia tunjuk aku nama tu... dan lekat kat baju dia...

Ermmm so aku tanya ' Apa tu? Nama amani ke?' 

Dia angguk... senyum... angkat tangan macam nama dia di panggil... so aku dapat tangkap dia cube lakonkan balik apa dia buat kat sekolah...

'Oh teacher panggil nama amani ke?'

Dia terus jwab 'Checer (teacher)'

Wahhhh.... 

'Siapa tampal nama tu kat chest amani?'

'Checer!' Sambil tampal kat baju dia... sepanjang dalamkereta la dia sebut checer... 




Mengamuk punya pasal nama ai dah jadi AMA! Hahaha tak nak cabut. Mamak kedai pun senyum tengok nama dia kat baju... 

Terus kena sekolah dengan zamani, yah i put high expectation on amani iman... dia boleh buat. Ko jangan paksa dia. dia akan learn dengan cara dia... apa yang kita perlu buat is to guide. Itu la yang laki aku dok ulang... heheh... next class insya Allah akan ku terai...

My BFF ada nasihatkan aku, jangan paksa dia, cer try 'tarik tali' dengan dia next class. May be dtg awal and tengok enviroment sblm kelas start. Bagi dia biasakan... bila kelas start y dont aku start dulu, bila dia tengok semua belajar dia sure nak dduduk belajar...

Banyak tips dan nasihat aku terima... thanks you all!

Next class! Nanti kita cerita! tengok video....bapak amani hilang sabar... ahahha










Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, February 18, 2014

Bantuan di perlukan...

Salam...

Its my mom birthday today... Happy birthday mom... i love you so much... terima kasih kerana melahir dan membesarkan anakda selama 33 tahun ini.... sob sob

Tapi tajuk bukan la ku minta bantuan tuk mak aku atau family aku...korg doakan semoga mak aku di beri kesihatan yer... tapi entry ni untuk anak istimewa yang menarik perhatian aku sejak semalam di post di FB... terus terang hati tak kuat nak tengok mahu pun baca... maka aku biarkan saja entry tu... tapi makin ramai yang forward di wall...

Mungkin cara itu Allah nak kita bantu si kecil ini... terus je hati jadi sebak... apa lagi nama hampir serupa dengan Amani... tak tergambar rasanya sakit yang di tanggung. Perasaan mak dan ayah yang di duga dengan ujian yang berat...


Assalamualaikum...
Sofwatul Amani... anak kecil yang dilahirkan dgn keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya. saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai2 tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun... 

Amani kini masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. dalam usia yg baru 5 hari, Amani telah menjalani 2 pembedahan dan pembedahan seterusnya pada Ahad depan (23.02.14) kerana sekarang ususnya sedang bengkak. dan mengikut ayah Amani, platelet darah Amani tgh drop, kemungkinan terkena infection.

dengan keadaan si ayah muda (24 thn) yg bekerja sbg technician yg kini sdg cuti tanpa gaji untuk menjaga amani dan ibu amani, berulang alik dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya pasti... memerlukan perbelanjaan yg besar. saya berharap sangat kita semua dapat membantu meringankan beban Din ( Matt Dean) sekeluarga. semoga sumbangan kecil kita dapat memberi harapan besar buat SOFWATUL AMANI.

Untuk sumbangan, bank in ke akaun
CIMB: 7050332235
AHMAD SYAHIDIN BIN ANUAR (013-9637401)

Minta sahabat2 panjangkan #donationforamani dan segala sumbangan dan jasa baik dari pihak sahabat2 semua, saya dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih



------- ------ ------

Aku tak tahu... hati ni terlalu sebak lepas2 membaca kisah adik Amani ni... menganggu emosi dan berdoa minta Allah melindungi anak2 ku... jauhkan mereka dari kesakitan. Aku pasti ibu bapa Amani jugak berdoa agar kesakitan itu tak seperti yang di lihat dengan mata kasar kita... terlalu kecil badan si kecil ini menangung derita sakit... kita sama2 la doakan...

Lagu ini menyentuh hati dan naluri ku... mengalir air mata. Lagu yang mengambarkan harapan si ibu buat anaknya... 




Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa



MARI KITA SAMA2 RINGANKAN BEBAN MEREKA SEKELUARGA... DOA ANDA CUKUP BUAT SI KECIK INI... INSYA ALLAH...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, September 24, 2013

Anakku Amani

Salam....

Nak share something...should credit to Zamani yang gigih buat video ni tuk hadiah anak kesayangan dia...

Amani iman faham...in fact dia suke hasil kerja abak dia yang rajin create video untuk dia. Zaman penuh teknology ni semua hujung jari. Ko tak perlu ada kelulusan tinggi pun nak buat benda2 ni...

Cume mak dia je over...

Dah tak ada da video gambar ku... hahaha... enjoy la ok...



Love from dady... now fav video amani iman... dia feeling artis. Hari tu keluar video clip lagu ni kat TV.... dia tunggu je depan TV dan frust asal gambar dia tak keluar! nak habis lagu baru dia gerak! malas nak tengok... tak besh! hehehe

Tak tido malam abak ko!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Thursday, June 20, 2013

Barang2 yang saya nak...........

Salam...

Next week, me and my famalia nak ke PD bercuti... menumpang cuti my auntie and uncle kat singapore nak bawak anak2 dia bercuti kat PD. Sibuk jekan... nak pergi Singapore tu jauh uols. So diorg dah dekat ok la, boleh join lepaskan rindu.

So this is our second family trip. Memula kat Melakakan... ni kat PD. Mmg nak bawak amani jalan. Sian anak idu... hahah... so banyak benda yang aku pikir nak bawak tuk amani iman. Yang mak bapak dia tak kisah lakan... sbb time pergi kat Melaka, banyak sangat benda yang weols terpaksa beli. Tensi mak...

We all mmg dah decide bila amani dah pandai jalan than baru berani nak jalan. Kalau tak... idok la... Tak berani nak bawak anak yang kecik2 ni berjalan. Lagi dengan cuaca dan keadaan. Bila anak sakit adoiii jiwa ni jadi tak tenteram. Tengok je apa jadi kat Melaka. Bole pulak dia sakit time tu... gelabah cari klinik bagai. Dah la Zamani memilih...kalau klinik kanak2 tak jumpa that day... mmg la!!! balik terus...

So aku dah pikir few thing la nak bawak... Susu pun aku rasa beli yang satu kotak and put aside dalam balang ke apa. Aku mmg tak suke nak bawak barang yang pakai kat rumah. Hahah gedikkan? Sengaji beli susu RM 44 henget tuk bawak jalan. Motip?? Tapi tah... mmg aku tak  bole. Sbb yang tin besar tuk kat umah. Katalah tertinggal ke apa... mau aku meraung. Susu anak bukan murah cik kak oiii.... kalau balang tertinggal tak pa la... kan kan kan... bole terima alasan  ku??

Than ari tu punya bagus tak bawak liquid pembasuh botol susu... poyo je dulu semua sedia... tah mana je pergi semua tu. Time kat melaka dah beli dah, so mmg bawak barang2 ni je la... 

Pencuci botol Pigeon.
Ada yang kecik mmg sesuai masuk beg tuk travel. Harga RM 15 macam tu la...pedulik la... aku pakai shower form... dah bau apa je... menyalahkan diri, asal bodo sangat tak bawak pencuci botol ni... why!!!!! dah tu gigih masukkan jari2 halus menyental dalam botol. Stress...

Than aku beli berus botol jenis ni... senang... belakang dia bersihkan puting susu.

TAPI!!! aku rasa benda ni sangat besar.... time amani lahir, mak aku beli yang kecik. Adalah besar tapak tangan aku ni... mana tah perginya... terpaksa ambik yang ni sbb dia ada penutup. So kalau basah2 boleh simpan dalam beg dalam keadaan yang selamat, di mana tak la basah dalam beg kang.

Bila amani iman dah besar, aku ingat dia boleh gune pinggan, cawan macam org besar. Akak stress kalau baju basah2 ni. Org g holiday nak savekan baju yang banyak, ni terpaksa tukar2. Tapi time tu dia sakitkan... heheh so mmg semua tak selera. Nak makan tapi tak sedap tekak kata org. And i really need this

I need this for travell

Senang, aku pun tak susah hati. Ko tahu sudu yang pakai buang tu? amani gigit kunyah ok!!!! punya aku tak perasan... adoi urut dada sat... memula biarkan dia main2 je... tapi dengar bunyik krup krap... bila kita korek mulut dia, nah! kena gigit la... aku takut luka je mulut diakan... tapi that day aku belikan dia set sudu macam ni... mmg aku letak dalam handbeg


Beli kat Daiso RM 5
Senang... dia mmg suke main sudu... kalau kita pergi mana2 pun boleh gune. Sbb Zamani suke beli jagung rebus untuk amani, sudu mmg selamat. Mesti nak patah. Kalau pakai sudu ni try la gigit! tak gigi ko yang patah nanti...


Need wipes tuk bersihkan apa-apa, ni mmg ada dalam handbeg aku sentiasa. Ada anak ni ko kena ada. Kadang2, bukan anak, bapak dia pun pakai. Jangan ko tak tahu abang zamani kalau makan pun, lebih kurang anak je... ahak! Memula bawak tuala kecik, tapi tak berkesan.... dan aku dah tak gune lagi dah wipes ni... sbb mmg hantar amani basuh pungkuq terus. Tak ada nak lap2, KECUALI dia tido. Kesian kadang2 sampai nangis2. Maaplah nak... ibu mu was was tak bersih je rasa... itu pun dia tido aku spray... hahaha... melampau mak ko amani...

Amani rashers teruk... so pampers dia tak bole lebih 4 jam. Sian dia nangis berepisod.

Than aku kena sediakan segala ubatan. Demam, selsema dan batuk. Tu penting. Segala vicks, minyak yoyee dalam list jugak. Dan penting ke dua ubat ni!

Amani sbb dia ada tonsil. So agak menakutkan kalau dia ada tonsil, sure akan demam. Dan ubat ni kena ada, supaya mengurangkan sakit. Satu ubat titik, satu lagi ubat spray. Mulut dia kalau dah berbau, makna dah nanah la... Amani ni susah nak tahu dia sakit, tahu2 dia dah flat. PAdahal dia ada bagi hint. Kalau dia diam, atau start tak nak minum, something wrong dengan tekak dia.

Dan kalau nafas dia berbau!!! means dah nanah la tekak dia. Tak susah nak bau...hahaha... nangis tu ko bole bau la...



Ubat ni RM 60! Kesan sangat. Padan la mahal. 7 drop ambik sebelum dia makan atau minum. Dah titik, tunggu 15 minit baru makan or minum. Dalam sehari dah ok dah... ubat ni bertindak menghalang makanan dan minum dari terkena luka... tak bahaya sbb dia consist water sahaja...tapi rasa dia.... erk tak yah la rasa... hahah....

 Ini tuk mouth ulser. Boleh gune tuk tonsil dia jugak... antara dua la... yang spray ni normal used je la... spray mulut dan biarkan. Murah2 pun dalam RM 40 kalau tak silap. Kalau silap, ko marah pantai sbb charge me that price. Yang atas tu we all tahu mahal sbb kita beli kat Farmasi.

Bonjela tak membantu... ko nak letak kat tempat dia sakit...melalak la... lagi2 nak bukak mulut anak ko? idok la... kena yang ini... sbb spray pun sbb ada muncung panjang, masuk than spray berapa kali...

So mommies boleh beli yer spray ni tuk anak2...

Ini adalah barang2 main yang dalam otak kakak... ada lagi ke? boleh kongsi...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, June 1, 2012

Ok video si kecik ni... demam... dah dua hari. On off panasnya. Makan ubat ok lepas time makan ubat demam balik. Nak bijak kot. Semua nak buat. Gigi dah tumbuh tapi kecik je, dah suke mengigit org kalau marah. Jaga2 la dengan anak saya yer. Dia ni takut makan ubat. Mak dia takut gak tapi tak la macam diakan nak nangis2.... pitam kalau mak nangis mcm anak wei!!!

Aku tak nak paksa dia makan ubat. Kan ada jenis mak bapak yang suke pegang kaki tangan anak pastu sumbat kat mulut??? Ha! tak pa! aku tak kutuk perbuatan itu tapi mak aku pun sama dengan je kalau bagi aku dengan adik2 makan ubat, jenis kepit kaki tangan, itu ok lagi dah masuk ubat siap tutup mulut (kira tutup rahang) kijam tak kijam mak aku tu... hahaha...nasib baik la anak tak cacat, kot tutup tu tersenget rahang, mmg tak laku der kami adik beradik... kah kah kah

So aku tak nak itu jadi pada Amani Iman. Slowly tapi mak dia garang. Kui kui kui... boleh tahan lawan jugak mak cik kecik ni. Siap tepis2, kaki pun tendang2. Tapi omaknya sabar................... pujuk pun ada, buat konsert pun ada, nak bagi dia khayal. Sbb aku tak nak la dia takut makan ubat sampai besar.

Bila ko nak jadi macam abang yayan ko ni amani!Senang kerja semua org... Rayyan kalau sakit, order ubat macam order air kat kedai mamak!

So lepas makan ubat, ini la riaksi si kecik ni...poyo!!! siap masuk dalam mulut dia ok... kalau ada ubat dalam tu jangan harap la ko nak!!!

So ni lepas makan ubat... reaksi eksen sesaje... 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

"Adik bukan takut makan ubat... tapi adik tak suke je... "


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

"Cara-cara makan ubat adalah macam ni ibu.... Kena gengam!!! baru la adik berani nak makan ubat"


Free Image Hosting at www.ImageShack.us  
"Masuk mulut pelan2... ni tak! ibu paksa2...."

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


"Pastu baru la picit masuk mulut!"

Yer la anakkkkk...poyo je ko beraksi depan camera. Cube ada ubat dalam tu, mmg tak la ko nak makan. Tapikan uloz... konon nak tiru cara adik ipo aku...dia ajar rayyan makan ubat dengan konon2 rasa... kira dia rasalah to show ubat tu sedap manis...

Akak pun try la... HALAMAK!!!! Padan la tak sedap. Jangan cakap Amani Iman... aku pun tak sanggup nak telan... wek wek wek... hahah mcm mana nak jadi mentor anak ni cida oiiiii... sumpah! ubat tu pahit wei! Tapi akak maintain cakap ~sedapppp dikkkkk....yummmmm~



CidaZam bercerita lagi
Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Friday, August 19, 2011

Humayraa lagi



Share this video dengan korang... Puteri kecik ni dalam mengantuk2 pun org panggil dia, dia bukak mata. And bagi aku dengan zamani ni video paling berharga... hahah... sebb dia bukak mata bila dengar suara pak long kacau dia beradu...

Thursday, August 18, 2011

Nur Humairah 'Adlina Bt Ana Nur'Afifi

Nak ambik napas dulu... panjang sungguh nama. Tetiba teringat kat nama Aryssa...

Aryssa Dania Zulaikha Bt Ana NorZamani. Panjang? Panjang tak? Heheh tak pa ada makna semua tu. Bukan nak letak suka2kan? Salahkan bapak sbb nama diorg yang panjang2... wakakaka... bertambah la panjang nama si anak.

Ok tarikh 13 Aug 2011 tambahlah ahli keluarga Hj Anwar. Jeng jeng jeng... my biras yang bersalin, aku yang kecut perut. Aku plak yang countdown. Mmg Humairah over cooked dalam mummy tummy. Itu yang pipi naik sampai menutup hidung... heheh... geram... rasa nak cubit2 je. Nanti mak long org pertama geget eh???

On the way to office sabtu lepas, Zamani sms bagitahu my biras selamat melahirkan bayi perempuan. Aku lak nak nangis... tah perasaan tu tetiba ada. Rasa nak ambik EL je... hahaha... tetiba jekan? Alasan sebenarnya tak mo gi kerja... lalalala...

So kul 3 macam tu gerak ke sungai buluh. Cari Hosp Sungai Buluh dan hati berdebar2. Hopefully baby ok. Bila nampak baby... alaaaa luruh hati mak long...comeinya...

Pak long mak long nak jugak!!! sob sob...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaaa..... geram tak? Sleeping beauty. Org tegur dia bukak mata sikit2 je. Yang penting Humairah sihat, dan sempurna. 'Terlebih masak' pun tak pa la... geram pipi dia tukan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni hari yang ke -4... still sleeping. Bagusnya. Ibu dia kejut2 pun dia tak larat nak buke mata. Penat sungguhkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Apa-apa mummy and baby selamat. Alhamdulilla...

Bila turn aku eh?? nebes nebes!

Friday, June 24, 2011

Cloth Diaper (CD)

Ha! tertanya2 mcm aku??? meh dengar ni...










OOOOOO laki aku sure bangga la kalau dengan dapat jimat macam ni. Tertanya jugak tak penat ke? tak payah ke nak basuh bagai... rupanya tak juga. DIA kata... bukan aku kata senang di bersihkan.

Ehem ehem...ku berkongsi je kat sini. Sok ada anak tak decide pun nak gune. Tapi suami lebih pandailah kalau dapat jimat mmg conpommmmm pommm pommm pommm bagi arahan je.

"Pakaikan anak Cloth Diaper. Tak kose nak beli2. Duit tu beli rokok pun elok. Tension i pun kurang..." wakakak ayat tambahan sesedap rasa. A.K.A perli baekkk punya.

Kalau tak perlu tenyeh menenyeh akak sanggup. Kata mereka (Bukan Tatak yang kata) jirus air kesan ilang, najis tanggal. Bila bersih just masuk ke dalam mesin basuh... ok tu akak rasa tak penat sangat. Tapi back to 18 year dulu, lihat ibu menyental lampin2 adik aku si Didi...aku sian teringat dia....

Kenapa aku tetiba cerita pasal benda ala ni??? sbb aku berminat nak tahu. Comei2 je bentuknya. Tu yang nampak video kongsi kat sini. Nak tahu cara pakai mcm mana. Sbb bila aku tengok benda ala ni aku tertanya

  1. Eh... kalau budak besar? Rugi la tak leh pakai? Lagi la bazir
  2. Mcm mana nak buang najis?? Najis sendiri pun tak lalu nak tengok, apa lagi najis org. Kih kih kih
  3. Macammana nak basuh? Bentuk macam pampers je. Kalau basuh jahanam la.
Hahah sibuk je tertanyakan??? Apa kes? Nak risau2 plak org jual benda ala tu. Kui kui kui. Nak tanya org tak ada siapa yang ku kenal pakai benda ala tu... comei sangat aku tengok dalam majalas semua ni. Lagi la warna2 menarik. Tomei je. Tertanya jugak asal la ibu2 ni tak pakai. Kan comei budak pakai??

Oklah tu je nak share bukan apa pun. So aku pun dah tahu segala jawapannya. Oklah tak cari lagi dah Apa, kenapa, bagaimana semua.

So Zamani??? anda pun boleh torai sok sok ada anak... cume jangan plak main masuk mesin basuh ko cuci dengan baju2 kita...masak! dengan hang hang aku mesin sama nanti. Lalalala... walaupun dia kata cuci hilangkan najis dan boleh masuk mesin tapi aku was was... najis tuh! jangan jadi malas kot... tu extra rajin kena buat tu. Kan kan kan???

Eh aku tak jual tau... aku tak promote. May be pada mereka yang tertanya2 mcm aku sekarang leh tahu la macammana benda ala tu berfungsi naaaaa

Wednesday, December 15, 2010

Ayden Arwin....

Ok time birthday Adam and Aqil me jumpa anak sedara cozen ku yang sangat comei. Mak dan ayah dia tak dpt tapi baby Ayden dan akak dia di bawak oleh nenek dengan atuk dia ke majlis harijadi Adam dan Aqil.

So cute... baru 6 bulan kot... tapi berat badan dia... ahhh pengsan ok... sangat senak perut aku. Padat tau badan dia. Sajer kipnap dia so nenek dengan atuk dia senang sikit nak makan. Layan gambar ok.... see how cute Ayden

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

My Name Ayden Awrin Nasri

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Saya tahu saya comei....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Alo alo... sungguh geram auntie cida tengok kamu ni Ayden...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Padat tau badan dia... sangat geram...nak geget!!!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sedara2 yang lain semua cakap he look like me... kalau org cakap anak aku pun org percaya. Yer ke? Mummy Ayden ada darah cino so tak heran la Ayden muke macam Chinese sikit... ikut muke auntie Cida??? Mana plak yang sama tu yer Ayden...insya Allah... doa yer semoga Auntie dapat baby yang sihat, comel dan sempurna!

Aminnnkan korang!!! cepat!!!! Heheheh

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Muaksss... bila agaknya boleh jumpa Ayden lagi... nampaknya Adam and Aqil kena buat birthday party tiap tahun and Ayden kena datang selalu... miss you baby Ayden. Teringat2 kat dia...

Thursday, October 7, 2010

Anak ke?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Time open house aku ari tu, ada org cakap muke aku dengan Firas sikit lebih kurang. Orang cakap anak sure percaya. Heheh sory kak nadia and abang nizam... heheheh tumpang sekejap.

Kebetulan time ku dukung si Firas ada org datang tanya...

Dia :- Eh comei... berapa bulan yer?

Blur... hahahah tak hengat la...terus tanya mak ayah dia... berapa bulan si Firas ni???

Me :- Ini mak bapa dia... saya cume dukung je...

Dia :- Oh ye ke. Comei. Tak ada anak lagi?

Hanya tersenyum, Kalau kata ada, panjang pulak cerita aku nanti. 3 hari tiga malam tak henti cakap plus nangis.

Me :- Belum... you?

Dia :- Saya pun belum.

Ok leh geng! hahahaha

Me :- Berapa lama kawin?

Dia :- 2 tahun lebih

Ermmm sekurang2nya aku bersyukur sbb merasai rasa kehadiran seorg anak walaupun umurnya tak panjang. Al -fatihah buat puteri ku...

Wednesday, September 29, 2010

Bila Pak long take over jaga anak2

Pak longkan... dia mmg nak kena jentik telinga...tarik idung. Dengan bangga dia tunjukkan gambar2 ni kat aku! Punya la aku nasihatkan Aisyah jangan buat macam ni, jangan buat macam tu. Sbb nanti jatuh, luka...

Elok je diorg faham bahasa... tengok aksi bebudak ni di tangan abang Zamani

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Panjat Slide. Dah la lantai tu batu. Kalau kat McD lain span tau... aku tak kisah sangat.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Memanjat

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sakit oooo hati mak long! Ya Ampunnnn kenapa ajar bebudak tu naik macam tu? Jawapan suami ku

"Budak kena tahan lasak. "

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Turun slide pun dari belakang. Not gud honey!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Wahhhh sangat terkejut ok. Anak org tu! anak org! Bukan anak kita. Anak kita pun jangan ajar dia macam ni, tak elok. Diorg perempuan some more.

Aku sokong kalau nak kata bebudak perlu lalui pekara2 yang menyakitkan supaya mereka tahu dan set dalam otak benda ni membahayakan mereka dan mereka takkan buat lagi. Aku agree. Tapi rasanya benda tu aply pada situasi yang kita tak leh nak kawal kot... seperti???

Dia berlari dan jatuh... kita tak leh nak stop budak tu dari belari melainkan kita dukung budak tu. Tapi berapa lama ko nak dukung?

Jatuh dengan tak sengaja dari kerusi. kalau budak tu panjat kerusi TANPA pengetahuan kita, bila dia jatuh yes dia tahu sakit dan tak akan panjat lagi.

Kalau dia berkawan dan gaduh. (Kita bercerita tuk kids yang under 5 tahun yer) She/he start to punch or push kawan2 sebaya dia atau dia sendiri di tolak budak2 sebaya dia, jangan la marah kawan dia tu, sbb tu pun process learning jugak. Aku cukup rimas dengan mak ayah yang terlalu jaga sangat anak. Anak dia leh tolak anak org, anak org tak leh tolak anak dia. Bukan main marah. Salahkan mak apak dia kalau mereka ada kat situ. Geram sikit lebih kurang dah la... macam aku geram dengan budak yang tampo muke Aliya tu... hahahah... Mmg la marah but fikir waras, budak tak tahu apa. Bila di di tampar atau di tumbuk, dia akan tahu sakit dan dia takkan buat lagi.

Tapi kalau nak tahu kekebalan anak ko, nak kasi anak tu tahan lasak, sila tinggalkan segala barang yang mengundang kecederaan padanya supaya dia lebih kebal. Kalau tak luka, sakit sikit je tak pa... kalau menyebabkan kematian? Macammana? Menyesal pun dah tak gune beb!

Aku tak ada anak. Dan mungkin aku tak faham or mungkin juga aku lebih ober sbb susah nak dapat anakkan? Sayang dan tatang anak lebih2...kita tak tahu semua tu sbb kita tak rasa,kan? Tapi banyak yang aku belajar. Dan yang baik tu kita ambik la. Yang tak elok tu kita buang la ke tepi dan mengubah supaya kita dapat menjadi ibu bapa yang baik buat anak2.

Tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan sesuatu yang mudah. Mak mertua aku selalu pesan dan selalu nasihatkan aku. Untuk menjadi ibu, mental dan fizikal si ibu dan ayah perlu bersedia tuk menerima dan memikul tanggungan itu. Sbb berdosa kalau kita abaikan tanggunjawab kita sbgai seorg ibu dan ayah. Tugas seorg ibu bukan sahaja melahirkan, tanggungjawab ayah pula bukan setakat memberi makan, pakai dan perlindungan.

Allahualam... mungkin Allah tahu setakat mana kemampuan aku dan Zamani. Mungkin buat masa ni kami hanya layak dan mampu menjadi mak dan bapa sedara yang baik. Tapi bukan ibu dan abak yang baik. Tiada siapa pun tahu sebabnyakan? Everything happen must be a reason. Apa pun kita manusia hanya mampu meminta yang terbaik dariNya.

Panjang lak cik bedah bebel... hahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails