Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, September 29, 2010

Bila Pak long take over jaga anak2

Pak longkan... dia mmg nak kena jentik telinga...tarik idung. Dengan bangga dia tunjukkan gambar2 ni kat aku! Punya la aku nasihatkan Aisyah jangan buat macam ni, jangan buat macam tu. Sbb nanti jatuh, luka...

Elok je diorg faham bahasa... tengok aksi bebudak ni di tangan abang Zamani

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Panjat Slide. Dah la lantai tu batu. Kalau kat McD lain span tau... aku tak kisah sangat.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Memanjat

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sakit oooo hati mak long! Ya Ampunnnn kenapa ajar bebudak tu naik macam tu? Jawapan suami ku

"Budak kena tahan lasak. "

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Turun slide pun dari belakang. Not gud honey!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Wahhhh sangat terkejut ok. Anak org tu! anak org! Bukan anak kita. Anak kita pun jangan ajar dia macam ni, tak elok. Diorg perempuan some more.

Aku sokong kalau nak kata bebudak perlu lalui pekara2 yang menyakitkan supaya mereka tahu dan set dalam otak benda ni membahayakan mereka dan mereka takkan buat lagi. Aku agree. Tapi rasanya benda tu aply pada situasi yang kita tak leh nak kawal kot... seperti???

Dia berlari dan jatuh... kita tak leh nak stop budak tu dari belari melainkan kita dukung budak tu. Tapi berapa lama ko nak dukung?

Jatuh dengan tak sengaja dari kerusi. kalau budak tu panjat kerusi TANPA pengetahuan kita, bila dia jatuh yes dia tahu sakit dan tak akan panjat lagi.

Kalau dia berkawan dan gaduh. (Kita bercerita tuk kids yang under 5 tahun yer) She/he start to punch or push kawan2 sebaya dia atau dia sendiri di tolak budak2 sebaya dia, jangan la marah kawan dia tu, sbb tu pun process learning jugak. Aku cukup rimas dengan mak ayah yang terlalu jaga sangat anak. Anak dia leh tolak anak org, anak org tak leh tolak anak dia. Bukan main marah. Salahkan mak apak dia kalau mereka ada kat situ. Geram sikit lebih kurang dah la... macam aku geram dengan budak yang tampo muke Aliya tu... hahahah... Mmg la marah but fikir waras, budak tak tahu apa. Bila di di tampar atau di tumbuk, dia akan tahu sakit dan dia takkan buat lagi.

Tapi kalau nak tahu kekebalan anak ko, nak kasi anak tu tahan lasak, sila tinggalkan segala barang yang mengundang kecederaan padanya supaya dia lebih kebal. Kalau tak luka, sakit sikit je tak pa... kalau menyebabkan kematian? Macammana? Menyesal pun dah tak gune beb!

Aku tak ada anak. Dan mungkin aku tak faham or mungkin juga aku lebih ober sbb susah nak dapat anakkan? Sayang dan tatang anak lebih2...kita tak tahu semua tu sbb kita tak rasa,kan? Tapi banyak yang aku belajar. Dan yang baik tu kita ambik la. Yang tak elok tu kita buang la ke tepi dan mengubah supaya kita dapat menjadi ibu bapa yang baik buat anak2.

Tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan sesuatu yang mudah. Mak mertua aku selalu pesan dan selalu nasihatkan aku. Untuk menjadi ibu, mental dan fizikal si ibu dan ayah perlu bersedia tuk menerima dan memikul tanggungan itu. Sbb berdosa kalau kita abaikan tanggunjawab kita sbgai seorg ibu dan ayah. Tugas seorg ibu bukan sahaja melahirkan, tanggungjawab ayah pula bukan setakat memberi makan, pakai dan perlindungan.

Allahualam... mungkin Allah tahu setakat mana kemampuan aku dan Zamani. Mungkin buat masa ni kami hanya layak dan mampu menjadi mak dan bapa sedara yang baik. Tapi bukan ibu dan abak yang baik. Tiada siapa pun tahu sebabnyakan? Everything happen must be a reason. Apa pun kita manusia hanya mampu meminta yang terbaik dariNya.

Panjang lak cik bedah bebel... hahahah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails