Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, October 11, 2010

Sebolehnya aku tak mahu menyentuh mengenainya... sbb mulut org kita tak leh nak tutup kecuali abaikan sahaja...



Tapi aku juga manusia biasa... bukan wali tentu sahaja mudah terluka kalau ada benda yang sakitkan hati. Terus terang kalau pikir balik, aku pernah bangga satu ketika dahulu yang aku sempurna boleh mengandung... tanpa aku pikir semua tu adalah kerja Allah. Bila2 Dia rasa Dia perlu tarik sesuatu, Dia akan rentap sekelip mata, walaupun ketika itu kita leka menikmati anugerah dariNya. Biar la org nak nangis... biar la org tu nak meraung... biar la org tu merayu macammana pun, kalau Dia mengkehendaki sesuatu pekara itu terjadi, ia akan terjadi.


Ada org mengambil semua mudah... tak kena batang idung sendiri, maka main cakap je. Ada pulak yang sentiasa berhati2 mungkin di sebabkan benda dah berlaku pada dirinya. Baru dia tahu nak menghargai. Sebab itu semua manusia tak sama.

Tapi aku tak leh la... anak will be isu yang paling sensitip sekali.

Kelahiran aku sedih...

Kematian berganda2 sedih...

Tengok baby / budak-budak pun aku sedih...

Tak tengok baby / budak2 lagi la sedih... dok pikir dan rindu anak org... rindu je. Tak bermakna ingin merampas hak ibu atau keistimewaan ibu.

Lagi sedih bila lately... aku ada dengar conversation ini...

"Yerlah diorg tak ada anak... tu yang suke budak2. Kalau anak diorg tak meninggal, sama besar dengan sipolan sipolin ni... " Which is true... itu fact. Semua org akan bercakap mengenainya.

Aku tak tahu nak marah ke? Nak nangis ke? Nak tersentap ke? Sbb aku tahu mereka simpati... aku tahu mereka turut bersedih atas apa yang berlaku pada kami... Lagi sedih kalau ia berkait dengan suami kita...

"Kesian si Zamani... anak tak ada... tu menumpang kasih kat anak org..." Korang sedih tak? And yet aku tak leh nak ignore cakap2 org... sbb aku juga manusia... aku ada naluri sedih... aku ada perasan tu terasa.

Jiwa aku tak kental? Maka duduk di tempat aku... bila kamu ada keinginan tuk jadi seorg ibu... yang mahukan sebuah keluarga...korang leh nilaikan di situ. Entah... org kata aku masih tak redha dengan pemergian anak aku... anak... darah dading kita... org kata bukti cinta... binatang pun sayangkan anak. Apa lagi manusia.

Dan pada mereka yang ada anak banyak... Alhamdulilla syukur la pada Allah sbb kamu di beri peluang. Jadi rasanya adalah lebih kalau kamu doakan tuk aku dan mereka yang di sekelilng mu yang SUSAH SANGAT2 nak dapat anak... dari mengeluarkan kata2 dan soalan2 yang berbisa...

Asal jumpa mesti nak tanya

Dah berisi ke??? Penting ke soalan tu? Macam dia yang nak kena tanggung medical bagai...

Esh... kenapa ko susah nak dpt anak eh? Aku ni Alhamdulilla senang. Pantang leka confirm melekat...

Ye bersyukur la... sblm terlambat... sebelum Allah menarik nikmat2 itu... tapi Alhamdulilla aku bersyukur sbb ramai sangat yang concern pasal aku. NAsihat dan tak kurang juga kongsi pendapat. Alhamdulilla dan terima kasih sangat2. Aku hargai semuanya.Sampai ada setengah tu sebelum nak start isi kandungan tu berlapik2 ayatnya... aku tahu korang cube menyusun ayat supaya aku tak terasa dengan persoalan dan pertanyaan maupun pendapat korang.

Tapi apa pun usaha tu penting. Selebihnya kita berserah pada Allah. Sbb soalan korang tu aku tak dpt nak jawab. Semua ni kerja Allah. Dia maha mengetahui... yang mana baik dan yang mana buruk tuk hambanya...

Walaupun org tu ramai anak, itu tak menjaminkan anak2 dia membawa dia ke syurga mau pun tidak menjaminkan kebajikan dia terjaga di dunia dan akhirat. Kes anak2 buang mak bapak pun ramai dah sekarang ni. Aku bukan la nak hina ke apa. Tapi jangan sesekali kita sakitkan hati org sbb kita tak pernah tahu balasan yang kita terima...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails