Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, October 11, 2010

Raya Glam di Umah Blogger Im Yours

Perh lama gila entry ni. Dua minggu lepas raya punya cerita. Tak pa sebagai penutup raya. Kita cerita pasal kisah raya yang happening.

Pemilik blog Im your cik NeenaNuar telah buat open house tuk kengkawan. Sbb siang arinya dia buat tuk family. Minah ni pun aku salute sbb nampak je modern! Tapi mmg pandai masak.

Aku suke baca blog2 jenis macam ni. Idok la aku kata blog lain tak bagus. Tapi ini la kehidupan realiti sebenar. Dan kita kena banyak belajar dari keadaan sekeliling. Jangan masuk blog org sekadar bzbodi. Org beli itu ini kita dok rasa jeles, tak mampu pun kasi mampu. That is not my concept kalau baca blog org. Kita kena belajar memperbaiki kehidupan kita tuk menjadi yang lebih baik.

Last year punya open house aku tak dapat pergi sbb last year MIL buat open house sama date dengan neena buat. So tak dpt la meng-join kan diri. Tapi alhamdulilla tahun ni dapat la merasa mee hun sup dia yang berapi tu... perhhh! Sodap....

Tahun ni neena buat konsep raya GLAM... AKA Glamor... bila dia kata macam tu, fening jugak nak pikir baju apa nak pakai. Tapi bagus jugak, kalau idok tak pakai la baju nikah acik tu.Last pakai pun time raya tahun lepas. So ku ambik peluang la nak bergaya dengan baju nikah aku tu. Dengan Zamani kena paksa pakai.

Malam tu punyalah jam kat KL... semua org pakat nak buat open house. Mmg jam teruk. Bayang la dari umah kuar kul 7 malam, sampai Ampang kul 9 malam. Korang kiro la sendiri. Lama tak lama. Baik balik Melaka pun tak se- lambat itu. Zamani dah puas maki hamum pemandu2 kereta kat Kl malam tu...

Sekali datang, alamak aku terasa aku yang terover. Yang lain glamor ala-ala raya, tapi aku glamor ala ala nikah... heheh biasalah dah pakai baju nikah, mesti la terover sikit. Nasib tak sewa baju sanding malam tu. Baju nikah yang penuh batu2 tinggal renda2 dan manik2 jurai je tak ada. Hahah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini la kami, dah berkumpul mula la bercerita2. Tapi percaya tak pestime jumpa tapi kami bercerita macam dah kenal bertahun-tahun. This is blog all about. Bila kita baca blog org tu kita macam kenal org tu lama. So tak payahlah nak introduction bagai. Senang...

Macam aku gi umah neena. Rasa tak payah dia nak kenalkan anak buah dia. Aku rasa macam dah jumpa budak2 tu everyday plak. Bual dengan mak diorg pasal anak diorg macam laju je... hahahah kantoi ko neena. Sorilah... ringan je mulut aku tanya mak nabila "Bila balik Saudi" hahah gila tak? Blur kejap muke mak si nabila tu. Sure dia tertanya aku ni siapa.

Dengan mak Qaseh pun sama juga. Siap aku lak pandai2 takutkan Qaseh...sbb si Qaseh takut Uncle Nuar dia, tu yang aku memandai jaja nama si Nuar. Alah Qaseh takat uncle Nuar, Qaseh cekak pingang macam Untie Nin buat sure Uncle Nuar takut...larikssss... Wakak harus mak Qaseh kata siapa minah ni nak takutkan anak aku ni??? Tapi best adik neena pun sporting habis lepak dengan kitaorg.

Semua tru blog...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Macam Iena cik Kaki suke berjalan, ni baru pestime jumpa, mimmy dah dua kali jumpa tapi kali ni baru rapat2. Sama jugak. Tak ada malu2 kaber nak berbual. Dia pun tak yah nak intro dia nak kawin bagai. Hahah aku siap tanya dia bila mau bagi kad kawin...hahah sugguh muke tak malukan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Seronok bila dah jumpa ramai2 ni. Mmg blogger2 semua sporting and very peramah2.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yang best para suami/tunang/ boiperen sangat supportive ok. Bini2 kaki blog, laki2 kaki sokong. Bukan takat sokong bola tapi sokong aktiviti bini. As long apa yang kami buat tak mengaibkan sesiapa. Rite gurl?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kami yang mendengar cerita dari Iena... hahah dia sangat lawak dan bersahaja. Macammana dia menulis, macam tu la gaya dia bercerita. Deqna lak dah jadi mak, so tangan dia tak lepas mendukung si Marissa yang comel lagi gebu tu. Deqna punya story lagi la lama aku follow. Antara blog yang pertama aku ikuti. Dari dia baru2 kawin sampai la dapat anak. Tapi aku sangat tak puas ati macammana Nabila boleh pilih panggil si 'iena' dengan panggilan kakak sementara aku dengan Deqna dah dapat title auntie?? oh tidak!!!! Ni kena ajar Marissa panggil aku "akak cida" atau "Cida" pun alrite... muah muah muah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Oooo ko bagi apa kat Nabila ha??? wakaka lariksss... ko sogok dia apa sampai title kami beza dengan title ko iena? Yang lain turun jadi 'mak cik' dia sorg je nabila panggil 'kakak' wakaka. Seronok betul layan Nabila ni... mmg betul la dia mmg keletah. Kitaorg siap suruh dia ajar cakap cina lagi since dia sekolah cina. Hahah tu pun mesti mak dia pelik, mana auntie2 ni semua tahu dia sekolah cina. Tapi Nabila mmg best. Tak malu, tak segan. Kitaorg suruh dia nanyi relex je dia nanyi. Tak ada kaber2 ok!

Tapi since Zamani that nite demam... kami lepak sampai kul 11 lebih. Punya la tak menyedor diri wei! Sampai laki aku dah tak tahan ,ajak balik. Tapi haruslah kami bergambar dulu sebagai kenangan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kami blogger2... mmg happening umah si neena malam tu... ko tengok muke Marissa... hahah comei sungguh.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gaya bebas... selamat ari raya!!!! Airisy (baby berbaju oren) pun sampai ternganga sama

Than nak balik tu, pemenang di umumkan... hahah HARUS la aku kena menang. Wakakak dah aku sorang berlabuci bagai... wakakak... tak pa, aku ikut peraturan pertandingan. Bukan salah aku gedik2 nak pakai baju berbatu bagai. Ngeh ngeh ngeh

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Wah muke terkejut... hahaha... malu oooo blushing blusing. Tuk kategori perempuan aku pemenang. Wakakak...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tq!!!! Aku dapat duit raya. Yeahhh dapat jugak kaber cost hantar baju ni dry cleaning. Tq so much. Kategori lelaki pemenangnya mamat baju biru belakang tu. Suami si Iena. Tu la abang Jamani korang, akak nak letak renda kat songkok dia, dia tak nak... kalau tak boleh kita menang sesama...wakakak lariksss...Para suami/ tunang/ boiperen sangat la sporting berbaju melayu, bersampin bagai, cume yang pemenangnya ada extra aksesori kat bahagian songkok tu... uhuhu...

Apa pun tuk tuan umah... terima kasih la sangat2... menjemput dan maaflah kalau kami bikin rumah anda bergegar...wakaka... Oh rendang limited edition neena sangat superb! Aku jeles!!! see dia tahu buat rendang and jamu kengkawan. Sangat kagum! Tak pa tak pa. Aikan darah tun teja... tahun depan makan rendang umah aku plak... tok mama... resepi pls... wakakak...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails