Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, November 13, 2010

13 Nov 2008 and 13 Nov 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Title :- F.R.I.E.N.D

As uols know aku tak banyak kawankan? Aku suke hidup dlm cycle aku sendiri... aku cepat tak selesa dengan org... tak tahu la... dulu time study pun berapa kerat la kawan aku... aku ni mmg tak leh nak rapat dengan org, cepat bosan... cepat rimas... heheh... jahatkan?

Than y kalau korg tengok most of the time aku suka kuar dengan mak dengan adik2 beradik aku... senang tak banyak ceritakan? Kalau aku tak puas ati dengan mak aku pun paling tak dia sepak je aku,kan?
Ok sebenarnya aku nak cerita pasal kawan sekolah aku...

Manusia ni cepat sangat berubahkan...kalau aku tahu perangai sipolan ni macam ni, tak kuasa ok aku nak kawan dengan org2 macam ni... poyoz je lebih...

Macammana aku nak mulakan yek? Aku kan ada FACEBOOK, (macam aku sorg je ada facebook,kan?) aku jumpa few friend waktu sekolah dulu. Happy gilerlah... 10 tahun beb aku lost contact dengan diorg, tetiba je aku dapat jumpa diorg dlm facebook... so addlah semua yang aku kenalkan... happy sangatkan jumpa kawan2 lama ni...

Kalau korg nak tahu waktu aku sekolah dulu aku buruk tau... sangat buruk, gemuk, rambut kerinting, cermin mata besar. So aku ni kategori tak cun ar... so agak rendah diri...kawan pun org yang biasa2 je...
So budak2 yang aku jumpa kat facebook ni semua kira budak vogue ar... popular kat sekolah... popular dari segi kecantikkan, kebrutelan, kekayaan.... Now akak dah ada keyakinan diri.... so aku coment la kat wall facebook diorg... few of them... aku mmg tak sangka uols diorg jawab.... dan mereka kenal lagi dengan aku yang buruk ni dulu...


Ini msg dari Zalika.... Zalika ni kira waktu sekolah dulu mmg cun habis la... kire kalau kat sekolah2 luar dia popular sangat! Sbb adik beradik dia semua vogue habis... aku lak bukan satu kelas dengan dia...kenal pun macam tu, tak sangka dia jawab comen aku :)

Ini Sabrina... satu geng dengan Zalika... tak la rapat mana..... tapi tengok komen dia... wahhhh suke suke tau...
Teh Syazurina Juliana...minah ni dulu tomboi habis... aku dengan dia pun tak rapat sangat sbb dia ni sangat garang... hahah... suke tolak aku, buli2 aku... dia dah kawin dan migrate kat Dublin.... memula aku macam takut2 nak msg dia...fizikal tetap tak berubah, macam tu jugak. Tapi dah jadi seorg ibu dah... anak dia comel gila! Maklumlah kawin dengan org asing....

Amoi ni lagi aku tak percaya! Dia masih ingat aku... aku buget dia dah lupa aku. Mana nak ingat... lagila tak rapatkan? Tapi tengok... apa dia balas....

Aku sajer post semua ni... sbb seorg yang aku rasa kenal rapat dengan aku, waktu sekolah tu bole tak ingat aku!!!! Aduhhhh sangat geram ok... aku tak nak la post kat sinikan... memburukkan dia pulak. Aku jadi pelik, diorg ni tak rapat dengan aku boleh kenal... tapi HAMBA ALLAH ni sama2 makan kat kantin, sama2 lepak, bual2, dan kalau korg nak tahu back 4 years tu aku jumpa dia kat umah kawan aku kawin, takkan la lupa yer tak?

Aku confident post coment... padan la dia tak jawab... and tru FACEBOOK dia online dengan aku

Dia : Hye


Aku mati2 la kan ingat dia ingat aku... terus tegurkan

Aku : Hye! Wei apa kabar? Lama tul tak dengar kabar ko...


Korang tahu di jawab apa?

Dia : Do i know you? I seem dont remember you la...


Ok mungkin dia dah tak ingat aku.... tak pa.... nama SUKI mungkin dia tak kenalkan? Cida pun pelik jekan bagi dia

Aku : Aku la... Shida... Rasidah Rusli


Dia : Erm.... sori i cant remember... i had bad memory la... sori again


Mak!!!! Ni lebih... sedih bangat! Boleh la pulak... hine sangat la,kan... wei aku dah cun tau!!!! Rugi tak kawan dengan aku...~ wah tetiba....

Tapi sakit hati you all... kalau yang lain aku tak kisah sangat... tapi dia satu kelas, kadang2 gelak sesama, study sesama, makan kat kantin sesama.... bole tak ingat?! Speking lak tu... kalau kawan aku Teh tu aku faham la jugak duduk negera org... ni......kepelikan aku!

Biasalah aku ni jenis yang cepat tersentap! Aku terus mengadu kat miss S.... hahahah... kijam...
So the moral of the story, kalau kawan2 macam palat ni gi jahanam!Menyesal aku tegur org macam ni... puiiiiii....tak pa, tak rugi ar kawan gitu...

Inilah aku dulu... mungkin kalau aku tunjuk gamba ni di ingat kot.... hahah this is the best pic la waktu tu...tu adik aku... dah macam mak org dah time ni.... bluek!

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Title :- Masih ada yang memerlukan aku

Salam semua...

Bila membaca komen-komen semua aku menjadi sedikit tenang... alhamdulilla... terima kasih atas nasihat dan doa semua... walaupun ada yang beranggapan dugaan ini kecil, tapi bagi kami suami isteri ini dugaan yang amat besar...Zamani yang nampak begitu tenang hanya menjaga hati ku yang sedih... setiap kali aku menangis, setiap kali itu air mata dia turut mengalir...

Begitu juga ibu dengan ayah... semalam consider dua hari aku tak jamah apa-apa pun... macammana aku nak makan?? Hati aku terlalu sedih...selama ini aku makan tuk dia... tapi sekarang dia dah tak ada... hanya jasad yang masih lagi di tubuh ku...

Tidoku tak selena mana... setiap kali aku begerak, jasad di dlm ku bergerak sama... adakah kau idup lagi anak ku??? Tapi aku tahu dia tiada....

Alhamdulilla... aku dah boleh baca Yasin tuknya... yang buat aku sedih, aku membaca surah yasin tuk anak ku sendiri... Ya Allah... berat sungguh dugaan mu... tapi aku redha... teringat pesan abak satu ketika dulu...
Kalau kita susah, ada lagi org yang susah dr kita... kalau kita rasa dugaan Tuhan ini berat, ada lagi dugaan besar yang Allah berikan pada org lain.

Aku tahu semalam semua bersedih atas kehilangan arrysah... bukan kehilangan Arysah sahaja,,, tapi sedih dengan kelakuan aku... yang sedih.... yang murung... Zamani pujuk aku makan, ibu pujuk aku makan, tapi aku tetap berdegil... tapi aku tak sanggup melihat air mata yang jatuh pada org yang aku sayang...aku tahu Zamani turut berlapar, ibu juga turut berlapar... dan aku tak patut pentingkan diri sendiri... Arysah dah tak ada... walau macamman aku mogok, aku marah, aku ratapi pemergian dia, dia tak akan hidup semula...
Dan semalam aku telah jatuhkan air mata suamiku, dan ibu... bila aku tak nak makan... tetiba aku rasa bersalah membuat mereka sedih... bila aku setuju tuk makan, semua turut makan... ibu masak fav aku ikan parang masak asam pedas... dan baru aku sedar, semua sayangkan aku...

Aku cube tuk tidak menangis.Ku kuat kan semangat... tuk suami tuk ibu...

Malam tadi aku tersedar pukul 2 pagi... terasa seolah Arysah menendang... ku bangun istifar, dan aku masih belum solat isya... lepas solat aku baca Yasin tuknya... Ibu rindu sangat dengan Arysah... rindu sangat sangat... Ya Allah jangan biarkan anak ku keseorgan di sana... peliharala Puteri kami...lindungilah Puteri kami... Dia anak yang baik... anak yang dengar kata... pelihara la dia...

Hanya ini yang tinggal... Ya Allah... tabahkan ati ku tuk semua... aku percaya akan rahmat Mu... tenang la kamu di sana sayang... kita jumpa di Jannah nanti... tunggu ibu, tunggu abak di sana yer...

Title :- Buat suami ku

Terima kasih sayang... ku lupa tanggungjawab ku sebagai isteri mu... kerana terlalu sedih aku mengabaikan dirimu... maafkan daku...

Terima kasih kerana kamu masih berada di sisiku... memberi semangat, memberi nasihat untuk ku tanpa jemu... pelukanmu menenangkan aku... mengurangkan rasa rindu terhadap dirinya di sana... aku tahu dia jua akan merindui ibu dan abak selalu... maaf sekiranya aku menjatuhkan air matamu... tiada niatku... ku terlalu merindui dia di sana...

Berikan aku sedikit masa tuk tenang... air mata yang mengalir ini bukan air mata yang menghalang pemergiannya... aku cume rindukan dia... rindukan gerakkan dia yang berkongsi segalanya denganku... dan sayang... terima kasih kerana tidak seminit pun kamu mengabaikan diri ku di saat aku memerlukan sokongan dan dorongan...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails