Sakit sakit sakit...
Mungkin aku terlalu banyak dosa. Maka Allah turunkan penyakit untuk mengugurkan dosa-dosa kecil... terima kasih buat Mak yang mengingatkan daku tentang itu... sesungguhnya aku terlalu kecewa sbb sakit yang tak pulih. Urusan umahtangga tak terurus. Makan suami pun ke mana... umah yang berselerak...
Zamani pulak bila aku sakit, dia nak duduk umah mak, supaya senang mak tengokkan aku.
Ni pun rasa lesu... kepala pusing sbb makan pun tak menentu. Asyik nak baring je. Sampai sakit seluruh badan.
Khamis tu aku batuk tak berhenti. Sampai dada yang baru nak baik, sakit balik. Tuhan je tahu... aku kalau tak tahan sakit confirm nak melalak je... sakit ooooo... baran jangan cakap la. Kat opis ni nak marah je jadinya.
Seyes blog tak terusik... korang layan je la cerita aku tahun 2008 dengan 2009 tu... itu je aku sajikan. Kalau nak update pasal diri sendiri mmg tak ada la. Tak larat sangat2. Tapi tu la... tak terucap ucapan terima kasih pada mak, abak, serta adik2 ipar aku yang memahami. Kadang2 aku naik segan sbb banyak sangat menyusahkan mereka. Dah la sakit, makan suami ku pun terpaksalah mak tengok... not gud...not gud cida!
Nak call ibu pun tak larat sbb batuk tak mengizinkan aku tuk banyak bercakap. Sbb bila aku bersuara, mula terasa nak batuk. Kalau batuk tak sakit tak pa. Dada rasa cukup sakit bila nak batuk. So kalau korang yang berbual dengan kak long, kak long banyak diam, bukan sombong tapi susah nak bersuara sbb setiap kali nak bercakap terasa nak batuk dan setiap kali batuk start dia tak leh nak henti so dada sakit.
Tapi semalam ibu call... sempat la bagitahu aku tak sihat. So semalam malam tengok diaorg kat umah klang... ermmmm umah yang macam tongkang pecah... ibu tengok keadaan ku pun dia faham... pelik sakit hampir 3 minggu tak sembuh2... tapi makin teruk. Gi doktor pun diaorg cume cakap sakit biasa. Tak ada apa pun yang bahaya.
Pagi tadi tengok umah ku tersangat la bersih... adoiii terima kasih ibu... bangun2 je tengok lantai dah bermop...dapur pun ibu bersih sikit... baju2 semua dah sedia tuk basuh. And i felt sad!!! Ramai yang prihatin walaupun aku sakit.
Zamani... tak henti periksa suhu badan aku... sediakan ubat... suapkan makan... tidokan aku sampai aku lena walaupun aku tahu dia sendiri mengantuk balik kerja... dan setiap kali dia layan aku, air mata ni terus mengalir... bersalah sbb tak dapat temankan dia makan, temankan dia berbual... terasa sangat membebankan dia.
Mak ... setiap kali tahu aku sakit, mereka suruh kami suami isteri duduk sana. Mak bersusah payah masak bubur tuk aku (Bukan bubur kosong wokeh), aku tahu mak penat. Dari pagi sampai la ke tengahari mak duduk di dapur. Masak tuk family, masak tuk aku yang sakit lepas tu hari ini ada org order nasi lemak tuk majlis apa tah. So mak dalam keadaan sibuk macam tu pun masih lagi nak jaga aku.
Ibu... kalau dah naluri ibu tu mmg susah nak sangkal. Kalau aku sihat, mmg aku call ibu sehari 2-3 kali...kalah org bercinta. Tapi dah sakit ni mmg tak call langsung. Dia call pun aku tak larat nak cakap. Selalu habiskan conversation 'Ibu nanti along call ibu balik...ada kerja'. So mungkin ibu tak sedap ati terus ajak ayah datang klang. Tengok2 muke anak dia pucat lesi... tengok keadaan umah lagi la... semalam pun tak berbual panjang. Tapi pagi tadi aku tengok dia dah kemas umah. Sangat terharu. Pergi kerja pun ayah hantar sbb risau aku jalan pun tak betul...hahaha... macam org mabuk.
Oklah... mengadap Pc lelama pun tak leh jugak ni. Nak buat kerja yang ringan2. Hari ni pun sabtukan... so halfday. selamat berhujung minggu...
No comments:
Post a Comment