Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label email. Show all posts
Showing posts with label email. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Cium anak dapat pahala


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Thursday, August 11, 2011

Perang email

Perang email antara supplier and manager... supplier ni mmg dah lama chase payment atas booking seorg staff aku yang berhenti lepas kerja 3 minggu je dengan company aku. So now tah macamana semua supplier minta hutang cakap perempuan gila ni yang buat booking

How to pay?? Kita tak charge customer punkan? Habis customer bayar kat dia, buta2 kita nak tambah kos??

Ha! masih menunggu jawapan supplier. Ada berani nak jawab soalan manager aku tu tak? Hahah sesedap rasa kat kami tak bertanggungjawab bla bla bla bla... aku dah mati kutu bila diorg chase payment. Gilo ko! Dah lama aku kerja dengan bos aku ni...kalau aku salah soalan dia senang je

"U mau i bayar diorg pakai gaji you ha??" Oooo tak mahu bos.

Ok...seronok tengok diorg gaduh ni... hahahh release tention jap. Macam tengok WWF... hemtam dia! hentam dia!

Apa pun kita kena belajar jugakkan? Akak ni kalau nak cari gaduh base on hujah2 ni fail sikit. Tapi kalau bab tuduh menuduh ni akak boleh jadi juara...

Alamak!!! confirm ahli neraka.... minta jauh minta jauh....

Thursday, July 21, 2011

jom kongsi

Ok malas nak buat entry cun2... janji msg sampai kat korang udah. Oooo sangat seram ok. Tapi sama2 la kita berjaga-jaga.

Terbaca entry dr blog ni

Terjadi pada seorang wanita yang kehilangan beg tangan kerana kecurian dalam satu tempat kejadian. Beg tangannya itu yang mengandungi bimbit, kad kredit, dompet, dan sebagainya telah digunakan oleh pencuri itu untuk tujuan lain pulak.

Kira-kira 20 minit kemudian, apabila dia menghubungi suaminya dari sebuah telefon memberitahunya apa yang telah berlaku, suami beliau berkata, "Saya baru sahaja menerima SMS anda bertanya tentang nombor pin kami dan saya telah menjawab sebentar lalu."

Apabila mereka bergegas turun ke bank, kakitangan bank itu memaklumkan kepada mereka kesemua wang tersebut telah dikeluarkan dari mesin ATM.

Pencuri itu sebenarnya telah menggunakan telefon bimbit yang dicuri menghantar SMSpada nama "hubby" dalam senarai nama telefom bimbit itu dan menyamar untuk dapatkan nombor pin. Dan seterusnya, beliau telah
cash-out kan semua wang dari akaun bank.

Scarykan?? Dah la aku dengan Zamani berkongsi pin atau apa sahaja pasword ... ha jangan korang culik laki aku atau aku sudah yer... hahaha... Opsss terbagi tahu lak... kantoi sudah. Anyway bank kami pun bukan la ada duit sangat. Sbb saving paling selamat kat ASB nunnnn... Siap nak cop jari bagai kalau nak withdraw duit. Card pun tak ada. Cume mana la tahukan? RM 100 pun duit jugak.

Oklah abang Jamani... kalau nak apa-apa jangan sms... kita calling2 je... selamat!!!!!

Monday, January 24, 2011

Punca Sempit Pintu Rezeki

Ini adalah faktor-faktor yang disenaraikan oleh Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah sebagai panduan kita:

1. meninggalkan solat

2. derhaka kepada Allah s.w.t.

3. derhaka kepada ibu bapa

4. membiarkan ahli keluarga derhaka kepada ibu bapa dan Tuhan

5. memutuskan hubungan kekeluargaan

6. enggan bayar zakat

7. enggan bayar hutang

8. melakukan zina, homoseksual, lesbian

9. makan harta riba

10. makan harta anak yatim

11. hati kotor

12. sering berdusta

13. memberi dan menerima rasuah

14. riak (menunjuk-nunjuk)

15. rahsiakan ilmu dari orang lain

16. khianat terhadap orang lain

17. ungkit-ungkit pemberian

18. suka selidik rahsia orang

19. sebar fitnah

20. cuai ketika buang air kecil seperti kencing berdiri atau tidak istibra’

21. kurang berdoa

Wednesday, September 22, 2010

Kongsi Info

Aku dapat email ni dari suamiku... hahah patut aku yang bagi email ni kat dia. Kan?

Yer yer dia menjalankan kewajipan dia... tak di nafikan. Walaupun gaji dia idok la besar mana... namun Alhamdulilla tanggungjawab dia, dia mmg tak lupa. Let share pasal nafkah dalam islam. Zaman sekarang ni ramai suami (juga peringatan pada Zamani) ingat bila isteri kerja, isteri bergaji lebih besar dari suami, tanggungjawab tuk memberi nafkah di abaikan.

Kategori : MUNAKAHAT Tanggungjawab

Tajuk :
Kewajipan Suami Memberi Nafkah

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”

Riwayat Ibn Majah

HuraianPengajaran hadis:

i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.

ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.

iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut:

i) perbelanjaan keluarga
ii) makan minum dan pakaian
iii) tempat tinggal
iv) keselamatan dan perlindungan.

iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T. v)

Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok bukti email ni laki aku hanto... kang korang buat spekulasi aku perli laki aku la apa la... hanya sorang je Ana Norzamani. And this email mmg dari dia... Sejuk hati dan perasaan ku suami ku baca artikel yang berpaedah... uhuk!

Friday, April 16, 2010

Tersentap sekejap

Ku terima email dari beras ku...

Kak ngah perli kak long ka??? wakakak... baca petikan di bawah ini... ini yang buat aku takut sebenarnya... ini realiti... MIL pun ada cerita benda ni berlaku pada ahli keluarga PIL jugak... baca dan renungkan la... kalau sayang perkahwinan, kita perlu bertindak... bukan sbb nak menunjuk2 tapi macam yang dia tulis dlm ni, tuk kepuasan kita... supaya suami sentiasa confident dan bangga punyai isteri yang chantik dan bergaya, yang boleh di puji oleh setiap mata yang memandang...baca ok! kita share sesama info yang bergune

_________________________________________________________________

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...

Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.


Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakanseperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.


Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.


Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.


PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untukberseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.


Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......

__________________________________________________________________

Thursday, April 1, 2010

I hate you abang Jamani!!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pagi2 dah terkena!!! why!!!! why!!!!

Bila baca email ni... akak dengan muke velaggak cakap... eh nak kenakan org plak... suruh tekan tah apa-apa yang kuar... tak nak la... dah tentu nak kenakan org...

Ku email balik dengan penuh confident...

"Tak mo tekan apr fool kan??" ----> sent

Tengah buat kerja perasan satu... sampai F12 je la... mana ada F13!!! Bodosssss dalam berjaga terkena jugak!!!!

Tengok apa laki aku jawab lepas tu!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

!#$%%&^&**((*)_*()()*(**)_*^&&%^ ambik ko... ni tulisan zaman batu awal... En Jamani!!! Awak berdosa besar mengenakan isteri anda yang suci lagi bersih ni... ha ha ha... ambik ko!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails