Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, February 1, 2011

Cara menyiang kaki lembu

Oh kenapalah di kau suka makan benda yang susah en suami??? Kenapa??? Why???? *Hentak kepala kat dinding*

Tapi sbb sayang punya pasal. Hamba tunduk menurut perintah. Sekurang2nya suami saya bangga dengan saya, idok begitu adik2? Walaupun tak pro tapi kot esok ada la sedara mara yang nak buat sup gear box ni boleh la aku belakon sikit lebih kurang, idoklah terpinga2. kan kan kan?

Maaf la mak... mati2 cida ingat kaki lembu ni ada yang dah ready di bersihkan, kita balik cuma masak. Kalau ku tahu gini, perhhhh idok la ku susahkan mak. Tapi mak kalau org nak belajar mmg mak suke mengajar. Mak kata sbb dia tahu anak2 dia suke makan. So dia tak kisah kalau nak ajar menantu2.

TIme ni la kita kena belajar. Mmg susah. Aku rasa kalau dah teringin sangat baik gi kedai sudah. Tapi tak rugi kalau kita belajarkan? Kalau rupa ni mmg setahun sekali la nak masak. Bukan takat aku bau lembu, satu umah bau lembu ok.

Process menangal bulu lembu mmg leceh. Aku memula geli nak pegang. Dengan lembab dan basah bulu tu, aku terasa macammana nak potong ni. Rupanya caranya ialah dengan membakar kaki lembu selama yang boleh. Lagi lama lagi senang nak potong.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kaki lembu yang di bakar.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bau dia 'semerbak' satu umah ok.. di nasihatkan kalau ada baju yang nak di lipat, sila simpan dalam bilik. Ho ho ho

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bahagian tapak kaki lembu yang kena bakar tuk tanggalkan kuku kaki lembu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kaki lembu yang di bakar. Time pipih kulit lembu. Sangat payah part ni. Pisau bukan sahaja kena tajam, tapi panas2 tu ko kena potong kalau idok, susah nak potong bila sejuk sbb ia akan jadi liat. Tell you sangat mencabar

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Demi mu suami. Ku sahut cabaran ini ok! Sila sayang saya lebih lebih eh

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mak ajar aku cabut kuku lembu. Oh sangat la susah aku rasa. Kena betul2 rentung la kalau tak susah jugak nak cabut. Mmg ku tabit spring kat mak la... toi toi toi

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Budak ni pun tak lepas turun padang. Bergilir kami tukar shift potong kulit lembu. SUSAH YOU ALLL!!!! Penat dan lengguh oooo tangan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kulit lembu yang berjaya kami kerjakan. HA Ha HA... Bangga oooo

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Isi tulang lembu. Macam otakkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kaki2 lembu yang siap di siang.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lepas tu basuh dengan limau. Macam ko tenyeh badan ko dengan sabun, mak tenyeh satu2 tulang dengan limau tuk ilangkan bau. Penting tu you olz. Kang tak terasa sup tapi kang terasa plak lembu dalam air. Kui kui kui

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Habis menyiang terus rebus. Sangat lama ok! Nangis tunggu dari pagi sampai ke petang. Sila bayangkan Zamani tunggu sambil nangis2... hahahah

Cara nak buat sup Gear box (untuk rujukkan sendiri)

  1. Rebus tulang tulang tadi.
  2. Blande bawang, bawang puteh dan halia (quanti lebih dari sup biasa tuk hilangkan bau, jangan plak ko ambik satu halia yang besar tu), trus masuk dalam air rebusan.
  3. Masukkan rempah sup, yang ni mak masuk 2 paket rempah sup yang kecik.
  4. Masukkan kuib lembu knor
  5. Garam
Biarkan mendidih. Tak yah tumis darat sbb ko tengok karang banyak minyak. Apa lagi??? Itu je la. Senang kan? Than time nak hidang potong cili padi, potong tomato dan perah limau nipis. Tabur daun sup dan bawang goreng.Argggg syorga oooo sedap nak mati....

Try la... makan dengan roti pun sodap, hirup macam tu pun ok.

1 comment:

xplorer said...

wah sedap ni kalau buat sup

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails