Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, March 13, 2011

up date

Bukan senang nak jadi ibu... Melahirkan bukan pekara yang susah. Tapi nak membesarkan dan mendidik adalah pekara yang paling mencabar. Dan aku percaya dalam dunia ni tak ada ibu yang sanggup melihat kesakitan dan keperitan yang di lalui oleh si anak. Kalau nyawa boleh di tukar ganti, pasti pilihan itu akan di buat oleh seorg ibu bg memastikan anak yang di kandung, di lahirkan dan di jaga membesar dgn sihat.

Aku bukan seorg ibu, tp aku yakin pengorbanan seorg ibu mengatasi segalanya.

Tadi petang aku melawat sedara belah mak mertua aku di HKL. Unit kanak2. Bila melihat budak yg bernama haikal, dia spt kanak2 lain. Ceria tanpa dia sedar dia mengidap penyakit yang kronik. Compare haikal dan budak2 lain di unit kanser tu, haikal sorg yg kelihatan sihat. Yang lain? Aku jadi sedih bila lihat mereka. Wajah ibu yg menemani lebih suram dari mereka yang menderia. Tabahnya ati ibu2 ini dan betapa cekalnya anak2 ini. kedengan ada pula yang membaca yassin, dan ati aku betul terharu. Tiada tangisan atau tersekat suara ibu yg membaca surah itu buat si anak, sungguh mereka tenang menghadapinya.

Saat ini aku tersentap. Sedangkan aku yang tak ada kena mengena dgn mereka, aku sendiri tak dpt menahan kesedihan. Kita selalu bayangkan anak2 ini akan membaca yassin buat kita satu hari nanti, tapi mereka tidak meminta. Malah aku yakin setiap ibu sentiasa berdoa agak anak mereka sihat dan sempurna seperti kanak2 lain.

Begitu juga dgn aku. Aku sentiasa memohon pada Allah... Berikan aku kekuatan di setiap ujiannya. Aku sentiasa di selebungi rasa bersalah kerana tidak dpt memberikan perlindungan yang terbaik buat anak ku. Sentiasa gusar memikirkan sistem badan yang bermasalah yang bole membahayakan pada sebuah nyawa. ye Allah menentukan segalanya. Tiada siapa yang boleh mengubah kecuali kita beriktiar dan terus berdoa.

Terima kasih atas ingatan seseorg tentang dia... Terasa ada betulnya pemergian dia punca dariku. Kalau masa boleh berputar, kalau pilihan di beri, kamu ingat aku suka2 izinkan dia pergi? Lately aku risau akan kesihatanku. Lately juga aku cepat penat, bila cepat penat cepat la terasa. Emosi mula mengawal diri. Tapi ni tak ada kena mengena dengan entry di atas... Ke laut suda aku ni... Ha3.

Tuk adik haikal... Aku tahu aku tak setabah ibunya. Kalau aku di tempatnya tentu aku sendiri buntu. Apa la yang anak dia tahu tentang erti kesakitan. Tambahan pula tuk sembuhkan penyakit si abang, doktor nak air sum sum dari si adik... Si adik yg berusia 13 bulan. Kalau korg? Sanggup ke nak tengok? Yang abang dah tentu sakit, yg adik menjadi korban. Aku pun tak tahu kenapa sum sum ibu dan ayah tak boleh di ambil.

Hanya Allah yang mengetahui... Dan hanya pada Allah tempat kita mengadu. semoga haikal cepat sembuh....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails