Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, August 12, 2011

Drama Kucing lagi

Kisah si ipin dan upin... mmg selalu nak buat aku sakit kepala. Diorg ni mcm anjing ko tahu. Bukan kucing. Kalau nampak 'kaki' jalan suke nak bergayut tau. Sakit la sbb dia cengkam pastu gigit. Kadang2 kesian sampai terpaksa campak. Tapi jenis tak reti bahasa. Datang lagi gigit.

Kak rose sbb dia perempuan maka dia sopan dan malu2. Tu satu hal plak. Org lalu pun lari menyorok. Siapa nak pinang ko ni? hahaha... lawak la. Ni kisah si Upin. Si ekor panjang sbb tu kami panggil dia Upin. Ari tu beli durian. Sibuk yang amat... geram sungguh. Sibuk sangat nak makan, kami letak la bijik durian kat situ... tengok apa dia buat???


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ermmm sedap bau ni... apa ni???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Jilat jilat sikit...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

2 ulas durian habis! Sila tahu. Ko ni kucing ke apa ni? Tetiba teringat cerita Upin dan Ipin yang hantu durian. Apa nama binantang yang makan buah durian tu? Kan??? Mmg dia makan uols... licin kalah manusia makan. terus kena sound dengan zamani...

"Kucing pun tahu makan durian... manusia tak suke durian pelik kan?"

Suka hati nak kuar statement berbau dengkikan? Tapi yang pasti lepas dia makan 2 bijik, dia kemabukan... lari2 langar meja.Langar kerusi. Last2 tido. Cik Tipah dah seram takut anak kucing dia mati. Hahah.. lawak, ibu dok monitor dia bernafas ke tak. Pi jamu dia sampai dua ulas siapa suruh? Ayah siap buat lawak...

"Bagi dia minum dalam bekas durian tu..." hahaha. Ini la family aku yang suke buat drama kucing.Dialong sorg2 cipta.

Than itu kish Upin. Ni Ipin. Lagi tak faham bahasa. Upin tu takut la jugak. Ipin ni masya Allah... rasa monyet kot. Kuat memanjat. Apa pun nak panjat. Puas la jentik semua mmg tak jalan. Lagi dia serang kita adalah. Kalau aku pakai seliper kat umah, dia gayut seliper tu, bole? Berapa kali terpijak. Mak aku lak dia mmg keturunan raja mesir la... anggap kucing berkuasa kot. Tiap kali Ipin ni menjerit, dia marah aku suruh mintak maaf sbb terpijak.

Apasallll plak?? bukan aku sajer pijak. Dia yang menyelit suke sangat bau kaki aku nikan? Dah semua langgar dia kena minta maaf... mak aku siap usap2 tangan ke kaki ipin ni...

"Maaf yer... tu laaa siapa suruh duduk bawah kaki org? Kan terpijak..." Ekelehhhh... nak je aku humban si Ipin ni kat tong sampah belakang umah. Bagi si Mamat (Kucing jantan depan umah) belasah ko pun bagus jugak.

Since umah dah siap, cik tipah memulakan tender dia mengosok baju... ha... malas punya kes dia letak tangga kiri kanan, than letak kayu supaya boleh sidai baju2. Mak aku tak suke gosok baju satu2. Dia suke gosok sekali gus! Ha gitu... jadi ini kucing tak reti bahasa telah bersungguh panjat naik tangga dan cube aksi 'akrobatik'. Patah riuk senang aku siapkan kain batik lepas je. Geram sungguh! Noti tahap apa je

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Korang tahu tak dia cube nak jalan atas kayu tu... dan dengan hati yang busuk dia nak jatuhkan hanger2 tu sebenarnya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cobaan tuk tengok setebal mana kaki nak melangkah atas tu...

Haiyooo... kucing2 ni semua nak kena lempang dengan aku. Nak lepaskan diorg tak leh sbb ada kucing jantan besar yang selalu bertengek kat luar nunnn... mati jugak bebudak ni. Tapi tu la. Kalah beruk sekor2.

Tapi mak aku sayang si Ipin ni sbb sepanjang ramadhan dia kejutkan mak aku kul 4 pagi supaya siap sahur. baguskan??? Nak mengacau sebenarnya!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails