Tinggal 6 hari lagi!
Betul ke aku nak berhenti ni??? Manager KLIA branch halang aku pergi... dia cakap dia akan pujuk boss aku untuk tak marahkan aku lagi...
Iyo la...
Aku pun macam tak percaya... dan yang best aku satu keluarga sakit. Dugaan... nasib baiklah minggu ni tau... kalau minggu depan??? Siapa nak jawab? Ko nak setat kerja dengan muke yang sembab! Hidung yang merah, mata yang kuyu??? Oh Tuhan....
Cuaca panas sangat kot. Memula Amani kena. Tekak dia bernanah balik. Aku dapat tahu pun bila hidu pernafasan dia berbau... ha erti kata mmg tekak dia bernanahla... esoknya dia demam. Time Aqiqah Raeesah pulak tu. Malam tu tak dapat buat persiapan pun tuk majlis sbb amani mmg dah start merengek. Hantar rumah MIL.... i guess she the only person yang expert jaga budak demam. Even my mom pun tak dapat handle Amani Iman.
The next tengah majlis dia merengek. Aku tak bawak dia turun pun. Duduk dalam bilik. Zamani nak makan, aku jaga dia dalam bilik. Aku makan, Zamani jaga... tapi bapak amani tu penat, anak tak tido, dia yang tido. Sampaikan budak2 pesta dalam bilik aku ko tau! Amanikan rapat dengan Rayyan. Rayyan tak nak berenggang dengan Amani, jadi semua budak datang majlsi cari rayyan, end up berjimbara dalam bilik aku...
Kata anak buah aku,
"Mak long! Budak2 lompat2 katil.... pak long tak sedar. Amani dah nangis takut"
Sudah!!! aku naik hambat bebudak turun. Dengan kertas pembalut hadiah bersepah... kejut Zamani, mmg tah apa dia buat malam2 tak jaga... lantak la kau di situ... bawak turun anak
Tetiba aku sendiri rasa tak sedap badan... OMG... selsema dan batuk sekali. Tapi tahan sbb nak layan tetamu. Sampai Amani muntah atas baju aku... ho ho ho... nasib baik susu keluar... kalau rak mashammmm.
Malam aku pulak flat!!! Amani merengek. Zamani keluar tah mana... Jaga anak sakit mmg la mencabar. Aku dah telan ubat selsema dengan batuk. Nah! Tak lena nak tido walaupun mata mengantuk, dengar amani melalak2. Zamani pulak jadi ilang sabar... Budak tu apa la tahu... bagi arahan macamlah budak tu 7 tahun. Kot aiysah, aliya or Rayyan faham la kot. Ni??? Lagi kuat la dia nangis.
I had no choice. Rumah masih ramai org. Terus ajak Zamani ke rumah my MIL. Tu pun pak cik tu tention. Tak tahu pulak kat umah MIL bebudak2 tu pun tak sihat. Kesian MIL bersengkang mata jaga. While me rest dalam bilik. Malam tu pulak punyalah panas badan. Rasa nak melekat kat dinding. Hahahah rupanya demam. Opsss batuk ok, selsema ok, demam pulak. Pukul berapa tah aku terjaga sbb nak muntah. Tengok laki aku tak balik lagi... bagus la... anak sakit bini sakit, dah nampak hang lepas tangan je bagi kat mak hang. Tapi aku hanya pikirkan Amani je. Sbb aku sendiri sakit. Amani nak tok mama je. Nenek atuk yang tiap hari dia jumpa mmg dia tak nak. Time sakit macam tu, org kata nak kurangkan dosa. Tapi ku diamkan diri tak nak cakap apa-apa dengan abang zamani yang mungkin akan meningkatkan dosa... hahaha... hanya mampu luahkan kat MIL je... bukan aku tak nak jaga tapi mmg totally flat. Badan bisa.
Ahad gi klinik... terus balik rumah.Apa jadi on ahad tu pun aku tak tahu la.Mmg sepanjang hari aku berkurung. Isnin pun mmg tak larat. Pikirkan sbb ada aku kena interview org je. Bos aku lepas aku resign ni, dia berhati perut la sikit... halau aku balik dan relex... alo alo bos...
Kalau isnin ni macammana la yer... doakan semoga aku selesa di tempat baru. Baru2 mesti la rasa boring sikitkan? Kita buat jela kerja kita. Kalau diorg ajak makan, maka makan la kita... kalau tak? sms la suami anda...
"Diorg tak nak ajak saya lunch... saya kelaparan jom la lunch sama! Saya bayar!" Wakakaka
Nak mengadu jugak! Sob sob dalam aku nak bla ni, aku cukup meluat dengan staff penang yang macam puaka haram... sorg minah ni... ko kerani je kot tapi action dia macam dia branch manager. Kalau aku stay kat sini lagi, mmg aku guna kose aku bagi warning letter kat dia atas tata tertib. Jaga tepi kain org pandai, tak suke main shooot je email. One of reason aku bla pun sbb diorg la... ko tahu la kalau bangsa kap lam ya nga ni, depan baik belakang tikam. Sialan! Beli typewriter punnak hantar email 80 kali. Habis branch manager ko buat apa kat sana??? aku sajer tak reply. last2 bos aku reply proceed beli...
Aku mmg tak suke la diorg... memula bole berbual la... lepas ni mmg tak la... kawan aku cakap jangan gaduh2. Bukan gaduh, tapi nak shoot email nak rak pasai apa? Halooo aku ni pun bos pandang sebelah mata. Ko buat macam tu ko ingat ko dapat apa?? Tunggu je la Andy aku rasa ko MENJENGKELKAN.... time tu???? bye2...
Eshhhh risau la.... apa jadi next week yer...
Kul berapa nak keluar rumah???
Salary diorg berapa hari bulan hagak2?
Confirmation berapa lama??? (bijak subahanAllah tak tanya ari tu!!!)
Bos diorg ok tak??? Ker lagi teruk dari boss aku??
Tu la... sepanjang aku start kerja lepas keluar Uni, aku interview kerja sekali je... hahaha yang opis pertama tu yang interview aku executive biasa2 je... budak baru keluar Uni apa la tahu sangat, janji dapat kerja time tu, so soalan tak la trial mana. Nombor dua dan tiga ni kabel kuat... so tak lalu interview. Tu la bebal tak pk nak tanya apa. Haizemen...
But i trust mereka yang rekemenkan kerja dengan aku ni... nampak ok je... tapi kalau melayu dah 80% dalam opis ni payah sikit. Alaaaa sini pun bangsa cina pun sama je. Ko je tak faham diorg tu cakap apa. Mengata tetap mengata ma!
Ok nak balik la... bye
CidaZam bercerita lagi
2 comments:
EH, akk x cuti dl ke b4 start keje baru? hehe..
kite pun sama awal bulan aritu.
smggu sblm nk mula keje baru, tetiba demam+batuk.
gigihkan juga dtg keje. masuk keje baru, dah pening. tetiba jem. sbb environment lain dari opis lama. hehehe...
goodluck kak :)
tak.... memula ingat nak start 1 april je. Tapi diorg nak akak masuk cepat. Itu yang paling cepat. Hehehe...
Post a Comment