Dah berapa Ramadhan... tak kuasanya nak tulis pasal puasa macam tahun2 lepas... haiz... dah masak makan. Tak ada nak snap gambar. Macam tu kat umah mak mertua atau kedai. Lepas azan je makan. Sementara nak tunggu makan tu adalah snap gambar letak kat IG dengan FB je...
Tapi ni nak cerita, ai dapat invitation dr ex office. Boss aku kata dia rindu aku. Wahhhh... jemput dtang... undangan khas la kiranya ni.Sila la jeles yer kawan yang dah berhenti dr Nakhoda. Memula bos tanya aku free atau nak join majlis berbuka ni... tapi akak takkan nak pergi sendiri. Tak syok la... dah ni 'bekas' kawan sepejabat... nanti apa pulak abang zamani korg cakap...
ho ho ho... abang ai tu, nampak je ok...
Aku tolak pada mulanya. Tapi bila dia cakap Zamani dan Amani di jemput... apa lagi??? jangan di lepaskan peluang!
Seronok dapat jumpa diorg... macam aku cakap la...kalau nak ikutkan opis lama kawan2 lagi best. Sbb lamakan? Gurau senda semua. Bila aku masuk je restaurant tu, bos aku dengan wife dia mmg layan aku baik... yang best diorg cakap aku KURUS! hahahah
Puasa mmg la kurus... kah kah kah... sebenarnya bila kita pakai baju hitam, mmg nampak la kecik sikitkan. Nan ado maknanya...
Bodonya aku ambik gambar 'bekas'... gara2 ai malu... kata tetamukan... padahal nak ambik dekat2. Kemaluan sangat... Mmg diorg book tingkat atas tu tuk company. Lupa kitaorg makan kat Nyonya Kitchen, Bayu Perdana Klang.
Kuih, rojak buah dah buah2an....
Sampai sana mmg tak makan pun... banyak berbual. Banyak sangat benda nak di bualkan... cerita pasal progress semua. So far diorg ok tanpa aku...kih kih kih...
Ex boss aku berulang kali tanya 'You eh, tak nak kerja balik dengan saya ke?' Gelak je la... offer macam tu je ke boss? Heheheh...
Ala nak beralih angin jugak... lama2 bosan jugakkan.
Ini maid bos aku... merangkap telephonist kat opis tu... budak Kemboja... mmg lawak, nampak aku macam nampak retis! hahah nasib baik tak minta otograp... dia suke sangat dengan amani iman. Amani dah jumpa cinta hati dia... kawan anak aku...
Ni macam pasangan pengantin baru... heheh baru lepas bersalin. Datang berdua je... mmg payah anak kecik nak bawak. Kang meragam. Tak pa la bebila nanti bole jumpa dengan baby...
Ika dan Aisyah |
Aiyah dan Fazli |
Di sebabkan Fazli ada awek... so aku paksa kawan aisyah masuk...kang fitnah... aku tak boleh tido malam di ganggu oleh Fazli... jangan salah anggap... bukan kacau apa... mengadu domba la... pasal aweks... sebelum aku pening maka ambik tindakan sewajarnya. Tak boleh berdua... kena bertiga...elakkan fitnah. Tak jadi tunang jugak si Fazli hujung tahun ni.
BFF kat Nakhoda...
Nakhoda team. |
Bos aku baya Zamani... mudakan? Bini dia baya adik aku Fidah... aku akui la diorg ni mmg baik sangat. Kalau tak, takkan boleh tahan sampai 7 tahunkan? hehehe... tapi ada sbb la... kalau tak aku tak akan gerak dari kotak selesa akukan?
Bersama Jenny... ketua deparment tuk Declaration...
Vanessa, May Chua dan Winny. |
Rahman (Warehouse supervisa), Jeffy dan Chin... diorg ni, kuat betul kerja! tengah makan pun boleh cerita pasal kerja... aiyaaa... tak berubah... bagus la... keep it up bro!
Punya bz nak bercerita, ini je sempat aku snap gambar... hahahah teruk betulkan? Janji ado... itu pun sbb Susi gi solat magrib. Boring tak tahu buat apa... ambik la gambar. Ko nak suruh abang Zamani snap? Dia sejak terima anugerah bapa mithali, boleh jahanam dengan Singgah Sebentar... kalau tak bukan main arkan? Dia sekarang lebih minat ambik gambar anak manja dia je.
Ni cendol santan nama dia... Santan dia je bukan main banyak lagi...
Amani Iman dah ada boiperennn... bukan main mengekor anak kawan aku ni... kalau tak dia segan, main sendiri je, sekarang walaupun tak tahu bercakap, bukan main ramah mulut. Budak tu pun gelak2 macam dia faham je apa amani iman tu cakap.
Me and Susi...
Apa pun ku enjoy...
Terima kasih atas tanda ingatan... insya Allah akan sedaya upaya membantu kalau ada kemuskilan... wahhh gitu...
CidaZam bercerita lagi
1 comment:
untung ko eh dah resign masih diingati
Post a Comment