Hari ni aku drive sendiri ke opis... lama sungguh tak mengadap jem dengan mengunakan kederat 4 kerat ni. Chewah... bercerita macam bawak Bulldozer...
Pagi ni hati syahdu sbb Amani iman kan kurang sihat. Semalam nak tido dia cium pipi aku dua kali... alahai anak buat hati ibu cair tau. Sampai dia pegang tudung aku tak nak kasi aku pergi kerja. Maka merangkak la mak diakan bangun tak nak kasi dia terjaga. Manja anak ibu... macammana ko nak ada adik ni? heheh
Than dr kawasan rumah dah jem sikit. Zamani dah pergi kerja awal la,kan. Sbb utama aku bawak kereta sbb aku balik 430 petang, Zamani pulak pukul 530 petang. Kalau dia dari opis dia, terus je balik rumah. Kalau nak ambik aku, dah habis masa satu jam je kat area opis aku. Selalu je sentap! Mencik... yerlah dia tak marah akak, tapi bebel dia tu... adoi sayang ,tak gune you puasa... KUASA (bak kata Umar Qayyum) you kurang.
Lelaki kan mmg baran...lagi la laki ai...
Jadi akak terus cakap, tak pa bulan pose ni daku bawak kereta sendiri. Adoiyai payah... dia nak suruh aku bawak kereta tak berani nak cakap. Bila bini bersuara, laju je tanpa berpikir panjang dia sokong...
Tiap hari sampai rumah pukul 7! ko boleh bayangkan tak?
Pagi ni bawak kereta, sungguh lawak. Aikan pemandu yang berhemah. Tak reti potong que, tak reti cilok2. Tak reti nak bawak dekat2 cium bontot kereta org lain. Baiknya saya... ahak... mengakibatkan trafic lagi slow la kot. Terutama kat bulatan simpang lima nak ke bandar Klang/shah alam... ada kete nak masuk kanan, ada yang nak ke kiri. Aku nak masuk kiri, kereta belah aku nak masuk kanan, kereta belakang dok hon macam nak pecah hon dia tu... tercucuk2 bontot kete ai...kalau sentuh WKD, harus ko... ko buta ke apa... aku ada
'P' wakakak... siap tunjuk tangan kat pemandu BMW... kalau dia dengar bebelan aku agaknya lagi best... tunjuk tangan yang mewakilkan kata2... 'Saba la bodo... kalau nak cepat bawak kapal terbang ar!'
Ha gitu....
#sentapatimaknak
Bole pulak time tu, kasut ni nak tersangkut2 kat kapet kereta... ahhh suda... nak masuk gear payah la... kete bukan
Aku tak pernah drive kat tempat sibuk macam tu... memula kerja kat Subang la... aku kerja USJ 1 dulu... siapa tahu tempat tu, tahu la betapa jemnya... nak ke kerja pun jam, balik pun jam. 2 tahun suffer. Rasa nak tercabut kaki. Lagi la time tu jalan KESAS... dari dulu lagi kat persimpangan Hicom tu jem. Than persiaran kewajipan tu mmg wajib la jem... kuar lambat ke awal ke sama je... tak ada bezanya.
Time best la sbb kereta boleh consider baru lagi. Semangat nak drive pun berkobar2. Ayah siap tukar CD player kat kereta aku tu... lagi la best.
Sekarang??? adoi la... menguap tah berapa kali dah dalam kereta. Dah tu ada eksiden plak. Akak maintain bawak mcm org tak bersalah kat line paling laju... hahaha... padan la tengok kereta satu2 potong, rupanya belakang semua menunggu aku...kih kih kih... kereta tua... tekan minyak sampai habis pun lajunya tahap tu je. heheh dah bersalah siap angkat tangan, rasa2 kena maki sila tengok saya masih 'P'
Hahah Pirahhhhhh....
CidaZam bercerita lagi
No comments:
Post a Comment