Sambungan percutian kat PD.... Kita check in ke Grand Lexis pulak... mcm org kampung masuk bandar. Akhirnya!!!! baru rasa bau bandar sikit.
Dekat dengan tempat makan.
Bilik ada Wifi.
Menyesal sungguhkan... tapi mahal nak mampus! We all buat booking tu malam esoknya sbb masing2 cuti sampai hari isnin. Harga??? Ok kalau ko walkin mmg mahal nak mamps... harga satu malam, ko bole joli katak. Tambah sikit je, gi la dapatkan Tab ke Ipad, atau phone...
Online agak murah. Since check in ari ahad so rate hari biasa... Garden View Pool harge tu tengok pun nak berak cair... RM 654 kot... yeahhhh... kata kongsi tak ada hal la... sehari je pun.
Dapat kunci jadi sakai jap... wahhh adakah ini syurga... hahah tetiba ko nak bandingkan pulak. So??? Masuk2 masing2 ambik gambar. Yang bukan blogger pun ambik gambar nak tepek FB...kita apa lagi? Meh aku tunjuk apa ada dalam ni yer
Mula la berangan nak rumah yang sederhana, ada pool... wah syurganya dinda rasakan... bangun pagi, lambat pergi kerja terjun jekan... Amani iman kolam luar pun teruja... dalam rumah, apa tah lagi. Sedia nak terjun je minah tu.
The Pool.... |
Tuan blog minta diri nak berangan. Rumah sendiri tah bilakan? Inspirasi diri... hahaha
Katil king size... di sebabkan my mak cik kira bawak 2 family, we decided la nak ambik extra bed. Kalau ko tanya aku, tido tepi pool pun ok... hehehe...
Bilik air... yang best belakang cermin tu bukak je kawasan pool tu... aku siap cakap, dah mandi, sila ikut tingkap...kang habis basah semua... ho ho ho... muat ke pun nak masukkan?
Bilik air tuk bilas... tandas asing... tak kose nak snap gambar mangkuk tandas. Sama je tak ada beza pun...
Mini bar.
Pelbagai jenis minuman teh... sila la minum sampai muntah. Air tin dalam ais box bukan main mahal setin... padahal air teh bunga je pun... RM 5! Apa gila... RM 5 tuk org kaya apa ada hal...bayar hotel beribu2 satu malam apa la sangat RM 5 tu...
Oh tidak dengan akak... kalau aku kaya pun aku tak minum air yang harga tak masuk akal ni... NEBER!
Ni milik mak si Adam dan Akil... buat benda ni je berejam2 kat teluk kemang tu... sampai rasa nak pengsan kepanasan yang melampau kat PD
Ko tengok amani yang tenang... nampak je tenang... dia punya suke... sampai sorg2 escort dia. Jangan main dng budak ni,kalau dia nak terjun dia terjun je.
Budak2 mmg tak sabar. Aqil ada sikit takut... Adam macam amani iman jugak... dah turun tak nak naik... aku rasa nak benamkan je ko dalam air. Tido, makan semua dalam tu. Tapi siapa tak sayang anak. Ni pun cukup risau. 3 hari tu asik berendam je dalam kolam
Dah masuk air, senyap la... suke bukan main... Zamani time ni dah tak larat sangat. Kerja dia baring je... so kata private poolkan... akak turun padang la... temankan anak mandi. Sbb amani tak nak org lain pun pegang dia...
Kata divakan? **Mata ke atas**
Amani pelampung ni dia tak suke... kerja dia, nak keluarkan diri dia dari situ. Mungkin sbb kaki je kot kena air. Tu yang tak syok.
Tell you Amani Iman suke sangat air... dia tengok bapak dia menyelam... dia tengok Adam menyelam, tetiba aku tengah dok berbual, dia masuk muke dia dalam air. Dia relex aku yang terjerit2... paranoid terus ingat anak lemas... apa dah... lagi dia buat...
Zamani biasalah life saver. Dia pujuk aku tuk bagi amani main air cara dia. Nak tengelam ke apa ke, biarkan. So amani iman belajar. Kalau dia tak suke, dia sendiri akan stop.
Ok... kita ikut...
Bila Zamani cakap 'Yang cube selamkan dia...' What!????
Tak nak la... mmg bangkang... but laki ku suruh jugak. Habis anak dia dah tertuduk2 cubaan selamkan diri dalam air...
Ok... kita try...
Suke ko!!!
Sesi menyelamkan anak...
Keluar dari air pun muke ada senyum... lepas tu minta banyak kali nak buat aksi selam... oh anak!
Terus je abang Zamani suggest aku pergi kelas renang. Sbb anak diakan takut org???!
Lepas je mandi, bukan main lapar sorg2... hahah lawak sungguh.... aku terus order pizza. Ha! kata dah duduk tengah pekankan, action la ko order Pizza... kalau kat hulu Best Western tu? Melalak la kalau ko lupa beli barang... ahak!
Open table... si amani pun makan sama... laparkan... paling lama berendam dalam air. Naik je nangis... susu sampai 3 botol!
Anak aku yang sopan.... diam je kalau tengok video... kalau besar esok, jadi macam ni bila mengadap buku yer...
Ok keadaan bilik using Panorama Mode... ini la keseluruhan bilik... boleh muat 2 family je... sbb tu ingat nak ambik extra bed! Tapi tak ada... habis takkan nak tido berhempit2 atas katilkan...
Ok nak cerita sikit... si Zamani tak mandi kolam ni sbb petang tu sbb dia tak sihat. Kira flat le... so lepas bini dia bagi makan ubat. Abang sayang saya ni, dia mandi sendiri malam2. Nasib baik Adam dah tido. Adam tertido pun penat nangis, mama dengan papa buat dek je dia nak mandi lagi sbb tak puas. Sekali abang Zamani mandi... anak dia ingat abak nak mandi dengan dia. Tapi mak dia tak bagi. Gila apa malam dah...
Zamani mandi sajer nak sakitkan ati anak... siap pakai pelampung miki Amani Iman.
Tengok betapa terujanya si Amani Iman... minta bapak dia ambik dia.
Memula, Amani Iman diri kat tepi je...
Minta abak bawak dia masuk kolam sekali... hahahah mmg lawak tau... si amani ni mmg pelakon yang bagus sangat.
Ekceli salah aku jugak la... sbb aku bz dengan camera nak rakam aksi Zamani dalam kolam... hahah aksi la sangat. Yerlah dengan gelagat si amani iman sekali. So si amani ni sbb takut mak dia, memula dia kat tepi pintu, than makin ke depan... last dia duduk sambil kaki main air. Tarik dia, dia tolak kita... fine... zamani cakap dia tengokkan amani sama.
Amani sibuk nak pelampung miki dia tu. So dia kais pelampung tu guna kaki dia. Bila pelampung tu dah kat kaki dia, We all tak terpikirlah apa-apa... si Zamani pun leka main dengan anak dia...sambil pegang pelampung tu. Tetiba!!!!
Amani iman TERJUN!!!!! terjun betul2 dalam pelampung tu...
Aku dengan Zamani menjerit... Amani iman galak besar... berjaya terjun dalam kolam. Berderaunya darah... bayangkan kalau kami tak ada kat situ and time tu Zamani tak ada sekeliling amani. Mean berenang jauh dari Amani IMan. Macammana???? Nasib baik tak tercampak phone aku... kalau tercampak... padan muke la...
Pak cik mak cik, mak aku semua keluar sbb kitaorg jerit... Amani dah selamat basah dah... angkat dia, dia melalak macam apa je... Yerla penatkan pikir nak masuk dalam air tu. Habis kena keluar pulak... Malas nak dengar dia bising, bukak pampers.
Mandi la kejap...
Oh anak... bikin jantung mak ko berhenti! Esh.... Zamani pun pucat muke... hahah terdiam ko. Cakap bini tak nak dengar.Tahu malam dah, dia mandi. Dia suruh tutup pintu dengan langsir. Mana si Amani Iman nak... dah nampak bapak dia mandi, nak tutup2... idoklahkan...
Terus je ajak Zamani balik malam tu jugak... hahah seriau... kang memalam dia bukak pintu, how??? Tapi pintu kat situ ada selak tinggi. So kemungkinan budak nak bukak tak la kecuali ko lalai tak tutup pintu.
So kita decide balik malam tu. Since tak ada katil extra... nak tido lantai pun tak ada bantal extra ke apa... pandai strategi Grand lexis kan... Tapi tak pa, next time kita bole pergi... insya Allah... mmg dah book la ambik hotel ni... ko nak ambik satu villa lagi tak pa la... balik klang tido sudah!
CidaZam bercerita lagi
No comments:
Post a Comment