Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label update. Show all posts
Showing posts with label update. Show all posts

Friday, November 7, 2014

Update

Salam....

Anak2 dah tido... lega! Kalau tak diorg yg tido aku la yg tido.

Tadi dah tido jap so now terasa nak update.

Macam2 minggu ni. Dah la pindah opis. Isnin lepas nenek melaka aku meninggal. After suffer stroke for 3 years. Tak tahu nak kongsi cerita yg mana. Dua2 aku nak cerita. Tp i would write special entry for my arwah nenek later. Talk about work skrg eh...

Now officially kerja kat putraheight. Pergi kerja sendiri. Bawa haluan dengan abang zamani. Ahak... menyampah statement tukan. Buat masa ni boss memenuhi keperluan aku. Kadang2 rasa macam berharga sangat. Dia nak aku selesa. Tempat kerja jauh tp aku rasa tenang. Kawasan opis tak semak. Masuk2 putraheight tu mmg lapang sangat. Kawasan opis tp ko bole menari2 kat tengah jalan raya. Hahah sampai mcm tu.

Kawasan elite. Kedai makan pun banyak. Tp macam aku cakap x bz sangat. Semak kat highway je. So far aku keluar umah awal 730 pagi. Mengadap jem kat hicom nunnnn. Lepas tu ok dah. Setengah jam je klu x jem.

Wkd tak betul lagi. Insurance n road tax dah hidup. Nak bawak ke bengkel. Ermm boss siap rekemen tempat kawan dia. And nak bantu buat major overhaul. Dan buat masa ni hamba pakai kete anak dia... aduh sangat segan. Kereta kesayangan anak dia. Anak dia sayang nak jual kereta tu. Sangat berharga..walaupun skrg anak dia dah ada kete sendiri yg setaraf dengan dia. Hihi... harap2 la x ada apa2 kereta org.

Kita pun akan marah kalau org tak jaga kereta dia dengan baik. Macam siput aku bawak kete. Takut betul kalau apa2. Mungkin minggu ni cari bateri dan hantar kereta cepat kat kedai. Cepat siap cepat jugak aku pulangkan pada dia.

Bukan bos je baik. Wife dia pun sangat la down to earth person. Mmg awal minggu dia bersungguh bersihkan opis. Dia yg sibuk angkat2 barang. Siap bg katalog suruh aku pilih perabut. Kerusi mcmmana yg aku nak. Adoi layanan penghargaan macam ni payah nak cari tempat lain tau. Haha

Siap hantar kerete kelisa anak dia ke bangkel tuk service. Tukar tayar sbb aku dr klang. Siap tinggalkan smart tag dan reload touch n go lagi. Bagi aku kete pun minyak full. Tak berkira betul. Segan plak rasanya.

Hari2 penat. Balik cepat pun jem. Balik lambat pun jem. Bila balik terdampar tak larat. Badan dah tua. Itu pun ammar yusuf breastfeed... kalau x lagi la jauh x rapat dia dengan aku. Amani iman aku dah rasa dia dah tak rapat dengan aku. Balik kerja dia nampak aku tegur macam biasa x excited sangat. Lagi nampak rapat dengan zamani.

Hahah baru seminggu dah nampak eh perubahan anak. Kalau setahun??

Anyway hujung minggu pun x kurang banyak sangat aktuviti nak buat. Erm lagi la pasal amani iman dengan autismnya. Banyak yg kena buat. Skrg jadi baik. Status fb pun nak update terkial2.  Gosip group kat watsapp pun ada kala clear sbb tak sempat nak baca. Masa dengan anak dan suami hanya hujung minggu. Masak pun ke laut dah sekrg.

Tp org lain pun kerja gak yer dak.

Mungkin masih blm dpt serasikan diri. Insya Allah lama2 ok la kan. Tp aku rasa tenang di tempat baru. Sangat tenang. Tak dgr apa2 yg menyakitkan kepala otak. Harap2 lakan....

Oklah nak mandi solat n tido.  Ku sudahi gambar kat opis baru. Hihi... berlagak ko eh cida.... eh bukab belagak la. Org dah sediakan apa lagi...

Kebas aje laaaaaa....

Wednesday, September 18, 2013

Jumpa cinta lama

Suspender!

Ho ho ho... Assalamualaikum Uols...

Tajuk killing tak??? mesti abang zamani korang excited nak bacakan... wakakak maklumlah diakan reader agung kat sini... ni cerita basi... cinta lama saya tu kawan opis lama... hhehehe

Tah berapa hari bulan tah! tak hengat... kawan opis lama ni buat open house raya plus jamuan besday anak dia. So di sebabkan sorg je tahu nak pergi rumah si polan ni, maka berkumpulla kat rumah beta...

Since tengah raya during that time, aku paksa depa raya rumah aku.... ahhh rindu mereka... banyak komplain... hehehe

Maklumlah aikan kakak kawasan... heheh kakak kawasan kabel tak kuat dah. So boleh dengar je la rintihan adik2 ni...
 


Team mate saya kat opis lama... kecoh macam biasa... ehehe ai like... semua nak bercakap... aku jamu kuehtiaw je... kata nak serbu rumah sorg lagikan?

Kali  ni buat entry sekali...kang update satu tah bilanya nak update lagi satu cerita...
 
Masak sendiri...lantak la di situ... habis gak meke makan... ahahahaha... kena paksa... makan!!!!!

 
Mengumpat terlalu khusuk sangat... hehehe.... 



 Diorg cakap sedap... tapi aku tahu diorg kena jaga hati akak ni nan satu...kang sentap kang!!! hahaha.... bercerita tentang org yang gantikan tempat aku... alaaa diorg kondem2 pun hagak2lah... ai bernilai uols... kerja 7 tahun. Compare org baru... sabar la, time aku kerja awal ni pun banyak komplain. Cume tak tahu je sejauh mana komplain org, kan?

Tapi kalau bab suke tak suke ni, account ni satu je... ko release cepat duit org, org sayang ko, sanjung ko... cube lambat... sebakul cerita... hahaha... ni la di bicarakan... tapi akak baik uols... bila dengar je nasihat akak bagi peluang diorg ok je... hahaha tengok kose akak macammana....

Kakak kawasan la katakan.... uhuk!

 
Yang baju purple ni suami Susi, yang depan tu bini dia... yang lain semua bekas kawan opis.... mudekan? mmg ler 30 pun belum lagi diorg ni... ai kawan dengan bebudak je... wakakaka


Ini bukan amani iman... hehehe

 

Para suami bersantai... yang depan pintu tu tak join sbb tak kawin lagi... hehehe... so jadi pak pacak la ko dik yer....



Cinta2 lama saya... ini la saya maksudkan... 

Tu kumbang sekor... hehehe

Lepas tu terus gerak pergi rumah kawan yang di maksudkan... tengok besday dia buat tuk anak dia, wa rasa nak buat sama... hehehe... dia la bagi nasihat. Power semua masak sendiri. Akak tu belum lagi la... bila la nak pandai. Nak pandai kena belajar, kan? Insya Allah, besday2 anak tak yah nak upah2 org... buat sendiri...

Itu la impian saya kalau terer masak... tak la nak buat duit, tapi benefit tuk diri sendiri saje.


 Menu Laksa dan nasi bryani... ayam sambal sedap pedas nak mampus!!! ai like....


Hiasan sendiri... kan... bole je buat... tak yah founten2... masak coklat letak atas meja, celup2, tuang2.... hehehe.... banyak gila kot aku mengadap... sedap!



Candy Bufet dia... simplekan? 

 Deco

 
Complete view... ni koboi je  ni... aku chat dengan dia sehari sebelum je pun... dapat hasil ni... hahah aku??? insya Allah boleh kot...janji hati puaskan. 

Mak adam  terjun... make up besday gurl


Acik gebus dengan baby Cahaya 



Mak yong ni pun nak jugak... nak trial and error sbb  nak tahu anak dia perempuan ke lelaki... adoiyai... sekarang zaman teknologi, gi klinik tengok je terus... uhuhu.... tapi baby Cahaya ni best... tak nangis... hahahah....


Nak anak!!!!! nak baby!!!! sob sob... tak kisah la kalau baby gurl sekali lagi pun i tak kisah... kalau lelaki bonus la sikit... lama la sikit nak bukak kilang... hahahah...

Ada plak! Semua tu rezeki Allah... akukan mmg nak anak ramai.... tapi tu la... kalau abang Zamani title datok ok je dok umah jaga anak...

Baby Adriana... anak ex bos aku... mak ai dah rupa bapak dia jugak... andy how with flower on head... wahhhh **blink blink**

 Budak si mata bulat!


 ku akhir dengan gambar ni... hahah nak tercekik budak tu...kui kui kui


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, July 16, 2013

Memandu ke tempat kerja

Salam...

Hari ni aku drive sendiri ke opis... lama sungguh tak mengadap jem dengan mengunakan kederat 4 kerat ni. Chewah... bercerita macam bawak Bulldozer...

Pagi ni hati syahdu sbb Amani iman kan kurang sihat. Semalam nak tido dia cium pipi aku dua kali... alahai anak buat hati ibu cair tau. Sampai dia pegang tudung aku tak nak kasi aku pergi kerja. Maka merangkak la mak diakan bangun tak nak kasi dia terjaga. Manja anak ibu... macammana ko nak ada adik ni? heheh

Than dr kawasan rumah dah jem sikit. Zamani dah pergi kerja awal la,kan. Sbb utama aku bawak kereta sbb aku balik 430 petang, Zamani pulak pukul 530 petang. Kalau dia dari opis dia, terus je balik rumah. Kalau nak ambik aku, dah habis masa satu jam je kat area opis aku. Selalu je sentap! Mencik... yerlah dia tak marah akak, tapi bebel dia tu... adoi sayang ,tak gune you puasa... KUASA (bak kata Umar Qayyum) you kurang.

Lelaki kan mmg baran...lagi la laki ai...

Jadi akak terus cakap, tak pa bulan pose ni daku bawak kereta sendiri. Adoiyai payah... dia nak suruh aku bawak kereta tak berani nak cakap. Bila bini bersuara, laju je tanpa berpikir panjang dia sokong...

Tiap hari sampai rumah pukul 7! ko boleh bayangkan tak?

Pagi ni bawak kereta, sungguh lawak. Aikan pemandu yang berhemah. Tak reti potong que, tak reti cilok2. Tak reti nak bawak dekat2 cium bontot kereta org lain. Baiknya saya... ahak... mengakibatkan trafic lagi slow la kot. Terutama kat bulatan simpang lima nak ke bandar Klang/shah alam... ada kete nak masuk kanan, ada yang nak ke kiri. Aku nak masuk kiri, kereta belah aku nak masuk kanan, kereta belakang dok hon macam nak pecah hon dia tu... tercucuk2 bontot kete ai...kalau sentuh WKD, harus ko... ko buta ke apa... aku ada

'P' wakakak... siap tunjuk tangan kat pemandu BMW... kalau dia dengar bebelan aku agaknya lagi best... tunjuk tangan yang mewakilkan kata2... 'Saba la bodo... kalau nak cepat bawak kapal terbang ar!'

Ha gitu....

#sentapatimaknak

Bole pulak time tu, kasut ni nak tersangkut2 kat kapet kereta... ahhh suda... nak masuk gear payah la... kete bukan das auto. Lagi sekali 2-3 kereta hon... ahahaha... stress... pagi2 dah stress...

Aku tak pernah drive kat tempat sibuk macam tu... memula kerja kat Subang la... aku kerja USJ 1 dulu... siapa tahu tempat tu, tahu la betapa jemnya... nak ke kerja pun jam, balik pun jam. 2 tahun suffer. Rasa nak tercabut kaki. Lagi la time tu jalan KESAS... dari dulu lagi kat persimpangan Hicom tu jem. Than persiaran kewajipan tu mmg wajib la jem... kuar lambat ke awal ke sama je... tak ada bezanya.

Time best la sbb kereta boleh consider baru lagi. Semangat nak drive pun berkobar2. Ayah siap tukar CD player kat kereta aku tu... lagi la best.

Sekarang??? adoi la... menguap tah berapa kali dah dalam kereta. Dah tu ada eksiden plak. Akak maintain bawak mcm org tak  bersalah kat line paling laju... hahaha... padan la tengok kereta satu2 potong, rupanya belakang semua menunggu aku...kih kih kih... kereta tua... tekan minyak sampai habis pun lajunya tahap tu je. heheh dah bersalah siap angkat tangan, rasa2 kena maki sila tengok saya masih 'P'

Hahah Pirahhhhhh....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sunday, October 28, 2012

Little Amani Iman

Budak yang setahun sebulan ni dah semakin banyak ragam. As for me mmg menguji kesabaran aku yang terkenal dengan 'tak sabar' but apa pun sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah ni. Dulu kau minta, merintih, sekarang ko nak mengeluh?

Ada je sifat baru amani yang mencuit hati. Jalan tak lagi. Cume meniti... Sebulan dua jalan la nanti. Sekarang sifat manja terlebih lebih. Kalau aku or zamani ada, dia mmg nak memerap je. Gaduh dengan aku selalu sangat. Zamani yang pening kepala dan tuduh aku tak sabar dengan anak. Tah la... Memimbing anak bukan pekara yang mudah. Lagi la sekarang dia cepat sangat melenting. Yes! Amani iman garang sangat. Kalau dia tak dapat apa dia nak, mula la. So as mother aku tak nak ikutkan sangat keinginan dia. But its not easy i tell you.

Aku dah mula tunjuk isyarat tangan nak pukul, tarik telinga, jentik tangan. Ermmm aku terpaksa buat sbb tak nak biasakan kita ikut cakap dia. And again its not easy, duduk dengan nenek dengan atuk especially. Dan amani iman kalau nampak atuk and nenek dia jadi lebih menjadi2. Tapi lepas marah dia, aku rasa sangat sedih. Dia mungkin tak tahu apa2. Tapi aku hanya nak dia tahu bila marah, kita mmg marah. Kalau salah dia mmg salah.

Macam kalau jalan2, dia kalau bosan tak dapat nak kacau segala button radio, gear ke apa ke, dia akan mengamuk. So biasalah kalau zamani ada tak boleh marah, jap lagi kami yang gaduh. Hahaha so pujuk cara baik. Nakal terus tinggal rumah. Tapi dia faham.... Takut punya hal nak tinggal rumah senyap kejap. Alaaa 10 minit je paling lama.

And being a paranoid mom, aku mmg tak ajar dia to explore new thing macam makan sendiri, minum sendiri. Leceh la kang ajar, kat umah org dia buat benda yang sama. Org suke tak suke kita tak tahukan? Anak org pun kalau 'lain macam' perangai datang umah kita pun, kita tak suke. Ekceli me and zamani admire dengan cara my cozen bro dan wife ajar anak dia. Look like the kids macam tak berdikari. Tapi perlu ke kisah? lain org lain cara didik anak,kan? Anak sulung 7 tahun, yang kedua 5 tahun dan yang bongsu 3 tahun, all boys. Main kat rumah sendiri pun tak bersepah, makan apa lagi, mmg agak pelik mak tu terus suapkan anak makan, tapi semua puji kalau diorg datang diorg sangat behave. Kalau gi rumah org main adik beradik jer. My cozen wife tak perlu jerit2' marah2 anak depan org, just panggil nama je anak dia dah mode natural. Padahal parents diorg bukan la garang mana pun. Ok may be org akan cakap ' esh sian budak tu tak macam budak biasa' tapi to me itu cara mengajar anak beradap sebenarnya. Betul tak? Dan aku percaya mereka akan belajar sendiri satu hari nanti.

Well itu pendapat aku. Sbb aku suke cara cozen brother aku dan isteri dia layan anak2. Jangan salah faham.

Alhamdulillah amani iman buat masa ni BELUM mengada nak makan sendiri. Tapii kadang2 bengang jugak, makan depan mata tapi nak suruh org suapkan juga... Hahah eh bukan tu ke yang ko nak. I mean mcm biskut ke, coklat ke kita bagi dia, dia akan bagi kita balik minta suap.

Kadang2 zamani argue jugak dengan aku. Aku terlalu xpect tinggi pada amani iman sedangkan she only one years old. Mana ada budak makan tak comot? Bukan aku kata aku ni pembersih, tapi aku la ibu yang malas, malas nak tukar2 baju anak, malas nak bersungguh2 nak cuci baju. Anyway aku kesiankan mak aku, kalau baju amani iman ada tanda mmg dia sental sampai ilang, kang tak ilang ko boleh tengok nenek bengang bebel hampir seminggu. Hehehe. Tapi mostly aku sentap je la. Mau tak sentap, ko nak kasi anak ko explore makan coklat bagai, bila kotor ko tak nak tukar, akak juga la kena tukarkan? So sendiri ingat la. Hang sendiri malu anak kotor2.

Ekceli dah 2 kali jadi la... Satu kedai mamak, boleh plak ari tu lupa nak pakaikan bib tuk amani iman, selalu ada dalam handbeg ni, baju puteh yang best that it MY fav baju tuk amani iman, dan kaler dia white and coklat. Knowing me, aku mmg malas nak beli baju anak mahal2, yer saya tak mampu, gaji kecik je. Org bagi baju jenama haruslah ko sayang, aku dah cakap dengan zamani, nanti! biar aku bg dia minum, laki aku ni eksen teror bagi jugak...ermmm mmg cun la kena baju tu. aku nak kata apa? Tahan geram la. Pastu dia plak marah amani iman sbb tak minum betul2.

Second plak time kat jusco. Bagi amani iman makan MM. Again, dah cakap, bagi dia makan baik2, yer kita bagi baik2 tapi anak diakan air liur meleleh2. Mmg lekit la baju, mulut semua... Sendiri mengelabah. Terus masuk watson beli tisu basah padahal tisu basah ada dlm beg amani iman. Hahah takut bini bising. Opcoz, bini kokan malas nak basuh baju! And now abang zamani i guess at last agree dengan aku. Sbb apa? Sendiri malukan tengok anak comot?

Aku rasa amani iman pun tahu mak dia yang fussy nikan. Bagi dia apa2 mmg dia geleng kepala atau tunjuk isyarat tak nak. Tapi dia akan tarik tangan org tu terus masuk makan tu kat mulut dia. Kalau baju kotor, dia siap suruh org senyap hahaha... Anak pun takut perangai ibu yang tah apa2 ni... Kih kih kih

Than aku cube gune isyarat tangan tuk katakan tidak pada dia. Sekarang dah buas, keinginan naik tangga, pantang jumpa plug, nak pasang plug, pantang jumpa laci nak menyelongkar. Aku tak kisah dia punggah barang tapi aku risau tangan tersepit. Tahu la akukan bz nak tahu dunia luar. Tangan mmg berkepit dengan smart phone der....anak jadi apa pun tak tahu.

Tu pun amani iman pandai main laci sbb abang zamani biarkan. Biarkan biarkan... Ada sekali tu aku solat, risau dia jatuh katil, letak dia kat bawah, tak khusyuk aku bila dengar bunyi gedegang gedegung. Tetiba dengar dia nangis pelan... Mcm merengek... Ah sudah. Aku teruskan solat, lepas bagi salam bukan main ligat nangis, tengok tangan tersepit. Ha ini yang aku tak suke. Abang zamani ni nak tengok bad thing happen baru la nak halang anak tu.

Im not a perfect mother. Bukan cakap aku hebat dalam jaga anak. Bila tengok amani makin lasak, aku pikir banyak kali nak bagi dia adik dalam tempoh terdekat ni. Sbb aku nak tengok dia membesar aku takut aku tak pandai nak bahagikan masa tuk dia, tuk adik dia nanti. Tapikannn kalau dah rezeki Allah, tak boleh la nak tolak. Kitakan manusia. Rancangan kita hanya la rancangan, Allah menentukan segalanya.

Now aku tengah nak ajar amani iman cara nak berkongsi. Cara tuk hormat harta org. Means kalau barang org jangan la buat barang sendiri, kalau barang sendiri kongsi dengan org lain. haha knowing myself as anak sulung, normally kami akan gunekan kuasa veto anak sulung tuk dapat apa yang kami nak... Hahaha kami tu me and zamani la. Tapi kalau tengok cara zamani dan dari cerita my Mil, dia mmg mengalah dan pandai kongsi. Tapi kalau ikut aku? Tanya la adik aku si fidah. Hahaha... Siapa banyak give and take?

Yer la sbb dah tahu perangai sendiri ler, kalau boleh tak nak amani ikut perangai mak dia ni. sbb apa bila dia mengikut perangai buruk kita, kita yang sakit. Baru je Ku mengadu dengan zamani, lately aku perasan amani ni baran tak tentu pasal. Dah pandai nak melawan walaupun belum tahu cakap. Even ari tu aku marah dia, dia tenung aku... Imagine ok? Esh rasa nak lempang pun ada. Sampai aku tunjuk nak jentik baru dia tunduk mata dia ke bawah. Oh hati kena kental time macam ni. Zamani cume cakap itulah you,kalau u nak tahu. Tetiba terasa... Yer ker? Eh buat2 tak perasan pulak. Zamani sambung, lagi2 kalau dia merajuk... Ha lagi sebijik, dia buat org tak wujud je depan mata dia.

Glub!

Eh i buat gitu sbb malas nak gaduh dengan you. Hahahah... Yer la sangat.

Ha bila kena sound gitu, apa ko rasa? Ok sambung la next entry nanti....


Entry bosan tanpa gambar...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails