Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, August 11, 2013

The ZulaikhaS

Salam...

Macammana dengan raya ouls? Aku balik kedah. Berjalan sakan dari Kedah turun ke penang, than turun ke Perak pulak.

Anyway aku bukan nak cerita pasal raya, tu tunggu la bila aku dah senang nak berkongsi. Tapi yang dalam otak aku sekrang cerita yang aku nak coretkan di sini. Cerita yang aku perlu kongsi bukan untuk meraih simpati, tapi aku nak abadikan cerita ni. Biarpun berkali2 berperang dengan diri sendiri. Tapi sudahnya aku nekad. Ini coretan aku... Kisah akukan. Selama ni aku dok jaga segala isi tapi kali ni kalau penerimaan org baik, maka baik la ia... Kalau penerimaan tu salah, maka salah la ia.

Suspen tak entry ni?

Orang cakap tak elok kita letak gambar kubur di mata umum. Tak pasti apa sbbnya. Tapi aku tengok blog yang senasib dengan aku ok je letak. So aku memberanikan diri. Sila la faham...

Sejak amani lahir, aku kurang ke pusara Aryssa Dania. As paranoid mother aku takut ada benda2 tak elok yang akan menganggu Amani Iman. Terutama makluk halus ni. So for the first six month umur amani iman aku tak bawak dia bila ke pusara Aryssa Dania. Kawasan nyamuk. Lalang yang tinggi so tak sesuai la... Faktor cerita mahluk halus satu bab... Than kesihatan amani iman pun penting jugak.

The first time kita bawak dia ke pusara Aryssa Dania waktu puasa tahun 2012 which is last year. Time tu kubur mmg tak terurus. Tapi kami gigih bawak Amani Iman. Memula tu masih takut. Tapi Zamani yakinkan aku... Kubur Aryssa bersih. Kubur kanak2. Semua ahli syurga kat situ. Lagi pun bulan puasa ni, Insya Allah tak ada apa2.

So kami bawak dia.

Alhamdulilla dia tak nangis. Tapi aku jadi seram bila turun kereta dia peluk aku sekuatnya... Time tu aku tak sedap hati. Tapi dia bukan peluk aku ketakutan, tapi macam bergurau... Dia senyum kambing... Senyum gedik org kata...ala macam ko agah baby, diaorg suke tekup muke kat bahu kita... Macam tu la. So aku rasa ini petanda baik. Mungkin Aryssa Dania sedang bertegur sapa dengan Amani Iman atau ahli syurga di kawasan perkuburan Aryssa Dania sedang menegur Amani Iman.

Time tu amani iman dah pandai angkat tangan doa. So i think its cute while we doa for Aryssa Dania, dia ikut sama. Even kita nak balik pun, aku suruh Amani Iman babai kubur Aryssa dia buat dengan muka yang agak gembira.

Amani iman perlu kenal siapa Aryssa Dania....

Tahun ni weols tak dapat nak melawat kubur Aryssa Dania di pagi raya... Jadi akhir di minggu raya kami bawak Amani Iman ke kubur Aryssa Dania...




Dan ini aksi spontan Amani Iman ketika tiba di pusara kakak dia. Aku agak terkejut dan biarkan dia terus menyentuh pusara Aryssa Dania. Dari ke batu nisan hingga dia menyentuh permukaan atas pusara kakaknya.... Walaupun lepas tu dia gengam batu2 tu sbb dia nak main je pun.

Aku mmg niat nak ambik gambar pusara Aryssa Dania kali ni... Untuk tatapan sendiri, tapi mana tau... Bila anak buat aksi spontan, hati seorg ibu tersentuh. Dan mula tertanya, di mana dia belajar?

Alhamdulilla pusara Aryssah Dania terjaga. Mula nak tambah batu2 atas tu tapi nampak masih lagi elok. Kami dah minta pekerja yang buat batu nisan di kawasan kubur tu untuk tambah batu2 kecil sekiranya kurang atau kotor.




Mulut amani iman membebel kali ni... As a mother yang penuh drama, mungkin dia bising ke apa banyak daun kering kat kawasan tu... Tapi tangan tetap pegang batu nisan. Dah macam dia berbual pulak dengan seseorg. Bila aku doa, dia tak angkat tangan tapi sibuk main dengan batu2. Aku tetap biarkan... Amani imankan suke berlakon... For few minute i let her cakap sorg2. (Sila tahu bila dia cakap sorg2 aku enterprem. Takut dia create kawan yang tak wujud)



Look at ner cheeky face bila Zamani bagi botol kat tangan dia. Selalu dpt botol dia masuk mulut dia je. Tapi that time macam dah get ready nak tuang air tu...




Amani iman....

Amani bukan keseorgan... Amani jugak bukan satu2nya anak ibu dan abak. Di dunia yer hanya amani iman buat masa ni... Tapi ketahuilah di hati ibu dan abak, ada Kak Aryssa. Sama banyak, sama sayang, sama cintanya kasih ibu dan abak pada dia, sama seperti kami sayang kamu...



Nak balik pun amani iman pegang nisan kakak.... Sebak hati ibu.... Sangat sedih.... Tiap malam ibu tengok gambar2 ni... Dan ibu nekad kongsikan di sini... Bukan meraih simpati... Tapi satu hari nanti pasti amani iman suke tengok gambar2 ni.



Al-fatihah buat Aryssa Dania zulaikha....

bidadari syurga yang abadi...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:In my heart

1 comment:

chempaka said...

sedih tgk pusara aryssa...kita ngndung sama2 dulukan... Btw, aritupun kita ke kubur iman sofiyya...sama sedih jugak..huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails