Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, November 20, 2013

Al -fatihah


Salam....

Aku terpanggil untuk  updat eblog mengenai sesuatu yang pernah jadi padaku 4 tahun lepas...

Semalam mood ku terganggu...pagi-pagi bila bangun bukak mata, the first thing in my head... its 19 November.... semua maklum Aryssa Dania meninggal/ lahir/ di kebumikan ( i dont know the right word, still confuse) on this date. Dan hari yang sama aku di kejutkan dengan pemergian anak sahabat ku waktu di UTM dulu... Wan Suhana...

Anak dia Fatimah Izz Zara meninggal semalam...

Speechless... aku nangis pagi semalam kerana terlalu sedih... apa lagi Fatimah berusia 5 bulan...yang dah di lahirkan, di susukan dan di jaga elok oleh ibunya... mcm menikam diri sendiri aku faham apa yang dia rasa ketika ini. Mungkin lebih berat dari apa yang aku lalui....

4 tahun dulu, aku nak lari dari semua org... aku nak lari dari kenyataan dan anggap semua ni mimpi... lepas menerima berita sedih tu, aku ingat malam tu aku solat... doa... terus doa... bermula dengan solat isya... solat hajat, solat tahjud... terus menangis merintih kenapa aku di duga. Tak mampu nak lelap kan mata... jiwa kosong....

Sms...

Call....

Kalau boleh aku tak nak jawab... cukup! setiap kali mengulanginya setiap kali aku rasa sangat sangat sedih...

Menyalahkan diri dah semestinya... aku tak nak jumpa org... di hosp putrajaya pun tak bermaya... tengok org mengandung dah cukup buat aku siksa... apa lagi tengok  babykan?

Aku faham apa yang kawan aku rasa... aku hanya mampu katakan pada dia, 'nangis la.... luahkan segalanya melalui air mata... kesedihan, kekesalan, kemarahan. kebencian...sbb air mata itu yang akan membuang segala yang terbuku di dada'

Mungkin sampai sekarang ada yang tak faham, kenapa ada setengah kawan aku buang dari list aku... aku tahu diorg mengambil berat. Nak tahu macamana, kenapa semua ni boleh terjadi. But every word yang di tujukan menyakitkan hati dan mmbunuh jiwa...

Aku tak jawab satu panggilan pun... tak balas satu sms pun... di saat itu aku nak meluahkan bukan meminta pendapat apa yang harus aku buat... benda dah pun jadi, aku sedar mcm mana aku cube pun, benda yang jadi tak mungkin akan berubah. Sbb tu aku mencari jalan aku sendiri...

Membaca blog2 mereka yang senasib dengan ku...

Berkawan dan bertukar cerita tentang apa yang berlaku... dengan cara itu je aku dapat menerima segalanya....

Kadang2 kita boleh jadi ilang iman. Kita cepat sensitip dengan sekeliling kita... sometime bila kita kongsi atau bertanya pada org, jawapan org tu betul, tapi tak kena dengan diri kita, kita jadi cepat terasa... seolah2 org ni nak berlagak... yer la anak dia ramai... yer la dia tak ada masalah nak mengandung... ialah anak dia sihat... mcm2 la... sbb tu aku cakap kadang2 kita jadi ilang iman... lupa diri sekejap.

Setiap tahun 19 november, aku akan bersedekah atas nama Aryssa Dania... tapi ada segelintir cakap tak payah... tempatnya pasti di syurga, yang mak bapak ni dosa banyak lagi bla bla  bla... eh aku tak nafikan tapi thanks i dont need ur advice on that... aku bukan buat sbb nak tempatkan anak ku di syurga, tapi sbb rasa tanggungjawab. Nasihat yang cakap kami org2 yang beruntung di pilih Allah sbb anak2 ini akan bawak kami ke syurga, tah ayat2 ini buat aku patah semangat/hati... saat kita sedih, kau cakap mcm tu, its not helping... seolah kau akan rasa itu satu hukuman dari Allah. Apa dosa ku sampai anak aku yang menjadi mangsa untuk aku masuk ke Syurga??? (yes it sound macam org tak ada imankan? )  Tapi saat tu je... cara penyampaian tu kita absorb lain. (Baca betul2 part ni...kang kata aku tak tahu agama plak....)  BAGI AKU LA.... BAGI AKU EH.... Ayat tu kurang sesuai aku rasa...

Its not helping, ppl.... betul aku cakap... org2 yang macam ni, they need their own space... macam aku menulis. What else nak buat? Zamani lepas 4 tahun dia pun bosan dengar cerita bini dia... ahak! balik2 sedih, takut, benci... paling worst still crying macam baby sampai sekarang... hati tisu kanda... aku pun bila org respond macam bosan, mmg tak la nak ulang tayang cerita... lama2 aku sedar biar aku sendiri rasa... biar aku sendiri pendam. Kalau aku nak luahkan aku luahkan mana aku nak luahkan... jangan persoalkan. Yang faham, faham. Yang tak faham tak perlu bertukar jadi baik pegang tasbih sejadah di bahu, nak tazkirah org, sampai keluar segala hadis.

I need to see my baby and i miss her so much dan langkah terbaik bunuh diri.... (Astafirullah) saya masih ada iman, dan berpegang pada Qada dan Qadar. Cume jiwaku kosong bila rintihan ni tak dapat di luah kan. Aku tak minta sesiapa pun faham... cume biarkan aku dengan dunia aku... sampai bila jangan di tanya, sbb aku mengharapkan aku dapat lupakan perlahan2... tapi kuasa Allah... itula yang istimewanya... makin hari makin bertambah sayang dah rindu... makin ko tengok budak sebaya anak kau, makin kuat perasaan itu...

Semalam aku watApp abang Zamani korang...

Biasalah... sedih... jawapan dia....

 
Baikkan suami saya ni... ahak!

But i can tell you, dia mmg pendengar yang baik... yang dia rasa perlu, dia akan tegur dan cakap tapi kalau dia tak nak tahu tengok muke pun malas nak cerita...

Itu je aku nak luahkan... hati mereka ni sangat sangat hancur saat ini... kata2 kita mungkin akan membuatkan mereka membenci kita... listen when they need someone to talk to... let them cry... as long tak terkeluar dr syarak... jangan dia baling barang, cederakan diri dia ko biarkan... pujuk cara baik... mereka hanya nak luah kan rasa sedih yang tak mungkin sesiapa pun mereka rasa akan faham. Kadang2 sentuhan je dah cukup... tak perlu kata atau buat apa sahaja... i alway have my husband's arm, mom hug and sister ears to listen...

Zamani selalu biarkan aku nangis dalam dakapan dia....

Mak aku selalu peluk aku dan pegang tangan aku sampai aku rasa reda...

Fidah pulak selalu menjadi pendengar yang baik...  

Sob sob... tetiba sedih terkenang cerita 4 tahun lepas... uhuk... entry ni sebenarnya nak berkongsi. Aku tahu ada yang tak faham. mungkin dengan entry ni, kamu bole handle situasi kalau berlaku pada org yang terdekat. Siapa tahukan?



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

1 comment:

Mimy Hamid said...

sebak aku baca kisah ko..aku paham naluri ibu ko...betul apa zamani ckp tu...ko rindu la dia selalu..arysa tengok ko sedih dia lagi sedih tau..dia kat syurga pasti tempat nya sedang bergembira...Al Fatihah untuk aryssa...kawan aku yang anak dia umur setahun pneumococcal tu pun macam perasaan ko...kuatkan hati n tabah ye..amani ada disisi penguat kasih sayang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails