Salam....
Anak2 dah tido... lega! Kalau tak diorg yg tido aku la yg tido.
Tadi dah tido jap so now terasa nak update.
Macam2 minggu ni. Dah la pindah opis. Isnin lepas nenek melaka aku meninggal. After suffer stroke for 3 years. Tak tahu nak kongsi cerita yg mana. Dua2 aku nak cerita. Tp i would write special entry for my arwah nenek later. Talk about work skrg eh...
Now officially kerja kat putraheight. Pergi kerja sendiri. Bawa haluan dengan abang zamani. Ahak... menyampah statement tukan. Buat masa ni boss memenuhi keperluan aku. Kadang2 rasa macam berharga sangat. Dia nak aku selesa. Tempat kerja jauh tp aku rasa tenang. Kawasan opis tak semak. Masuk2 putraheight tu mmg lapang sangat. Kawasan opis tp ko bole menari2 kat tengah jalan raya. Hahah sampai mcm tu.
Kawasan elite. Kedai makan pun banyak. Tp macam aku cakap x bz sangat. Semak kat highway je. So far aku keluar umah awal 730 pagi. Mengadap jem kat hicom nunnnn. Lepas tu ok dah. Setengah jam je klu x jem.
Wkd tak betul lagi. Insurance n road tax dah hidup. Nak bawak ke bengkel. Ermm boss siap rekemen tempat kawan dia. And nak bantu buat major overhaul. Dan buat masa ni hamba pakai kete anak dia... aduh sangat segan. Kereta kesayangan anak dia. Anak dia sayang nak jual kereta tu. Sangat berharga..walaupun skrg anak dia dah ada kete sendiri yg setaraf dengan dia. Hihi... harap2 la x ada apa2 kereta org.
Kita pun akan marah kalau org tak jaga kereta dia dengan baik. Macam siput aku bawak kete. Takut betul kalau apa2. Mungkin minggu ni cari bateri dan hantar kereta cepat kat kedai. Cepat siap cepat jugak aku pulangkan pada dia.
Bukan bos je baik. Wife dia pun sangat la down to earth person. Mmg awal minggu dia bersungguh bersihkan opis. Dia yg sibuk angkat2 barang. Siap bg katalog suruh aku pilih perabut. Kerusi mcmmana yg aku nak. Adoi layanan penghargaan macam ni payah nak cari tempat lain tau. Haha
Siap hantar kerete kelisa anak dia ke bangkel tuk service. Tukar tayar sbb aku dr klang. Siap tinggalkan smart tag dan reload touch n go lagi. Bagi aku kete pun minyak full. Tak berkira betul. Segan plak rasanya.
Hari2 penat. Balik cepat pun jem. Balik lambat pun jem. Bila balik terdampar tak larat. Badan dah tua. Itu pun ammar yusuf breastfeed... kalau x lagi la jauh x rapat dia dengan aku. Amani iman aku dah rasa dia dah tak rapat dengan aku. Balik kerja dia nampak aku tegur macam biasa x excited sangat. Lagi nampak rapat dengan zamani.
Hahah baru seminggu dah nampak eh perubahan anak. Kalau setahun??
Anyway hujung minggu pun x kurang banyak sangat aktuviti nak buat. Erm lagi la pasal amani iman dengan autismnya. Banyak yg kena buat. Skrg jadi baik. Status fb pun nak update terkial2. Gosip group kat watsapp pun ada kala clear sbb tak sempat nak baca. Masa dengan anak dan suami hanya hujung minggu. Masak pun ke laut dah sekrg.
Tp org lain pun kerja gak yer dak.
Mungkin masih blm dpt serasikan diri. Insya Allah lama2 ok la kan. Tp aku rasa tenang di tempat baru. Sangat tenang. Tak dgr apa2 yg menyakitkan kepala otak. Harap2 lakan....
Oklah nak mandi solat n tido. Ku sudahi gambar kat opis baru. Hihi... berlagak ko eh cida.... eh bukab belagak la. Org dah sediakan apa lagi...
Kebas aje laaaaaa....
No comments:
Post a Comment