Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, November 18, 2014

Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali

Al- fatihah.....

Buat insan yang tersayang. Nenek ku kembali ke rahmatullah pada 3 Nov 2014. Jam 8 pagi.


Mendengar berita itu, aku menjadi terdiam seketika. Nenek mana? Mak aku call time aku dah sampai opis pagi tu. Suspen sbb aku masih ada 2 org nenek. Kami panggil nenek melaka dan nenek Singapore. Nenek Melaka of cos duduk Melaka, ibu pada ayah. Dan nenek Singapore duduk kat Singapore dan dia mak pada ibu.

Nenek Melaka mmg dah lama sakit. November 2014 ni genap lah 3 tahun dia sakit. Stroke.

Mmg keadaan menyedihkan, akhirnya Allah menjemputnya. Tak tahu apa yang aku rasa. Tapi aku pasti sepupu2 aku turut merasai kehilangan dia. Adat la org tuakan, suke membebel dan adat jugak kami cucu2 tak suke dengar leteran dia. Siapa yang suke dengar leterankan? Tapi leteran itu yang akan kami rindu buat selamanya.

Penderitaannya berakhir....

Itu yang mampu aku katakan. Alhamdulillah aku sempat melihat jenazah dia pada hari itu. Sempat cium tapi tak sempat nak minta maaf sebab diri ini tahu, banyak sangat benda yang buat dia sedih ketika hayatnya.

Aku lupa dia pernah menjaga ku walaupun hanya untuk setahun dua

Aku lupa tangan yang sentiasa menghulurkan belanja ketika aku bergelar pelajar

Aku lupa dia pernah bangun menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam

Aku lupa dia sentiasa menunggu aku di depan pintu rumah menyambut aku pulang dari kelas

Aku lupa dia yang sakit mencari org tuk menghantar aku ke kelas malam sbb tak mahu aku naik bas malam2

Jasa yang aku lupa dengan peredaran masa aku membesar.

Nenek damailah nenek di sana... Tenangla nenek di sana... rehatlah nenek tanpa perlu risau tentang apa yang berlaku pada anak, cucu dan cicit di sini.



Di setiap sudut ada kelihatan bayang2nya... Rumah yang sentiasa di jaga bersih....kami suke menyakat nenek sbb tahu nenek pantang rumah berselerak. We know we will miss her.

Benarlah kata org bila 'dia' tiada maka kita mula akan menghargai setiap apa yang di buat tuk kita.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails