Friday, July 10, 2015
Menjawab persoalanku
Salam...
Bukan cerita raya. Tapi menarik perhatian untuk di kongsi bersama. Aku pasti bukan aku sahaja, malah ramai wanita di luar sana rasakan sama. Wanita yang mengandungkan anak luar nikah, senangnya dia bersalin. Tak sakit ke? Tak sayang ke anak tu setelah 9 bulan dalam kandungan? Senangnya mereka ni bersalin dalam tandas, sedangkan kita putus nyawa bertarung melahirkan anak.
Ini jawapannya....
Teringat setahun yang lalu sewaktu nak bersalinkan Ammar, sementara menunggu bilik persorangan/berdua, dihadapan katil aku ada seorg budak yang sangat muda! Sangat sangat! Macam umur belasan tahun. Tapi dia masuk sbb lepas bersalin so aku ingat dia mungkin kawin muda. Lepas bersalin dalam sehari dia dah berkemban! Aku ulang yer berkemban dengan kain pink hosp tu lepas mandi. I was like.... ko tak sejuk ke or tak sakit? Mula tertanya, dia ni masuk ward ni sbb apa? Nak kata lepas bersalin, relex je. Tak nampak langsung fizikal macam ibu yang lepas melahirkan. Nak kata tak mengandung, kenapa dia masuk ke ward bersalin. Berat nak tanya walaupun nak jugak tahu. Than nurse datang bawak baby. Oh mmg hebat perempuan ni. Dari perbualan dia dan nurse tu macam lepas bersalin. Huaaa akak kembang urat bila ingat dia kuar dari toilet dengan keadaan yang basah (mandi) berkemban dengan kain pink hospital dan tuala tutup atas. Bukan meremang bulu roma, terus rasa macam tercabut. Sbb aku masih menunggu hari esok nak cser. Itu pun berselimut, berbaju sejuk.
Than malam pulak dia tido mati aku rasa. Anak dia nangis dia tak terjaga. Aku yang kesian. Nak bangun, ko siapa nak kacau anak org. Sampai nurse datang kejut suruh susukan anak. Anak dia pulak alahai nangis suara macam segan2.Sedangkan anak org lain satu ward dah dengar. Jangan cakap anak org lain, ammar yusuf kuar je nak tido berpeluk. Suara dia lagi la kuat!Tapi baby tu mmg slow je suara dia. Sayup-sayup...
Esoknya, bila doktor buat pemeriksaan i get to know (curi dengar perbualan) that she only 14 years old. Dia cakap dia di paksa. Lelaki tu dah menghilang. Cerita dia pun mcm budak yang naif. Dia ceritakan satu2 pada doktor. Terus aku tak leh duduk diam. Teringat kan nasib dia. Dan nasib bayi tu. Baru aku tahu kenapa baby dia tak meragam malam tu macam katil sebelah yang lain. Sbb mungkin dia tak nak menyusahkan mak dia. Mungkin dia tahu kalau dia banyak perangai mengundang marah dan benci ibu dia.
Mak aku plak kan ramah. Berbual dengan mak dia. Well time tu aku tak bagitahu sesiapa pun apa yang aku dengar. Tak elok la. Kita kalau tahu benda buruk, mula kita pandang serong pada dia. Tapi mak akukan ramah. Bertegur sapa dengan mak budak tu. Mak budak tu tak la cerita banyak. Sbb mak aku tengok mak dia pun kekok pegang anak tu. So diorg berbual. Mak budak tu bagi tahu anak dia sepatut cser, tapi bila doktor bg arahan tuk masuk dewan bedah budak tu takut terus mencangkung dan meneran. Bab cangkung tu tak tahu la, tapi tu yang dia katakan oleh mak budak tu. May be dia push baby tuk keluar terus.
Mak aku macam blur tak dapat imagine cara mak dia cerita. Kuasa Allah.
Sampai hari ni sebenarnya aku masih terbayang wajah budak tu. Harap dia jaga amanah Allah walaupun anak itu bukan la anak yang halal. Kes2 buang bayi, bunuh, kerat bayi sangat sangat menyedihkan! Tak cukup dosa yang dah terlanjur, masih tiada kesedaran. Hebat betul mereka ni. Allah juga adil, sepandai sebijak mana kau cube hapuskan bukti, pasti kebenaran muncul. Kerat, tanam, bakar la, hukum dunia tak lepas, ada je petunjuk. Apa lg hukum di akhirat.
Dan nasib2 bayi ni....
Syurga la nak tempat kamu. Walaupun jijik di mata ibu, ayah dan keluarga mu, namum ko tetap suci di sisi Allah.
Oh akak stress dengar berita kisah buang2 bayi. Kalau dengar bunuh lagi la. Asal la ko tak mampus sama ketika melahirkan anak tu? Dalam lemah bersalin, ada juga kekuatan kau nak buang hapus bukti.
Dunia semakin dekat dengan kiamat. Manusia bersifat lebih dari binatang.
CidaZam bercerita lagi
Labels:
emosi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dah kena ceaser nak alami balik dari pregnant sampai beranak tu cam tak sanggup. Doc kata laluan rahim kecil maybe next kalau ada pun ceaser. Err...er...
Post a Comment