Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Wednesday, April 18, 2018

My First entry 2018

Assalamualaikum...

Wahhh lama gila tak menulis. Nangis! Betapa rindunya nak menulis. Tak se-best bebel di FB atau IG. Lepas tinggalkan blog, FB and IG tempat aku kongsi cerita.

So ada ke nak baca blog ni? aku sendiri dah tak baca blog2 org. Well last two entry ada cerita pasal gajet baru, IPhone 7... IPhone ni segala apps kena beli. Kalau dulu gagah jugak update blog from phone. Rasa pakai bloggeroid. Senang jugak la nak update. IPhone ni dah la kena beli apps dia, tapi tak tahu sejauh mana eloknya? Kang tak pasal. Walaupun murah tp duit tetap duitkan? I is kedekut. Hahaha... nak update pakai laptop pun bercinta. Asal bukak laptop tetiba jadi budak baik, buat kerja, balas email and ect... So malam ni tak tahu la.

Update pasal anak2... dah besar dah anak2 aku. Amani Iman, dah 7 tahun. Darjah 1. Ammar yusuf pula 4 tahun. Mulut macam org tua. Dan Aiman Yusuf pulak baru 2 tahun lebih. Dia dari kecik suke makan.

My kids...
Gambar raya last year.  Cepatkan diorg besar?




Amani sekolah di convent Klang. Gigih kakak masukkan dia sekolah lama hakak dulu. Memula kena reject, aku buat rayuan. reason kenapa aku nak sangat dia masuk sekolah perempuan? Sbb knowing her, dia tak pandai berdikari. Or aku yang tak yakin dengan dia? Kalau gi toilet pun masih tak tutup pintu, selesa dengan keadaan kat umah. Free show. Bukan tak ajar, tapi dia dah selesa. So kat mana pun dia buat benda yang sama. Kalau sekolah perempuan ni senang sikit. Terselak skrit or kain baju kurung pun ko still among perempuan. Bayangkan sekolah campur? Aku tak boleh bayangkan. Mmg aku berhenti kerja jadi jaga kat sekolah nampaknya.

Lagi pun sebagai ex student yang pernah belajar sekolah tu, aku rasa selamat sbb kelas pun dua je setiap darjah. Satu darjah tak lebih dari 40 org, so cik gu nak pantau senang. Kita pun tak risau kes buli. Dengan keadaan Amani yang you know la kan, aku sangat risau kalau dia di buli. Alhamdulillah Amani dapat sekolah Convent. Jauh dari rumah tapi ko yang pilih sekolah tu, so struggle la bangun pagi hantar anak sekolah.



Ammar masuk tadika.  Dia masuk sekolah lama Amani. Ingat nak try tadika lain. Sbb aku sendiri bosan hahahah... tapi tadika sekarang kalau ko nak masukkan dia tadika 'berjenama' ni siapkan duit je la.Kalau dia anak tunggal bole la... so janji dia belajar dah ok. Amani pun dulu dari zero sampai la berisi (pengetahuan). Kenal la jugak huruf, boleh la baca dan menulis. Pada mulanya aku cadang tuk ambik tadika Montessori tuk Ammar. Sebab tak nak dia di tekan belajar sangat. Macam Amani, dia more into academic. Dia sendiri tunjuk minat belajar, ABC, Color, shape. Macam Ammar, kita dah Nampak dia tak minat semua tu. So nak latihkan kemahiran or fine motor skill. Tapi nyata salah. Ammar dah sekolah 3 bulan dia dah kenal 1..2..3..10, ABC dan Alif, Ba, Ta. Dan dia minat. Tengok dia lagi rajin dari Amani. Dulu Amani kita Tanya ada tak homework, asik cakap tak ada je. Ammar pulak, Nampak kereta aku je, dia dah cakap dia ada homework.

Cuti sekolah ari tu cik gu dia bagi kerja rumah. (Itu salah satu sbb aku tak nak dia sekolah tu... kerja sekolah macam budak darjah 1). Kerja tumah tuk seminggu. Tapi Ammar habiskan hari Jummat, hari terakhir sekolah.... hahahahah naik hangin aku. Banyak kot! tapi dia nak habiskan. And he finish on Friday maka tak ada la nikmat belajar cuti sekolah.

Aiman dah 2 tahun, tapi malas nak bercakap. Aku takut jadi macam Amani, 4 tahun baru bercakap! Masih baby talk. Perkataan yang clear! Abak! Dia panggil aku ibuwak... dah macam biawak pun ada. After Ammar, Aiman masuk GBOB. Play school. So far antara anak2 aku, dia paling adventure. Tak nangis, independent.... kalau intro diri sendiri, macam Amani and ammar mmg kena paksa, Tarik sampai aku sendiri kena gi ke depan. Ini budak Aiman Yusuf, angkat tangan diri depan sengeh2. Nak cakap tak tahu. Mohon teacher tolong introduce dia kat kawan.

Long way to go Aiman...

Its ok... anak2 semua lain2. As for my big baby???


9 Years marriage... Alhamdulillah... the same old Zamani... 😝

Bapa yang penyayang. Kesayangan anak2... dan kesayangan saya.

Ya Allah... rindunya menulis. Banyak nak cerita ni. Tak tahu la kalau habis entry ni ada tak entry lain? Ada ke yang nak baca? Masih ada ke yang baca? Hahahaha... poyo sangat.

Saya menulis bukan kerana nama... uhuhuhu

Till than,

XoXo

Saturday, October 12, 2013

Brain Expo

Salam dan selamat pagi



Jom kita ramai2 ke Brain Expo....


Tak nampak eh info? Its from 1st to 4th November... 

9-10 PM on 1st to 3rd November
9-7 PM on 4th November

Memula ingat macam best ke bawak si Amani iman ni... dia bukan tahu apa-apa... well tu la mak yang bodokan... suke sangat underestimate kemampuan anak... tapi sejak dua menjak ni, aku tengok perkembangan dia sangat di luar jangkaan aku. Haa! hambik!

Ko tak pernah ada masa nak duduk ajar dia. Sbb Amani ni jenis belajar sendiri. Kalau dia tengah buat something dan tetiba ko join, terus dia tak nak buat. Ajak buat benda lain semua.

Tapi lately aku notis yang dia dah kenal huruf 'A'  to 'E' je... tapi kalau tengah main2... kalau ko tanya dia 'P' ke apa dia tunjukkan kau... i dont know itu aksi spontan atau dia mmg kenal hurup. Kadang2 tengah tengok buku, aku tunjuk huruf dia akan sebut. Sekali je... macam ari tu jugak aku tunjuk gambar 'Watch' tetiba dia sebut 'La biue' . Mau ko tak terkejut???

Terus terang it make me frust jugak la... bukan sbb frust dia pandai.. tapi ko as mak tak pernah nak tahu perkembangan anak kau... 

Dia nanyi selama ni... tapi aku ingat dia bebel jerman je. Tapi bila dia tengok atau dengar Ipad baru aku tahu ooo dia tengah nanyi...

'eee oder neeee ang tow' rupanya???? 'head shoulder knee and toe' .

Bukan nak riak atau bangga... dan ini pun bukan entry sponser... ai nuffnang pun duit nak buat tambang balik Melaka pun tak cukup... uhuhu.... tapi aku nak share kat blog je. Sejak Amani iman minum Enfa, aku bole tengok perubahan yang ketara. Imiginasi dia sangat sangat di luar jangkaan. Macam yang aku cakap pasal huruf2...dalam pelat2 dia, aku notis dia berjaya kira '1' to '10' tu kira oklah may be hafal... sekali hari tu dia ambik blok angka '8' dan bagi kat aku dan tok mama dia...

'Itttttttt'

Aku try campur blok tu... mana eight? 

Dia cari.... erm tapi nombor tu je la yang aku perasan... may be sbb nombor tu je dia main dari dia baby... (sbb nombor lain hilang)



Bila tengok video ni...macam menarik...ini bukan anak je excited... omak pun excited sama ni.... uhuhuuh


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Monday, October 22, 2012

Cubaan blogging

Sebenarnya aku cube mencari application tuk blogging terus dr gajet yg zamani beli tuk besday aku. Nampaknya amani iman yg byk gune. Asal aku pegang je benda ni dia mula nak tengok vedio la, lagu la apa sajer... Budak2 zaman sekarangkan? Main masak2 pun tru technology. Silap2 main seremban pun on line. Uhhhh...

Im trying this application... Klu user friendly and family ok la insta Allah saya akan rajin berblogging. Hahah hot2 chicken shit jer ni... Uhuhu...

Amani dah tido... Ini je la masa pun.

Ini gambar ari tu bercuti one day kat bagan lalang... Nak pergi jauh2 buang masa, duit dan tenaga... Kita gi tempat yang dekat. Org lain nak ke gold coast naik kapal terbang... I bawak my Wkd jer... Hahaha...


Umar dan amani dah macam pasangan bercinta... Ekceli its first time for amani iman jejak kaki ke pantai... Perak anak ibu nampak pasir... Memula geli lama- lama kemain syok...


Being mother yang paranoid... Aku tak suke bila amani main pasir walaupun my brother in law semua nasihatkan biarkan she having fun, being like other kids explore benda2 baru, tapi hakak adalah ibu yang malas sbb malas nak basuh baju anak nanti... Dengan pantas ko tukar baju ko amani iman... Swimming suit bagus sbb pasir tak melekat2... Senang kerja aku... Uhuhu

Beautiful mariaaaa.... Hahaha



Guess who.... Hahaha... Ganas tak?


Mmg bosan... Pergi tak rancang... So bawak diri je... Sampai sana air tengah surut. So beli bola tuk bebudak, tapi tengok la siapa yang main... Kih kih kih



First time jejak kaki di pantai... Knowing amani iman, dia mmg kaki air...


Ibu yang lupa nak bukak pampers... Hahaha... Dah masuk air angkat nak bukak pampers mmg menangis la... Si abak terpaksa pujuk anak sambil menjeling mata pada bini yang tak peka dengan keadaan sekeliling... Halo! Ibu bz lanak snap gambar... Hahaha


Di apit oleh kakak2 yang perihatin... Aliya and aisyah



Pak teh biasalah... Dia jadi pemerhati yang hansem dan bergaya... Bebudak ni lain mcm sikit, mmg suara komander keluar... Kui kui kui



Memalas nak mandi.... So basahkan kakisebagai syarat....

Agak bestlah shot trip macam ni... Amani pun nampak happy dengan cozen dan activiti...



Nah!rupa anak dara aku balik dr bagan lalang....terkangkang ko kepenatan


Love you baby... Insya Allah... Abak dah janji kalau dah pandai jalan, abak nak bawak jalan2... Hehehe ibu tak sabar... Now amani dah mula imbang badan tuk berdiri. Insya Allah sebulan lagi? Abak siapkan duit nanti ibu buat reservation kita buat family trip yer... Hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails