Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, September 22, 2010

Kongsi Info

Aku dapat email ni dari suamiku... hahah patut aku yang bagi email ni kat dia. Kan?

Yer yer dia menjalankan kewajipan dia... tak di nafikan. Walaupun gaji dia idok la besar mana... namun Alhamdulilla tanggungjawab dia, dia mmg tak lupa. Let share pasal nafkah dalam islam. Zaman sekarang ni ramai suami (juga peringatan pada Zamani) ingat bila isteri kerja, isteri bergaji lebih besar dari suami, tanggungjawab tuk memberi nafkah di abaikan.

Kategori : MUNAKAHAT Tanggungjawab

Tajuk :
Kewajipan Suami Memberi Nafkah

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”

Riwayat Ibn Majah

HuraianPengajaran hadis:

i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.

ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.

iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut:

i) perbelanjaan keluarga
ii) makan minum dan pakaian
iii) tempat tinggal
iv) keselamatan dan perlindungan.

iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T. v)

Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok bukti email ni laki aku hanto... kang korang buat spekulasi aku perli laki aku la apa la... hanya sorang je Ana Norzamani. And this email mmg dari dia... Sejuk hati dan perasaan ku suami ku baca artikel yang berpaedah... uhuk!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails