Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, October 19, 2011

Kelar anak mcm kelar ayam

Sayu baca kes baby kena kelar teruk dgn mak dia yang gila, sewel! Nak ku lempang budak umur 16 tahun. Org dok kata mude tak tahu apa2, tau plak ko apa tu SEX!!!

Tahhh since berita tu kuar, bila aku tengok amani iman sayu je rasa.

Tu la setan! Time kita kotor banyak benda di bisikkan ditelinga kita. Nak baca ayat2 pun tak bolekan? Zikir je la banyak2. Mmg aku akui bila baby meragam, hilang sabar when u have to do alonekan. Dah la anak sulung. Anak org bole ku bg kat mak apak dia, anak sendiri? Mungkin itu penyebab diorg ni tak pk panjang.

Bila marah amani iman mula la rasa sedih. Eshhh dulu janji bagai. Now merungut2. Tp betul la kata org tua, dugaan tu mmg banyak dlm pantang. Ada org yang dengar suara2 halus nikan? Ada kawan aku, dia ckp time dia dalam pantang, anak dia nangis sampai dia tak tahu nak buat apa, dia ckp dia pernah nak tutup muke anak dia dengan bantal. Cepat2 dia kuar dr bilik cari mak dia. Mungkin jugak sbb tu org kata jangan bg org pantang bersendirian. Aku dgr pun takut.

Ada gak cerita aku dgr, seorg ibu letak anak dia dalam longkang sbb anak tu asik nangis. Scary tak! Nasib baik dia tak campak anak dia just letak. Dia duduk tepi longkang tu dok tutup telinga dia, nasib baik jiran ke suami dia ada.

Kes aku plak?? Malam tu bertukar bila ada anak. Tido sejam sbb selebihnya amani jaga. Zamani tak bole jaga sbb dia kerja pagi buta. Kalau weekend ok la. Amani iman dah biasa dgr dengkuran abak dia. So bila posisi tido zamani posisi yg tak dengkur dia akan jaga, sampai la bapak dia bunyi. Sound pelik! Tp itu yg jadi. Aku perhatikan sbb memula berang jugak, dengkur zamani mmg kuat gila, aku terjaga tp amani terus lena. Bayangkan mak aku jalan tepi bilik kitaorg dgr bunyi zamani dengkur dia tunggu tepi bilik kot amani nangis dia bole la ambik tp harammm bunyi amani tak ada sampai ke sudah zamani dengkur. Last2 nek tipah terlelap atas meja makan. Wakak lawak. Sian mak aku.

Tp kalau zamani tak dengkur, ko leh tengok dia bangun. Ohhh sampai aku rasa nak kejut zamani, bole tolong dengkur? Gilo la request tukan? But this is amani.

Eh apa kena mengena cerita mak kelar anak dgn cerita aku ni? Hahah

Apa pun aku kesian tgk baby tu. Baru je nak hidupkan? Nyawa dia di tarik oleh mak dia sendiri. Ada artikel di FB aku baca. Sblm baby2 ni lahir, mereka bertanya pada Allah, bagaimana nasib mereka bila lahir, kalau mereka lapar, mereka sakit, apa jadi pada mereka. Allah telah menjawab bahawa akan ada 'malaikat' yg memberi kamu makan, merawat sakit kamu, memeluk bila kamu terasa sejut. Dan malaikat yang melindungi kamu akan kamu panggil 'ibu'.

Pasti itu amanah dr Allah. Tp bila dia tiba di dunia, dia di siksa?? Amani iman kena inject BCG terbeliak mata aku, aku nangis sama. Sama gak injection pertama. Ingat aku tenang nak bg org cucuk2 anak aku? Ikut hati tak nak anta g klinik, sbb apa? Bukan la aku manjakan dia, aku terasa amani akan ckp dunia ni kejam buat dia sakit. Hahah imiginasi aku tahap tu. Sbb tiap malam aku bisik kat telinga dia, 'ibu dgn abak takkan bagi sesiapa sakitkan amani iman, sbb kami sayang amani iman' haaaa pi sebut gitu sendiri sakit bila tgk anak nangis.

Ermm yg senang beranak ni la mereka yg tak hargai anak. Buang suka2, bunuh suke2. Kan ke baik ko bunuh diri ko. Tak pun jantan yg rosakkan ko tu! Dah berani sangatkan?? Anak2 ni ko tak suke, g la letak depan masjid ke umah kebajikan. Takkan ko kena tangkap masuk lokap punya. Ramai pasangan di luar sana nak anak tak dapat.

Ermmm tak kena batang idung sendirikan? Layak la komen. Apa pun tempat anak2 ni di syurga. Cume aku sedih. Everytime this happen aku teringat aryssa. Sentiasa ingat dia. Kami hantar dia dgn baik dan sempurna.

Ermmm bagus jugak ada BB nikan? Tq la encik somi kerana hadiahkan, dalam pantang ni mmg bosan. Bila anak tido, tweet dan FB la tempat akukan? So kalau aku update basuh taik anak ke, mandikan anak ke, that is part of my free time. When I mention or post pic kat FB dan twitter and tag my husband, aku rasa itu perlu sbb aku nak dia tahu perkembangan anak dia. Bukan takat buat anak than serah bini buat semua. Itu aku tak komplain la kalau zamani tak nak menolong sbb itu bukan tugas bapak pun. Tp at least aku nak zamani tau, oh amani iman dah pandai merajuk. Oh dah pandai this and that. Kan??

Itu yg syok. Dr kita dok baca status org than get envy ke apa better kita update apa yg kita ada. Tak semestinya kita nak paksa org baca. Insya Allah blog aku adala perjalanan aku, suami dan anak. Even anak aku sorg 'di sana' aku masih tak puas bercerita tentang dia. Aku stop and kurangkan sbb kebanyakkan org ckp aku tak leh terima hakikat this and that.

Kan bagus kalau kita cerita pasal anak2 kita dr cerita pasal org lain.ketidakpuasan hati kita on this and that?

Ini adalah pendapat aku. Kalau aku ada anak 10 org pun, insya Allah aku akan tulis mengenai setiap sorg anak aku sbb bg ku setiap anak ada ciri sendiri. Kamu akan senyum bila baca setiap entry tu nanti.

Aku beli coklat dua puluh sen pun aku canang kat blog apa lagi kalau citer2 lain.

Sesungguhnya sudah tersasar dr tajuk. Wakak kalau SPM confirm fail dow!!! Haha.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 18, 2011

Tidokan anak... bapak yang lena baikkk punya

Tak leh nak salahkan suami sendiri bila dia kerja pagi2 buta sebelum subuh. Tapi yang lawaknya ari ni Zamani kalah dengan setan yang bergayut kat mata dia... wakaka... dia lena sblm anak tido... sian anak aku terkapai2... ingat kenapa... sekali tengok, bapak dia lena baikkkk punya...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

"Aikkkk abak dah tido? Amani banyak nak cerita ni"

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

 "Abak!!!!"

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Siap gaya nak kejut...hahaha ok saya tipu... tapi seyes tangan dia gerak2 seolah2 nak capai Zamani kat sebelahnya. Mak dia bertindak sangat kijam membiarkan aksi2 ni... wakaka...  sayang ko kat abak ko eh nakkkk... nangis ler bagi abak heart attack terjaga. Kalau jaga malam hang kejut ibu dengan suara hang je... hehehe...

Tak kisah la nak yer... mana2 pun. Sayang abak lebih ke, sayang ibu lebih ke, sayang ibu kat kamu lebih mengatasi segalanya... kalau abak kata dia sayang kamu setinggi bangunan 70 ribu tingkat, ibu sayang kamu lebih dari abak... mungkin 170 tingkat?? hahahah...


Monday, October 17, 2011

War of the roses

Org pantang mmg tak ada kerja lain melainkan jaga anak, susukan anak, aktiviti ringan plak tgk TV. Now pantang umah MIL. Ekceli pantang umah klang 2 week and umah shah alam sampai la abis pantang di atas sbb tertentu.

So my MIL mmg tak kasi buat kerja langsung. Walaupun rasa dah sihat, ikutkan bole lari (perasan betul) tp kata my MIL rahim tak elok lagi.

Ok melalut!!!!

Ni citer korea fav aku sekarang. The guy is not hansem at all!!!! Tapi aku minat dia sbb watak dia yang celupar kelakar dalam citer ni.

And watak perempuan tu pun aku suke. Lembut tapi keras di dalam... Mcm aku!!! Pitammm puji diri sendiri.

Watak betina murahan tu aku malas nak snap muke dia. Meluap2!!! (Haha emo mcm dia rampas laki gue yang ala ala brad pit) protttt prottt sila kentut kuat2 yer atas statement yang bole buat brat pit gantung diri. Miah miah miah.

Eh Zamani pun layan gak! I like u la en suami!

Tp seyes gue minat laki tu!!! Muke tak hansem tak pa. Mcm abang zamani korg, mana ada hansem? Tapi hati tu! Ehem ehem...

Woit encik suami, minggu depan habis pantang. Bunga2 ke, gula2 ke, pulut kuning nan ado ke??? At least lilin 4 cawan dalam bilik, bersama aroma terapi. Wakakak lain mcm je bunyik. Apa pun cerita ni best!! Layan laaaa...

Now K-pop pun aku layan. Geram tengok badan pompuan2 tu. Nan ado lemak!!! Cube aku menari macam tu, bukan takat lemak gegar, pentas pun runtuh sama. Hahah. At least aku pasang niat nak kurus mcm tu. Pasang niat je la walaupun nak kurus tu jauh laaaaa ke laut nunnn.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hallooo

Pantang habis next week! Deepavali oooo habis. Raya hindu, aku sambut sekali. Kih kih kih

Alhamdulilla. Amani iman makin cerdik (puji anak sendiri) bila sebut 'bye abak' sian anak dara aku ternganga2 nak ikut abak sama. Sweettt. Cube buat kat ibu nak!!!

Anyway... Bila habis pantangkan, rindu nak mengandung lagi. Hell yahhh walaupun mengandungku bukan la sesuatu yg best, kena check up sana sini, but itu la pengalaman yang best. Sgt bernilai!

Tu yang tak best kalau operation, tak leh mengandung awal sbb blm baik luka dlm. Mau ambik masa 2 years at least! Doktor siap warning aku jangan ambik risiko mengandung awal sbb luka tak baik, rahim pun kena bg kuat since berapa kali pun aku mengandung, will take asprin sebagai langkah jaga.

Walaupun sakit, lepas tengok amani iman, sakit itu mmg ilang. Betul kata orgkan?

Abang jamani dah pilih nama anak nomot dua... Hahah cam ner tu?? Alaaaa dia nak anak dia nama 'qaseh' rupanya. Awat tak habaq? But iman sedapkan kan kan? Insya Allah anak nombor dua, ehhhh no tiga kita pilih qaseh yer. Hahah

Pantang pun tak abis sudah pilih nama anak yer??? Verangan. Org kata sakit kalau mengandung kalau operation ni??? Takutnya. Apa pun rezeki Allahkan, kalau Dia nak bagi siapa kita tuk menolaknya?

Apa daaa citer pasal anak ni?? Huhu...

Well looking myself at mirror mmy horror la!!! Bila nak chantik mcm mude2 before kawin? Beranggan la ko cida. Kalau dpt jd mcm dulu, ko rasa bila amani iman dpt adik? Lalalal

Dush mengarut sudah!!! Jangan marah yer... Hehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 16, 2011

Budak bertuah ni sgt kelakar. Aku bukak bedung dan sarung tangan dia. Sbb rasa dia sangat comei bila tangan dia terkapai2.

Sbb nak tido, aku bg dia puting jadi dia mamai nak tido. Tp ini budak telah jatuhkan berapa kali puting dr mulut dia. Sajerrrr. Aku naik hantu!

'Penat la ibu nak ambik sumbat puting kat mulut iman!bedung je la, pasni tido'

Itu yg berlaku! Dia terus berusaha pegang puting dia. Hahah. Sanggup ko nak, tak nak bedung.

Kebetulan atau dia mmg faham cari akal nak lepas diri dr di bedung??
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, October 15, 2011

Due ari ni

Amani iman tengah tido. Bukan aku nak join tido sama eh? Kang dia terjaga aku yg komplain. Hua hua hua.

Lupa 14 oct sepatutnya aku due. Bila pk mak aiii jauh sebulan si kecik ni dah lahir. Kesan jahitan pun dah pulih. Cume luka dalam. Bila mengereng lama sangat sakit jugak aku rasa. Ini sbb amani iman tak leh tido tak ada org. Dia bukak mata check it out ada org ke tak ada hokeh. So kenalah mengereng. Bila lama sakit la bahagian luka tu. But selalunya dia prefer muke cinta ati dia tu!

Well aku tak citer punkan, mengandungkan amani iman aku byk berhati2. Korg tahu tak aku start shopping bila kandungan masuk 8 bulan. Itupun aku masih takut2. Bila masuk 8 bln tu, time pose. Adoiii perut dah besar nak shopping mmg betul mencabar.

Tapi banyak brg baby zamani yg beli. Kalau aku ikut pantang (kata org tua jgn beli brg awal2) tapi zamani belasah! Apa dia berkenan dia beli je. Aku yg risau.

Aku jadi kagum dgn dia. Mcm aku ckpla barang anak buah kalau nak beli, haram la kalau nak buah pikiran dia. Tp anak sendirikan? Dia beli semuanya. Aku jadi terharu plak.

Ari tu sales pureen kat PJ. Mmg murah2. Bayangkan baju baby RM 1 - 3. Mau tak gila? Aku tak setuju sbb baru masuk 7 bulan that time. Tp dia yg join kelompak mak-mak. Aku? Duduk tengok. Nak beli takut. Tp aku jadi terharu bila tengok laki siapa yg masuk berasak2 tuh?

Sama gak g GM klang, time tu pun 7 bulan lebih. Tak tahan diri nak beli. Aku tahan diri lagi la, dia yg borong. Jantina anak pun tak tahu lagi. Dia beli rompers banyak2. Kelakar pun ada.

Even persediaan barang baby pun dia yg uruskan. Ikutkan aku, pakai je barang rayyan kecik2 dulu. Banyak kot baju dia adik aku bagi. Tp zamani tak nak. Apa pun kena beli tuk sambut kedatangan org baru. Dia tak nak anak dia rasa tak di perlukan which is true. Bukan sombong tp kelengkapan kat hospital semua brg baru. Termasuk barut, baju baby, pampers semua tu. Beg pun beli beg baru ok!

Mungkin sbb tu amani iman zulaikha lebih sayang abak dia dr ibu dia kot??? Heheh
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 14, 2011

Anak abak

Sori kalau ada yang meluat nak dengar cerita ku pasal anak. Tapi aku harap korg faham blog ini catitan perjalanan ku bersama mereka yang aku sayang.

Nak cerita pasal anak dara aku ni. Semakin hari aku tengok dia makin rapat dengan zamani. Dan sampai aku rasa stress jugak. Sbb nak tidokan dia sikit punya susah. Tp kalau dgn abak dia, senyap. Kadang2 aku rasa aku bukan mak yg baik sbb anak aku tak nak aku.

Time bangun pun dia set time abak dia balik. Stress!!! Since zamani shift, memula mcm tak perasan. Tp kalau zamani habis kerja kul 4 petang, kul 2 dia dah standby. Mula la cari pasal dgn aku. Minum susu dah kenyang, mamai tahan mata. Adoi la anak. Amani iman jumpa abak dia sekejap pun jadi la. Dah tu tak heran terus je tido. Sob sob.

Kalau tukar lampin pun sama. Bukak butang baju, macam dia nak kena pukul nangis mcm nak rak. Sampai ilang sore! Aku pun jadi panic. Tapi kalau bapak dia yang tukar lampin, ko bole tengok dia diam. Sentap kena tegur dgn suami,

'Ok je... Mana ada Amani buat hal'

Eeee kang aku pasang CC TV kat umah. Tengok la mcm mana! Bukan alasan tau.

Yer la nampak kita tak gheti jaga anak. Sadis.

Kata my father in law, amani anak mak sbb susahkan bapak, dia tak nak mak dia susah. But apa ko rasa anak ko nangis kat tangan sendiri? Rasa nak nangis sama ok!

Gambar kat atas tu berlaku bila zamani gedik mengadap dia. Cube aku buat. Dia tak nangis dah besar rahmat daaaa. Haha nak bual2 mcm tu tak ada makna la. Haha mention ' bual2' mcm amani iman dah bercakap. Means menegur2 la.

Kalau dia bangun malam, mata renung bapak dia. Aaaaa anakkkk... Kalau gini cara mu, tak leh la ibu nak bawak ekau berdua jalan2. Kena bring the father together la gini.

And agak susah bila zamani tak ada. Anak dia tercari2 siap meragam. Payah jugak la... Aku call, sms kadang2 naik hantu jugak.

Kalau zamani masuk umah je mcm ada bau. kang bukak la mata dia check buah ati dah sampai ke lum. Adehhh kalah omaknya nih!

Yg best aku dgn zamani mmg ajar amani iman tido dalam bising. Sok senang bawak mana2 bole tido je. Takkan nak marah org plak kalau dtg umah org bising. Ko bunyik la mcm mana dia tido mmg tido je, TAPI jangan dgr suara zamani. Mmg bulats la mata dia. Sometime aku geram tak bg zamani bercakap kalau amani iman tido, terutamanya bila nak tidokan dia susah. Gigih aku tepuk peluk. Dengar suara zamani bg salam pun dia dah bulal mata.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 13, 2011

Uncle Adam and Uncle Aqil

My lil cozen.... hahah beza umur aku dengan diorg 30 tahun! hambik ko! boleh jadi anak ni. Pasangan kembar tak seiras ni. Kali pertama jejak kaki kat umah Klang. Sajer makan angin sambil melawat tapak umah yang baru siap... ahahahah.

Malam tu mmg lawak. Budak berdua ni sibuk nak main air. Xcited minum macam tak pernah minum. Berebut2 siap rampas merampas cawan semua. Cawan pun berapa jenis cawan maid diorg kena kuarkan sbb si abang rampas apa je adik ambik. Yang adik pun sama jugak.

Sorry quality gambar macam hampagas!!!! sbb aku tak tahan gelak.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Adam dan Aqil bertungkus lumus nak minum air

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Abang Adam rampas apa je adik aqil dia pegang... sudah menangis sorang!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Last2 ambik cawan barulah nak diam dua2....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Aksi bapak dia yang tak tahan dengan anak2 yang noti! hahahah. Nasib korang la berbapakkan pak cik ku gitu. wakakak....

Diorg sangat cute. Kembar tapi perangai semua lain2. Pening mak cik nakkkkk oiiii!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Bergambar dengan Amani Iman... Amani rock gurl ari tu... bapak dia mimpi belikan baju gaun ropol2 tuk anak dia... layannnnn. Padahal duduk umah je pun.





Wednesday, October 12, 2011

Dear BFF

Dah sebulan aku tak dgr kabar berita BFF aku. Bila aku bersalin mmg tak online mcm selalu. Even before bersalin tu, kami jarang bual since she seem bz. So malas nak kacau.

Dia selalu ada buat aku. Dia juga tempat aku mengadu. Sihat ka dia? Bagaimana dgn keadaan dia? Dia selalu berkongsi cerita tentang masalah dia. Dan aku tak tahu masalah itu masih berlarutan atau tak?

Mungkinkah dia kecil hati dan terasa hati dgn ku? Hanya dia tahu kenapa aku ckp mcm ni. Aku tak salahkan dia sbb kalau aku di tempat dia aku jua akan terasa ati. Bukan la terasa hati melampai. But aku pernah di situasi dia.

Mesti korang tak faham tapi aku tahu dia baca entry ni.

Sorry my dear friend. Kalau aku 'menguris' perasaan kau. Byk benda yg aku nak cerita pada kau tp aku takut it make thing worst.

Tiap hari aku baca entry kau, and I know u been bz with ur new project. Tp aku harap kau tak jauh hati dgn aku. Aku sentiasa doa semoga kau terus bahagia walaupun dengan 'cara' lain. Kau byk tolong aku, tahu kepayahan yg aku lalui.

And I really miss u dear friend. Again sekiranya kau terasa ati, sedih atau apa sahaja. Aku minta maaf.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

The real Amani Iman

Ok lama nak buat entry ni tapi tertangguh je... Hari ni genaplah Amani Iman sebulan... Ibunya ada 14 hari je lagi nak habis pantang. Hoyehhhh. Teruja tak heran nak makan apa. Sbb niat hati (insya Allah) niat je la... wakakak nak pantang makan tu 100 hari. Tah bule tah idok... Yang tak saba nak tengok dunia luar... sblm masuk kerja macam2 nak buat tuk Amani Iman...

Nak buat Pasport dia

Nak Cari baju tuk Aqiqah dia

Nak bukak buku saving account dia! SSPN dengan buku simpanan NURI bank rakyat ( yang sebenarnya abak dia yang xcited, katanya kalau bukak saving NURI bank rakyat banyak aktiviti tuk budak2... boleh la dia bawak anak dara dia join sama...iyo la... rasanya Amani Iman join lagi dua tahun la abak oiiiii! belasah anak diakan? kot bank rakyat kasi bapak join contest onbehalf anak, ok jugak la kan??? hahah)

Nak betulkan WKD aku... kan aku nak kerja... perhhh setahun ko tak pegang kereta. BAnyak rosak. Road tax dengan lisen aku pun mati sudah. Wakakak semua nak kena idupkan dan yang best nak make up WKD  lawa2 tuk bawak Amani Iman ke sana sini... hahah encik suami! saya boleh drive!!! bawak anak dara awak... ngeh ngeh ngeh

Tapi aku bukan nak cerita pasal ni. Ada yang aku perhatikan pasal Amani Iman ni. Dia suke sangat main tangan dia. (semua baby suke main tangan,, tapi maksud aku amani iman mmg kalau lepas bedung tangan dia macam dia tak leh nak kawal, semua dia gapai) Mmg kalau lepas bedung tu mmg tangan tak leh diam. Sampai la sekarang ni.Kaki jangan cakap dok nak menendang je. Tapi dalam perut mmg dia macam tu. Kalau bahagian perut ni senak je. Sometime nangis kat Zamani cakap baby tendang tulang rusuk aku. Sakit oooo... Than aku perhatikan gambar yang aku ambik kat UMRA time dia kena tahan sbb kuning tu. Macam pernah ku lihat aksi tu, tapi kat mana? Dalam mimpi? Mustahilla kan?

Tetiba teringat 3D yang aku buat kat UMRA. Mmg susah nak capture muke dia. Sampai doktor tunggu dia turunkan tangan sbb nak tengok muke dia. Nak check la mata dia, idung dia, mulut dia sempurna atau takkan? Akak nebes tau!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 Amani Iman yang sembunyikan muke

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Mmg dia suke tutup muke dia dengan lengan dan tangan dia... hahah tak tahu kenapa. Doktor tu cakap she is shy baby...  

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aku suke tengok gambar 3D dia yang ni... selalu tatap! sbb aku boleh tengok muke dia time ni. Nampak pipi dia... hahah time ni 20 minggu. 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
See sama tak dalam perut dengan sekarang ni??? hehehe

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tangan yang tak lepas letak kat tepi kepala dia...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Ini reality... mmg gaya dia tido mcm ni...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Time ni mmg ambik masa 20 minit, doktor nak tengok dia turunkan tangan tuk tengok wajah keselurahan dia... siap menguap mengantuk time ni.... me and Zamani senyum je... anak abakkkkk...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Sekali mmg fotostat habis abak dia daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails