Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, July 7, 2012

4 LIL PRINCESS

Cepat je si Nur Aisyah Farhana ni membesar... dulu kecik je. Ni dah melonjang tinggi....

Ok short story... pak long sejak kerja kat 'kilang percetakkan" banyak plak buku2 dia bawak balik... dan kali ni bawak balik buku kosong.

2.... D.U.A dua

Satu tuk aisyah, satu untuk Aliya...kang jap lagi gaduh pulak. So ikut la nak lukis apa pun. Maka si aisyah menunjukkan bakatnya dalam lukisan dan juga penulisan. Sila tahu Aisyah is only 6 years old and dia dah pandai tulis, baca. Tulis bukan meniru dari buku ke apa... bole ambik nota ok!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini princess.... nama dia Amani Iman....

Rambut Amani Iman panjang....

Dia pakai gaun panjang dengan kasut tinggi.









 Lepas tu si Aliya yang tertarik dengan lukisan kak long terus duduk depan kak long...

"Lutis la gambar hiya, halong." (Lukis gambar liya, along)

Aisyah buat tak tahu... terus lukis gambar seterusnya...


Free Image Hosting at www.ImageShack.usYang ni kurus... rambut panjang... sama gak pakai gaun. Tapi kurus sikit dari Amani... 

"Hiya ke ni Halong???"

"Bukan... ini kak long... nampak ni ada nama Nur Aisyah FArhana???" 

Maka adiknya menunggu dengan penuh sabar.... aisyah continue lukis lagi....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Rambut princess kali ni aisyah kata sikit... Aliya dah senyum... sekali kecewa sekali lagi bila dia kata ni adik Nur Adyra Farhana

"Bila nak buat gambar Hiya ni!" Mula nak nangis.... Aisyah continue draw... yang best harapan tu dah macam ada, sbb aku ingat dia pun lukis gambar Aliya... sbb dah buat rambut kerinting... heheh nampak tu putar2 tu... bukan pusar tau tapi tu rambut kelinting.... sekali aisyah sebut.....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


"Ini princess Hyumairaa.....Cantik tak mak long???" Ignore adik yang menunggu kat depan dia.

"Nice...." Sambung aku...

"HIya???"

"Kan liya ada buku sendiri... lukis la..."

"Tapi Hiya tak pandai..."

"Buat sampai pandai ok... kak long dah penat... " Terus tutup buku...

Waahhhhh.... budak berdua ni gaduh macam org2 tua je... haizzz teringat me and fida... hahah aku pun selalu buli fidah macam ni. Nak bagi dia bengang aku suke cakap

"COP!!! SATU DUNIA NI KAWAN ALONG, ALLAH, IBU AYAH, SEMUA... KO TAK ADA SIAPA DAH DALAM DUNIA NI..."

"TAK PA LA KITA KAWAN DENGAN BEAR KITA NI"

"BEAR TU PUN KAWAN ALONG, KO PEKAK KE? SATU DUNIA! BEAR KO TU BUKAN DUDUK DALAM DUNIA KE?" 

Hahah lawak bila ingat... time tu aku ingat aku darjah 2 kot... tapi bodokan?? siap cop bagai. Yang tak tahan dunia... dunia ke bumi??? wakaka...yang adik aku pun sengal... asal aku cakap mcm tu je mesti nak nangis. Dah tu percaya buat baik dengan kakak dia sampai la sekarang. Uhuhuhu... yang syok dia tak berani nak cakap dengan mak aku pun... kan mak aku kawan aku... kah kah kah... siapa suruh dia tak cop dulu... kih kih kih....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, July 3, 2012

Bubur oh bubur

Aku stay umah fidah... Sbb project kitchen cabinet masih belum selesai. Dekat sebulan dah... Apa yg lama bebenor?? Ni pun delay gak.

Anyway nak masak bubur amani iman tp kawasan sini kedainya amat la jauh. Kedai bawah ni sayur kobis, kacang panjang and terung. Adoi ler... Amani iman ni jenis pemakan (alhamdulilla). Tekak melayu so makan nasik. Hari ni x bole masak nasi sbb barang tak ada.

Dan bg biskut, roti tp tak kenyang. Very the melayu. Ekau makan abak ekau je... Nasik nasik... Esok besar minta sambal belacan dgn ulam2. Ibu adalah wanita yg paling bahagia!!! Hahah

Ok panjang citer...

Aku try le bubur segera tu. Baca arahan mcm senang. Tuang air panas tunggu dua minit.

Aku balik try ler. Perhhhhh kuat ko bau dan rasa pak aji! Ayoyo. Aku rasa, melekat kat tekak ko!

Bagi ibu aku rasa. Dia bising. Mmg rencah dia kuat sangat sangat. Oh tak sesuai. Kang gugur rambut anak aku... Baru je nak tumbuh rambut dia. Muah muah. Ingat nak buang tp cik tipah volunteer nak habiskan. Terkial2 dia makan sbb mmg rencahnya sangat kuat der.

Aku dah kata tak payah. Tapi degil... last2 cari barang lain tuk di kunyah sbb rasanya melekat kat tekak. Very the bahayakan??? So tak payah la beli tuk anak... Beli biskut cairkan dgn air pun dah ok dr makan makanan segera mcm ni.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 2, 2012

Macam tak percaya!


Aku tak percaya................................................ nuffnang.... *** gaya liana jasmay***

Ok! saya akui blog ni tak sehebat blogger2 besar ni... and even tak terpikir pun ar nuffnang ni bergerak. Last aku tengok RM 5.90... putus harapan... tak mungkin aku akan dapat cecah RM 50 pun...

Oklah sajer je... bukan nak menunjuk... tapi nak tunjuk2... hahahah...

Aku mmg tak pedulik pun pasal nuffnang ni... org buat, aku pun buat... so minta la naik lagi benda tu... uhuhuhu..... 


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Umar dan amani iman

Sbb ni la mereka x bole nak tido sesama... Comeikan? Bangun tido, dengan hapy mereka main2 sama. X tgk lagi bila amani iman marah abang chik, panjang muncung anak teruna tu. Haha x macho la bro! Walaupun aku tahu umar x faham bahasa amani iman, sekali kak nam tujuh tu jerit, abang umar sentap! Hahah

Yang syok umar kena tegur dgn mami, lari baring kat peha amani iman. Hahah. Anak dara I tu garang sikit. Habis di ketuk dahi abang umar tanpa sbb.

Harap diorg kekal rapat antara sepupu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 1, 2012

Pist pist

Pist....pist....

Amani awak tak mau tido lagi ke???

Yang amani iman pun....

Abang chik! Tak tido ke???

Terpisah... Sbb diorg tak bole tido sesama. Hahah bukan sbb sepupu haram tido. Kalau sebaris dengan group 'farhana' dan 'qayyum' bebudak tu x bole tido. Maka di asingkan. Hahaha

Tok kata siapa tak tido tak bole g taman. Maka berbisik2 la abang chik dgn amani iman... Anak dara zamani pun bole tahang! Tiga empat kali guling2 nak main dgn abang chik... (Maklum la org x gheti merangkak lagi)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 30, 2012

Trudy and Teddy - Tq Uncle Ashiq!

Last two week, dapat call dari my cozen... beloved cozen... dia dtg KL. Dia teringin nak jumpa Amani Iman. Last dia jumpa Amani Iman waktu kami gi Singapore. Rasanya Amani Iman 3 bulan lebih kot.

So we meet him kat Hotel Sunway Putra, dekat PWTC... happy la uncle Ashiq jumpa Amani Iman. Amani Iman budak baik.... uncle Ashiq belanja makan Secret Resepi ooooo... Tq...

Bukan itu saje, time window shopping dia nyatakan hasrat nak belikan hadiah tuk Amani Iman... welll aku sajer gurau,

"Amani! pilih baju yang paling mahal kat sini...." Amani Iman dah bijak. Kalau gi department baju kanak2 dia mmg happy compare barang mainan... ikut siapa la perangai... eh mak dia tak kuat shopping baju yer...ikut mak ngah dia la ni! haizzzz

Lepas tu, jalan kat Trudy Teddy... uncle Ashiq dah berkenan few gaun... alaaaaa aku sempat tarik dia...

"Ko nak beli ni baik ko beli baju jenama murah 10 pasang tuk anak aku... ni mahal..." Knowing uncle Ashiq tu, dia bukan kira sangat kalau dia berkenan. Amani Iman bole gedik lagi sengeh2 dengan Uncle Ashiq. Anak dara ai mmg pandai mengampu...

So uncle Ashiq pilih yang dia berkenan...



Me agak tak puas hati la... yer la susahkan dia jekan... mahal la gaun tu! no discount plak tu.... RM 119 haizzzz. Baik beli baju tuk omaknya ler....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Tq uncle Ashiq...  Nak harap mak apaknya beli idok laa.... tapi kalau org dah kasi??? kita kebas je la...
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mak dia yang tak bole tido malam.... hahaha... cube kalau pakai duit sendiri? Mau tak tido sebulan... Baju budak2 ni kan bukan tahan lama. Diorgkan cepat membesar. Saje je aku suruh Ashiq ambik saiz 18-24 bulan. Lama sikit pakainya... Uncle Ashiq request suruh Amani Iman pakai during hari raya... sengeh abang Zamani korg sbb dia tak payah ler beli baju gaun tuk anak dia. 


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Tantik tak??? First black gaun koleksi Amani Iman. Feeling black princess ler anak aden pakai... ni dah pikir nak beli hairband, clik rambut, kasut tuk baju ni nanti... Eh ekceli Amani Iman got one gaun. Warna itam. Tapi tak muat dah.... So kalau baju itam ni mmg banyak la koleksi mak dia... wakakak black forever be my fav kaler ok! sila tahu yer...


Free Image Hosting at www.ImageShack.usOk bukan lagi suprise... balik je dia try... so nice and sweet....nama je buat 12-24 year... ni pakai macam muat jerkkkk....

Tq bro.... tq sbb tak sudah ko berhabis duit, sblm aku kawin, ko banyak belanja aku (dia ni suke kuar sana sini, so nak aku temankan dia, dia banyak belanja aku... wakakak.) selalu paw dia makan... baik aku dtg singapore atau dia datang malaysia... tak ada beza sbb dia pasti akan belanja...

Now pun dah kawin still jugak ingat... especially  bila kena mengena dengan Amani iman... dia mmg suke budak perempuan. Bole dia suruh aku bagi Amani Iman kat dia... hahah ingat dapat kat 7-11 ke???

This year abang Zamani kata nak raya singapore... melompat la uncle ashiq tuh. Sbb tu la dia belikan gaun ni tuk Amani... dia nak tengok Amani Iman bergaya raya ni. Tu yang sanggup beli harga baju budak RM 119...**mak pitammmmm**

To uncle Ashiq... tq so much! Amani Iman love you... mak dia pun... lalalalalalala....

P/S :- Oh sangat beruntung dapat sister dan cozen yang baik hati ni... keturunan kami mmg tak bole tengok gaun2 cantik ni... hahah nak belikan tuk anak sendiri (tak ada anak perempuan), so beli gak sbb suke tengok. Jadi untungnya anak2 sepupu, anak2 buah ler... same goes to me. Dulu akak suke belikan anak buah baju la, sepit rambut la, kasut la... especially perempuan. Now anak sendiri org lain belikan... Alhamdulilla... rezeki Amani Iman...tapi kalau mak ngah dapat baby pompuan, maka bye ler Amani iman... kompommmm mak ngah ko jadikan anak dia gaya artis! bluek!



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, June 29, 2012

Baju renang saya

Gigih beli satu time lunch. Bebudak opis nak makan kat food court jusco, so layan jerk. Lepas makan menyinggah sekejap tgk swimming suit tuk amani iman.

Teringin nak bawak dia mandi2...

Cuti ku di luluskan ari selasa dan rabu. Ingat nak bawak amani iman mandi kat rumah adik aku. Tu yg gigih beli baju mandi tuk dia.

Pokai RM 69.90... Ah duit aku! Tak yah bising2. Abang zamani marah kata mahal. Hahah compommm tak dpt nak claim balik. Bukan apa, ada murah yg bikini2 ni semua. Tp belikan dia proper la. Air kolamkan sejuk. Anak aku dah la semput. Takut dada dia sejuk.

Insya Allah bagi mandi setengah jam ok la. Bagi dia biasa2. Siannnn bawak dia tgk pool melonjak2 dia happy.

So abaknya??? Since u working, later I sent pic amani je ek. Kah kah kah

Kerja setengah mati, tak sabo nak habiskan masa bersama anak ku tercinta! Just u and me baby... (Iyo la kau cida)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oh My english

Aku tak nak la kecohkan. Tp geram punya kes. Tapi x pa la... Siapa penghantar email ni tak yah tahu. Tapi ini surat/email from sales director. Haiyooo... Aku ada jugak customer from indian and china. English diorg mmg tak berapa superb tp bole la faham. Tp ini dr malaysia. Sumpah mmg cerewet satu hal. Belagak tak hengat. Aku rasa dia lepasan OXPOT kot...

Tengok ayat yg dia nak ckp kot umur 25 tahun tp ckp mcm budak 8 tahun. Haha yer ke tu yg dia cube sampaikan? Ke dia ckp diri dia sendiri??

Bukan hina la... Tp berbudi bahasa la. Marah macammana pun bawak la bincang. Memula aku dok minta maaf je atas sbb2 tertentu. Lepas tgk email dia yg konon nak complain kot, aku rasa menyirap. ko tak suke department aku??? Aku lagi la tak suke ko dow!

Benci dgn org2 yg tak berpelajaran tinggi. Ini la jadinya.

Baru skrg aku tahu kenapa kat university dulu ada course 'business and professional ethics' one of the reason ada adap sikit dan sifat professional bila berhadapan dgn client, maupun rakan kerja. Adap tu penting.

Sometime aku shoot gak email yg keras2 kalau aku marah. Tapi apa kita dpt??? Ganster je la...

To this ivy... Simpati oooo dgn kamu. Bahan lawak je.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 28, 2012

Sepatah cakap, berpatah patah



Video Amani Iman terbaru....

Oh kak cik ni mmg banyak mulut sekarang... ko marah dia, dia marah ko balik. Garang bukan main lagi. Siap buat muke garang tu tak tahan...

Yang ciri2 menjawab tu mmg ikut bapak dia... kalau ikut mak dia, mak dia anak yang soleha.. kena marah dengan mak ayah paling tak buat muke ketat! kui kui kui... tak percaya tanya somi saya... kalau dia marah mana ada i melenting2... lalalalalalala, paling tak tak cakap seminggu aje...

Tapi kalau marah tu, erk... kena tengok jugak, kalau marah muke comei2 tu, ikut mak dia (kalau muke comei) kalau jenis tak tahan ikut bapak dia... ehhhh blog aku! suke ler aku nak tulis apa... whacahhhhhh.... Cik Tipah selalu spoil la citer perangai aku kecik2... adoiiii tak bagi semangat langsung derrrr!Asal aku cakap...

"Esh! apa malas2 ni amani iman!"

Mak aku defend cucu dia...

"Ah ko pun bukan rajin sangat kecik2... bla bla bla bla..." At last jadi bahan gelak somi je la...

Yang tak best encik rusli... selalu kutuk belakang2... payah kalau nenek atuk duduk satu rumah ni. Kita marah anak, diorg yang sentap lebih. Time aku kecik2... tak salah pun nak marah.... (bujet angel)

So end up Amani Iman kalau kena marah je dia mula pandang nenek dengan atuk tuk selamatkan dia... ahhhh melampau! Ayah pulak, kalau Amani Iman bising2, dia angkat terus bawak jalan2 depan rumah, Dia cakap kat Cik Tipah, aku melampau, marah anak tak istifar... hahahaha

Ok... nak sambung kerja... sayakan wanita kerjaya... now nak pergi kerja pun seram2 sejuk. Asik kena marah je... bosan der mak cik.  Akukan jenis manja.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Wednesday, June 27, 2012

Short n sweet

Short and sweet la sgt!

Abg zamani ni oklah kalau aku dgn dia je, bole tahang la lomantiknya. Tapi depan org jual2 mahal. Akak malas nak syok sdri, kang org meluat. So kalau dia manja2 akak layan je. Kalau x, tak pa. Kita tunggu memalam anak tido.... Tettttttt!

Akukan dok bgtahu stress sepanjang minggu ni, so dia bole bau kot.

Bila stress tak perlu kata azimat lebih2. Itu pun dah buat kita senyum sampai tertutup mata. Agree tak?

Erm yg tak agree tu tak pa la, cik abang anda mmg romentik. Tp suami saya ikut mud. Ho ho ho. Apa pun cube kita hantar sms pada suami kita, 'saya cintakan awak'. Tgk apa jawapan dia. So kita tahu la sejauh mana cinta dia pada kita. Hahah ok dah mengarut. Ni terpengaruh citer korea. Miss ajuma. Siapa tgk??? Yg x tgk dok diam2 eh. *wink wink*
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails