Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, October 27, 2012

dady's little gurl

Satu hari tu zamani balik agak lewat. Biasalah pukul 9 amani iman dah tido.dia tunggu abak balik kerja tapi abak tak muncul2 juga... Last2 mata tewas terus tido tanpa jumpa abak.

Yang si abak pun jadi emo sbb anak tak tunggu dia balik. So inilah yang berlaku. Sesi mengacau anak tido


Puteri pucuk kelompang ni kalau abak yang kacau dia mmg tak meragam sangat. Tapi ari tu cukup mengantuk sesangat sampai nak bukak mata pun tak larat


Gagal


Tak putus harapan abak ko amani iman


The only word yang bole dia bukak mata hanya satu....

BYE


Ok beraya bukak mata tuk berapa minit sahaja...


Ok dua dua lepas rindu kejap...

Dady's gurl...

Ibunya? Ambik je gamba... Nak feeling2 dengan abak, abak pun dah tak nak... Hahaha semua tuk anak kennnnn?

Tapi esoknya? Mungkin sebab seharian tak jumpa abak plus walaupun dia mamai semalam dia tak ingat cubaan abak kejutkan dia. Bangun je pagI dia jerit 'aaaabakkkk?' Siap buat gaya tangan kat aku abak tak ada ke? Heheh well sejeles aku la kan tapi sedih tengok gaya anak cari abaknya. Amani mmg tunggu abak balik kerja. Sbb dia tahu bapak dia je tu yang bole bawak dia jalan2... Hahaha

So here we go pagi2

Agak pekik sbb abak dlm ipad... Siap jenguk belakan ipad lagi. Anyway pagi tu line mmg tak clear sgt so she can only hear abak's voice tp gambar dah mcm dlm frame gambar. So bit boring tapi dia tetap flying kiss bila di suruh. Yg best korg nampak button end kat tengah tu? Bila end kat tEmpat yg sama akan tertulis call back. Hahah bosan abak tak gerak2 terus end dan call back.

Malam plak abak balik lambat.. So again kita buat vedio call...


Kali ni line clear... Nampak abak dalam mereta tak ajak punnnnn... Terus nak masuk dlm ipad ajak aku... Siap tolak2 screen, tengok tak masuk lagi dia pulak tarik aku, berpaut and tarik tangan sentuh ipad. Suruh babai abak pun dia tak nak....

Well itu la amani iman dady's gurl. Esok kalau ada adik will be mumy gurl or mumy boy yer? Ermmmmm

Wednesday, October 24, 2012

Hari jadi amani iman yang pertama

Dah sebulan lebih baru nak terhegeh2 cerita kat blog... Tak pa janji adokan? Amani iman dah 13 bulan... Cepat sungguh masa berjalan. Luka cser pun tak baik sangat. Kadang2 terasa ngilu dan sakit kalau mengeliat ke apa.

Well jadi perempuan kenalah kebal tahan sakit,kan?

Macam aku cerita dalam entry2 yang lepas... Kami nak sambut kesyukuran dan berkongsi dengan keluarga dan kawan2 haru yang bahagia ni... Amani iman mungkin tak faham lagi, tapi aku takkan lupakan tarikh keramat itu... Amani iman, ibu nak kamu tahu yang kamu adalah segalanya... Dan demi kamu ibu dan abak sanggup lakukan apa sahaja...

Majlis yang kecik dan ringkas, tapi cukup bermakna. Terima kasih la pada yang sudi hadir yer.


Aik tetiba kek lain? Lupa jugak nak cerita... Or im not sure dah ada kot cerita? Ini sambutan on 12 sept dekat umah tok dan wan. Sambut dengan family jer... On the day its self mestilah sambutkan?


First time tengok lilin... Menangis ketakutan... Apa daaa adik! Dia mmg takut api... Kek yang simple je... RM 38 kot rasanya. Boleh la sebagai syaratkan?

Aku kalau birthday ni mmg otak banyak nak buat. Selalu aku ambik upah (wakaka ayat tak bole bla) selalu aku jadi birthday planner si rayyan. Adik aku yang super bz selalu minta tolong aku buat goodies la, banner la, kek deco la, macam2. So sepanjang 3 tahun jadi org belakang tabir ni, tipulah kalau aku tak pasang angan2 tuk anak sendirikan? Tapi sebab ni majlis harijadi yang pertama so kita buat alar kadar je. Walaupun niat di hati nak buat tema puteri la... Tema badut la,bintang la, bulan la... Macam2 terpikir nak buat.

Zamani mmg tak kisah. Tapi dalam tak kisah dia yang pilih kek tuk amani iman. Haisemennnn... Tak pa bagi peluang, org kata biar involve jangan nak bantah je. Itu menjadi pantang aku sebenarnya. Yer la kita excited plan tetiba masuk dewan mesyuarat nak cancel itu ini jawapannya hang plan la sendiri. Hehehe.

Antara goodies yang aku beli tuk tetamu kecik...syok main ambik je... Hahah tak ramai pun aku buat. Dalam 24 org je. Memula ingat nak buat princess. Tapi aku pikir kalau budak lelaki cam no la pulak?takkan nak di galas paper beg princess tu? Maka ambik 12 princess dan 12 ben 10 tuk lelaki.


Coklat, gula-gula dan belon...


Goodies tuk budak2 perempuan.


Ben 10 for the boys. Syukur aku beli sunglas tuk budak2, rata2 semua budak bukan main bergaya. Memula zamani mcm tak setuju sbb sayang je kalau budak tak pakai, tapi bagi aku, i wantbthem to have fun ajer...so bebudak yang dah 3-4 tahun ni dah pandaikan, so nampak majlis tu budak bergaya, bIk lelaki atau perempuan. Hehehe... So i think its worth it. Ala tak yah la nak kira pasal duit, kita anggap semua tukan sedekah.



Ini pulak invitation kad tuk email dan facebook invitation. Buat sesimple yang bole... Gigih nak buat jugakkan?


Yang ni pulak invitation card tuk family and friend. Dah macam nak kawin dah anak aku. Kih kih kih. Tema mmg campur2 dahkan? Goodies princess and ben 10. Kad invitation mickey mouse...heheh caca merba dah jadi.

So inilah kek birthday yang pertama buat amani iman... Snow white... Sedap nak mati kek ni. Tapi ini first and last la. Sbb susah gila dow nak potong. Icing je tebal. Separuh je potong, rumah dah runtuh. Hahahah....

Nasib baik aku tak jemput ramai org. Yang tetamu lambat sampai siap tanya, ini kek apa? Hahah mmg buruk jadinya.

Tapi yang penting ambik gambo lawakan? Yer la... Tahun depan sila buat kek 2 tingkat. Tapi rasa kek mmg sedap. Secret resepi. Mmg berbaloi rasanya. Gambar credit to auntie norish yer.


Menu pulak aku buat ( bukan la aku yang masak tp kawan mak aku) nasi ayam dengan bihun je... Nak buat nasi bryani semua takut budak2 tak makan. So kalau nasi ayam budak makankan? Ni pun majlis tuk budak2. Tapi ada pulak insiden yangvtak di ingini, sampai nasi semua lambat siap tetamu dah datang... Haisemen... Next year kita sambut kat kfc, mcdonal, anw atau hotel lima bintang...hahahah...

Gambar majlis aku tak ambik lagi dr adik ipar aku... Ermmmm nanti la bila2 senang. Ipad plak dah jadi mainan budak2 yang datang. So tak ada yang boleg tolong ambikkan gambar. Tapi manage to take pic bukak hadiah... So here we goooo


Antara hadiah yang amani iman dapat. Tq so much. Than yang lain amani iman banyak dapat duit, so takkan nak snap pic bagaikan? Tq so much. Susah2 je...


Gift from mak ngah, pak ngah ken dan abang rayyan... Baju rompers gap dengan seluar GAP


Since tuan punya diri ada... Maka kita ambik gambar yer, tq so much.


Hadiah dari mak long ana, dari gombak.


Small bear bear dari unknown... Ermmm siapa yer?


Baju dress dari auntie norish, uncle madi dengan abang dani... Hoyeahhh raya ko tak yah beli baju anak ku...save duit ibu...kih kih


Baju lagi dari autie ismalina, uncle syam dan kak adriyana


Hadiah dari jiran sebelah rumah. Cik fatimah dan cik hisyam


Oh baju yang tahan... Dari mak ngah azita, pak ngah azizi, kak aisyah, kak liya, abang umar dan adik aydira... Siap beg tuh... Kuh kih kih so nice... And talking tom. Tq so much.


Picnic basket from mak ngah nadiah, pakngah nizam, abang naufal, nazmi dan firas. Hehe lawak the first present yang di bukak sbb abang nazmi nak tahu apa hadiah tu sbb mak dia beli tak ajak dia, maka benda ni jadi rebutan budak2.

Ini set masak2 yang lertama buat amani iman... Dapat je pandai berlakon anak aku... Ingat tak tahu main, kalau cawan minum, kalau biskut/ kek iyo iyo dia mengunyah... Hahaha.


And this penguin ball ni dari mak long marina, pak long amir, abang mirin dan kak mirah. So nice, tapi diorg tak datang sbb jauhkan? Tapi terima kasih sbb tak lupa bagi hadiah. Susah2 je. Memuka amani takut dengan penguin ni tapi lama2 dia main hentam je penguin ni. Amyway mmg purpose benda ni pun tuk tolak so that penguin ni jatuh bangun balik.


Dan yang best dr budak opis... Hahah skuter pink! Bukan main bergaya si amani dengan tak tahu kayuhnya. Poyo je tolak dengan kaki...

Ermmm mmg happy... Heheh aku la happy. Dia masih tak faham apa2kan?

Rasanya itu je la pasal birthday amani iman... Terima kasih buat semua yang sudi dtg. Ada terkurang harap maafkan... Sebagai host tuk majlis yang pertama ni mmg banyak sangat kurang. Tapi tak pa, next year dua bulan seblum besday kita plan yer?

Eh apa pulak? En zamani kenalah buat kejutan istimewakan? Kan kan...ok til here... Gue dah mengantuk mau beradu... Daaaaa....

Malam di Ict

Oh mek tak ado masa nak update belog after i promise you all akan update isnin lopeh! Hati mmg berbunga nak update. Tapi si amani iman asal nampak ipad je dia mula la dengki nak tengok mtv dia la, gambar dia la, game la... Baru je sethun lebihkan? Kids now day. Very the technology! Ni yang macam nak beli ipad mini tuk diri sendiri. Wakakak.... *kena belasah dengan suami*

Lately mmg super bz... Kerja opis jangan ko cakap la. Balik konon nak tidokan amani iman than bole ler gune ipad. Tak ada maknaya beb... Akak ternganga sama tido lepas tidokan dia. Cis!

Ni plak si zamani kejut awal tanya sama ada nak dia hantar gi kerja atau tak sbb my dad ada gotong royong kat masjid seawal 8 pagi. Gigih tau bapak ai ni. Sanggup tak nak hantar anak gi kerja. Sob sob sob. Nasib baik budak opis duduk area umah ni. Pagi2 dia selalu merempit, tp aku minta dia bawak kereta. Nanti duit parking aku dahulukan ler...

Ok cerita pasal ict... Last pergi time tu amani iman umur 4 bulan. Dia teruja tapi ternganga2 je la mulut dia. Tapi sekarang setahun lebih lagi syok bawak. Plus anak2 buah zamani nak pergi ict sama. Kami janji dengan diaorg tiap2 minggu, baru la tlaksana nak pi....


When entering ict... Budak ni dah bulat mata memandang lampu2...

5 minitlepas tu suara dia je... Hahah malu omaknya... Terjerit2 macam cave gurl!


Tersengeh2... Happy ler tukan?


Ha! Gambar pakai ipad je... Tak secantik mana ler. Sbb no flashkan? Redha je la. Nak pakai phone, bole plak phone mak cik non ada bateri. amani iman terbatas sikit ler sbb dia duduk dalam stroller. Tunggu gambar dr camera canggih pak teh nanti yer... Hua hua hua.


Happy tengok pokok berlampu.


Rusa berlampu...


With #cozenlovely abang umar M.I.A


Suke gambar ni... Menumpang flash camera pakteh. Bijak tak mak long?


Sian gajah ni... Semua pakat naik sampai senget2 dah... Aliya farhana yang sekarang ni dah pandai sangat nak posing...


Umar qayyum yang feeling as pelakon 'ong bak' bukan ombak rindu yer... Hahah. Pelakon kanak2 yang paling tak da perasaan... Cume kalau dia marah dia nangis! Hehehe. Kena pukul ke, tangan luka ke, yang jerit lebih org keliling dia. Dia maintain okeyyyy aje.


Lagi gambar amani iman...


#cozenlovely....


#doterlovely. Cubaan nak jakan sendiri... Nice view tau kat sini. I terasa kat korea je... Haha tetiba la aku kan?


Us... Amani iman susah nak pandang camera sbb teruja dengan lampu2 ni... Tention pakteh yang ambik gambar... Hahahaha


Abaikan muke aku yang separa siap tu.... *mata ke atas*


#dadygurl.... Manja dengan abak lebih2 adalah satu kemestian.


Sorang lagi #dadygurl... Adyra farhana si mata galak...owww dah besar nanti boleh lawan mata rozita che wan, but of coz more original eh dyra! Tak perlukan macara, bulu mata pelsu, eye liner setebal2 tuk betulkan mata tu... Mata tu dah cantik daaaa.

Kalau pergi ict, terasa kesian pulak kat budak2 ni kalau tak main satu game. Yup ict dah macam fund fair or you can said dah macam sunway lagoon or genting... Ada mainan outdoor ni, tapi mahal nak mammmm... Satu game RM 5 dan sekali masuk ok... Botak juga laala kalau pergi reramai. Jangan ko volunteer nak belanja... Hahaha...

Kalau nama budak tu biasalah kalau singgah tengok org main mesti merengek nak main. Tapi mmg tak berbaloi la! Main dia kejap je... Tapi bayar RM 5... Budak ke org dewasa ke kena bayar sama tau... Cume ikut ketinggian tuk game budak2 mak bayo anak free.

Bila budak2 dah mula merengek nak naik, kesian pulakkan?nama je duduk kelang tapi nak pergi ict ni macam kami duduk perlis... Hehehe. So bagilah depa rasa. So yang anak kecik taktahu apa2 yang syok mak2 ni yang tumpang syok... Macam aku ler... Amani iman heran pun tak sebenarnya... Aku pun sbb segan tak kose. Tapi abak amani so kesian kan anak dia, paksa2 aku naik... Hang la naik.. Pandai pulak tak anak... Hehehe... Bila tengok ada mak2 yang feeling jadi puteri gunung sahara (dengan baju kebaya duduk atas kude ok) feeling anak dara, me and che ta tercabar la,! Hahah ok drama je lebih... Tapi seyes mmg ada... So apa nak malukan takat ko pegang anak... Jangan ko sama naik dengan anak ko sudah.


Aliya jadi penunggang kuda dan kami menumpang... Umar qayyum jadi pengiring di belakang... Hahah aisyah minta aku naik kude sebelah dia. Oh akak tak yakin dengan kemampuan akak yang nak jaga budak lasak ni. So pilih tempat yang akak boleh duduk... Hahah kata nak merasakan?


Harap2 tak mabuk laaa....


Itu dia kuda ku gagah berlari laju.... Goooo aliya farhana! Hahaha tak ada kena mengena.

Tapi mmg fun... Macam aku cakap kejap sangat... Kalau lama pun mau aku mabuk seminggu... Hehehe... Turun bawak anak pun terhuyung hayang... Itu pun lepas main si aliya cakap nak main lagi... Ohhh sayang... Satu kelemahan sbb tiket game kena beli kat luar sblm masuk taman... Kat game tu sendiri tak jual. So bagus jugak teknik ni, so kalau anak melalak bole bagi alasan... Kih kih kih... Teruskan cara ni... Tadi kata kelemahan pastu teruskan... So we all cakap kat aliya, nak beli tiket kena beratur kat depan pintu masuk tadi... Adira dah selamat tido dah... Amani dah garu2 kepala mengantuk sudah...

'Nanti bila2 kita datang lagi kita main ok?'

' oh okkk... TAHUN DEPAN kita datang lagi la mak long...' Dia nak cakap minggu depan sebenarnya... Hahaha

Ha? Tahun depan?? Alhamdulilaaaaaa.... Belasah je la ko ni aliya oiii....

T.A.M.A.T


Uittt terupload gambar apa ni? Next kita story mory pasal ni pulak yer....

Monday, October 22, 2012

Babies



Amani and two other cozen.... Si Adyra yang mata galak... Si umar qayyum dah sebijik kembar amani iman kalau bersama... Umar dah dua tahun... Imagine anak aku yang setahun sebesar umar... Hahaha...

Amani iman biasa kalau ambik gambar, biar bergaya walaupun air liuq meleleh2... Seyes mencurah2 air liuq turun... Sampai basah baju macam kena simbah dengan air... Ppl said aku ada mengidam apa2 ni... But not really... Time mengandung abaknya yang banyak mengidam... Hahaha lawakkan? Tah apa la zamani tak dapat makan.

Tapi tok mama cakap ikut bapak dia...

Kecik2 time babies ni keluar la banyak mana... Kesat kat baju aku pun baunya shedappp aje... Dah besar keluar! Harus ibu selotip mulut mu amani iman....

Gambar ni jelaskan? Control tak nak keluar tapi terrsembur jua tak banyak pun... Mak ngah pidah cakap amani iman look so english... Alaaa darah melayu tak ilang... Dengan kecangihan tech sekarang, anak ko biasa2 kata darah mat salleh pun org percaya...

Topi yang amani iman pakai, its another story... Malam ni kalau amani dah tido, kita gebang pasal topi fav dia. Hanya topi tu yang di benarkan bertengek atas kepala dia, knowing her yang tak suke nak ikat rambut, tak suke nak sikat rambut, pakaikan apa sahaj di kepala dia... Tapi topi tu tah apa serapah org kedai tu baca, jadi fav dia.

Ermmmm kata abak dia, kalau mahal sekali pun, kalau anak dara dia suke, dia bole beli.... Chewahhhh... Abak kalau cerita pasal anak dara dia... Bukan main lagi hebat ceritanya... Tak gitu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails