Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, February 25, 2013

Saya sudah bebas!

Syukur...

Pagi tadi masuk opis mengeletar lutut. Takut bos tak lepaskan aku pergi... cheh ingat ko org penting sangat ke cida???

Dia masuk, than aku nampak dia bukak letter aku. Ok dah start pening kepala nak muntah. Aku nampak dia masuk bilik aku...

"Eh why you wanna leave?"

Tanya pulak... dua minggu lepas ko ulang perkataan suruh aku berhenti tiap2 hari kot... TIAP TIAP HARI BOS!

"Got new offer..."

"Where?"

"Shah Alam..."

"How much they offer you???"

"RM XXXX"

"How much i pay you"

"RM XXXX"

Beza yang banyak ok!!!! dia diam... mmg aku dah agak dia takkan counter offer. Anyway my new company ada benefit yang lagi ok... so salary bukan subject utama. If salary subject pertama, gue dah bla 6 tahun lepas.

"Are you leaving because of salary?"

"Not at all"

"Ok i guess u cant stand the stress here, that why you leave?"  I just smile....

"Let me know if you change your mind"

Yeah!!!! saya dah bebas! Syukur Ya Allah.... aku rasa semua ni berlaku ada sebabnya... Rezeki untuk keluarga... tuk amani, tuk bantu Zamani juga. Allah telah membuka jalan tuk aku... syukur.

Lepas confirm kat opis baru baru bole plan semua... insya Allah... Terima kasih Ya Allah....

Heheh banyak kena belanja org2 yang terlibat yang banyak mendoakan dan nasihatkan saya to make moved!




Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, February 22, 2013

Rezeki

Hari ni hari gembira buat aku. Alhamdulillah mmg rezeki. Dan syukur pada Allah kerana mengizinkan aku mencari rezeki yang halal buat keluargaku.

I just get new job offer. Lately mmg aku down sbb for 6 years plus aku kerja kat comp aku sekarang ni, tah aku down bila maruah di pijak2. Setiap kali ada je salah di mata bos aku. Aku di antara staff yg mmg jarang la kena marah, tp kena marah kaw kaw lately. Tiap kali kena marah, bos aku suruh aku berhenti. Sampai satu tahap ko tak tahu apa kerja kau, semua keja kau buat salah. Dan yg paling menyedihkan bila dia keluarkan statement 'when i make decision i will find someone who can monitor you. Yahlah i CANT ASK U TO RESIGN' perhhh sedih. Effect jiwa aku dua minggu.

And buat pertama kali after 6 years aku attend interview. Was was tp got recomandation from my auditor so selamat la sikit.

Bila tgk sesi tu bukan sesi interview terus sesi offer. Siap suruh masuk awal dan sanggup bayar opis lama. Gue keliru. Tp mmg kerja sama je dgn skrg ni.

Now!!!!!! Aku ada masalah nak berhenti pulak. Takut ada politik pulak. Ugut mengugut. Aku kenal sangat. Doa yer supaya dia bole lepaskan aku.

Yg best dekat dgn opis abang zamani. Dan yg best, ku kembali hampir dgn istana aryssa dania.

Al fatiha

via Amaniiman iPhone

Wednesday, February 20, 2013

Bila kita tak di perlukan lagi

Sedih...

Sakit hati...

Marah...

Apa je yang aku boleh buat? Ikutkan hati mmg nak bawak diri jauh2... lantak la... tapi aku bukan jenis yang lupakan jasa org... tapi hati mana yang tahan asik kena marah je... sampai aku tak tahu mana direction aku... terus jadi bodo!

Hari2 balik hati jadi sakit...

Hari2 nak pergi kerja perasaan tu dah tak ada...

Ya Allah... Kau permudahkan segalanya... aku cume mencari rezeki yang halal buat keluargaku. Tapi selama aku di sini, tak ada org yang faham aku jadi buntu... dari awal tahun semua dah berubah. Satu demi satu aku terpaksa hadapi. Cacian maki macam dah tak ada harga diri. Tapi kaki tak boleh nak melangkah sbb masih punya tanggungjawab.

Ya Allah... Biarlah ujian ini hanya buatku... Semoga tak melibatkan rezeki sesiapa...

Tabahlah wahai hati... Allah tu adil. Ada sbb kenapa semua ni jadi.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, February 19, 2013

Happy birthday lovely Brother In Law

Salam...

Sekarang nak wish2 buat sepcial entry kalau birthday ke apa dah payah dah sekarang. Malas satu bab. Setiap everytime kuarkan phone ke, ipad ke, laptop ke, duduk depan PC ada mando yang perhatikan. Dah tu sibuk nak buat jugak. Tention akak ko.

15 feb, adik ku baru minta tolong belikan apa je tuk suami dia. Kata isteri mithalikan?so direction pada kakak dia, dan 'bawak' dia sekali shopping. Habis bill phone aku hantar MMS. Hehehe...

Tugas aku beli keke dan hadiah je. Tak boleh bawak rayan sbb dia tak boleh simpan rahsia. Hahaha. Mak dia beli coklat tuk papa, suruh dia bagi, banyak betul soalan.



This year special sikit sbb ada encik esah kita dalam family... Oh dia pun bijak, pukul 12 tak tido lagi... Lepas besday papa terus lelap.

Mmg lawak malam tu. aku balik rumah 15 minit sblm ken balik rumah. So bini dia yang dlm pantang ni gelabah cari pen nak tulis card bagai. Opkoslah assistant dia cik tipah and me... Kita org pun gelabah macam nak bagi bos sign chq. Kahkahakha.

So sempat la dia tulis. Yang rayyan tanya, ini barang siapa. So tipu dia barang pak long. Than ken balik dia terus layan anak2 dia... Sampai terlelap.

setengah jam sblm kul 12. Ingat dah ok... Kena pulak wats app... Minta tolong sediakan kek... Damit! Amani nak tido, melalak macam dah 10 ari tak tido. Ikut bontot aku je. Kek pulak kat aisbox. Zamani satu hal sembunyikan di belakang bekas2 makanan yang ada dlm esbox.

Dan dan time tu raeesah bangun... Fida bisik kat tenga rayyan, minta tolong mak long ambik susu adik. Tu pun satu! Malas nak sumbat, minta susu pulak... Rasa nak lempang bila anak dia jerit satu rumah suruh ambik susu adik. Bapak dia terjaga, and cakap biar dia buat.

Plannya nak suruh dia makan. Hahah lauk dak aku angkat ko tahu, tinggalkan tudung salji. Si ken bangun, bukak tudung sajli kat dapur. Kantoi kat situ... Dia ke dining room. Angkat tudung sajli...

'Eh kosong?' Rumah cik tipah, kalau tak ada makanan kat meja usahlah engkau letak tudung sajli kat atas tu...cepat aku bgtahu aku lupa nak angkat. Hehehe. Dan aku berdiri depan peti ais... Hahaha nak kuarkan kek punya pasal.

Ken masuk bilik, mandi... Cepat2 mak cik bawak kelUar kek. Nak tutup exbox, dak amani diri depan esbox, feeling dia ada kat US aku rasa...suruh gerak buat dekkk je. Aku terus masuk bilik kat bawah. Susun cupcake. Ajak amani masuk, dia tak nak, kang jap lagi pak ngah ko nampak habis plan mak ngah ko. Meroyan kang...sudahnya aku tutup je pintu. Melalak pulak... Lantak la ko nak...

Pukul 12... Dah tak tahu macammana nak buat suprise. Panggil rayyan... Si rayyan nampak kek, terus jerit...

'Nenek besaday papa... Jom la kita makan kek...' Ha! Budak ni kantoikan pulak. Nasib baik adik dia melalak2. Aku suruh dia bagi je...

Dia bawak pinggan tu sambil jerit...

Papa papa.... Bukan selamat hari jadi, TAPI! Papa ayen nak makan kek... Bapak dia pun confuse tengok mana dtg cupcake tu... Yer la kalau kek mmg nampak terharu la. Sejak bini pantang, rumah aku banyak sangat kek sbb nak hidang tuk org dtg.



Tak orderdari siapa2... Kat jj tetiba ada booth jual cupcake... Asik kek je. So be bought cupcake...




Walaupun banyak kurang, tak pa la selesai...



Them....



Bapak dia belum rasmi kek dia sibuk nak makan elmo... Dan cakap dengan papa, papa belila kek sendiri... Ni ayen punya... Mak long belikan... Yah mak long dapat nama!



Siapa punya besday? Adik aku tu mmg kuat posing. Rasa kalau ada 10 camera, mmg muke dia je dalam semua camera tu



And ini anak abak! Sampai habis suap bapak dia makan.




Hadiah dari rayyan... Lawak la budak ni... Dia cerita habis...

Coklat ni atuk dengan nenek tolong belikan, papa... Beli tuk besday papa...atuk nenek suruh bagi papa...atuk beli kat speed mart... Yeahhhh bocor rahsia...



Hadiah dari isteri tercinta...

Kan aku cakap kitaorg belikan tshirt tuk ken... Zamani cakp kat rayyan baju pak long... Tetiba ko! Dia nampak mak dia keluarkan kotak... Dengan jujurnya...

Papa ni hadiah BAJU mama belikan....

Yeah! Mak long belikan kotak tu harge 14.90 ko tahu. Baik masuk plastik je... Mak dia nak pitam time tu... Hua hua hua...



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

Sunday, February 17, 2013

Muke 10 sen

Salam readers!

Kalau di tanya, amani takut abak or ibu? I will said she more close to abak, and dengan ibu dia ada sikit takut.

Nenek selalu ugut dia... Nakal nenek cakap ibu amani! So everytime aku balik kerja ko boleh nampak muke bersalah amani iman. Cepat dia peluk mak aku macam pujuk jangan cerita apa yang jadi. Hahah lawak sangat.

Budak ni dia mesti takut seorgkan. Bukan la sampai jadi ibu yang garang, ini tak boleh, itu tak bole. Macam sekarang, kalau dia marah, dia akan baling apa ajer barang yang dia pegang, termasuk handphone mak bapak dia.

So when she did that... Tanpa warning mmg kena. Walaupun hati aku sendiri sakit bila pukul anak sendiri. Eh sakit oooo pukul anak sendiri. Macam reflek je perbuatan tu. nangis la sekuat mana pun, kalau salah patut di ajar macam tu.

Well mungkin ada yang tak sependapat. Mungkin juga ada yang cakap dia kecik untuk faham. Ada juga mungkin cakap dia jadi macam tu sbb tengok mak la, bapak la, mak cik yang buat. So dia tak salah. Takkan aku nak pukul abang zamani korang plak, tetiba. Yes budak ni ibarat kain puteh. So dia jadi mcam tu sbb didikan mak dia. Aku akui, baran amani ikut pada mak dia ni ha... So perlukah aku hentak kepala aku kat dinding? Rasanya belum lagi nak gila la... Hahahah

Opkos bila kita pukul dia, kita kena bagi tahu apa salah dia. Itu adalah akibat dari baling barang. Ko ingat mak ko kaya nak beli kalau benda tu pecah?

Mostly kalau aku pukul, kalau zamani ada dia yang over, pujuk anak. But i warned him ( hebat kau warning laki kau). Jangan nak burukkan nama mak dia... Macam

'Tak payah kawan ibu, dia jahatkan pukul amani iman....'

'Alaaa sian anak abak, ibu tu salah je, dia main2 je tu'

Ko kena la main peranan. Kalau u don't let me explain, nak pujuk budak tu, ko sendiri kena highlite kat anak apa salah dia. Selalu kalau aku pukul tangan amani, bila zamani nak pujuk dia tanya aku, apa amani dah buat? So will tell him, dia buang itu ini, terus je bapak dia sekolahkan dia.

And mcm zamani pun, dia jenis kurang sabar jugak. Kalau dia marah aku tak tahu punca kenapa sbb laki aku ni lambat nak cool, dah cool baru nak cerita. Aku akan pujuk amani... Dan salahkan dia (amani) sbb buat abak marah. Gila ko! Abak ko tu jarang nak marah laaaaa... Dah tua2 ni marah dia hanya kalau org sentuh dia je, hahaha.




And amani kalau dia kena marah dengan aku, kalau tak ada org sekeliling dia, hati kental buat muke seposen je... Tapi kalau aku marah depan org, dia nangis pun sbb dia malu kena marah depan org. Hahaha satu perangai pulak.

Ok... Im not sure sama ada I'm in the right track. Feel free to drop comment dan kongsi. Mungkin cara korang lebih ok...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:My bed room

Saturday, February 16, 2013

Dry pants

Salam readers!


Try to up date sekerap yang bole. U all pun tahu now days tak boleh nak update blog macam biasa or dulu- dulu... Now merengek kat abang zamani, i need ipad mini. Hahaha so far abang zamani ko buat tak tahu je... Buat derk. Alasan Amani Iman tak mo kongsi dengan bonda.

Anyway...

Mothers out there... Anak korang pakai pampers apa?

Amani iman sejak dah jadi 'buas' dia punya attitude problem yang paling ketara bila nak pakai dan bukak baju.

Nak bukak baju nak kena paksa. Melalak2 macam apa jer. Dah tu mandi mmg dia juara, lah kan. Time mengandung aku terkenan duyung aku rasa... Sudahnya kalau duduk 80 jam dalam bilik air pun tak jadi masalah. Than dah habis mandi, ko jadi model bogel pulak. Payah nak suruh pakai baju... Tention!

Pakai pampers lagi la! So i toldabang zamani, amani kena pakai jenis pants. Perempuan yang payah nak pakai pampers ni, ko sarung jenis seluar je. Senang sikit. Dah tu ko biarkan dia lari 10 or 20 minit...



Currently we loyal to pet pet. Tapi petpet tak ada pants. Now terpaksa gune drypers. So far oklah... Pagi mmg pakai seluar. Kesian nenek or tok kalau jaga amani nak terkejar. My mom yang sayang cucu ikutkan sangat cucu dia. Time dia cerita tu, i dont think its cute. Time my mom cerita tu, tangan ni cepat hinggap kat punggung amani iman...

Ibu tak suke iman buat macam tu kat nenek....

Dia faham ok... So i told zamani, tuk kesenangan nenek, dan budak ni over so beli je jenis pants. And alhamdulilla mmg mudah la. Dia lari macam mana pun, angkat dan pakaikan macam seluar. Dah tu ko tak nak pakai baju ke apa, punya pasal. Hahahaha

So every month kita beli 2 type pampers, tido yang biasa, pagi ko pakaikan yang jenis seluar. Senang nak bukak jugak. Terutama kalau dia berak. OMG ko bukak je pampers dia guling2 tau...habis satu rumah. Selalunnak tukar pampers kena dua org. Pegang dia. Tapi now tak lagi laaaa...

Oh dia dah setan lebih dah, now kalau kencing or yak yak, tak ada nak wipes2 dah... Kalau kat rumah terus je basuh. Cume kalau dah tido tak boleh buat apakan... Nak tak nak ko kena la gune tisu basah. Mengajar amani iman jugak tuk jadi bersih.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Umah klang

Wednesday, February 13, 2013

Shopping time

Salam readers...

Another story about my little Iman... Sejak ada kaki ni, mmg tak menahan nak mengejar. Jelajah macam dunia ni, Ana yang punya... Kalau milik Ana Norzamani, insya Allah, akan jatuh ke tangan mu anak ku...

Time ni, aku tengah cari kasut. Zamani pun tengok2 kot ada dia berkenan. Datang mak cik ni? Haaaa laju je meluru ke arah kasut kanak2.

Oh kuat genetik mak ko dalam darah eh...




Teruja tengok seliper budak2...



Sukati dia je nak ambik. Pandai pulak tu memilih.



Gurl always be gurl... Abang zamani garu kepala... Mak tak ober sangat la nak barang, tapi ni nampak gaya pilih barang letak kaunter, tolong bayar ye... Hahaha... Anak siapa????



Tetiba jadi rambang mata yer??

Well amani iman... Ibu dan abak bukan la org kaya. Kami kerja untuk beri keselesaan buat kamu dan juga bakal adik2 mu, Insya Allah. Kalaulah ibu org yang senang, i will buy anything u wish for. Anything Amani Iman. Tapi kita belum di tahap tu. Apa yang ada ibu simpan untuk masa depan kamu. Jadi dalam process kamu membesar, ibu harap Amani dapat belajar untuk dapatkan sesuatu, u need to word hard. I want you to appreciate thing more. Sbb kita bukan kaya, and ibu dan abak akan usaha untuk penuhi impian Amani Iman, dengan syarat Amani usaha untuk dapatkan apa yang amani mahu..

U might not have everything... But insya Allah ibu akan pastikan amani dapat rasa sekurang2nya seperti org lain. That why I'm working... Working hard to make sure anak ibu selesa. Makan minum tak kurang, pakai dan mainan tak tertinggal jauh dari org lain.

Ibu tak tahu plan abak dalam didik anak2. How he will treat you and adik2, sbb so far amani pun tak pandai nak minta2 barang... He might have his own way. Tapi yang pasti, kalau abak gagal sekali pun, insya Allah i be there to back him up. Insya Allah... Dengan izinNya...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jusco klang

Mummy and doter time

Salam readers...

Amani iman... Now days tak tahu la. Pemalu pulak jadinya. Eh malu ke? Amani iman sekarang kalau ada org asing dia jadi mengada. Tak nak dengan org satu hal, faham la jugak. Tapi ni! Org pandang dia pun tak boleh. Buget artis! Hahaha

So time kat sepital waktu fidah bersalin tu, mmg dia terkejut org ramai sangat dalam bilik tu. tak senang aku di buatnya. Nak salam org pun dia punya menjerit macam aku nak bagi dia kat org.

So sebelum kena halau dengan nurse, aku bawak dia turun. Tp dah turun lain pulak jadinya. Terlebih berani. Jalan macam abang zamani korang bayar roadtax jalan tuk dia. Hahaha peluh jugak la nak kejar.

So decide duduk starbak. Ha! Kopak duit beta. Mesti korang tanya, yang pi duduk setarbak tu pasai apa?

First, itu je yang ada....

Second, cafe situ besar.mso makin besar makin panjang langkah anak aku.

Third, mak dia gedik nak minum setarbak! Kahkahkah



Minah gedik... Depan org bukan main ko takut... Tak ada org, ko buli mak ko yer...



Rasmi dulu... Bukan main.... Hantu ais! Macam mak dia jugak.



Bagi iphone, terus je senyap. Bagus! Apa jua yang aku order for her at the end mak dia yang kena habiskan. Ha mana lak mak ko tak ternak lemak?

Amani iman sejak dah jalan dia, dia rajin berjalan. Shopping? Nama pun perempuankan.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

Tuesday, February 12, 2013

Raeesah Khalisha

After 14 days... Ini dia anak incip epol... Raeesah... Atau abang long panggil esah kopi... Jeles org puji adik comel... Dia dengan pantas cakap adik tak lawa, macam kopi.

Nama khalisha, rayyan yang pilih...tapi lepas adik keluar, dia cakap dengan mak dia, dia nak tukar nama adik Fatin... Hahaha apa jer.



Another ah soh dalam family... Muke Rayyan kecik2.



Memula rayya dapat adik, kitaorg risau takut rayyan tak dapat nak terima adik dia. Budak ni mana nak kongsi barang dia? Jangan la ko mimpi. But it turn to be, rayyan sangat sayang adik. Lovely brother. Sayang amani, sayang raeesah. Cume dia bengang bila tido adik nangis. Hahaha... Mak long faham perasaan ko rayyan.



Amani tak nak adik! Hahahah.... Kalau tanya nak adik? Cepat je geleng kepala. Kedekut yang amat. Bantal dia yang raeesah pakai semua dia ambik balik. Tahu pulak mana dia punya mana raeesah punya. Especially bantal busuk dia yang tok mama buat... Sepantas kilat dia rampas kalau dia nampak. Biar dia tak pakai, jangan org lain pakai. Sensitip!

Mak ngah cakap amani ikut perangai ibu... Kedekut. Ha ha ha... Mestila...barang kita mesti la jaga dengan baik. Yer dak??


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

Monday, February 11, 2013

Sweet dak?

Sajer gedikkan...tak mo marah2... Tak mo meluat meluat... Something about zamani yg aku suke. Dia tak suke aku pk yg bukan2. Emosi perempuan biasa la....imiginasi terlebih2 sometime. Kan?

Dia romentik....yup! Klu marah, ayat dia buat aku cair. Hahah... Itu la pompuankan?




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails