Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, June 10, 2013

Majlis pertunangan Ezart and Farah Hamdan

Salam...

1 june tu, sepupu saya tunang... Kira rombongan meminang dan tunang terus. Ingatkan yang pergi 3 kereta sahaja... Sekali 9 daaaa... Hahah meriahlah. Memula mcm malas nak pergi. Tapi sbb cik tipah nak pergi, so kita pergilah. Rumah perampuan dekat Rawang, so nak pergi berkumpul kat RNR sungai buloh...

Kami antara org yang pertama sampai sbb sepupu lain dari melaka.



Gedik bergambar... Sementara menunggu yang lain sampai. Amani iman got her father's eyeskan? Hua hua ramai cakap dia dah muke aku... So amani jangan nak mengada!


We all dah sampai kat kawasan rumah . Ekceli majlis pukul 230 ptg tapi 230 kami berhenti solat kat masjid berdekatan kawasan rumah.



Kalau kawin aku rasa lagi la ramai...



Pasangan pengantin baru... Ho ho... Hari kejadian, diorg bru balik hanimoon dari singapore. Tido 4 jam je terus pagi2 gerak dari melaka.



Ini bakal pengantin bulan 12 nanti... Majlis pertunangan dia. Nama dia EZat. Sampai jugak jodoh yer... Tak pa lelaki makin lama, makin naik market value... Tak nampak dia nebes ke apa. Orgnya mmg suke buat lawak tau.



Nikah je laaaaa...dah lengkap dah nikan? Hehehe....



Rombongan kami...


Hantaran barang tunang.



Family belah perempuan... Bapak perempuan yang warna hijau... Mudekan? Mak dia pun mude. Upacara pertunangan ni macam best. Sbb dua2 belah pihak bergurau senda...



Sebelum perbincangan bermula, pihak lelaki nak tengok bakal menantu mereka. Alasan takut salah org... Hahah bole? Pihak lelaki pun tak nak kalah. Hahah nak tengok jugak bakal menantu... Ezat di panggil masuk...



Chewah masuk dengan muke senyum...



Jun 1, 2013 | Sewaktu majlis pertunangan. Perbincangan yg memerlukan bakal tunang masuk tuk tengok muke;) by cidazam_7890 on Keek.com




Sesi menyarung cincin...



Jun 1, 2013 | Majlis sarung cincin by cidazam_7890 on Keek.com



Ai like this part... Tetiba teringat majlis tunang ai dulu2... Hohoho.

Eh aku lupa pulak nak cakap nama tunang si ezart ni. Farah, welcome Farah to the club... Eh belum... Tapi ini permulaan...

Lepas menyarung cincin, diorg kena duduk beradap. Kena basuh... Hahaha...



Time ni mmg lawak.... Si ezat yang nampak je pendiam ni boleh tahan jugak lawak. Dia nak salam Farah... Hahah mengejutkan semua org... Nasib baik Farah tak menyambut... Hahaha...

Layan keek lagi...



Jun 1, 2013 | Sesi kena basuh. Hahaha. by cidazam_7890 on Keek.com




Lepas tu, farah bersalaman dengan semua family ezart. Selesai...legakan?


Muke org puas ati... Hahah sabar tak lama... 6 bulan je lagi...than lepas majlis apa lagi, jamuan makan la... Ini yang di tunggu2... Yum yum yum..



The food... Haruslah makan lepas abang zamani makan, amani iman sewaktu majlis berlangsung pun dia yang macam host. Jalan sana sini. Jerit, menangis.... Semua dia la...


Bahagian pencuci mulut... Macam2 kek, roti, puff, pulut, kuih...

Ok gambar dah habis... So habis la cerita yer...hahaha...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Rawang

Sunday, June 9, 2013

Tudung trend terkini

Salam....

Sekarang aku dah mengila tudung2 online ni. Bertambah pulak website2 ni pembelian bole beli terus melalui kad debit, laju je la buat paymentkan...bahaya betul. Tiap kali beli mesti transaction approved. Hahahah alasankan? Mak aku bising tudung ko dah banyak! Bla bla bla... Haruslah sbb dia yang basuh gosok tudung aku. Kalau bertambah koleksi tudung makna tambah lagi la kerja dia. Heheh. Tah la sejak kerja Shah Alam ni, semangat nak bergaya. Terasa bertambah keyakinan diri tu ada. Walaupunnnnnn saya idok la cantik manakan?

Kalau aku mengadung mesti org kata anak aku perempuan kan? Hahaha...

Tapi saya tak bermakeup... Itu malas!

Satu yang saya malas, bila ada baju, kaler tudung tak ada. Aku nikan tak berapa nak kurus, so apa pun itam je. Nak nampak muke tu tirus. Hahaha tak ada maknanya. So bila tengok model Al humaira pakai tudung shawl half moon tetiba nak rasa gorges macam diorg... Mmg tak pun la kan? Tapi pedulik apa saya! Terus clik clik clik buat payment....



Tak mahal pun.... Kan?



Bila dapat confirmation transaction ni, muka la gigit jarikan. Hahah fedulik la. Sedapkan hati. Sekurang-kurangnyakan beli tudung bole pakai lama. Kalau beli baju sendiri stress kalau tak muat, sekurang2nya ko gemuk pun, kepala ko tak membesarkan? Hahaha logik tak alasan ku? Kalau beli yang sarung pun ko bole perasa ko membesar sbb ketat bahagian pipi. Ada je dulu pakau tudung sarung siap berbrooch bagai, tetiba tak perlu brooch. Apakah ertinya itu????

Best part bila penghantaran less than 3 days.



Tadaaaaa.....nak buat lagu mana, kalau laki ai tu kita ajak ke kota damansara nunnnn dia jadi hijau. Mendengar bebelan dia je dah buat tatak patah hati.

Kali ni gue rembat kaler ijau dan kelabu.




Warna kelabu dah sama dengan sofa...


Ok gedik sikit...menjadi fav tudung lepas tukan... Hahaha....

Ok satu lagi tudung on line yang saya suke Sugerscraf. Ni beras saya tag kat FB... Terus je tak bole duduk dengan tenang di opis. Macam org tak boleh kuar window shopping. Dalam opis pun boleh la cuci mata... Maka terorder ok! TER menunjukkan tidak sengaja. Tapi yang aku suke, kita bole ambik kat kedai diorg kat sek 7. Sek 7 tak la jauh mana. Bula dah buat pembayaran, cakap dengan. Abang zamani nak ambik tudung.... Dah bayar dah pun, hahaha.... Ai malas kan laki ai serba salah nak kuar duit... Keh keh keh



Gila jap masuk area tu! Gila tau! Nasib baik laki dan anak ada... Kalau tak aku masuk satu2 kedai tudung... Haven la! Bawah kedai kat Fareedah. Idok la akak masuk. Tapi hujung kedai tu Radiusite. Argggg tabahkan hati wahai cida... Ho ho


Sekali! Abang zamani follow belakang... Ingat tunggu dalam kereta je... Hahaha... Tu la nawaitu sblm abik dah salah. Cakap kat dia nak ambik je. Sekali tu tak leh tahan diri nak meronda satu kedai tengok koleksi tudung situ...



Che ta telah mengtag saya tudung terbaru ni... Haruslah try... Hahaha. Bila sarung terasa tak cun... Hahaha salahkan tudung fulak. So nasib tak cun, maka saya tak beli...try je dah puasati.


Laki duduk jaga anak kat luar... Mak try tudung... Hahaha mud zamani baik.... Bila aku keluar dr bilik tu, dia tanya kenapa tak beli... Hoi... Jangan....



Saya telah menyambar dua shawl.


Satu RM 39 dan satu RM 49



Esok terus gedik nak pakai tudung barukan... Ini yang RM 49. Kain dia stretchable. Agak payah nak pakai sebenarnya... Tapi saya cuke coraknya.



Dan yang ni RM 39... Ooo sangat susah nak pakai tudung ni, sbb material dia menegang dan licin... Saya pakai inner Al humaira yang silang tu. Tudung ni tak sesuai la nak gune kalau ko nak cepat. Boleh jadi ijau kau kat situ... Tapi saya suke jugak corak dia yang best... Heheh

Ok itu je nak cerita... Masih mencari lagi kedai online hijab yang cantik2... Tag la saya di fb lagi yer... Haha


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, June 7, 2013

Pnemococcal



Salam...

Nak berkongsi pasal penyakit ni pulak. Back 3 week ago, aku pergi kenduri rumah atuk sedara aku, so duduk berbual dengan sepupu ayah tapi nak panggil mak cik pun rasa serba salah sbb dia baru je usia 24-25 macam tu. Dia pun panggil aku kakak. Hahah keluarga 69... abaikan la ye.

Kebetulan anak dia deman. Dua anak dia demam. Tapi si abang boleh lagi bermain2 dengan budak sebaya dia. Si amani yang sombong tu pun kebetulan baru je baik demam. Kami duduk bercerita...

Akmal (nama sepupu ayah) cakap dia risau sbb anak dia dah seminggu demam. Terutama malam. Bila dengar aku pun risau la. Datang pulak mak sedara Akmal duduk... dia cerita pengalaman cucu dia meninggal 2-3 tahun lepas. Terus kepala aku macam jem! Cucu dia hanya demam biasa sahaja. Mana tahu pagi dia nak meninggal tu, dia cakap dengan nenek dia, dia sakit kepala dan nak makan bubur. Tak sempat nak makan bubur dia jatuh pengsan, bawak ke hospital, dia di sahkan meninggal.

Penyakit zaman sekarangkan?

Tapi cucu dia meninggal bukan la sbb Pnemococcal ni... satu pulak kalau bawak anak pergi berkelah kat air terjun atau hutan, sila tahu ada sejenis serangga yang mengigit dan ia mengambil masa 3 bulan tuk menghapuskan sistem daya tahan budak. Scary tak? Serangga jenis apa tak tahu la... WaAllahualam.... ini yang di tanya pada ahli family la. So hati2 la kalau bawak anak berkelah. Aku pun risau.

Than penyakit ni... apa pulakkan? Seminggu i study... hahah tetiba insap. Padahal Dr Chong, klinik yang amani selalu pergi pun ada mention. Cume bila dia cakap harge tu aku terus anggap ia tak penting.

Pneumococcus bermula dengan menakluki saluran pernafasan atas dan boleh merebak secara setempat, menakluki saluran darah yang menyebabkan pelbagai penyakit. Dalam kes yang tidak dirawat atau kegagalan rawatan, virus ini boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, kelewatan pertuturan, palsi serebrum, kerencatan mental dan kadangkala menyebabkan kematian.

Aku baru je nak pergi cucuk amani...tak terlewat sbb dia masih perlu buat dua suntikkan. Cegah sebelum terlambatkan?

Thursday, June 6, 2013

Menjawab soalan

salam cida..nak tnya pasal amani masa minum sustagen tu, terus xnak makan langsung ke? sblm minum susu tu, selera makan dia mcmn?

coz anak sy ni baru tukar susu ke sustagen..b4 ni pediasure sbb kurang berat, liat nak makan. ingatkan bl tukar sustagen ok la sikit. dh 2 minggu lebih ni tukar susu, makin xnak makan pulak dia. nasi langsung xnak mkn smpi dh 2 minggu ni. alahai pening + risau.

sbb susu sustagen ke tu or nape ye?



Salam....

Chewah... maaf terpaksa buat entry sbb kat opis ni tak leh nak bukak blog. Tak tahu kenapa. Ok gedik nak menjawab sbb saya suke nak kongsi2 maklumat ni...

Amani sebelum minum sustegen, yes dia pemakan orgnya. Apa kita makan dia makan. Tapi lepas ambik sustegen dia mmg susah nak makan. Mungkin sbb kalau tengok pada kandungan tu, sustegen penuh dengan piramid makanan. Saya juga pernah tanya doktor, walaupun dia tak makan tapi minum susu je, tak pa, tak jadi masalah. Tapi kita opcoz la risau. Mana taknya. Kalau dulu masak, sure dia duduk makan dengan proper. Tapi lepas minum sustegen dia tak nak makan langsung. Makan benda merepek laju... hehehe... makan nasi ke apa mmg tak. We all buat experiment jugak. Stop kejap sustegen, continue balik S26, ok pulak dia makan. Cube rasa susu sustegen tu, rasa dia macam susu org besar ni.... try tengok sbb pernah sekali daku memcube susu anak makan dengan coco crunch. May be sbb tu budak rasa kenyang.

Or may be jugak dia beralih tak nak makan. Sbb nak main je. Atau 'bosan' makan serat ni.

I got problem with Amani tang dia nak makan. Tapi jangan risau. Sustegen elok jangan berhentikan. Sbb dia ada sumber makanan yang khasiat. So kalau anak tu jenis pemakan, than bagi lagi sustegen, takut nanti obes pulak budak. Banyak khasiat.

Hope menjawab soalan ye.
 

Tuesday, June 4, 2013

Mari la minum susu

Salam reader....

Alhamdulillah rezeki Amani Iman...bulan ni beli barang keperluan Amani Iman.

Pampers pants BabyLove
Susu Enfagrow 1.7kg and 650g Pack
Botol Susu Baru yang kaler2
Sabun Pencuci Botol

Itu sahaja....

RM 215...

Aku pandang Zamani... bukan merungut eh dan bukan jugak nak belagak anak minum susu mahal. Ko tak tahu, mak bapak amani minum air paip je lepas anak tukar susu. Hahahaha

We change because we want DHA more dalam susu. Aku tak tahu Zamani. Tapi aku mmg study jugak la pasal susu anak. Percaya atau tak, mmg susu membantu dalam perkembangan anak. Mungkin ada yang faktor genetik. Kalau mak bapak genius, anak bole mewarisi. Tu aku percaya jugak. Tapi kalau ikut aku dengan Zamani, omaknya tak la berapa nak pandai. Hahah so kena ada suppliment yang membantu.

Sebab ke dua, aku dah congak harge.

Kalau S26, twin pack tu rasanya kandungan dia 1.2 kg. Price RM 55-58 tengok kedai

Kalau Sustegen, twin pack 1.3 kg - Price RM 53-58 tengok kedai jugak

Amani minum sehari berkali2.... hahaha... so nampak murah tapi berkali tu tak tahan. Satu pack 600g tu tahan 4 hari. So kalau sebulan around RM 200 jugak.

Than ari tu cari susu sbb sustegen dia tak serasi... tetiba je tau. Aku pun tak tahu. Sbb kalau dia baru pakai susu tu than boleh faham la. Tp S26 sejak dia lahir. Sustegen pulak sejak dia capai umur setahun. Than punca dia batuk kahak semua sbb susu.

Than doktor sugest IQ gain. Macam berat hati sbb IQ gain soya. So time tengah survey aku di kenalkan dengan Mamil Leaning

 1.6kg harga dia RM 109 ini harga promotion. Yang pack 600g sahaja. RM 43 ko! Yang triple pack RM 114.00 kandungan 77 mg DHA. Paling tinggi.

Than time gi melaka tu, mak amani yang bijak ni bawak susu anak satu tapaware je. Satu malam dah habis dah susu... heheh alasan gi beli la. Jusco Melaka mahal oooo RM 45 kot compare aku tengok kat Tesco yang RM 39 promotion time tu... apa lagi pilihan ada? Ambik la... sekali kena syarah dengan promoter Enfa


Kes paksa ko!!! aku tak nak tukar. Sian la amani iman. Kot tak serasi ke? Si Rayyan mmg dari kecik minum Enfa. So amani pernah minum la... dia buang botol si Rayyan. Aku bg alasan, anak aku dah try Enfa tapi dia tak nak. Pastu dia promote pulak yang perisa... beza seringit dengan Mamil. Dia pun bercerita. DHA Enfa 75mg je. Tapi Enfa ada Fos and Insulin yang Mamil tak ada.... wahhh betul ke aku terang ni? Kalau salah makna aku salah dengar la tu. Tapi ada satu sumber yang Mamil tak ada. Fos and Insulin tu sourse Dietary Fiber. Kita anak ko tak la minum je. Dia akan kenyang jugak la. Yer ke? Rayyan sukati minta mak dia 2 kali tambah susu. Wakakaka... betul dah minum 16 ons minta tambah lagi.... mak dia kerja bank ok la. Kang mak amani tolong Bangla dengan Napel kerja kat kilang pulak nanti. Buat OT... hehehe

Sentap bila promoter Jusco tengah susun barang kat bahagian susu...dia menyampuk

"Anak saya pun minum susu ni kak. Elok... bijak anak perempuan saya tu. Akak bole nampak beza nanti." Ha! bukan la nak kata apa. See dia bukan manager. Dia kerja jusco je. Tapi tak berkira nak bagi anak minum. Ko Cida??????  Ekceli mmg harga jugak menjadi keutamaan aku. Tapi nak terbaik tuk anak jangan la berkira. Sok anak kedua mmg susu cap gantung je la... hahaha...





So kita tukar to Enfagrow. Oklah 1.7kg...

Ni yang aku perhatikan. Dalam beli kena jugak pehatikan apa beza amani dulu dah sekarang. Nak dekat sebulan minum susu yang berDHA ni la... mmg nampak ketara perubahan Amani.

- Nampak dia active. Stamina semakin bertambah. Ko tahu malam2 dia berlari keliling ruang tamu. Motip? Aku pun tak tahu... kuat berlakon, aku suspect daya imiginasi dia bertambah. Skrg dah pandai belakon gune prop. Hahah dulu sorg2 pun tak pa.

- Selera makan ada. Alhamdulilla... kalau Sustegen mmg dia tak nak makan. Kenyang kot. Ni dia makan la jugak sampai 10 suap max. Diet minah kecik ni.10 tu dah kira bagus la.

- Minat mengira. Aku rasa tu genetik mak dia yang suke account... hahaha... walaupun berterabur Two, Four, Shick, Eittttt, Ten.... semua nombor genap. But Alhamdulilla la...as a mother ko banga tak? Eh anak aku mengira?

- Bunyi dada kurang... means tak ada dengar bunyi pernafasan macam berkahak/ berlendir. Not totally gone. Tapi oklah kalau dulu malam dah join abak buat okestra! Anyway promoter tu cakap its good for bronchitis. 

Ini je la yang aku nampak so far. Mak aku yang banyak nampak perubahan amani iman, sbb dia yang jagakan? Dia cakap Amani cepat belajar expecially bila tengok cartoon disney tu. Ada gaya yang dia nak tiru dia tiru. Aku tak nampak lagi la. Sbb bila suruh dia buat dia tak nak. Ko paksa dia banting diri dia. So tak leh paksa.

Oklah itu je nak kongsi. Org cakap ini la rezeki tuk anak. Kerja nak rak pun tuk siapa pun kan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

CidaZam bercerita lagi

Monday, June 3, 2013

Majlis sanding Belah Lelaki

Salam...

Ok sambut cerita kawin- kawin.

26 hari bulan majlis di belah lelaki. Alhamdulilla amani iman dah beransur sihat. Cume merengek tak selesa sbb ramai org. Biasalah dia. Abak bz menolong, menjerit2 gedik. Eshhhh...



Gedik gambar sendiri dulu... Hahaha... Fashion ni dah lamakan? Baru terhegeh nak pakai. Sbb murah dah sekarang tudung ni... Dan mampu di beli... Hehehe... Tapikan uols tak tahu kenapa tudung ni mahal! Ni my friend yang jual.

Ok sambung cerita eh...



Pelamin di luar rumah... Tema biru. Tapi tatak cida dengan abang zamani pakai pink.. Hehehe...



Kemah makan. Ramai jugak yang hadir. Tak banyak sangat nak bantu sbb katering.


Meja makan beradap.


Kek pengantin... Heheh sila nyatakan apa yang pelik pada kek pengantin ni? Kuang kuang kuang... Mampus kena jotos dengan pengantin.... Hahaha tetiba ada lilin! Aku pandang dan tanya adik heri. Dia pun gelak... Dengan pantas kami cabut lilin. Sblm pengantin mengamuk. Nasib baik nama kat kek betul. Ingat salah deliver kek.

Jangan marah eh cik heri hansem... Hehehe



Ni bakal menantu ni... Suke sakat amani iman.


'Bersanding' dengan 'gigi' tak bole bla... Pengantin lelaki memalu tucing... Hehehe...


Garang tak???? Siap nak bagi penumbuk ok....


Marah masih tak habis... Ok abaikan double chin daku tu. kah kah kah.


Time bersanding. Tak dapat nak ambik gambar sangat sbb puteri pucuk kelompang zamani mengamuk2.



Me and my brother Rizal... Sekarang tinggal Rizal jetak kawin. But dont worry. Ku pasti perkahwinan mu lagi grand! Terbaekkkk!



The only flower... Hahah main dengan budak lelaki. Bukan tak ada cozen perempuan. Si amani iman dengan second cozennya... Diorg cakap amani garang macam mak dia... Hua hua hua...



Riz, dia sangat behave...



Main pun kongsi. Amani iman ni aku tengok dia tak suke nak berkawan. Selalu main sendiri. Kalau org nak main dengan dia, layanan dia bukan main garang lagi. Kena hantar dia sekolah. Uhuhu...

Awal lagi kot?

Ok cerita Melaka dah habis dahhhh....

Cayok! First time daku update cepat... Kalau tak makan bulan... Ho ho...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kg Tun Razak

HMD

Salam...

Agak mengejutkan bila amani dapat HMD. My cozen Dr Jay cakap itu sintom HMD tapi tak sure sbb dia bukan pakar kanak2. The best dapatkan rawatan. Aku call kawan aku so dia cakap pergi klinik pantai. But the thing is saturday tutup. Dia suruh aku tengok depan hosp pantai ada klinik kanak.

Ok tuk amani iman, aku mmg selesa nak ke pakar. Kalau tak ada klinik pakar aku rassa zamani ajak balik dah hari tu. Uols pls ingat, kalau anak bawah 5 tahun, better bawak ke klinik pakar kanak2 sbb diorg expert sikit. Kalau doktor biasa diorg tak dapat nak bantu sangat. Aku tak cakap doktor biasa ni tak bagus. But tuk anak. Diorg akan explain dekat ko detail. Ok ada la lately aku bising pasal phenomucocal injectionkan. Doktor ada suggest tapi aku sambil lewa... Hehehe... Itu salah aku. Bukan salah doktor.

Amani iman kalau sakit mmg kena spend few hund la...mahal tapi serasi. Alhamdulillah. Tapi ari tu mungkin semua klinik tutup dan klinik ni je yang bukak. So we decided nak tunggu jugak. Time kitaorg sampai pukul 2. Memula tunggu dlm kereta. Amani tido. Dalam pukul 3 nama tak panggil lagi... Ada 7 or 8 org atas dia... So oklah tunggu. Mana tahu satu patient mau dekat setengah jam kot... Omg!



Dr Lim, pakar kanak2 Hospital Pantai Ayer Keroh.



Sampai duduk lantai dah semua. Klinik tutup pukul 4. Yang datang semua dah di bagitahu pesakit ramai. Diorg nak jugak tunggu. Dasyat sungguh!



Mungkin sbb klinik ni bagus or mmg tak ada klinik yang bukak on sat. Tunggu je la... Tunggu ounya tunggu pukul 6 ok baru doktor panggil! Terberak ko kat situ tunggu. Amani jumpa doktor mmg harus la menangis.

Yes amani mmg kena HMD... Tapi baru permulaan. So aku risau la... But doktor cakap tak perlu nak risau sbb kalau dulu yes. But now tak perlu. Its like normal rashes cume dia menjangkit. And normally org tak tahu or parents tak tahu sbb ulser akan banyak kat bahagian mulut, sbb tu la anak tak makan, perlu masuk hospital sbb diorg kena drip due tak boleh makan.

Penyakit ni depend on antibodi seseorg. Kalau terkena air liur yes akan menjangkit dengan mudah. Tapi hanya menjangkit dengan kanak2 yang bawah 5 tahun sbb anyibodi budak tak kuat macam org dewasa. Doktor suruh aku bagi amani minum 100 plus.

Lega dengar penjelasan doktor. Even my cozen pun nasihat benda yang sama.


Doktor yang sangat baik! Nurse sorg tu dah naik hantu. Hahah kul 4 tak bole balik lagi. Kena buat Ot... Lepas aku, ada lagi yang tunggu, tah kul berapa agaknya.



Amani dah buat rumah sendiri. Budak tu nama iman jugak.sama je dengan si amani iman.

Doktor bg 4 jenis ubat. Spray, ubat tahan gatal, cream dan mandian. Aku rasa yang berjaya hanyalah unbat mandian je... Hahah

Balik je terus mandikan dia. Ubat ni kena letak dalam tub mandi or dalam besin besar dah rendamkan dia 20 minit. 20 minit? Yer anak aku mmg suke berendam. So tak ada maslah. Dia jadi masalah bila bawak kuar dari air.



Tengok, happykan? Mmg senang je. Anak buah aku siap tanya kenApa amani mandi dengan air sirap mak long? Nampak best je. Hahaha..

So far ubat doktor tu makan sekali je. Nampak perubahan. Dia nak makan. Sbb spray tu tuk ulser mulut. Dia menghalang makanan or minuman kena kat permukaan ulser.

Antibodi amani mmg tak berapa kuat. Kerap je dia sakit. Nak cari supplement tuk dia. Any suggestion?

- Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails