Saturday, January 8, 2011
Mana la korang sekarang
Friday, January 7, 2011
Kawan di masa Yayasan Melaka

Istemewa gambar ni sbb masing2 poyo tunjuk gambar pasangan masing2. Wakak gelak ramai2. Just nicekan. Marhana Awaluddin dan Raja Ratu masih belum di kurniakan anak. Honeymoon all the way sepanjang kawin.



Last pic taken together. Muke sekor2 suci bersih. Semua kawin awal. Aku je last. Semua jenis setia. Aku je bertukar2. Wakaka. Tak pa korang jumpa yang terbaek. Aku last2 ni baru jumpa. Abang Jamani menjelma lama bebenor
Gedik Yayan Tanaji
Kata lama aku tak blog pasal dia. Nak buek macammana mak long jumpa yayan pun susah. So cuti ari tu dia ada umah ibu.
Budak nikan pantang nampak camera. Macam2 aksi dia suruh aku ambik. Dia suruh ok aku tak tipu.
"Long!" panggil aku pastu buat2 pandang lain. Very the lawak. Sampai camera aku Zamani pegang dia sound Zamani
"eh tu long unyer"
Ni cubaan ambik gambar sendiri. Percayalah. Melalak nak ambik gambar sendiri. Sori sikit ini mak long punya. Hehehe. Tu yang di bengang terus buat muke sentap!
Muke sentap!

Tetiba je tersengeh2 dengan atuk malu2 bila tengok gambar dia banyak kena snap
Terima kasih ibu!!
Ini menunjukkan kami laki bini mandi. Ho ho ho. Tu belum ada anak eh. Tak tahu aku macammana kalau ada anak. Mmg aku pantang tengok baju ronyok. Kotor semua. Percayalah aku tak suke tengok tapi nak maintain kerbersihan tak ada makna. Ikut hati kalau kotor buang beli baru. Wakaka. Seyes! Sbb mungkin dari kecik ibu dah biasa kot, kalau baju kotor dia sental sehabis daya. Aku pun feliks how she do that.
So pendek cerita balik holiday dalam kepala dah pikir ari selasa mmg ku ambik cuti sbb nak buat laundry. Baju kerja aku tak ada tak pa, sbb kat opis ni sempoi. Pakai je baju apa janji ko berbaju. Wakaka. Tapi susah dengan suami plak. Kena pakai kemeja. Kalau t-shirt pun yang berkolar.
Tapi sampi2 umah bukak pintu. Macam masuk kedai dobi plak. Sbb???
Baju2 sudah sedia terlipat.
Amat memalukan bila kereta di selongkar macam bawak benda haram je. Sbbnya??? Ni nak cerita ni.
Yang mana tahu Zamani smoker tu oklah, yang tak tau tu akak bagitahu. Zamani havy smoker. Kalau aku pemilik kilang rokok, aku boleh kaya (kalau dia bayar kat aku) atau aku boleh papa kedana sbb lagi banyak production makin banyak ler dia mengisap.
Alasan terbaik kalau kami gaduh alasan dia mmg elok sbb tention dengan perangai aku. Ada ke patut???
So malam nak masuk singapore tu kami singgah la RNR kat Machap. Suami ku yang gatal ni tertinggal rokok kat kereta so dia beli sekotak. Nak msk singapore ada dua lane tuk pemeriksaan. Satu hijau satu merah. Yang merah tu kalau ko ada bawak masuk barang2 dan nak declare kat kastam Singapore masuk kat situ. Yang nan ado apa lagi hijau la
Tapi laki aku nikan suke bergurau. Dah tiga kali masuk Singapre tapi nak main2 lagi. Dia cakap dia nak masuk line merah.
Zamani :- I wanna declare she my wife.
Nampak sweet. Gelak2. Kami masuk lane hijau seperti biasa. Cek punya cek. Kantoi jumpa dua kotak rokok yang full. Esh tak la full yang satu tu ada lah dia isap dua batang. Yang baru beli tu sebatang. Cek punya cek kantoi satu case rokok lagi yang zamani sendiri tak tahu mana case tu ilang selama ni rupanya tersorok kat tepi tu.
Apa lagi kenalah tahan. Cek satu kereta. Perh panas ati! Rokok!!! rokok la yang sampai bila pun! Ni akak nak marah ni. Dia kena panggil masuk opis. Lama tak lama dia kuar.
Zamani :- Yang nak SDG 20
Aku :- Asal?
Zamani :- Kena tax ler. Kalau fine one box SGD 200.
200??? Kan baik kalau beli beg Coach.Kan kan kan?
Keluar dengan muke tersengeh. Kena basuh dengan pegawai. Tapi Zamanikan juara debat. habis la dia berdebat dengan polis2 tu. dari dia cerita kalau aku jadi polis aku fine dia lagi. Sbb banyak sangat jawapan. Wakaka.
Tapi dia di selamatkan oleh 2 org cina yang kebetulan nak masuk Singapore. Cina tu lupa nak bawak keluar rokok yang dia beli kat Labuan dari kereta dia. Hambik 5 kotak tak bukak. So polis tu tengok agaknya betul di lepaskan suami aku. Itu pun nasib baik rokok yang cik Hery beli kat Bandung ari tu (cari entry tu sendiri eh) dia jamu sekali adik2 dia isap. kalau tak??? Pengsan. Patah balik, balik Malaysia malam tu.
Yang best cubaan kantoikan diri sendiri bila chewing gum tak leh bawak masuk kat Singapore yer. Tu mmg ko kena walaupun tuk makan sendiri. Dalam kereta mmg ada. Tapi time diorg cek tu mungkin container chewing gum tu macam tabung tak perasan la. Polis tu bagi dia baca pamplet barang larangan dia leh lak tanya.
Zamani :- Can not bring chewing gum in ar?
Polis :- Yes. Why? you got chewing gum in ur car?
cepat2 dia kata tak ada. Diam2 sudahlahkan? Geram pun ada tapi bila dah lepas mmg lawak antarabangsaT!Kih kih kih
Gambar bukti. Aik kena saman tak kalau tunjuk ni? Kui kui kui
Next time aku sendiri yang akan check. Eh itu pun nasib dia tak bawak rokok gulung dia. KAlau tak? Sah kena cop pengedar rokok kat sana. Alhamdulilla Allah selamatkan.
Thursday, January 6, 2011
Hasil belian
Hasil kerja ku selama setahun bergelar isteri. Chewah! Poyola konon. Aku tak buat alasan tapi lihat sendiri periuk-periuk ku. Sebelum aku atau Zamani kena penyakit teruk baik tukar. Jangan kedekut sangatkan?
Periuk2 tu mmg elok. Tak melekat tapi bila jadi lagu tu, mmg melekat2. Mmg its time to let them go. And welcome to new periuk2 dari ikea. Cheh tak nak kalah beli kat ikea. Habis nak beli tefal, clorex (dush dush) mana mampu. Masak pun seminggu sekali. Lebih makan luar. Mak dengan ibu pun tak pakai periuk mahal2 ni.
RM 59 kesemuanya. Murah kan??? Ha! Yang periuk2 tu datang 3 sekali RM 29 sajer. Dan kuali pun datang secara pakej. berbaloi tak? Rosak pun kalau dalam masa 6 bulan ke setahun idok la akak terasakan? Kalau tak sentap dengan ikea!
Ekceli lepas makan kat cili merah singgah jap Tesco. Dan dan ko semangat nak masak. Tetiba teringat kuali besar aku pun dah berkarat. Tu la Zamani tunjuk kuali kat ikea. Kuali besar. Tapi mahal RM 60 kot. Berat plak tu. Eksen tak nak beli sbb pikir berdua je. Pastu teringat. ko nak mengoreng pakai kuali leper? Banyak minyak ooooo... betul tak? So gigih la beli kuali ni. RM 15 henget je kawan2. Wakaka. So kalau che Aisyah dengan Che Liya mai umah mak long nak ketuk2 pun mak long tak marah. Ha ha ha
Pisau2 kat umah pun jahanam tumpul. Memula nak beli pisau baru. Sekali nampak ni. Pengasah pisau. RM 25 dari ikea. Aku terpikir sekejap. Beli pisau atau pengasah? Beli pisau kang tumpul beli baru? berapa banyak nak beli? So nekad pilih pengasah pisau je. Balik umah ada org tolong try test
Terus potongkan buah tuik bininya. Happy bila pisau kembali tajam. Senang bah ini. Tak yah nak eksen asah kat batu asah. Bukan reti sangat. Makin tumpul. Ni tolak tarik kalau ko tak tahu buat sila gantung diri!
Apa lagi aku beli?
Tak ingat berapa. Beli sbb murah. Bila mengoreng fail sbb lembek2. Hangin aku. Ok saya sudah nampak abang Zamani saya mencebek dan berkata "suka sangat membazir" lalalalala.
'Role habuk' tuk buang segala habuk2 melekat kat mana2. Alas peruk / pinggang/mangkuk yang panas (panjang tul nama nak terangkan), penyangkut 'S' nak sangkut apa-apa. Tong sampah mini. KONON nak guna kalau siang2 ayam ka, kupas bawang ke apa leh pakai masuk situ. Ini adalah impian dan angan2. ketahuilah belum lagi gune benda alah tu. Ngeh ngeh ngeh. Murah RM 2 satu. lalalala. cawan kaler2 tuk anak2 buah aden.
Ini pun dari tesco. Teko. Kalau org datang buat malu nak buat air panas tak ada teko. Pakai jug. Sungguh tak sesuai. Nak beli yang set terasa bazir sbb melambak2 cawan kat umah. tekonya plak pecah memanjang. Cis! So beli yang ni je RM 10... boleh la. Beli dua sbb cik tipah pun nak jugak.
Itu je la yang aku beli pun. Tak la banyak mana. Kan betul aku cakap aku beli tuk keperluan. Ha, boleh tak tercalon bini yang baik? kih kih kih.
Restorant cili merah
Aku tetiba nak makan nasi ayam. Nak makan kat Ikea takut lambat. By the time beli barang semua dah pukul 4 petang. Jangan mengrisikokan diri anda dalam kesesakan jalan yang penuh. So Zamani bawa aku ke sini.



















































