Tahu tak ku tunggu sampai kul 3!!! cilakas tak?? 2 kali aku call McD call centre. Sedih sbb selalu ambik masa 30 minit je. Itu paling lama. Dah McD belakang opis jekan? Sekali kul 1.00 tak sampai. Bebudak opis aku dah gelak. Salah add ke apa?
Call tanya dia kata budak dia dah kuar... lambat sikit sbb hari ni ramai delivery! Ok fine. Sebagai wanita melayu terakhir yang tak nak menunjukkan kurang ajar aku diam la. May be sbb org2 macam aku nak lepas geram lepas2 pose ni makan McDkan?
Masuk kul 2.15 tak sampai. Warna dah nak tukar sikit2. Aku call kali ke dua. Sangat kurang ajar tau perempuan yang angkat ni!Yang first tu dia tak minta pun number rujukan, may be number fon opis aku kuar diaorg dapat tahu terus siapa pemanggil. yang ke dua ni minta number rujukkan. Time order tu mamat tu baca salah ke aku yang salah tulis ke, so susah la si budak bengap ni nak trace. Cakap salah la apa. Kawan ni dah lapar. Hangin la kan! Kalau salah than ko nak aku buat apa? Dia minta number fon aku bagi.
Laju je cakap
Si kurang ajar :- Rider kita dah kuar dah cik
Si kurang makan (aku la) :- Rider you keluar dari kul 12 sampai sekarang tak sampai opis saya?
Si kurang ajar :- Maaf LAH cik, ari ni kita banyak sangat penghantaran
Si kurang makan :- Doesnt mean penghantaran u lambat. Saya order sebum lunch sampai dah habis time lunch saya
Si kurang ajar :- Masalahnya cik status dah tulis rider tu dah on the way. Cik tunggu la kejap lagi sampai la tu...
Ok fine! cara ko cakap pun bikin aku panas... sampai kul 3. Aku dah banyangkan Mcdelux aku dah bertukar jadi najis kalau aku dapat makan kul 12 tadi tau tak! WTF aku bengang call kali ke tiga.
Bla bla bla... saya oder kul 12 sekarang kul 3.... bla bla bla...
Ok cik saya nak check status dulu... put me on hold lagu 1300 tu la kan? dekat 10 minit jugak.
Sory cik, tak dapat call branch. Bla bla bla... kalau nak cancel order TAK JADI MASALAH...
geram tak??? Tak jadi masalah tapi aku kelaparan... geram sungguh. Tak ada la kata nak ganti ke, dia cakap sori pun dia potong2 sbb dengar aku bebel2... very the cilakas! Hahah kalau kena kawan aku Neena tu mau bergegar McD satu Malaya!
Uhhhh lega... itu intro tuk semalam. Isi entry pasal lepak dengan cozen2 aku lepas berjalan raya. Haruslah kata pelancong, kena la bawak jalan2. Teringin nak makan ghoti canai memalam tu sambil pekena kopi O kan? Syorgaaaa...
Tapi punya la ramai umat kat Melaka dodok kat mamak. First mungkin sbb ada bola malam tu. Mmg my boys semua nak tengok bola kat mamak. Akak jadi ketam je, ikut!
Yang datang pun berbaju kurung dan berbaju melayu. Apakan mamak ni buat open house? Ke org2 ni masih tak kenyang dengan jalan raya umah org? Duduk2 mamak sudah kasi warning
"Mau order roti ka, mee goreng ka, nasi goreng, mau tunggu satu jam"
Kedu muke sekor2... satu jam macha?!!! Lu mau kami tido sini ke apa? Cancel. Eh better tau. sekurangnya org tak la menunggu. Bikin ati org panaskan? Kami pun bla tempat lain. Semua mamak kat melaka full house and waktu tu kul 11 lebih nak kul 12. Bayangkan!!!!
Sampai satu melaka cari mamak... sampai kami buat keputusan lepak Mcd.
Punya la ramai org. Brader depan aku ni siap transfer gambar2 raya. Lawak aku tengok. Tapi layan jugak la gambar2 dia tu sementara nak tunggu my boys oder
Oh tak nampakkan? Aku nak tunjuk kereta yang banyak malam tu. Dah kul 12 malam tapi jalan raya depan Mcd ni still banyak kereta
Oh nasib baik ada TV... boleh la diorg layan bola! tapi bola dah habis time kita sampai. wakaka
Yang drive tru pun boleh tahan jugak
Oleh itu kami hanya makan cili sos sahaja... hehehe
My two cozen. Lepak cerita pasal bola. Dulu jangan harap la nak cerita pasal bola. Mmg aku anti, tapi terbalik sudah. Kalau nak compare pengetahuan aku dengan diorang ni tak bule la. Basic2 pun tak 100% tahu. Dok dengar je.
Fav En suami kalau ke Mcd... kali ni ambik triple! Akak tumpang sekaki. Iyo iyo kata tak nak makan kan???
Rizal
Hery
En suami
Makanan di taja oleh adik2 ku... burppp thanks alot boys... kalau ku tahu korang belanja, harus aku ajak satu kampung...lalalala...
No comments:
Post a Comment