tak bole lelapkan mata. Mungkin kopi yang aku buat td terlalu pekat... Ambik! Bila mata tak bole lelap, maka aku berperang dengan perasaan sendiri. Di mana lagi tempat yang paling sesuai meluahkan rasa? Hanya di sini. Aku tak mengharapkan sesiapa pun faham. Tengahari tadi sepatutnya majlis cukur jambul qayyum tapi tak duga, mak dgn abak nak buat kenduri tahlil tuk ahli keluarga yg telah tiada... Termasuk aryssa... Terus terang aku mmg rindu masa2 mengandungkan dia. Walaupun tempoh agak pendek tapi aku enjoy movement dan focus interasi dengan dia bila dia mula bergerak... Dan hati terus menjadi sayu... Mak dan abak dah buat 2 kali majlis tahlil dan ingatan pada mereka buat 'dia' yang tiada tetap ada. Terima kasih mak abak... Since nov 2009 ku lalui dgn kesedihan dan kekesalan. Kesal kerana gagal menjaga diri ku sebaik mungkin. Kesal kerana aku tak dpt lihat dia yang aku impikan selama ini. Sepanjang dia pergi, aku belum pernah mimpi kehadiran dia dlm
mimpi ku... Terus terang aku katakan aku sunyi... Walaupun bahagia tp sunyi... Thanks to che ta... Menjaga qayyum sedikit sebanyak buat aku rasa hapy... Walaupun ia bukan task yang mudah. Mungkin sbb itu juga Allah masih belum beri rezeki sbb Dia tahu aku sendiri tak sedia...Wallah hu alam... Mungkin aku masih gagal mengawal emosi ku... Terima kasih juga pd kawan2 yang tak putus bg nasihat dan semangat. Ada juga yg bersusah payah tukku... Hanya Allah dpt membalas jasa kalian. Buat bidadari kecil ku... Aryssa dania... Setiap kali ku terkenang kamu, air mata ini akan terus mengalir...setiap kali ku cube melupakan mu yang pernah wajud dlm diri ini, setiap itulah hati ini pedih. Ini adalah luahan rasa ibu yg kematian anak. Aku tak minta org faham apa yg aku rasa... Termasuk zamani sekali pun. Aku lalui segala keperitan bersama rindu... And trust me it not ezy... Terlalu ikut perasaan? Yer mungkin... Ada yg suruh aku bernazar... Bukan tak nak tapi takut...
Takut tak terbuat, janji dengan Allah bukan pekara yang mudah. Dan aku bukannya sempuna... Aku hanya manusia. Dan sbg manusia, ku kena yakin dgn suratan drNya yg mengetahui apa yg terbaik tuk ku... Mungkin kalau dia tak ambil 'dia' dr ku, aku terus alpha...lupa akan kebesarannya. Aku terus meminta, mendekatkan diri padanya... Walaupun adakalanya solat dan amalan ku tak sempurna. tapi aku tetap melaksanakannya. Tah la... Tiada siapa yang lebih memahami... Dan sepanjang itu jugalah aku berperang dgn perasaanku... Sampai bila? Usah di tanya... Aku sendiri tak pasti...
No comments:
Post a Comment