Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, January 24, 2011

Bila sakit

Terlantar kat katil dr jam 6 petang sampai sekarang. Aduiii kepala tetiba berat. Tiap bulan agenda sakit kepala ni biasa bg aku. Tp kali ni sampai tangkap ke leher. Badan jadi sejuk. Seyes aku terasa mcm leher ku di cekak dari belakang. Sampai cume memuntahkan diri tp tak berjaya. Sakit plk perut. Sbb dr pagi aku hanya mkn sekeping roti jerk. Perut masuk angin la ni.

Semalam tgk khurafat. Serammm. Org kata tak seram aku nak kata seram sbb aku kurang berani dgn ehem ehem. Tapi aku tak tgk pun. Tang antu kuar majoriti aku tutup mata.ok dah dtp byangkan. Kira selamat. Tapi tang johan berdiri dpn jasad dia buat aku takut. Alamak... Mengantoikan diri sendiri dlm bilik ni. Gulp...

Bila sakit ni ku tertanya. Bagaimana kalau aku mati nanti? Aku berdirir di hadapan jasad ku. Memerhatikan org2 yg aku sayang di sekelilingku. Sama seperti dalam filem tu. tangisan mereka tak dpt ku halang dgn tanganku. Pasti aku ingin memeluk satu2nya org yang ku sayang. Pasti rasa menyesal menyelubungikukan? Tak dpt menunaikan tanggungjawab sbg isteri dgn baik. Anak yang baik jugak menantu yang baik.

Adakah aku akan di kenang? Adakah aku akan di rindui? Adakah aku akan di sayangi?

Adakah suami merindui aku yang menjadi teman dia setiap saat? Adkah dia rindu masakkan aku? Haha walaupun aku masak tak sedap? Ke dia terus iklan cari isteri kat tepi jalan lepas pemergian ku?

Adakah ibu dan ayah mmerindui aku? Adakah mereka merindui saat kelahiranku sehingga saat pemergianku? Sedangkan aku jenis yang baran, kadang2 tanpa di sedari tindakkan aku menguris ati mereka. Adakah mereka akan lega kerana beban dan tanggungjawab telah ilang?

Adik2 ku... Adakah mereka akan merindui aku sebaga kakak? Kakak yang garang. Yang suke mencampuri urusan adik2nya. Kakak yang lancang mulutnya. Akak yang ringan tangan memukul adik2nya. Adakah mereka juga akan lega kalau aku tak sibuk urusan mereka?

Keluarga mertua ku? Adakah mereka kenangku sebagai menantu dan kakak ipar yang baik? Atau sebaliknya? Adakah mereka akan rindukan aku atau lega kerana aku tiada? Satu2nya org luar yang terlalu sibuk dgn urusan keluarga mereka.

Dan yang penting... Adakahkan mereka akan sentiasa mengenang ku dgn enghadiahkan aku bacaan dan doa?

Dan aku....

Bila idup di alam lain, bererti kita akan keseorangan... Sama ada suke atau tak kita tahu bukan kehendak kita menentukannya. Adakah amal ibadat ku cukup sebagai bekalan di sana?

Sesungguhnya aku tak ada jawapan tu, dan aku pasti korang pun tak tahu. biasalah bila dah sakit teruk mcm ni ingatan pada saat mati.

Tetiba i dah okkan makan panadol. Alhamdulilla. Gigih tulis entry pakai fon. Korg sedih tak dgn entry aku? Biasaaaa aku suke buat drama lebih2.... Salam semua

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails