Dari google ini yang aku jumpa. Penerangan yang senang mengenai Autisme.
Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi.
Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.
#Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai ‘infantile autism’ (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk membantu anaknya.
Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.
Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. (Amani Iman mmg susah di pegang/di sentuh kalau dengan org yang tidak di kenali. Even dengan nenek, atuk dan mak cik2 dia pun dia payah nak serasi kalau aku dah Zamani ada. Pada mulanya aku rasa ianya normal. Tapi kalau ajak dia main pun dia tak suke berkawan dengan kanak2 sebaya dengannya. Dia suke menyendiri. Dia tak suke org sentuh barang dia, tapi dia tak melawan. Paling tak mengadu dengan aku je)
Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.
Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu mengulangi perkataan orang lain.
Contohnya kalau ditanya :
‘Annie sudah makan?’.
Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata :
‘Annie nak makan?’.
Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.
(Yes... she like burung kakak tua, ulangi setiap patah perkataan sesiapa pun. Tapi ada kalanya dia bole bercakap tapi tidak lebih dari 3 patah perkataan. Dia akan ulang apa juga yang aku cakap pada dia mau pun org sekelilingi dia)
Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.
Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.
(Yang ini sangat ketara!)
Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar ‘maintenance of sameness’ iaitu pengekalan kesamaan.
Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.
(Amani bole melompat selama sejam ok... dan dia juga boleh berlari dalam jarak yang sama berulang ulang ulang kali)
Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.
Sebenarnya ramai yang menegur, tapi aku menafikan. Amani seorg yang normal. Cume pertuturan dia sahaja yang lambat. Tapi she already 3 years but dia gagal tuk bercakap macam budak2 lain. Tak apa Amani, take your time. Walaupun Amani lambat cakap tapi its impress me bila dia bole kenal abjad (A to Z) dan (1 to 10) and now dia mengupgrade diri sendiri tuk kenal (11 to 20). Pada awalnya aku ingat dia menghafal tapi sebenarnya dia mengenali huruf di usia 2 tahun setengah.
Setiap kali dia di puji, dia akan kepak2 mcm ayam. And i just get to know that is the sign of Autisme.
Bila dia jadi macam tu, dia tunjukkan gerakkan yang kita tak faham...
'Tell me mommy, tell me what should i do next / tell me mommy i want more'
Ahhh nak nangis! Bila dapat tahu, baru sedar yah! Amani sering kepak/flip tangan dia bila dia gembira. Dia jugak bole melompat tanpa kira penat. Aku yang penat tengok dia melompat2. Asalnya dia akan berlari berulang kali di ruang tamu, than dia bertukar melompat.
Pening kepala bila memikirkan. Aku kesiankan perkembangan dia. Macammana dia bila dia masuk sekolah. Penerimaan kawan2. Even sekarang dia dah mula faham bila aku marah, bila aku tak suke apa dia buat yang boleh mendatangkan kemarahan pada aku. Cume aku kesian dia tak tahu nak cakap. Selalu aku tanya
'Amani kenapa?'
'Amani nak apa?'
Sama ada dia menangis atau di senyum atau dia akan senyap. Itu yang buat aku sangat sangat risau. Kadang2 kawan sebaya dia cube main dengan dia, dia elakkan diri. Bila dia nak main dengan budak yang seusia dia, mesti aku dengar soalan
'Awak tak tahu cakap eh amani' You can see she straight away walk away from that kids. Sedih tak? Selalu notis benda tu. Ke kebetulan dan aku yang terlebih sensitip?
Kadang2 dia akan ulang balik setiap perkataan kita. Macam yang tulis kat atas tu la. Bila dia cube cakap mmg susah nak faham. Bukan susah, tapi mmg kita tak faham apa dia nak cakap. Dan itu kadang2 buat aku selalu naik hangin dengan dia, di awalnya aku rasa dia sengaja cakap macam tu, tapi bila berkawan dia cube cerita sorg pun tak faham. End up Amani Iman akan main sorg2.
Awalnya sbb aku rasa dia mmg di bentuk dr perut macam tu. Sbb akukan selalu takut, selalu risau, selalu tak confident. Even time kitaorg buat detail scan pun doktor nampak Amani adalah neves baby. Dont ask me how doktor tau. Tapi aku tak ambik penting benda2 tu.
Tahlah... aku bukan raih simpati kat org. Sbb mungkin jugak ini perasaan aku sahaja. Selalu aku rasa ia adalah normal. Cume amani lambat. Macam aku cakap aku bole bangga dia kenal huruf! Boleh urut dada. Perkembangan otak dia adalah normal. Bila dia lebih gemar mencipta mainan sendiri aku rasa dia creative but nampaknya ia sebenarnya dlm dunia khayalan. Which is tak normal.
Aku cume risaukan dia. Sampai bila agaknya? Aku nak sangat dengar dia berbual. Minta dan luahkan apa dia rasa macam bebudak lain.
Bila sakit dia kan sebut sakit...
Bila sedih dia sebut sakit.... pointed at heart. Hihihi... sakit hati?? Agaknyakan.
Bila gatal dia sebut sakit.
Bila dia di buli dia langsung tak tunjuk siapa buat dia ke apa, dia hanya peluk dan nangis. No sound ok. Itu lebih menyakitkan hati seorg ibu. Macam aku lak meronta
'Tell ibu amani! what wrong?? Let me help you. Ibu tak bole tolong amani kalau amani tak bagitahu'
Ibu mmg sangat sensitip. Sememangnya aku sensitip, tapi rasa terlebih sensitip bila aku masuk hospital terpisah dengan amani for few days, i know time tu dia rindu aku tapi dia tak tahu nak luahkan. So since situ aku mula rasa apa dia rasa. Tak nak dia kecil ati, tak nak dia terasa asing.
Ermmm... lets Allah decide what the best for us. Insya Allah semoga semua di permudahkan.
CidaZam bercerita lagi
2 comments:
As salam cida.. mungkin aku tak berapa faham sebab aku x mengalami. Tapi as a mother, aku faham perasan ko sebagai seorang ibu yang risaukan anak2. Tapi, sebagai ibu juga kita kena kuat walaupun dalam hati kita retak seribu. Kita tak boleh terlalu sensitif dan negative.. tapi kena selalu positif. Dalam situasi ko ni aku rasa ko jgn duk research je apa itu autisme. Tapi ko kena research macam mana mengatasi autisme tu. Sebab kalau ko research lebih mendalam tentang sesuatu masalah, masalah itu xkan selesai. Sebaliknya fikir macam mana nak selesaikan masalah itu. Dalam hal ni, ko yang kena kuat. Bantu amani, doakan amani kerana doa dan usaha ibu lah yang paling makbul. Be strong cida. Aku tau ko kental sebenarnya. Takdir itu boleh berubah selagi kita tak putus harap, berdoa dan berusaha. InsyaAllah..
Kalau ko free nnt lawat blog aku, k.. mungkin ada sesuatu yang boleh membantu.. http://zarahealthylife.blogspot.com
salam kak,
autism is not a bad thing kalau kita tau how to treat and handle.
di Malaysia, photographer and businessman terkenal - Saiful Nang adalah autism. dekat luar lagi ramai contoh mcm einstein =)
saya belum kawin dan takde anak sendiri, jadi untuk nasihat mungkin saya tak layak.
tapi maybe akak nak follow IG Fynn Jamal. Anak dia autism, dan dia selalu share apa yang dia buat untuk anak dia (based on apa yang diaorg belajar dekat school autism)....
Post a Comment