Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, January 29, 2015

Neolofar hijab

Akhirnya!!!!

Sama ada cantik atau tak cantik, sama ada muke macam mak cik makcik nenek nenek tok cik nek cik bila pakai.

Saya pedulik apa...

Bila saya nak saya nak jugak. Uhuhuhu

Akhirnya! Bukan satu tp dua... ha ha ha.

Puas ati. So lepas ni tak la tak todo malam bila org lain sibuk ada satu aku tak ada. Heheh...

Reward tuk diri sendiri kerja keras!

Amani pun nak... heheh

Wednesday, January 28, 2015

Instant instant

Makin malas org2 sekarang... instant maknanya cepat...
Bukan makanan je...
Tudung pun skrg senang. So siapa yg mengeluh payah pakai shawl berbelit2, pin cucuk satu kepala, la ni sarung lilit je. Yg best!!! Cover time menyusu anak...
Yg malas malas tu bole masukkan aku. Hihihi...
Tudung pertama instant aku beli humayraa... sarung je. Aku beli time pantang. Time pantang apa ko bole buat? Nak shopping mmg idok lakan... so beli. Pantang tengok org kata. Tpkan time aku beli aku pakai, aku rasa ia sangat la jarang dan pendek. So simpan buat tukun... lama kan? Sampai 7 bulan baru tersedar. Tag pun tak buang lagi. Bila sarung dengan inner magis, eh ok la... labuh tutup dada dan tak jarang...
Ayo amaaaaa....
Than skrg tudung lopa la... diyana halik la... perh gila jap akak tau. Nampaknya humayraa dah tak di hati. Uhuhuh...
Than terjebak dengan cattaleya plak. Ni kali ke dua. Time pantang beli jubah nursing dan skirt... kali ni tudung.
Tadi baru dapat. Terus jatuh cinta. Sbb?? Tutup dada semestinya. Tetiba muke tirus. Mana kuih pau yg melekat kat pp? Hahah... ok ada lagi tp tak ketara sangatkan... uhuhu... ai malas kalau nak nampak runcing tp bukak tudung berbekas. Hahah expecially kalau kain bukan stretch tu. Adoiyai...
So ai promote ni... coming soon lopa punya. Tamak ko! Beli sekali dua.
Ok 4 bulan x beli tudung... hahah leh caya ke? Alaaa aku bukan la beli mahal2... dan aku rasa tudung2 mcm ni ada kegunaan menyusu bole sembunyikan ammar sama.
Ok x alasan?? Uhuhu
Pic yg dark pink tudung tu humayraa... oklahkan tak jarang..asal mata aku tengok mcm jarang je eh di kala beli tu?
Yang dua tu baru mai... harge RM69 2 helai RM 100.... korang rasa aku bijak x tak lepaskan peluang. Hahah....
Hihi jangan marah abang zamani.... saya isteri yg perfect 100...
K bai...

Saturday, January 24, 2015

Riang ria

Tak ada kerja nak buat, tido umah my sis. Plan bawak bebudak mandi...

Tp yg excited anak tuan rumah... hahah...

Selamat beristirehat semua....

Thursday, January 22, 2015

Cita-cita ibu dan abak

Im not sure.... mungkinkah mak bapak kita pasang angan2 apa anak mereka akan jadi satu hari ni. Bila aku tanya ibu, dia cakap dia selalu bayangkan anak2 dia kerja besar2...

Besar macammana?

Dia kata besar la... dont be like her. Sekolah takat form 5. Lepas sekolah join kelas typis dan get married. Wahhh cerita macam tu... nangis jap dengar cerita dia. Dia jugak pernah cakap, kalau apa2 jadi pada marriage dia, dia tak tahu macammana nak survive with 3 kids. Sbb dia tak berpelajaran tinggi, dia juga tak ada skill apa2 melainkan jaga anak2.

Sooooooo

Mukahdimah aku selalu nak panjang2. Semalam time dinner adik aku cakap, amani ni bakal jadi macam ibu dia... ehem ehem... she more to 'number' and even tengok jam pun dia dah tahu. Tapi jangan la ko kejam nak jarum panjang and pendek dia nak faham maksudnya. Dia main tembak je, kalau dia suke jarum panjang, dia sebut la nombor jarum mana dia nak baca....

Penangan GOGO.... eh korang download kartun tu... its good. Kalau zaman kita siapa baca buku 'PETTER AND JANE' kira bagus la... sama je dengan gogo. Sbb nama dia pun 'Petter and May' Hahaha.... Amani bukan sahaja ikut tapi slang pun tak tahan. Dah macam dok London dah.

Ok tersasar lagi... hehehe

So adik aku cakap amani ikut jejak ibu tapi bapak dia cepat mencelah. Dia mmg gila kuasa. Anak2 dah la muke perangai pakej semua dia, tang cita2 pun nak ikut dia. Amboiii....

'Mana leh, amani nanti jadi engineer yer... ammar jadi pilot! Bawak ibu abak jalan2'

PILOT????????

' Tak nak la ammar jadi Pilot... biar gaji kecik tak pa jangan kerja berisiko. Risau cerita pasal kapal terbang ilang'

Statement aku jadi bahan gelak Zamani dengan adik aku.... cis!!!

'Ko ni buat lawak la long!Apa kena mengena? Sbb tu je?' Adik aku gelakkan aku...

Zamani mencelah... gelak tak habis macam nak putus nyawa aku tengok... dia cakap kat ammar....

'Esok sekolah Ammar buat karangan, cita2 saya menjadi seorg pilot di halang.... sbb mak saya takut saya hilang!' 

Berderai gelak lagi....


Si Ammar tencengang2 tak faham... hahah



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, January 18, 2015

Megi royal korean

Yer ke nama megi baru tu macam tu?

Hahah... berangan menjadi blogger tegar kembali. Tak ada cerita ringkas hanya nak update pasal megi baru ni.

Gila pedas! Tumb up yooo... org korea makan pedas yang mengila. Kalah org nogori ni...

Amani pun makan berair mata lepas tu minta air. Zamani yg dok complain kalau aku masak tak pedss, makaj tu terus tak complain sbb lidah kebas aku rasa. Hahah

Try la yer...

Saturday, January 17, 2015

Langkawi

Halos! Rajin pulak kitakan menghapdate... Kui kui kui.

Sebenarnya trima kasih pada adik aku si Fidah sbb dia yang ' menaja' percutian kami anak beranak. Kata dia, dia kesiankan amani yang tak jalan2. Dia nak bawak amani, kami tak benarkan. So endup dia beli flight ticket tuk besday amani yang ke 3. Motipnya di situ......... Dia nak anak buah dia rasa naik kapal terbang.

To me and zamani not time yet nak berjalan2. Kewangan kami bukan la ada extra extra. Kamikan kais pagi makan pagi... Uhuk. Bila dia bgtahu dia kesiankan amani, i was like...................

Ok aku pun kesian gak amani. Tapi dia ni bukan la faham sangat. Dan satu lagi dia ni tunjuk je dia minat sesuatu tapi bila ko bawak dia, dia rasa benda baru, ko bole tengok dia mengamuk. Org puteh kata trantum. Hahaha macam2 ayat zaman sekarang. Ada plak term2 yer?

Tu yang kami Bencinta. Keadaan baru, kalau dia tak serasi mula laaa... Kalau jumpa org yang dia tak kenal, mula la... Tp kalau tempat tu lapang luas, ko bole tengok dia ilang. Time tu mak pak tak cukup jadi tarzan dah.

So tak pa la. Rezeki jangan di tolak, yer tak? Bagus jugak. Nak tunggu weols tah bilanya. Tapi satu lagi terus terang gue cakap kes2 kapal terbang ilang, terhempas, melutup buat aku seriau. Aku yang tak bole nak tido malam. Fidah beli tiket on Sept, tapi aku minta pergi hujung tahun. At least got extra from companykan. Sedap la sikit nak berjalan. Plus ammar pun dah 6 month at least aku tak perlu risau pasal dia kalau baby sangat. Now pun she still baby,kan?






Kami naik firefly je. Nasib baik la... Kalau Klia mmg jenuhla. Dengan anak2. Dengan diri sendiri. Minta kawan baik ai Mama yan hantar dan ambik kat subang jaya airport. Tiket pukul 11 pagi. Sampai langkawi kul 12. Plannya jalan2 dulu sblm check in. We all stay 3 day and 2 night... Hihi okla tu... Byk hari kang, tengah bulan makan choc la gamaknya... Hihihi.





Berselfie dengan anak2... Amani pagi tu yaaaa ampun. Buat perangai sangat2. Esok sekolah tak tahu la mcmmana. Aku doa bebudak ni jgn sakit or demam. Jln jauh2 ni badan budak sgt sensitip. Diorg mungkin tak faham dan kita mungkin tak sedar. Sbb tu amani and ammar aku agak risau diorg jalan jauh2. Ammar he still new. Amani pulak sbb azali kalau jalan jauh sikit ada je tak kena. Dia dah dua tahun baru la kami bawak dia kuar malam. Paling jauh pun balik kedah raya dulu. Perh mencabar. Dia boring dok dlm kete lama2. Meragam jangan cakap.






Kejap je dia dah 4 tahun... Tetiba rindu pada Aryssa. Kalau dia ada, she sure 6 years this year. Muke budak happy... Dia memang teruja nampak air plane. Dari klang buat perangai,sampai airport oklah mood ok. Gi sarapan sampai habis kicap kat kedai dia habiskan, tuang dalam cawan... Omg! Anak siapa ni.







Us sebelum berlepas ke langkawi.... Amani yang tak bole duduk diam. Aku takut dia terlepas naik kapal terbang lain sbb gate lain bukak dia yang sibuk melompat2 ikut sama.



Kita ingat dia ok uols.... Bila pintu di bukak, nak jalan ke kapal terbang, mak aii! Dia buat perangai. Bole dia lari takut sbb bunyi kapal terbang. Puas la nak berkejaran. Aku dengan ammar, bapak dia pegang stroller, nak kejar dia yang melalak2 plak.

Thanks mak ngah...... Hahahahah....





Hati kembali tenang bila kapal terbang naik... Fuhhhh mencabar, hijau, kuning, unggu semua ada. Ipad penyelamat



Kami..... Abak kat belakang. Punya la gayat si amani sampai suruh tengok kat luar dia tak nak. Haiz.....

I want to show u cloud....sky...

Tp dia tanya... Where is star? Haaaaaaaaa.....

Ok dalam flight dia bukak radio. Hahah macam2 lagu la dia nanyi. Mesti semua gelakkan amani, nak naik penuh drama. Hihihi



Ok ai pun teruja jugak... So let me put this pic... Lovely from 16000 ft. Hua hua hua...





Me and anak bujang yang sentiasa cool. Kalau kamu perangai macam kakak! That it.... Mmg kita jalan time raya je la.





Itu dia... Sampai pulau langkawi...syukurla. Hati banyak susah hati. Kapal terbang terlayang2. Langgar awan kata kapten... Suspen tau.





Muke budak yang happy. Mak dia pun rasa apa dia rasa cume pretend macho depan anak2. Rambut amani dr ikat elok2 sampai macam kapal terbang bukak tingkap



See.... Anak2 ai dah pandai bergurau senda. Hihihi....




Our ride kat langkawi... Sewa saga je. Zamani nak sewa avanza tp kita berempat je kot. Plus minyak pun kena la consider sama. RM 140 tuk 3 hari. Tp pay extra RM 30 sbb sepatutnya pulankan kete kul 1 ptg. Since flight balik kul 6 maka tambah la RM 30.

Satu cerita nak habaq... Aku ingat sampai awal bole jalan2. Gi makan dulu, than ingat nak gi jalan2. Masuk2 kereta.... Anak2 bagi hadiah kat aku. Ammar muntah. Bukan luak eh, muntah macam air terjun. Tak sampai 3 minit, kakak pulak muntah.

Kereta sewa nak oiiiiiiiii

Imagine 3 jam lagi check in. Badan ko penuh muntah anak2. Padan la muke ijau sorg2. Lepas muntah, lega kot. Terus hyper. Kena marah sorang2 terus tido.




Tukar baju terus zzzzzzzzzzzzzzzzz........ Sian asik kena marah je. Ilang sabar. Ammar pulak muntah dia boleh plak tepuk2 muntah dia. Apakah????

Tapi dr airport nak ke DAYANG BAY RESORT AND APARTMENT mmg ambik masa setengah jam gak la. First day je dah senyap mcm nak balik je. Hahaha



Masuk bilik sangat haven. Anak2 and somi rehat.one hour later turun mandi pool. So tengok gambar je la yer....











First time bawak ammar swimming.... Hahah pelampung ikhsan family yg kebetulan ada anak tp anak tak nak gune pelampung. Uhuhu






Ai tetap nak ambik gambar bersama walau dalam air.



Our apartment kat belakang....



Gambar tuk mak ngah kami. We all enjoy bangat mak ngah!




Kampung nelayan. Air tengah surut. Bilik mengadap lautla konon. Tp sepanjang 3 hari aku tak tengok pun. Zamani cakap malam air naik.

Lepas mandi kuar dan teringin nak gi dataran lang. Tempat wajibkan....



Cari gambar tersembunyi.... Hihihi. First day gi dataran lang and jalan2sekitar kuah. Since dok 3 hari, kena manafaatkan activiti. Esoknya, lepas sarapan, kita ke bird paradise. Dan jugak sky cab. sbb ini hadiah besday maka kita hiburkan besday girl. Lawatan tempat bersejarah mmg tak sbb bukan dia faham pun.











We at bird paradise..... Amani having so much fun tell u. Suke tengok.

Than dr bird paradise terus ke sky cab. Jauh nak pengsan. Hahaha... Mcm klang ke kl kot. Tp situ je habis masa half day...amani sky cab mmg takut. Melalak2. Haha tp menyesal gak la sbb jauh gila nak ke puncak. Mmg can not go...




Muke amani takut.... Hahaha




The view... Mmg nampak satu langkawi...





My little man who enjoy the scene. At least adik enjoy oklah.... Dia mmg suke tengok pokok pemandangan2 ni.




Muke kakak amani yg mmg gitu dr naik sampai turun. Ammar maintain comel hansem bergaya. Tak stress dengan kakak. Hahah, aku je stress. Takut takut...





Poyo lepas turun cabel car minta abak teropong.... Tp teropong lelap mata... Acam ner?

Lepas turun sky cab ingat nak jalan tapi tak larat. BELANJA lebih kurang terus balik hotel. Terbaring sampai kul 7 than kuar gi hj ismail komplex. Borong choc adalah wajib kan?



Last day..... Breakfast dengan anak2 ambik tenaga sblm balik pukul 6 ptg



Than check out and terus ke water world. Bagi kakak happy tengok fish dan kehidupan laut yang lain.













Since waterworld kat pantai chenang dan dekat dengan airport, kitaorg berjalan2 cari buah tangan buat terakhir. Hihih beng dah penuh, penuhkan lagi. Baguskan.

Nak ke airport singgah jugak tempat popular laksa power tp kitaor masih kenyang so just rasa air kelapa sblm balik klang.









Sangat panas tp tak mematahkan semangat nak ambik gambar. Amani tah mana dah happy main pasir. Gasak la....





Gambar kat airport langkawi....


Nak balik pun ada budak buat drama.... Sudahnya dia tertido keletihan menangis cakap tak nak balik. Takut naik plane katanya... Habis ko nak balik berenag ke? Aku mmg tak larat. Balik dia duduk dengan abak dia, tak banyak sangat bunyi. Sampai tertido. Ibu and abak aman sekejap sbb anak2 tido sampai sampai subang.






Ok! Tarik napas. Akhirnya dapat habiskan entry kali ni. Tak boleh nak buat maraton sbb akan mengalah di tengah jalan. HAHAHAH

Salam........ Now mengumpul kuderat nak bawak anak gi lego land plak. Uhuhu.....

P/s : mak ngah besday ammar bulan 6. Hahahah

Bagi je la bebudak ni hadiah mainan ke apa.... Kalau nak bagi hadiah percutian bagi aniversarry ibu dengan abak yer. LALALALA

- Posted using BlogPress from my iPad



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails