Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label Amani. Show all posts
Showing posts with label Amani. Show all posts

Monday, April 18, 2016

Keras hati



Kejadian hari ni.

Selalu nak update pasal anak2 mmg tak ada masa. Kerja penat. Apa lagi ada anak kecik. Tu pun dah ada pembantu. Kalau tak ada kesian la jugak bebudak ni.

Ada sesuatu yg lain pada amani. Sikapnya agak berlainan dr dia yg dulu. Tak baikkan seorg ibu cakap anak tu d.e.g.i.l ( hahaha gigih tulis macam gitu)

Tak tahu sejak bila. Tp aku perhatikan amani jadi keras hati. Ke keras kepala? Kata zamani kalau keras kepala kalau kena gaya tunduk gak. Tp kalau keras ati mmg itam kata kau itam la. Yer ke??

Amani pandai melawan. Kalau dulu dia tunjuk amukan dia tp kali ni dia lawan dengan gaya or body language. Oooo i ols panas ati. Budak memberontak muke ni rasa nak lempang. Tp bila tengok dia, dah macam dalam cermin. Hahaha. Sila la lempang diri sendiri.

Hari ni first time nampak zamani hilang sabar. Kena jugak la kat peha. Tp dia tak nangis. Muke tahan la nangis tp setitik air mata pun tak keluar. Air mata aku plak yg menitik. Marah kesian. Tak marah melampau. Ekceli dah berapa malam la bole di katakan kalau kita keluar dia buat perangai. Macam dia pencetus pergaduhan la. Macam ammar jenis org tak kacau dia, dia relex. Tp kau kacau dia mmg teruk la ko kena. Paling tak tahan dia gigit la. So amani akan buat ammar marah. Bila mamat tu dah marah mmg haru biru. Jerit and tangisan dia, bole 2 hari dua malam. Aku kalau bole tak nak marah dia sbb benda2 macam ni. Sbb aku tahu dia nak tarik perhatian kami. So bila pujuk ammar pandangan dia tu buat aku geram plak.

Kalau kat luar lagi la ko sakit ati. Memula dia tak reti. Dia nak mengamuk dia mengamukkan? Org nampak la dia mengamuk. Tp aku yg diam. Malas nak layan. Tp kali ni dia lagi bijak. Dia tak mengamuk tp dia akan duduk or diri kt benda yg dia nak. Dia siko ko lagi! Panggil la seret la dia tak berganjak dr tempat dia nak. Walaupun aku cakap letak! Count to 100 sekali pun dia buat attitute yg muke minta penampar. Diri la situ pegang macam 'buy or WE sit here.' Bila dia buat aksi tu mula la aku nak menjerit. Tp aku rasa dia tahu aku takkan jerit tempat umum. Stress jadinya.

Kadang2 nak buat macam tak tahu, dah tak ada masa dah. Anak dua org. Yg ammar kalau nampak kakak buat perangai mcm tu dia follow. Mana nak cepat, mana nak layan ko. Tag team plak bertiga. Sampai aku pujuk cara halus 'listen to ibu if not ibu tak beli' contohnya.

Dia jawab 'no... we buy this. I want this'

'Fine you stay and pay urself' dia akan duduk situ or bila dia nampak ko ilang dr pandangan dia, dia bawak benda tu sekali. Huaaaaa....

Kadang2 malas nak bawak dia keluar. Attitute mcm ni kan.

Dulu tak bercakap, protes... mengamuk2
Now pandai menjawab. Mengamuk2 tak ada tp dia nak ikut apa dia nak.

Ermmm mati akal. Seyes now aku rasa sanggat2 mencabar.

posted from Bloggeroid

Saturday, February 28, 2015

Sayangkan anak.... Kita taliban taliban kan....

Salam....

Aku rasa susah hati dengan behaviour amani. Since uols pun tahu she got issue on her behaviour. As mak dan aku rasa mak2 yang lain pun will try same thing. Belajar, bertanya, cari seberapa maklumat yang penting.

Amani's pead pernah cakap dengan aku bdk macam amani ni, ada cara tuk kita tegur cara dia. Perangai dia expecially kalau mengamuk pastinya tak ada org yang akan faham. Yes org akan tengok geram, akan terus berkata weols tak tahu or may be manja kan anak. Aku dalam dilema, sbb dia dah ada masalah takut bertambah masalah bila dia jadi pendendam. Sbb amani bukan seorg budak yg express her feeling like others kids. When she not happy the best terapi dia buat is crying... Crying yg annoying ok!and sometime dia cube mencederakan diri dia...

Zamani can stand a bit la... Amani hentak or banting diri dia, Zamani still can still ask her to do the same action again. Wow as mom aku tak bole. Sbb mungkin zamani tak rasa 'sakit' bersalin or mengandung.... Hihihi...

Ke aku yg ada behaviour issue?

Makin amani membesar makin risau... Baya dia dah lancar bercakap. Dia still masih lagi blm selancar budak seusia dia. Now we practic she need to speak! No more tunjuk2 tarik2 geleng2... Bole plak dia cakap. Tapi masalah aku sekarang adalah! Aku sorg je yg cube ubah amani.

Nenek and atuk of coz lepas tahu amani ada issue behaviour they become lagi kesiankan amani. So perisai amani atuk and nenek. When come to abak, apa dia nak dia dapat... Fine! may b zamani kena be flexy sikit sbb aku bit tegas dengan dia. Sbb nak marah pun zamani has his own reason walaupun aku tak setuju. Macam korg tahu gajet masalah amani, when amani dengan abak, she free to play gajet. Siap bole share gajet bapak dia kalau ipad tak ada bateri. Kalau shopping ke jalan2 ke zamani mesti bagi amani phone dia... Sampai berkecaila phone abak dia. Hahaha.

Bila aku tegur, adalah point yang betul. Where bila amani tak ada benda yang menganggu atau menarik perhatian dia, dia become tak menentu. Contoh dia tak leh duduk diam. Dalam kereta dia akan ke depan ke belakang! Kalau kat shopping, kita kena ikut kepala dia. Nak gi mana, ikut tak pa... Masalah dia berlari, terlompat2, nangis... Yang best dia bole baring kat tengah jalan. Hei amani umur 4 year this year tapi badan dia dah budak 7 tahun ok.... Berat 25 kg... Ko mampu nak angkat dia. Kalau ko dokong dia meronta. Try angkat kat budak 7 tahun tengok. Tak ko tumbang sama sekali.

Alasan ke ni? Aku sendiri tak mampu nak kawal dia. Than harap zamani dia pun tak larat so bg jugak....

So having group watsapp gbob! Wahhh gbob lagi naik ni.....

Luahan rasa kat pengasas gbob and teacher watie adalah seorg yg boleh berkongsi tips... Ramai cakap budak yg ada isu behaviour like amani terus ok di tangan teacher garang. Hahaha... Pernah kurung budak dlm bilik air... Ku wonder macammana peradaan mak budak tu. Tp! Kita kena cekal. The first day amani masuk gbob, teacher anne hanya bawak masuk bilik belakang dan suruh aku sorok. Amani tutup mata. Cheh budak tu panjang akal! Time tu aku rasa sedih. Tapi kena kuat sbb anak tu nak pertolongan. So since situ adalah cara2 tuk handle masalah si amani ni.

Kurung anak eh...

Erm better than rotan anakkan?

So semalam sedabut pk pasal anak... Ammar pun dah macam amani. Dia masih lagi meniarap. Nak menganjak tak nak. Duduk pun tumbang2... Stimulation tak ada. Paranoid mother ke? I guess no... Sama la nangis angkat dukung. Tanya nak apa tunjuk... So? Ko rasa? Dia akan jadi macam kakak dia? Of coz... Tunjuk ajar ku sifukan? Kakak nangis baru dia dapat barang, so? Semua dalam umah ni ada kuasa bole baca pikiran akukan? Semalam balik kerja amani tido. Main dengan ammar bila dia bangun, aku cakap ' hai kakak' penerimaan dia? Macam aku ni org asing yg tegur dia. Pujuk2 tak jalan. Gune kaedah pengiraan....

'Ibu kira sampai 10... U better stop.... Kalau tak????'

Ayat aku selalu terhenti di situ... Kalau tak apa? Aku sendiri tak leh nak decide. Wo amani dah immune kot... Out loud la tangisan dia. 20 minit kot!!!

' ibu cakap stop!' Time tu dah start tarik dia... Aku bole tengok dia takut sbb dia makin meronta. Macam aku cakap la meronta amani budak 7 tahun... Dah rasa macam gaduh dengan bapak dia ni. Hahah...perumpamaan kalau zamani tolak aku, sama kuat dengan amani tendang aku... Maka aku nak cakap aku wanita yang lemah. Haha tak ada tali pinggang hitam. Macam teacher anne buat, amani tutup mata dia... Tak nak tengok muke aku....

Tetiba terpandang bilik bawah tu.... Tempat terbaik nak sumbat dia.

' U stop or ibu kurung amani dalam bilik' mungkin dia tak faham bahasa melayukan. Hihihi....makin kuat. Nenek masuk campur. Suke tau general ni masuk campur. Keep cakap ' nanti dia muntah nanti dia muntah'

Dengar nenek cakap muntah, dia try nak muntah. Batuk kuat2. So???? Dia faham maknanyakan? Betul tak? Nenek dr jadi general jadi pengarah director plakkan?

That it! Makin banyak mak aku punya andaian, amani batuk , semput, muntah jap lagi atuk plak sambung, pengsan.... Taliban!!!! Allahuakbar! Berat ok anak aku. Ai dah la tak sihat semalam!!!

Masuk bilik, tutup lampu, tutup pintu.... Nak tengok apa jadi.

Crying... Yelling.... Of coz.... Air mata aku nak jatuh, macho mana leh. Nenek peluk ammar, ammar senyum pun idok. Rasa macam dia jadi cctv record. Tak kelip mata. I just wish zamani tak sampai umah, if not akak lari naik atas, sbb jap lagi akak plak kena kurung. But sta out la ppl. Aku cube betulkan kesilapan yang salah!

'Along dah la... Sabarlah... Bla bla bla....' Nenek jadi ustazah plak.... Nenek macam2 bole jadi ni...

Amani panggil nenek... Ibu dah lupus di ingatan dia....lagi nenek cairkan....

' i said stop amani.... Keep crying my pleasure, u stay inside bit longer...' Terus slow... Masih nagis....

' stop!'

' ibu......sorry...' Dengar dia ckp sorry.... Mau ko tak cair... Eh ni bilik magik ke aper.... Tesak2.... Bukak pintu, macam hindustan plak.... Dia baring takup muke, teresak, tp tangisan hilang.

Peluk dia dan let her cool... Macam menarikkan.... Maknanya teknik ni berjaya!

'Sorry ibu....' Mencebek... Hahah dia rasa sesuatu bila mengalah kot dengan mak dia.

'Ok ibu pun sorry... Tp kenapa nak nangis?why you not happy? Why cry? Amani nak apa? Kena cakap la.... Kalau nangis ibu tak faham and nak msuk bilik gelap baru nak tahu ke?'

Dengar Bilik gelap terus nangis.... Hahaha....

Susah la... Sbb aku kerja. Masa yg ada pun sehari dengan anak2 its about 4 hour. Paling lama. Sama ada anak2 tido lambat atau aku tido awal. Wakakak....so tuk amani 4 hours tu kan masa tuk aku dengar celoteh dia.... Sabtu and ahad masa dengan diaorg. Banyak sangat nak spend masa.

I only got 10 month to go..... Before dia masuk sekolah next year!

So ppl sayangkan anak taliban talibankan....

Parents kena jadi PAKAR PEKAK

Sekian bebelan saya..... Anak teruna dah senyum baru bangun tido....

Xoxo

Cida

- Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails