Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label Gbob. Show all posts
Showing posts with label Gbob. Show all posts

Monday, February 8, 2016

Baby visual stimulation

Amboi tajuk.... macam pro.... gah gah gah!



Aku beli ni dari teacher amani di GBOB. Awalnya tengok video teacher wati la ajar anak dia Qasmira yg sama baya dengan Ammar. Rasa beza sebulan dua. Tp teacher wati gune flash card yg black and white. Yg color ni tuk budak 6 bulan ke atas. Sbb tu aku syak anak dara dia mata cantik. Hahaha tetiba! Comel mata macam mata anak patung. Tengok video dia mungkin org akan cakap 'eh awal2 dah ajor anak tu belajar' bukan belajar. Aku pun awal2 tengok mcm pelik tp teruja tengok respond baby dia time tu. Terus nak jugak buat kat ammar. Sblm tido susun card2 tu so that stimulate penglihatan dia.

Mcm instruction card ni pun ada gak mention. Bukan ko ajar 'cat'! 'Tree'! Ha tu minta penampo. Tuk baby ko jarakkan card tu dr dia dan tengok la respond dia. Mungkin dia akan nampak bayang2 la kan. Tp janji bila dia ikut arah kad tu dan ok.

Excersice mato kata org

Buat dalam 4 or 5 minit je. Ok... kalau dah pandai meniarap ke apa bole gune gak. Si ammar nampak aku buat kat aiman dia pun sibuk gak. Gelak2 bila aku pusing2kad tu macam kapal terbang. Dengan aku terpusing2.



See aiman did well. Teruja plak mak dia. Sampai terpusing2 kepala anak. Bagus gak kuatkan tengkuk dia. Video kat fb la plak

Gune blogroid ni tak gheti teman nak mengeshare

Ala tak perlu beli spesific card kot. Ada benda abstrak bole je tunjuk kat budak2. Tapi tak tahu la may be gambar2 tu membantu stimulation penglihatan babykan?

posted from Bloggeroid

Monday, January 4, 2016

Year 2016 ammar yusuf 1st class

Ammar this year 1 year 6 month. Hahaha... kecik lagi. Tp dah start cakap. Oklah dia belum pandai cakap sbb jerman language is better. Hahaha... tp kalau dia nak apa dia akan tunjuk which ez for us to know apa dia nak.

Since GBOB berpindah tempat makanya lama la kami laki bini sangap. Plus amani plak cuti sekolah lagi la double sangap!! Tiap2 kali ada kesempatan bertanya pada teacher anne bila GBOB nak bukak. Sbb niatnya lalau ammar dah pandai jalan je terus nak masukkan dia kelas! 5 bulan jugak la aku menunggu. Sblm berpantang terus je ambik kesempatan. Nak jugak tengok anak bujang masuk kelas! Sbb kalau between family kita tahu ammar seorg advanture compare amani. Cepat sangat belajar dan tangkap sesuatu dengan pantas. Not said amani lambat... she also fast learner. Tp anak tak samakan??

So yesterday is ammar yusuf first class.

Haha tetiba jadi pemalu depan org. U see what i mean now?? Budak ni kalau dengan kau dia buat ini itu tp percaya la bila ubah angin diorg jadi lain.

Tp bagus la dia tak nangis melalak. That should be ok... and he enjoy watching instead participate. Hahaha.....

So masukkan dua2. Amani part time je la. Bagi warm up nak masuk sekolah on 4th jan. Ammar plak kelas trial.



Hasil kerja anak2 during art. Mak bangga! Anak2 buat kerja. Abak handle both actually sbb diorg nak abak...

Fineeee



Hasil kerja ammar and amani. Ammar sangat cepat. Sekali je abak ajar dia wat sendiri. Belasah la nak. Bab kaler je la. Gunting awal lagi. Pegang glue pun dia relex tak macam amani yg pengeli. Mau sebulan jugak la nak berjinak2 dengan gam. Tapi anak tak sama. Bukan compare... tapi bandingkan... hahahahaha. Tak la, ammar mmg la mana ada geli2. Amani jadi gitu sbb akulah paranoid tak nak anak kotor sangat!





Amani plak seniorkan... tunjuk la kat adik dia. Hahha tp masih tak reti hold kaler right way. Belasah la nak. Kang tegur mengamuk. Janji ko kaler. Ibu yakin lama2 ok la kan...

Lepas pantang kita join play class yer sayang. Ibu bukan la ibu yg pandai nak ajar anak. Kalau pandai ibu berhenti kerja kita belajar kat umah je. Hehehe...

posted from Bloggeroid

Thursday, July 30, 2015

Sambutan hari raya kat sekolah anak @GBOB

Salam...

Cerita raya tunda lagi. Tp nak update sambutan hari raya kat sekolah amani. Kali ni adalah tahun ke dua. First year tu pun dah rasa hebat so looking forward on this year punya sambutan. Bukan aku je la. Mak mak kat gbob pun teruja.

So macam dah tahu konsep pot luck. Tahun lepas mommies kat gbob bg i peluang goreng nuget je sbb lepas pantang. Tahun ni dah set nak buat kuah kacang and nasi impit. Gigih tanya mak mertua cara2 nak buat.

Bila sambutan raya ni, anak2 dan mak bapak kena pakai baju raya la. Bukan main vogue ko. Tudung bukan main instant lilit2. Hahaha. Thorbaek!

Cerita ringkas la yer sbb update gune phone nu. So gambar at the end of entry. Mcm tak biasa. Huhuhu

Aktiviti macam biasa cume bila pakai baju raya mood anak2 ke laut. Tp amani dapat tempat ke empat dalam pertandingan 'mengait' hahaha.... bayangkan anyam ketupat. Alaaaa nak asah moto skill. Teacher bg plate yg berlubang dan kena masukkan tali dalam lubang2 tu. 20 lubang yg pertama di isi dalam masa terpantas menang. Mcm tak ada harapan sbb amani giveup. Dia mana leh. Dah la tangan mak kena duduk belakang. Tp ai tak kisah. Minah ni kena ajar dia buat baru gerak. So tak sangka dpt no 4!

Aku dapat hadiah dlm race between parents. Berkumpulan.....heheheh walaupun tolong sikit2 janji menang. Hahah. Ala ko lukis aku teka. Win lose or draw eh?? Esok goggle game tv 1980's tu rasanya... hahaj salah maaf eh. Tu dlm otak aku. Lupa nama game.

Than family aki dpt hadiah family sporting. Itu paling lawak. Sporting tang mana? Zamani malu kuda... amani dtg mood ke laut tah apa2 dia buat. Jangan la ko pakss. Dengan aku terjerit2. Anak payah nak dengar arahan. Hahaha...

Lepas tu kebetulan juga kami menyambut besday dua org pelajar. Dalili dengan Azeem. So mmg makan beso la kami that day. Hihihi.

Dr pukul 1030 pagi sampai la 4 ptg aku kat sana. Seronok. Anak2 pun tak meragam tp confirm masuk kete diorg bantai tido.

Ok layan gambar....

Friday, July 24, 2015

Progress amani lepas Play Terapi

Cerita raya nanti-nanti la ye. Kalau sempat ada lah dalam blog ni. Tapi aku nak kongsikan perubahan amani lepas masuk play terapi ni.

Kenapa aku masukkan amani play terapi ni?

Banyak sebab sebenarnya. Tapi antara salah satu sbb, ada lah sebab aku rasa amani level confident dia sangat sangat rendah. Dia ikut mak dia sebenarnya. Hahaha... bila tengok amani, dia mengikut perangai aku. Dia banyak menyendiri. Kalau ada kawan sebaya dia pun, dia usha dari jauh je. Nak dekat mmg jauh sekali. Than aku tak tahu apa dia rasa. Aku nak sangat tahu kalau dia takut dia cakap ibu amani takut sebab XXXXXXX... amani tak nak sbb XXXXXX

Aku nak dia cakap, express apa dia rasa. Tapi amani mulut dia asik cakap tak nak.

Tak nak sbb apa?

Takut....

Amani takut apa? Diam. Selalu conversation kami terbatas sampai kat situ. Aku tak tahu dia sering cakap takut. Takut sbb apa? Sampai aku sendiri buat conclusion tau, aku plak pikir macam-macam. Mak su dera dia ke? Nenek pukul dia ke? Atuk buli dia ke? Apa yang di takut sangat, Tapi bila aku dengan zamani kat rumah dia ok. Buli plak nenek dengan atuk. So tak mungkin la kan? Ke sbb dia ada conflik dengan emotional dia. As mak yang baru, and anak sulung, aku bukan seorg yang penyabar. Bila dia nangis untuk expresi diri dia, aku jadi cepat marah. Dan aku rasa itu satu sbb amani MUNGKIN tak nak cakap. Mak terlalu garang, Tak sabar. So untuk apa aku cakap apa aku rasa.

Amani is going to 4. Tapi tell you aku tetap dan sangat risau tentang perkembangan dia. So i decide nak masukkan dia ke play terapi. At first macam biasa, dia nangis takut kena tinggal. So ni dah minggu ke 3. She happy and rasanya looking forward nak pergi kelas terapi. And alhamdulillah, lepas 3 sesi terapi, aku nampak perubahan amani.

Kalau dulu dia tak berani berkawan, tapi sekarang dia berani berkawan. Now dia bole berkawan bertegur dengan budak seusia dia. Main-main, gelak-gelak.

Kalau dulu dia pasif, takut dan tak berani melawan or defence diri dia, sekarang dia dah bole melawan. Walaupun ati aku ada sikit kerisauan, yerla takut dia buli org plakkan? Tapi aku rasa oklah. Cume aku akan pantau. Macam dulu dia redha org main mainan dia. Tapi now mainan org pun dia nak main. Hahaha so aku akan cakap dengan dia. Dia kena minta dengan cara baik dengan orang. Walaupun dia sikit degil dan keras ati, tapi for startkan.

Nak susu, nak makan, dia akan tetiba nangis. Nangis nak apa pun tak tahu. So ko sebut satu-satu tuk dia. Masak la... kalau nangis kat dapur aku tunjuk nak susu? nak air? nak apa???? Mula la mak ko hijau! Now dia dah tahu minta.

'Ibu amani nak nashi dengan black kicap!' Ko mampu cakap gitu? Bila plak kicap ada warna puteh? Ho ho ho.

Amani mmg tak bole dengan strangers. Even cik gu play school dia pun mmg lambat dia nak rapat. Anak org lain bukan main nak duduk dan nak main dengan teacher Anne. Amani dah tahun ke dua, baru2 ni la baru nak warm up dengan cik gu. Husb teacher Anne lagi la. Dia tegur amani pun dah jerit macam kena lempang. Bikin malu mak la. Anak siapa ni???



Ni kat kelas GBOB... aku agak terkejut amani ok je bila teacher uncle pegang dia. Anak austik macam amani mmg susah la ko nak pegang dia. Meronta macam apa je. Dia hanya akan ok dengan org yang dia rasa selamat. Aku dengan abak dia boleh peluk sampai dia bosan. No problem. Dia mmg suke kena peluk dengan abak dia. Tapi tengok dia ok mcm ni, tak buat perangai dah cukup baik.



Dia dengar instruction dengan baik... ko tengok gambar kat atas ni dia over. Now kat GBOB she looking forward semua jenis activiti. Kalau tak, teacher baru cakap

 'Ok children next ACTIVITY'

Dia dah lentok nangis dah....

Tak nak takut takut. Hang takut apa ni??? Maka berepisod la mana mak stress nak dengar instruction teacher. Dah anak tak dengar mak takkan buat tak tahukan? Mana stress dia ganggu tumpuan pelajar lain. How la nak???

Sama macam mak lain, aku hanya nak amani belajar mendengar arahan. Tak susahkan org dengan perangai yang kurang menyenangkan org sekeliling.

Well aku sblm ada anak, aku cepat meluat tau perangai bebudak yang macam amani. Rasa macam nak sound, mak diorg ni tak tahu ke didik anak. Allahkan adil...

Tahu ke ko didik anak than??

Kalau kita biarkan dan mengharapkan mereka belajar, i dont know. Aku mungkin akan hilang amani. Apa yang amani alami bole menyebabkan kecacatan kekal... Ya Allah minta jauh sangat. Ye la kalau kita biarkan dia sendiri, tak tunjuk ajar dia, dia sampai bebila tak belajar. Cume skrg aku tak ada masa nak latih dia toilet training.... kerja! Nenek tak sihat plak. So insya Allah amani akan masuk sekolah. Dan kat sekolah tu di ajar. Terpaksa la. Want the best for anakkan?


Yang ni plakkan... baru la dia focus nak buat kerja. Kalau kalering ke apa. Dia buat sungguh2... kalau tak nak pakai apron hijau tu pun boleh bergaduh anak-beranak ko!

Sebab tu la, selalu la bersyukur kalau anak tu boleh buat itu dan ini. Org kata membesar ikut perkembangan umur. Amani ni badan dia besar sikit. Org ingat dia 6 or 7 tahun. Pakai pampers dan tak plancar sangat cakap. Cakap english mmg ko rasa dia dari sana... hahaha

Ayat baru nak beli barang... Cakap je la 'Can i buy/ can you buy'

Ayat budak2 zaman IT

"Ibu can u subscribe apple/chocolate for amani?' 

Banyak sangat masa terluang dengan gajet. Ayat pun dah macam robot sekali sekal dengar. 

As for ammar yusuf, erm... bukan nak bezakan anak. Setiap anak uniq dan dan sama walaupun kembar ada juga beza. Ammar cepat belajar dan cepat tangkap. Amani banyaknya ikut adik. Kalau berserak kan rumah, ko jerit la macam org gila suruh amani kemas. When she said NO jangan ko paksa dia. Dia bole melekatkan diri dia kat sofa atau mana-mana. 

Ammar plak lain. Bila ko suruh dia kemas, dan tunjuk satu cara je masukkan mainan dalam kotak dia akan ikut. Ammar lambat sikit nak merangkak. Even setahun pun umur dia, dia mengesot je. Sampaila teacher amani cakap buat wheelbarrow.... buat sekali je terus si ammar merangkak. Hahah lembab betul mak ammar ni, kalau aku buat awal2, lama dah dia merangkak.

This is latihan wheelbarrow

Aku buat kat ammar dua kali lepas tu dia dah bole merangkak. Cume kelakarnya lutut sakit. Hahah bila tak selelsa kembali mengensot. Uhuhuhu....

Aku takutla ammar kecik lagi. Otot tak kuat. Tapi bila teacher anne ajar, ammar terus laju je. Ini latihan yang amat baik tuk anak pegang barang tau. 

Now ammar belajar bukak baju dan seluar. Sangat comel bersungguh2 dia cube bukak baju dia. Kalau baju berbutang, juling2 mata nak focus bukak butang. Kalau baju sarung, pandai dia tarik tangan masu kedalam dan kuarkan baju dari kepala. Teruja sat. Dulu marah amani kalau dia bukak baju. Sampai sekarang anak dara aku kalau bukak baju, mandi ke apa, tunggu org bukak kan.

Skrg tengok org puji adik, dia pun struggle nak mencube. Mana leh org puji adik saya lebih2kan?

Tapi now apa jugak ammar buat we never said NO directly. Gune pendekatan sign language yang GBOB ajar... Amani kalau marah adik over sangat. 

'No ammar! X (cross jari telunjuk kat adik) mean NO!' 

Ammar memula langar je. NO ke Yes ke, kalau aku nak, nak la! Tapi bila lama. Dia tahu. Bila sign tu je dia pikir nak buat ke tak. Hahahah.... 

Letih but its fun. Being part of your children membesar. I always remind myself and Zamani. Amani is amani, ammar is ammar. So ada yang ke empat, semua ke tiga mereka adalah berbeza. We thankfull Allah sbb bagi anak seperti amani tuk kami belajar sama macammana nak didik dia. Money wise jangan cakap la, lebih berbaloi dengan apa yang amani tunjukkan sekarang. As for ammar we all bersyukur sbb dia involve indirectly when we train and learn how to guide amani. Dalam kandungankan? So bila ibu berpikir dan buat activiti dengan kakak, so secara tak langsung baby dalam kandungan akan belajar sama. So mmg betul la kalau org cakap pendidikan awal tu dr dalam rahim ibu. Ammar very adventures type. Mata dia sharp. Kalau dia merangkak kat dapur,ko panggil dia, dia patah balik. Hahahah buat muke bengang

'Asal panggil!' heheheh

Erm anak2... 

Oklah... sampai di sini dulu...

XoXo



Smile face on the 3rd class play therapy.... walaupun bila nampak auntie anne bukak pintu, dia sempat cakap

'amani takut la ibu'

Nebes agaknya!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, May 17, 2015

Gbob mother's day celebration

minggu ni mmg best! Teacher anne wat suprise tuk mummy2 kat gbob...

Siap dapat hadiah lagi tau, touching sangat. Tq teacher anne 😆

Ok walaupun sambutan hari ibu, mummy mummy kat gbob nak menyambut hari guru sebenarnya. Amani beli flower and hadiah sebagai tanda ingatan kat teacher anne yg banyak membantu amani menjadi anak yg beza sama seperti anak2 lain. Yer la aku kena ingat teacher anne akan jadi teacher pertama amani. Sama jugak dengan ammar insya Allah.

GBOB is the best la!

Happy mother's day and happy teacher day.

Amani cakap 'it teachers birthday'

Saturday, February 28, 2015

Sayangkan anak.... Kita taliban taliban kan....

Salam....

Aku rasa susah hati dengan behaviour amani. Since uols pun tahu she got issue on her behaviour. As mak dan aku rasa mak2 yang lain pun will try same thing. Belajar, bertanya, cari seberapa maklumat yang penting.

Amani's pead pernah cakap dengan aku bdk macam amani ni, ada cara tuk kita tegur cara dia. Perangai dia expecially kalau mengamuk pastinya tak ada org yang akan faham. Yes org akan tengok geram, akan terus berkata weols tak tahu or may be manja kan anak. Aku dalam dilema, sbb dia dah ada masalah takut bertambah masalah bila dia jadi pendendam. Sbb amani bukan seorg budak yg express her feeling like others kids. When she not happy the best terapi dia buat is crying... Crying yg annoying ok!and sometime dia cube mencederakan diri dia...

Zamani can stand a bit la... Amani hentak or banting diri dia, Zamani still can still ask her to do the same action again. Wow as mom aku tak bole. Sbb mungkin zamani tak rasa 'sakit' bersalin or mengandung.... Hihihi...

Ke aku yg ada behaviour issue?

Makin amani membesar makin risau... Baya dia dah lancar bercakap. Dia still masih lagi blm selancar budak seusia dia. Now we practic she need to speak! No more tunjuk2 tarik2 geleng2... Bole plak dia cakap. Tapi masalah aku sekarang adalah! Aku sorg je yg cube ubah amani.

Nenek and atuk of coz lepas tahu amani ada issue behaviour they become lagi kesiankan amani. So perisai amani atuk and nenek. When come to abak, apa dia nak dia dapat... Fine! may b zamani kena be flexy sikit sbb aku bit tegas dengan dia. Sbb nak marah pun zamani has his own reason walaupun aku tak setuju. Macam korg tahu gajet masalah amani, when amani dengan abak, she free to play gajet. Siap bole share gajet bapak dia kalau ipad tak ada bateri. Kalau shopping ke jalan2 ke zamani mesti bagi amani phone dia... Sampai berkecaila phone abak dia. Hahaha.

Bila aku tegur, adalah point yang betul. Where bila amani tak ada benda yang menganggu atau menarik perhatian dia, dia become tak menentu. Contoh dia tak leh duduk diam. Dalam kereta dia akan ke depan ke belakang! Kalau kat shopping, kita kena ikut kepala dia. Nak gi mana, ikut tak pa... Masalah dia berlari, terlompat2, nangis... Yang best dia bole baring kat tengah jalan. Hei amani umur 4 year this year tapi badan dia dah budak 7 tahun ok.... Berat 25 kg... Ko mampu nak angkat dia. Kalau ko dokong dia meronta. Try angkat kat budak 7 tahun tengok. Tak ko tumbang sama sekali.

Alasan ke ni? Aku sendiri tak mampu nak kawal dia. Than harap zamani dia pun tak larat so bg jugak....

So having group watsapp gbob! Wahhh gbob lagi naik ni.....

Luahan rasa kat pengasas gbob and teacher watie adalah seorg yg boleh berkongsi tips... Ramai cakap budak yg ada isu behaviour like amani terus ok di tangan teacher garang. Hahaha... Pernah kurung budak dlm bilik air... Ku wonder macammana peradaan mak budak tu. Tp! Kita kena cekal. The first day amani masuk gbob, teacher anne hanya bawak masuk bilik belakang dan suruh aku sorok. Amani tutup mata. Cheh budak tu panjang akal! Time tu aku rasa sedih. Tapi kena kuat sbb anak tu nak pertolongan. So since situ adalah cara2 tuk handle masalah si amani ni.

Kurung anak eh...

Erm better than rotan anakkan?

So semalam sedabut pk pasal anak... Ammar pun dah macam amani. Dia masih lagi meniarap. Nak menganjak tak nak. Duduk pun tumbang2... Stimulation tak ada. Paranoid mother ke? I guess no... Sama la nangis angkat dukung. Tanya nak apa tunjuk... So? Ko rasa? Dia akan jadi macam kakak dia? Of coz... Tunjuk ajar ku sifukan? Kakak nangis baru dia dapat barang, so? Semua dalam umah ni ada kuasa bole baca pikiran akukan? Semalam balik kerja amani tido. Main dengan ammar bila dia bangun, aku cakap ' hai kakak' penerimaan dia? Macam aku ni org asing yg tegur dia. Pujuk2 tak jalan. Gune kaedah pengiraan....

'Ibu kira sampai 10... U better stop.... Kalau tak????'

Ayat aku selalu terhenti di situ... Kalau tak apa? Aku sendiri tak leh nak decide. Wo amani dah immune kot... Out loud la tangisan dia. 20 minit kot!!!

' ibu cakap stop!' Time tu dah start tarik dia... Aku bole tengok dia takut sbb dia makin meronta. Macam aku cakap la meronta amani budak 7 tahun... Dah rasa macam gaduh dengan bapak dia ni. Hahah...perumpamaan kalau zamani tolak aku, sama kuat dengan amani tendang aku... Maka aku nak cakap aku wanita yang lemah. Haha tak ada tali pinggang hitam. Macam teacher anne buat, amani tutup mata dia... Tak nak tengok muke aku....

Tetiba terpandang bilik bawah tu.... Tempat terbaik nak sumbat dia.

' U stop or ibu kurung amani dalam bilik' mungkin dia tak faham bahasa melayukan. Hihihi....makin kuat. Nenek masuk campur. Suke tau general ni masuk campur. Keep cakap ' nanti dia muntah nanti dia muntah'

Dengar nenek cakap muntah, dia try nak muntah. Batuk kuat2. So???? Dia faham maknanyakan? Betul tak? Nenek dr jadi general jadi pengarah director plakkan?

That it! Makin banyak mak aku punya andaian, amani batuk , semput, muntah jap lagi atuk plak sambung, pengsan.... Taliban!!!! Allahuakbar! Berat ok anak aku. Ai dah la tak sihat semalam!!!

Masuk bilik, tutup lampu, tutup pintu.... Nak tengok apa jadi.

Crying... Yelling.... Of coz.... Air mata aku nak jatuh, macho mana leh. Nenek peluk ammar, ammar senyum pun idok. Rasa macam dia jadi cctv record. Tak kelip mata. I just wish zamani tak sampai umah, if not akak lari naik atas, sbb jap lagi akak plak kena kurung. But sta out la ppl. Aku cube betulkan kesilapan yang salah!

'Along dah la... Sabarlah... Bla bla bla....' Nenek jadi ustazah plak.... Nenek macam2 bole jadi ni...

Amani panggil nenek... Ibu dah lupus di ingatan dia....lagi nenek cairkan....

' i said stop amani.... Keep crying my pleasure, u stay inside bit longer...' Terus slow... Masih nagis....

' stop!'

' ibu......sorry...' Dengar dia ckp sorry.... Mau ko tak cair... Eh ni bilik magik ke aper.... Tesak2.... Bukak pintu, macam hindustan plak.... Dia baring takup muke, teresak, tp tangisan hilang.

Peluk dia dan let her cool... Macam menarikkan.... Maknanya teknik ni berjaya!

'Sorry ibu....' Mencebek... Hahah dia rasa sesuatu bila mengalah kot dengan mak dia.

'Ok ibu pun sorry... Tp kenapa nak nangis?why you not happy? Why cry? Amani nak apa? Kena cakap la.... Kalau nangis ibu tak faham and nak msuk bilik gelap baru nak tahu ke?'

Dengar Bilik gelap terus nangis.... Hahaha....

Susah la... Sbb aku kerja. Masa yg ada pun sehari dengan anak2 its about 4 hour. Paling lama. Sama ada anak2 tido lambat atau aku tido awal. Wakakak....so tuk amani 4 hours tu kan masa tuk aku dengar celoteh dia.... Sabtu and ahad masa dengan diaorg. Banyak sangat nak spend masa.

I only got 10 month to go..... Before dia masuk sekolah next year!

So ppl sayangkan anak taliban talibankan....

Parents kena jadi PAKAR PEKAK

Sekian bebelan saya..... Anak teruna dah senyum baru bangun tido....

Xoxo

Cida

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, February 12, 2015

Second year at Gbob

Alhamdulillah...

Amani dah tahun ke dua kat gbob. Kalau last year aim atau objective aku hantar dia kat gbob untuk ubah dia menjadi berdikari, ada keyakinan diri dan ajar dia bergaul so ada adik, dia pandai sayang adik dia. Sbb beza umur amani iman and  ammar yusuf hampir 3 tahun. So 3 tahun dah manja melampau tetiba dapat adik terkejut plakkan...

Last year she stop for 3 month sbb aku pantang. Perangai balik asal balik. Tapi cepat2 hantar gbob. Dan kali ni mmg nak ambik full time.

She love school kat situ. Dah start kenal kawan2. Hahah ambik masa setahun tuk tunjuk kawan2 bila teacher anne panggil nama di awal class.

Still need brush on speech dia. Now banyak cakap tp in english. Hahah bangga tu bangga la tp kadang2 aku rasa dia advance dr aku. Awalnya aku rasa dia ikut je apa dia belajar dr tv or cartoon tp bila dia tanya aku...

Who is she... who is he... pluss masih ingat lagi soalan aku kat dia.

'How many people sitting in this boat amani?'

Acik london betulkan ayat mak dia yg ringkas...

'How many are they?'

Ok fineeee... dia sound mak ngah dia bila adik che cha nak naik basikal dia. Time bdk tu nak main tang tu dia sibuk..semua marah amani, expecially me la kan... gedik ko! Sian che cha mok aku tu. Macam mak dia mengalah. Hahah... tetiba aku sedih tengok ecah. So amani kena la share. So aku cakap kat dia.

'Siapa cepat dia la main. Why must you push her?'

Muke bengang pandang mak ngah dia...

'She can wait' amboiiiii.... terus kayuh...

'You wait!' Buat pekak... adik dengan mak aku dah gelak...

So i think dia faham cume tah. Mak lang aku cakap we all semua time2 gini mmg tak faham and tak tahu cakap. Tapi elok je besar. Kata dia laaaa... tp apa pun kita mak nak terbaik tuk anak. To me gbob is the first step bg amani tuk masuk sekolah esok. Ramai mummy2 gbob cakap benda yg sama. Diorg tak risau sbb anak2 dah pandai pegang pensel. Dah pandai dengar arahan kat sekolah bila masuk tadika. Hope amani pun sama.

Sememangnya aku takkan bosan cakap pasal gbob... sbb macam aku cakap beratus2 kali im thankfull sbb mulakan langkah dengan this early education. So kalau ko ada anak, tp anak ko tak perlukan kelas kelas leceh ni terpulang. Maaf kalau statement ni kasar. Tp ikut lakan, ko tak perlu kuar kata2 buat ati akak terluka nanah. Bila nampak amani ok ,siap cakap aku underestimate amani hantar gi sekolah bila blm tiba masanya. Yg korg nampak if after dia masuk sekolah. Sblm ni? Korg pun meluat agaknya. Hahah kepet je dengan boiperen dia tu.

So 2016 amani akan ku hantar taska... and 2016 ammar its ur turn on gbob. Hahah now level 2 kat puchong plak. Jauh sangat drngan nak bawak 2 org. Shah alam ada tapi clash dengan time amani kat klang plak. Sbb i still need to know cara handle ammar sbb amani aku masukkan time she two year plus. So bawah one year masih tak tahu lagi. Sian anak bujang ai. Pelan2 la yer. I do anything for my kids... kerja macam nak gila pun tuk siapa? Yer tak?

So itu sahaja...

Thursday, October 30, 2014

Autism is not disease


Autism is not disease

Not

Not

Menyedapkan hati sendiri. Sbb all day berperang dengan diri sendiri. My previous entry about autism, aku cume suspect sbb amani iman menunjukkan dia MACAM ada autism. Jauh di sudut hati harap2 itu hanya la perasaan aku sendiri. Than aku mula baca all about autism. Skrg ko upload status kat FB je ramai yang tolong. So ko tak yah pening2 and just pick advice yang membantu. Pasal i totally zero pasal benda ni.

Mana nak mula. Macammana. Bagaimana. Semua bermain kat pikiran ni. So ppl pls dont walk away from me yah. Nasihat2 anda sangat saya hargai.

So i start join Autism group. Itu langkah pertama yang aku buat. And to tell you bila masuk group tu, perasaan bercampur baur. Sbb i still can bersyukur, ada yang teruk dr Amani Iman. I  keep compare my doter still can do this can do that. Tapi aku tak bole diamkan diri sbb tanda2 amani pun bukan sesuatu yang normal. So KONONnya aku sedang menyiapkan diri tuk sebarang kemungkinan. If she autism aku kena ada back up plan untuk dia. If tak ada pun tak pa, anggap sebagai salah satu pengetahuan yang perlu ada bagi pemahaman diri sendiri. Sbb kalau korang nak tahu, kalau umur dia 3 tahun senang sikit kita nak detect. Kalau 2 tahun ni masih samar2 lagi dan susah nak bagitahu. Org kata prepare for the worstkan.......

So malam kelmarin Amani Iman nangis tak henti. Nangis yang jenis meraung2. Bila tanya dia nangis je. Dia bole sebut 'sakit' tapi kali ni dia nangis, tak tunjuk jugak apa yang buat dia nangis.  Selalu dia sedar dari tido, takat merengek je. Lepas tepuk, tido balik. Ni sampai tendang2 tak pasai kena dengan abak dia.

Pukul 4 pagi pun sama. Aku dah jadi zomba. Dia nangis macam tu ko ingat Ammar tido mati? Budak tu ko bernafas kuat sikit pun dia terjaga. Dengar kakak nangis kena marah plak dengan ibu and abak, dia pun pasang telinga je.

I tot its end there......

But nenek call cakap nangis tak henti sampai sesak nafas. Tanya pun tak jawab apa. So balik rumah bawak dia pergi Pead yang selalu kita pergi.

We talking about doktor yang Amani selalu pergi. Tak ada doktor lain selain doktor tu. Dia punya takut menjerit2. Sampai doktor tu kalau nampak aku yang masuk. Dia dah senyum and dah tunjuk tangan kat amani

'Ok doktor tak buat apa2 kat you... jangan takut'

Dia punya nangis, ko nak cakap pun tak bole! Doktor check napas dia pun dok 'sakit ibu...sakit'

Aku cakap aku tak tahu apa masalah dia, sbb dia nangis terlalu kuat and she not even tell us what happend. Doktor cakap salur napas dia kecik so mungkin dia tak selesa sbb dia aktiv tapi stemena dia tak cukup. Tu yang buat dia tangis. Sebak dengar. Malam tu aku laki bini siap marah and pukul dia sbb nangis tanpa sebab. Siap nak suruh dia tido bilik air la apa. Dia tetap gak nangis kuat2. Aku plak letak minyak kat perut. Bodo ubi! Letak kat dada mungkin dia dah tido. Tapi no sign batuk or selsema yang aku bole detect dia tak leh nak bernapas!

Terus aku bagitahu pasal amani.

'Is she autism doctor?' Tanpa berpikir panjang......... jawapan doktor yes!

Ko rasa apa ko nak buat lepas tahu benda tu. Well walaupun aku rasa aku dah ready for that tapi impak dia lain bila kau tau masalah anak kau. Punya kau kaji, belajar, tanya org pasal autism bila get to know, ur mind terus.....

Autism??? Macam word baru dalam kepala. Terus minta surat rujukan. Walaupun muke tenang tapi hati macam apa je.

Surat rujukan ke HUKM


Its not a disease. Pujuk ati. Tapi ibu mana yang tak rasa sedih. Sedangkan anak ko demam ko boleh risau tak tido malam. Its not end of the world pun. Tapi aku kesian kalau tingkah laku amani kekal sampai dia dewasa. And autism yang serius bole dpt keistimewaan OKU.

Aku mula pk macammana nak elakkan dia dari terus tersasar jauh. Kena banyak latihan/perhatian aku kena bagi kat amani. Takkan nak biarkan dia bercakap sendiri sedangkan kita tahu dia ada kelemahan. Macammana dia sekolah esok? Macammana pergaulan dia? Macammana kalau org buli dia? Macammana org dera fizikal dia?

Boleh ke dia melawan? Boleh ke dia luahkan? Boleh ke dia mengadu? Boleh ke dia bagitahu aku?

All this question keep bermain di fikiran. Dan meleleh air mata. Kesiannya anak ibu. I wish i can help you. Wish to help??

I still can help her. Masih bole. Cume segalanya perlu bermula dengan rancangan yang teliti. Sbb autism kau kena banyakkan latihan fizikal dan banyak terapi. So apa pun ko kena cari jalan supaya semua dapat membantu Amani Iman.

Terapi

Kelas GBOB in my mind right now!

Sblm nak dignos si Amani Iman autism, aku ada buat appointment on speech terapi sbb aku ingat dia lambat je cakap. Nampaknya nasib menyebelahi aku sbb tempat yang aku nak pergi ni tuk terapi anak2 autism jugak. Pengasasnya juga join group Autism ni. So mungkin boleh teruskan kalau aktiviti ni membantu. Aku tanya jugak time buat temujanji tu, adakah anak di beri latihan one to one atau group. Rupanya one to one. Ko rasa amani nak ke? Tentu je tak nak. Tapi Alhamdulilla mmg diorg cakap kalau tak dpt hanya penjaga akan masuk dlm. Lega dengar. Aku tak sanggup nak dengar amani iman menjerit nangis semua.

Than lepas je upload gambar surat tu, berderet sedara dan kawan2 tanya pasal ni. Aduh maaf yer. Saya tengah tak tenang. Tak bole nak pikir. Semua nasihat saya terima cume nak bagi ruang. Bila aku cakap minda tak selari dengan hati ni aku banyak pikir. Macam mana nak buat. Hati tak habis tertanya ok ke ok ke?

Ada jugak tetiba risau tentang anak diorg pulak. Katanya ada gak simtom2 ni. Kalau rasa perkembangan anak tu pelik jangan la lambat dapatkan pertolongan. Itu je aku cakap. Aku bersyukur sbb masuk play group amani banyak sangat membantu. Sangat sangat sangat... nak kena beli kalung bunga tuk pengasas GBOB dan tearcher Anne. Diorg bukan tolong anak aje tapi tolong aku sama, buka mata aku macammana nak berinteraksi dengan anak. Apa yang patut kita buat. Show them apa yang diorg perlu buat dr arahkan mereka buat dan belajar.

Let them learn, aku dulu pegang sangat la benda tu. Tapi sebenarnya show them how! Mmg diorg guide habis2. Aku rasa yuran RM 200 sebulan, untuk satu hari yang mengambil masa sejam suku or setengah sangat berbaloi dengan apa yang aku dapat. Walaupun its not 100 percent berjaya cara didikan aku, tapi Alhamdulillah at least aku tahu nak guide amani iman. Mmg syukur yang tak terhingga dan tak terkata. So parents something. And ini yang aku bole share here.


Tak semua tanda tu ada menunjukkan anak autism. Diorg kena di sahkan oleh pakar. Sbb tu bawak ke pead dan dapatkan pengesahan. Dah dapat slowly diorg akan tunjukkan atau rujuk kita pada siapa yang kita perlukan. Kalau mampu gi la swata, kalau tak mampu kerajaan pun ada cume kena beratur. Sbb hal2 macam ni sangat sangat kurang kat negara kita. Sbb org Malaysia sorry to said, tak ambik berat sangat tentang anak2 ni. Kalau mat salleh cepat je dinosis. Sbb tu la sekarang macam2 Autism la, ADHA la, hyper la... Nak atau tak je sekarang ni. Kita anggap dan rasa anak kita bole belajar sendiri. Aku tak cakap org, itu yang jadi pada aku.

Tapi autism ni diorg sebenarnya ada keistimewaan yang tersendiri. Iaitu kekurangan mereka ada keistimewaan yang org lain tak ada. Kita, parents kena pantau and make this as special gift. Allah memilih aku dan zamani untuk tolong Amani Iman. Dan Allah juga menguji aku untuk terus kuat untuk anak2. Aku ni kalau tak ada benda2 macam ni mmg tak ada nak ambik tahu or bukak mata. Paranoid aku ni juga penyebab amani jadi tak berdikari. Tak percayakan pada keupayaan anak, tak percaya pada ketahanan anak dan tak percaya pada kemampuan anak. Bayangkan umur amani 2 tahun lebih baru la nak latih dia pegang cawan dan makanan. Sbb sebelum ni takut jatuh, tumpah, umah berserak. 

Anyway.... video ni tuk korang nilai, hihihih.... faham tak apa dia nanyi? Kat Gbob ada pasang lagu Itsy Bitsy Spider terus je si amani minta. Minta aku nanyi plak... mak tahu Version melayu yang separuh jalan. Tak ada la plak tahu lagu ni...Tak sepopular twinkle twinkle.Sekali dengar macam itchy itchy spider. Sampai sudah aku ingat Itchy kau tahu! Google and get the lyric. Nanyi dah hafal dulu! maknya pun. Pastu baru boleh ajar. Sampai terbelit2 lidah nak bagi amani iman dengar perkataan yang aku sebut. Ternganga -nganga mulut aku nak menyanyi. Tapi korang tengok, korang faham tak dia nanyi?

Water spout..........
Dried Up.....
Washed......

Itsy-Bitsy Spider


The itsy-bitsy spider
Climbed up the water spout
Down came the rain
And washed the spider out
Out came the sun
And dried up all the rain
And the itsy-bitsy spider
Climbed up the spout again





ok... next plan aku bawak amani ke Greatlife tuk terapi. Pasal ke HUKM will find out soon.

XOXO

Thanks for reading!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, October 16, 2014

Hope for the best

Salam


Kalau Amani Iman tahu apa yang aku buat sekarang, aku rasa dia tentu kecewa dengan aku. Aku tak percaya pada kebolehan anak sendiri. Padahal aku la org yang paling rapat dengan dia. How can i underestimate her, kan?

Terima kasih sbb banyak feedback from friend and family. Bersyukur sbb aku di kurniakan org perihatin di sekeliling aku. Ekceli this isu agak sensitip. Dan tak banyak ia melukakan hati aku sebenarnya. When ppl said eh anak kau tak normal, apa ko rasa? Mesti kau juga macam aku akan cakap, eh kau siapa nak komen anak aku tak normal??? Betul tak?

Aku terima dengan terbuka.

Yes cara terbaik ialah buat pemeriksaan supaya aku sendiri puas hati. Makin aku mendalami 'autism' aku semakin cemas. But aku rasa cukup untuk tahu apa itu 'Autism' and start to move forward untuk mengatasi masalah-masalah ni.

I really hope amani ada masalah on speech sahaja. And not Autism.

And i got drastic respond jugak... adeh jangan la buat mak cik nebes. Ekcelikan i dont know apa yang Zamani rasa, but he always tenang je. He always told me yang percayakan kebolehan anak. Sama jugak aku hantar dia ke GBOB dulu. Malam tak bole tido. Tapi dia yakin dengan Amani Iman. And look amani sekarang. She love to go GBOB. Dia dah bole main mainan dan masalah plak bila keluar je nak mainan. Nak sangat anak ko jadi macam kanak2 lainkan!!!! Rasakan kau!!!

Bila aku duduk berbual dengan teacher amani lepas kelas dia, ekceli nak bayar school fees, bukan aku je, mak2 kat GBOB mengajukan soalan pada teacher Anne dan secara tak langsung aku pun dengar la apa yang patutkan. Tak tahu macammana bole tercelah isu Autism ni. Hati tiba2 je resah.

And aku tak selesa nak kongsi secara terus. Sukekan post and letak kat blog tengok respond org, kot2 amani ni normal.

Tah2 aku yang autism... hihihi... bab pergaulan, aku or zamani mana ramah sangat?!!! we all memilih kawan. So mungkin ke amani macam tu??? Aku prefer to have close friend sorg dua. Lebih2 ni semak otak. Zamani lagi la! kalau kat opis takat opis la. Apa jemputan ke apa pun pikir banyak kali. Kalau aku cakap tak nak pergi dia relex je, tak rasa bersalah ke apa. Kawan2 dia tuuuuuu 3 org tu. Kembar siam dia.

Ana Nur'Azizi
Ana Nur'Afifi
Ana Norzawawi

Ana NoorIzati dia tak pernah pun ajak gi minum kedai mamak. kih kih kih... (cume buat lawak)

So Zamani is Autism toooo???

So ada kemungkinan sbb tu amani become bersendiri? Yes dulu we tot like that. Now Ammar ada, dia boleh harap jugak tengok2 kan adik.

Ok! korang mesti cakap aku ni poyo... entry first bukan main cari persamaan. Beb, kalau anak korang? aku rasa korang jugak akan cume menafikan.



Selalunya bila hati tak tenang mengenai kesihatan dan perkembangan anak, i will prefer to my couzen. Doktor biasa dan bukan pakar kanak2. May be advice sblm aku melakukan tindakkan. And as doktor walaupun ko tak pakar tapi sekurangnya kau tahu la tengokkan. Bila dia jawab macam ni aku rasa sangat2 lega. Not to say 100% la.

Ok enuff la apa yang aku nak cerita. Tapi aku nak sangat tahu cerita Fynn Jamal. Semua cakap rujuk cerita dia. And ada komen cakap kita ada sekolah Autism? Ok tak la tahap tukan. Teacher Amani pun cakap most of the activity lebih kurang macam kat kelas jugak.

Now aku nak try bawak amani pergi jumpa pead. Erm may be pantai Klang. At least la kan tuk tahu perkembangan dia macammana. If normal akak bole focus on speech terapi dia sahaja,

Tapi kalau ada... may be bole tanya doktor untuk refer ke mana2. Hosp Gov pun aku tak kisah sbb aku tak rasa amani begitu teruk. Oh yang tak tahu! Aku pun baru dapat tahu...

Mr Bean is Autism. Watak. Bukan pelakon tu. So yang masih tak tahu apa2 gambaran, aku rasa ko sebut Mr bean semua org tak nak anak jadi macam tu. So bila dia happy dia tak tahu nak buat apakan... terkepak2 tangan tu. Itu la amani iman buat. Risau tak? Kecik2 we tot ia cute. Tapi dah besar ni nampak pelik.

Bila dapat tahu tu je aku akan cube alihkan perhatian dia. Mesti aku sebut Mr bean semua akan cakap 'oooooooooooooooo'

Kan! but i think ada bahagian autism which im not sure.




If  Pead kata dia ok. Than aku rasa aku perlu cari tempat tuk speech terapi. Buat masa ni aku latih amani tengok kartun. Kat gbob ada cd GOGO the Adventure. Simple english tau. Amani suke ulang cakap, so bagi dia tengok benda2 macam tu. At first aku rasa dia follow je lama2 aku rasa dia faham.




Mcm mana mak dia duduk tengok cerita melayu, macam tu la dia tengok GoGo ni.

Erm. Aku lega bila menulis. Mata mengantuk...

Auto publish entry... selamat malam semua.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us









CidaZam bercerita lagi

Friday, August 22, 2014

Riang Ria Raya @ GBOB

Salam....

Lama betul tak update blog... ke laut la nampaknya. Ni pun update 'assistant' tak bertauliah kat sebelah...

Saje nak kongsikan cerita ni dalam belog... walaupun amani hanya playschool tapi aku tetap banga. Bila org tanya apa plan on sunday, dengan bangganya aku cakap

'Amani sekolah' hahah

Sekolah apa yang bukak hari ahad? heheh janji namanya sekolah... sekolah main-main.... tapi memang Amanimn suke bebenor. Oh cerita pasal sekolah ni, aku rasa ramai yang berminat. Ramai jugak yang banyak tanya dengan aku sekolah ni macammana... its not nursery. Harap guru beso #gbob  bukak la nursery.... akak confirm hanto anak kat situ.... uhuhu... tapi biasa akak faham, yuran agak mahal... secara jujurnya kalau tanya psal yuran amani iman, mmg akak tak mampu... tapi pikirkan perubahan anak tu, berhabis pun tak pa. Amani pun seem enjoy each every class... RM 50 setiap kelas. Bukan sehari tapi satu setengah jam.

Ok i tak promote.... hahah... nak cerita last week teacher anne hantar watsapps...bagi tahu minggu tu special sikit. Buat potluck and tema kelas minggu tu 'Riang Ria Raya'

Student/anak2 kena pakai baju raya... termasuk mak pak sekali.... wah itu best...

We all siap ada group whatsapp  mummy2 kat GBOB.... tp sayangnya tak kenal nama masing2.. yang aku kenal nama anak2... hihihi....


Mmg syok ada group... semua mak macam tak tahu nak bawak apa...buat potluck je punkan? macam anak nak kawin. Kih kih kih. Aku bawak makan yang tak ada kena mengena dengan raya... Nugget dan drumet... ko mampu??? hahah.... mommies2 bg aku yang senang... baru lepas pantang katanya... uhuhu....

Tapi alasan Mummy Amani biasalah, kita kena ingatkan tekak anak2 di Gbob... uhuhu...


Anak aku si Amani Iman jadi kak nam sikit. Baju ala2 saloma gitu... kerja bapak dia. Bershopping raya dengan anak dara during mak dia tengah berpantang. Bole tahan jugak pilihan dady Amani....

Tema kitaorg org tahun ni warna purple.

Gigih nak beraya walaupun dlam pantangkan... lepas2 pantang bergaya sakan ko!

Masuk2 kelas, teruja dengan set yang di buat. Mmg amani pun jakun... ahaha... mana dia pernah tengok ketupat.  Dia minat buluh lemang... siap buat imiginasi teropong...

Ko ado?

Yang pakai tudung Qaseh, Arissah, Haziq... dan anak aku kenalkan???





Amani pelik sbb tak pakai baju uniform... aku pun plik sbb parents pun pakai baju kurung. Termasuk adik2 yang meneman pun paka baju raya... grannnnn gitu you....

I malas nak ambik gambo... ambik video... lagu wajib good morning semua yang pakai baju kurung bersungguh la menari... saksikan!








Semangat anak2 menari walaupun berbaju kurung dan erbaju melayu... segak2 bebudak ni... opcos mak pak segam malu2 nak menari... hahah


Sesi salam waktu lagu good morning... amani suke salam salam... hahah sejak dari tu, asal salam org cakap selamat hari raya ok!


Amani bersalaman dengan Iqmal... Mikail tak dapat datang. Kalau tak sure lagi best sbb budak tu  'BFF' Amani iman....budak tu cukup tak boleh dengar amani iman menjerit2... hahah. Agaknya sepanjang minggu dok tunggu kelas, tahu2 suara Amani terover dr suara teacher Anne...

Aktiviti pun berlainan sikit... banyak suprise dan daya tahan mental dan fizikal. Amani that week sangat hyper... ponat mak encik kejar tau... game 'tanya ibu' (suke suki aku bagi nama) paling la fail... teacher panggil anak2 ni tuk dpatkan barang dr mummy masing2... so anak2 akan bagi tahuibu apa yang teacher nak, ibu kena la bagi... aku tanya amani, apa teacher minta??

'Tak ada apa-apa' Dengan muke tak bersalah... pastu lompat macam katak.... cis ko!pinjam anak org... dengar anak2 lain minta jam la, lipstik la, coin la... aku cai, harapkan amani? dia dengan dunia dia... tapi tak la frust, sbb end of game she won!!!

Cari botol susu.... hahah anak org lain tak minum pakai botol susu... amani je minum... harus la bagi dia suruh bagi teacher. Tapi guess what?? dia minum susu depan teacher! hahah tak senonoh kau nak!


Musical chair pun jahanam!!! Hahah amani tak nak main... penatlah mak dia tolak kasi duduk.... dia bangun nak lari je kerjanya... adoiii bukan boleh kurus je... kaki mak ko pun cepat tercabut kang! Cabaran plak pakai jubah/bau kurung mak2 ni... kalau seluar gua pakai kaki cop kusi tuk anak...  **gelak syaitonnnn**

Since ibu amani menyertai kelas, banyak gambar tak ada... abang zamani yang selalu jadi camera man sejak ada ammar dia males... camera phone dia penuh gambar ammar sepanjang kelas... ala tak rock la daddy amani and ammar ni!

Lepas kelas tak makan. Kaau makan nak sesi gambar susah. Conduct kelas je dah separuh nyawa... so ambik gambar antara teacher and student. Tell you bukan aku je... mak pak lain pun payah nak suruh anak duduk. Amani boleh stay 2 min je, lepas tu bontot dia panas, nak bangun, nak lari, nak lompat, nak main.


Budak sebelah teacher anne tu, Iqmal... tangan dia letak situ tak gerak... hahah sangat macho la awak Iqmal!


Anak2 yang banyak ragamnya... adoi la... trjerit2 mak bapak nak anak bergambar... yang cat walk depan tak bersalah pun ada... 

hihihi.... 

Lepas sesi bergambar, sesi bagi duit raya plak... syok... budak bertama beratur anak aku... **dasar mak mata duitan**


Dalam otak amani tu ada je la... mata dia menilau ada je dia nak main... itu la anak Zamani... hahaha....

Lepas dapat duit raya, pnyampaian hadiah plak... Amani dapatlah hadiah tuk game yang 'tanya ibu' tu.... hasil minum pakai botol susu... dapatlah hadiah.... yang best tengah bangga tetiba teacher panggil nama amani iman sekali lagi untuk 'si cilik raya'

Baju kak nam tujuh ni menang????



Harus la menang...labuci sana sini tu.... hahah reben beso belakang baju pun tak menahan... wahhh bangga bapak amani...

Diakan yang cari dan pilihkan baju.... amani ambik hadiah blur2...

dengan ibu dan abak blur.... hahahah..... sayang sekali tak dapat nak ambik gambo anak naik atas pentas... **veranggan**

Ok gambar ibu bapa dan anak2 menutup blog ringkas... banyak gambar tapi payahaku nak update si amani 80 kali minta main video yang aku nak upload ni...

SETERESSS gue....



Weeeeeeee.....

Mana Ammar Yusuf??? Hahah ku bedung kasi baring kat sofa... kijam mak pak tinggalkan anak sebegitu rupa yer???





Musical chair.... amani terkeluar awal....





Ini la budak... jenuh mak pak panggil nama suruh duduk... teacher Anne pun pening... kih kih kih... panggil yang ini, yang tu wat perangai... panggil yg ni, itu plak buat perangai... ambik video lagi best! sendiri saksikan sore2 mak pak..... heheh

Ok! itu sahaja report ringkas....

Gambar makanan semua tak ambik...erm...kalut punya hal...


Sori kalau spell banyak salah... adohhh wa update belog anak wa kat kaki... agrhhhhh


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails