Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Saturday, July 23, 2016

My little helper

Tahun ni amani 5 tahun.....

Minggu depan sambut birthday ammar yg ke 2. Ari tu besday jatuh bulan pose. So aku biasalah. Bab anak2 ni aku terlebih excited.

Bila anak2 dah besar diorg sendiri happy. Lalu kedai kek pun dah happy. Amani makin banyak perubahan. Dulu dia takut tak suke nak tiup lilin. Nyalakan lilin je dah nangis. Kalau aku bz buat goodies pun dia buat tak reti je.

Now dia dah bijak. Agaknya kat sekolah ramai kawan2 kot sambut besday.

Since im so damn bz. Hari2 ok! Aku tak tahu sabtu depan macammana. Adoi la... dulu gigih buat. Ni yg mampu buat. Yg lebih happy bila amani bantu sama. Bukan main menyusun bagai.



Besday dia agaknya lagi la kot yer? Tp ibu niat sambut kat sekolah je la nak. Ibu macam nak pencen plak. Hahaha cepatnya ibu nak pencen yer. Aiman pun kena sambut...

posted from Bloggeroid

Sunday, July 10, 2016

Selamat hari raya



Baru ada kesempatan tuk bloging. Selamat hari raya uols.

Tak sempat nak sediakan entry. Aiman so attached ler dengan aku. Sampai nak buat apa2 pun susah. By the time dia tido aku pun berlayar sama.

Apa pun selamat hari raya pada anda semua. Tahun ni aku raya di singapore. Setelah 4 tahun menyepikan diri hahaha. Walaupun ptptn mengblack list aku dr ke luar negeri. Akak tetap fight nak pergi jugak.

Cabaran plak aircond rosak...

Roadtax and insurance mati...

Cermin retak!



Nampak? Org kata bahaya drive. Well one year plus dah retakkan tu. Since nak jalan jauh tukar. RM 480 melayang layang. Dah betulkan, tetiba cina yg betul cermin nasihatkan kami tuk ketuk bonet depan yg tak leh nak tutup rapat gara2 kena langar dengan org time parking. Siau... nasib baik murah. Jiran ai betulkan kete. Ketuk cat semua. So anggaran tak lebih RM 200 katanya.

Siap2 semua RM 160

Tingkap bahagian driver pun rosak. Esh macam2. Mmg rezeki nak jumpa atuk and nenek.

Pertama kali bawak anak2 jalan jauh. Perjalanan hampir 8 jam. Sian bebudak. Bangun tido. Sampai singapore aiman all out nangis terus. Penat agaknya. Buat apa pun tak jalan. Letak eo lavender terus tido. Hahah...

Anak2 macam2 perangai. Letih tak perlu cakap but gembira dpt jalan anak beranak



Our second raya kat rumah my uncle. Anak2 biasa tak leh dok diam walaupun seminit.



Raya ke tiga balik Malaysia. Singgah rumah my uncle kat JB.

Than ke Melaka. Raya sana than semalam balik klang. Isnin kerja.

Tak dpt aku nak bayangkan kerja yg bertimbun tu.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin buat semua.

posted from Bloggeroid

Monday, August 3, 2015

Ammar 1st Birthday Party and Open House For Aidilfitri 2015


Salam....

Kisah birthday party ammar dan open house raya tahun ni. Tema ialah Spiderman. Kalau bab tema birthday anak ni, bukan la idea aku. Mostly abak yang pilih. Percaya tak? Nampak aku yang overkan? Aku over buat je. Org bagi idea kalau aku rasa senang nak buat maka buat la. Bukan payah pun kan? Sekarang google je. Pakai PC copy paste. Kalau nak upah org makan RM 300 to RM 400 tau. Sayang duitkan. Yang ni ambik masa ko je la. Rajin tak rajin. And anak-anak pulak macam-macam perangai. Diorg pun suke. Suke kacau. Since amani dia dah terdedah dengan kelas art GBOB so bab gam gam ni bagi kat dia. So its become aktiviti anak beranak.

Tapi dia gam satu je lebihnya banyak nak jahanamkan. Hihihi

Aku rasa puas hati dapat buat besday anak-anak walaupun diorg ni bukan tahu sangat. Manjakan sangatkan sok asik minta je. Dulu aku kecik-kecik i always dream to have birthday party. Tapi sbb ibu tak kerja ayah je mencari malas la. So bila ada anak, seronok meraikan dengan budak2 sebaya diorg. Walaupun diorg tak ada kawan lagi. Anak2 kawan mak pun jadi la!



Ni spiderman garang... gigih la kitaorg edit gambar. Just for fun. Ammar pun pandai bila tunjuk gambar ni dia tersenyum senyum dan cakap 'Mar mar' (Dia panggil diri dia mar mar...)

Asalnya mmg malas nak buat... cukup la potong kek. Tapi tah la aku tak boleh. Time amani bersungguh2 buatkan? 3 tahun macam2 kitaorg buat. Takkan ammar tak buat. Mula la rasa berat sebelah. Anak dua tiga kerat je. Kuar dari perut/rahim yang sama. Kalau tak pernah buat tuk kakak tak pa la. Nampak sok gambar, dia tanya kita kenapa? Nak jawab apa kan? Nak ulang masa dah tentu tak boleh. So buat je la. Selagi tak membazir. Asal buat besday si amani pun sbb all this year sejak adanya Rayyan, aku dah buat tuk dia. Tolong Fidah. So anak sendiri tak bole buat? Anak org bersungguh-sungguh buat kan....




Back drop yang abang zamani buat. Last minit. Bini dia nak perfect! Hahah perfect ke? Bukan la. Dinding tu kosong sangat. Macam tak best. Sajer je goggle pic dan minta dia buat. Sbb Zamani ni creative gak. Cume bakat terpendam. Macam aku, aku tak creative. Tapi suke benda-benda macam ni. Nak suruh deko pakai lukisan ke apa mmg tak. Takat potong-potong gambar lekat tu bole la.


Ruangan kek


Bahagian Snak/ makanan ringan tuk bebudak. Tak seberapa tapi oklahkan?


Ruangan potong kek


Kek besday... ok tu gambar ammar. Bukan gambar anak mat salleh tapi anak Mat Zamani. Hahaha... Bole plak ada org tanya ini gambar ammar ke? 


Ini bahagian goodies bebudak. Self service. Sbb tak ada org yang nak bagi bagi satu-satu. Tapi telah di sabotaj anak sendiri dan cozen2. Bukak semata nak coklat. Acamak! Kakak Amani ni.

Kali ni decide buat macam ni. Senang. Leceh dlm plastik. Bekas mak pak leh gune. Letak syiling. Letak Brooch semuakan? Pandai tak kak ton?



Ni plak party accessory... pun letak je. Siapa nak ambik main, silakan tuk ambil sendiri :)


Menu hari tu, nasi ayam, mee/bihun/kuahteaw sup... nasi impit, rendang, kuah kacang, roti jala, roti puding dan pulut kuning

Aku masak rendang, mee sup, pulut kuning dan nasi impit. Nasi ayam aku tempah kat org sbb tak pandai nak buget nasi. Kang org makan bubur tak pun beras. Hahaha.

Aku minat plak. Alhamdulilla dapat la jamu 50 - 60 orangkan. Terima kasih pada MIL. Dia banyak bagi tunjuk ajar. Segan la kawan masak bukan la pro. Tp rasa buat sendiri lagi puas ati dari upah org. Cume penat la. Tapi tak pa akan cube sampai berjaya. Aku bercita-cita bila anak tu minta, mak boleh sediakan walaupun dengan pejam mata je. Hahaha. Tapi slow slow la kan?

Tengok bebudak bertambah-tambah mee sup tu, bangga. Hahahah Risau je tak lakukan.



 Dengan bakal menantu. aHahahaha... Anak BBF ai ni baya amani. Segan kalau nampak amani. Suke sangat dengan pulut kuning aku buat. Bangga la. Aku tanya sedap ke adam, dia cakap Sedap sangat!!!

Sedap sangat! Hahaha....

Budak tak tipu nakkkkk!



Yang ni org kuat jugak. terima kasih anak buah sayang kerana banyak membantu...

Yang lain mak dia yang over bergambar dengan kawan2 mak dia. Tah besday anak ke mak ni? Hahaha.... Terima kasih yang sudi datang. Walaupun hujan lebat dan org cakap nak masuk bandar kelang jam sangat. Semua org buat open house rasanya... Apa pun terima kasih



Bersama kawan opis lama






From us
 Thank you yang sudi hadir....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, July 31, 2015

Mý raya

Salam...

Raya this time agak hambar. Kita tak g mana2. Petang raya org bertungkus lumus di dapur aku baring2 dengan anak2.

Zamani last minit cari baju nak matching dengan kami. Sampai sudah tak jumpa. Hati sejuk dia bawak balik baju melayu jenama aaron aziz. Hahaha. Tahun depan kena tempah awal2. Kalau tak kalut macam ni.

Tetiba tak leh jadi. Aku nak makan rendang ayam and nasi impit. So pergi lari ke tesco beli barang. Bole la. Walaupun mak ayah balik raya still aku tak la terasa. Buat la rendang dan nasi impit.
Raya kami beraya dengan family in law. Tak ada la sedara mara yg dtg cume adik ipo bawak calon kenal2. Hahaha.

Raya ke dua abang zamani ajak balik melaka. Tahun ni pertama kali raya tanpa nenek. Mmg rindu. Time arwah ada tak plak kita hargai saat tu. Tp seminggu nak raya aku asik teringatkan arwah nenek. Rindu ketupat rendang dia. Walaupun dia dah lama sakit tp aku masih rasa dan rindu airtangan dia masak rendang kuah kacang dan sambal udang.

Nenek tak ada menunpang rasa dan kasih rumah mak ngah. Mk ngah dan family masih lagi buat ketupat dan rendang. Mmg dapat bayangkan petang raya tu dia sibuk merebus ketupat dan masak rendang.

Terlepas jugak la rindu dengan sepupu2 yg rapat. Yabg membesar sama. Kali ni lain bila masing2 ada isteri. Well semua lelaki sepupu aku. Sepupu perempuan jauh bebenor jarak umur so tak berapa rapat.

Macam lupa laki dan anak. Hahaha duduk sembang macam kedai kopi. Nasib baik zamani jenis faham. Dia dok layan anak2. Bini sembang tah berapa kali tambah ketupat dan rendang. Hahaha
Beraya di rumah baru sepupu aku. Org baru beli rumah sesuai la dtg beraya.

Tahun ni emerald green...


Erm layan gambar. Again ku update pakai phone je. Hehehe


Ketupat tak tahu anyam... kita makan la nasi impit. Zamani tak beraa gemar. Dia suke ketupat palas. Dia cakap nasi impit or ketupat daun ni macam nasi biasa. Ala dinda tak katam la kanda. Tapi dinda janji eh belajor. Sok tak la kanda rasa sunyi org lain raya makan ketupat daun palas, kanda makan nasi je. Keh keh keh. Mana tahu ada rezeki nak merantau negara org, tak la rindu sangat buat order on line bagai (veranggan)


Rendang ayam saya


With Husband


With my anak dara... yang kat tangan tu bukan la handbeg raya... bakul mainan je



Anak bujang yang berbaju melayu macam mualaf dah ibu tengok.


Our family pic on raya


Bersama mak dan bapa mertua... anak2 ni tak gheti nak pandang camera. Si amani buat perangai lak nak posing dengan bola. Motip?



 Dengan sepupu yang rapat...





 Suke gambar ni... ni bukan ammar... ammar second cozen. Budak ni jumpa sekali time aqiqah dia. Mak long cida nampak mude bertahun2 lakkan? So tepek kat blog. Hahahah perasan



Rumah cozen. Seharian mencekik ketupat. Last2 dtg umah order Pizza. Hehehe



Wednesday, July 15, 2015

Selamat Hari Raya

Hai Uols....



Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga...

Bagi yang balik kampung tu sila memandu dengan berhati-hati yer. Tahun ni kami beraya kat Klang je. Lepas tu tak plan lagi. Janji dapat beraya dengan suami dan anak-anak. Aku rasa itu yang pentingkan?

Esok baru cuti, cuti pun jaga anak-anak. Bagi nenek and atuk rehat cuti beraya dengan noyang dan tok yang kat Singapore. Isnin dah setat kerja. Kejam kan? Hihihi.

So u guys... selamat bercuti dan aku ingin mengambil kesempatan di sini memohon maaf sekiranya ada kesilapan sama ada secara lisan, percakapan atau perbuatan yang tak di sengajakan. Dan kalau ada termakan dan terminum sila la halalkan.

Ok.... selamat bercuti semua....

XoXo





Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Thursday, September 19, 2013

Open2 House semasa raya

Salam....

Banyak bebenor cerita yang pending... gigih nak mengupdatenya! kita cerita satu2 yer...


RUMAH ZIELA TAHIR DAN RAMLI....

Bukan ler umah terbuka... ekceli kawan aden si susi ada hal area umah aku ni... aku plak duduk satu kawasan dengan si Ziela ni. So susi ni nama je kawan baik, cium molot dengan si Ziela... tapi umah kawan tu dia tak tahu... hahaha apa daaaa....  time kerja plak tu... lepas balik kerja terus ke pergi umah si Ziela...

Gigihkan?

Mak yong pun baru balik kerja...



Mak yong yang siapkan mee kari... sumpah sedap nak mam................ macam nak hirup satu periuk tu ko tahu... tapi control.... posing dengan mee kari katanya.... hahah biar la rahsia segala resepi tu yer



Camera terlalu canggih... aku pakai mod apa tah sampai jadi macam ni... hahah macam kepelikan je...


Mmg langkah kanan ler aku hari tu... balik kerjakan. Lapo sesangat.... gosip gosip macam biasa....

Tetiba macam nak belajar buat mee kari... yang best ada ketam uols... akak pantang tengok ketam... nak tercabut gigi dok KOKAK ketam2 tu....

Zamani tambah berkali2....


eshhhh terbayang sudah.... slurpppppp


Rayyan Khusyairi dengan Amani Iman Zulaikha.... Amani mmg serasi la dengan Rayyan... makan kongsi. Bagus betul. Elok main berdua. Rayyan sbb nak dapat adik kot sbb tu dia pandai main dengan kawan. Amanikan jenis suke main sengsorang. Aku cukup risau kalau dia main dengan budak yang agrasif. Asik kena belasah je... dia pulak tak reti nak lawan2. Pertama kalinya.... mak abak dapat makan together2 dengan amani... dia dengan Rayyan duduk makan mee kuning kat hall... baik je kongsi sesama.... 


Cahaya yang comel.... diam je... tunggu la tahun depan lari sama dengan Rayyan dengan Amani je nanti. 


Rayyan dengan acik Zamani... comel sungguh... like mata dia... bulu mata bukan main lebat!


Three of us... Susi... me and Ziela...

RUMAH NOR FADILLAH DAN MAHFUZ

Tah bila... ai pun tak hengat.... tapi dapat la jemputan Fadilla ni cakap dia buat makan2 kat umah dia... di puncak alam nunnnn... tanya Zamani, dia ok je nak pergi... tak cakap pun kat Fadilla yang nak gi umah dia... buat suprise sikit. Org jemputkan. Kita pergi je la...

Rumah dia kami dapat cari dengan bantuan GPS....bagus betul note 2 zamani... all the way ikut je arahan mak cik yang suruh turn left and rite... hehehe

Aku seram sejuk... tahu je la Zamani... hangin sikit...lagi2 kalau tak jumpa jalan. Dia stress sendiri2 tapi akak terasa bahangnya... hahaha... jadi patung jap aku kat belakang kalau dah sesat... tak berani nak panggil huruf 'B' pong... ahak!

Amani sampai sini tak leh duduk dendiam... makan macam umah sendiri... nahhhh muntah atas karpet org.... adoiiii 

Ini adalah antara sebab2 payah nak gi umah org. Tapi nasib baik la Dilla dan somi memahami... minta maaf lebih dari raya uols... dah macam nak menerima apa je hukuman. Rumah cantik2... ko muntahkan... tak sesuai la ko nak...

Makan coklat + lari lari + jerit jerit = MUNTAH....

Tu la amani iman yang suke sangat tinggal jejak kat umah org... 

Jangan komplain... hahah syukur la ko susahkan ibu dan abak... wink wink... 

 
Lama tak jumpa Dilla.... last jumpa 2003??? Lepas sekolah kalau balik cuti sem je jumpa. Lepas tu kita berhubung call... ada FB baru la active bukan main.  Sebab tu la ai bagi suprise... Rumah dia ni pun aku pergi time dia baru2 duduk... mau dekat 7 tahun lebih. Anak sulung dia pun time tu aku rasa belum setahun dan sekarang dah darjah tiga. Anak kedua or can i call it bongsu??? dah darjah satu... Suami dia mmg pendiam... hahah cerita pasal suami org. bukan main ko cida! 

Susah nak ambik gambar... lagi pun org bz melayan tetamu... time aku datang tu ada tetamu yang terpaksa ikut turn nak makan kat meja makan... hehehe... 

Tak sempat nak beramah mesra sbb dia pun bz... 

Aku tunggu sorg lagi kawan sekolah aku. Tapi tak ada rezeki nak jumpa... kena balik awal sbb amani iman dah buat perngai. Tak pa la ada rezeki kita jumpa lagi.
 

Kawin dengan org johor... maka masakan johor. Soto dan kambing erkkkk terlupa sudah. Tak sempat nak makan tau yang kambing tu... sob sob...


Sebelum balik wajib ambik gambar dulu ;)

 RUMAH TERBUKA OPIS... .A.K.A Pot luck

Yang ini paling ingat sekali... last Syawal... 6 Sept... ahak! Opis buat pot luck... So aku buat Spegheti... paling paling paling senang. Tak kose nak bangun pagi nak masak lebih2... hahah macam sedap pun ko masakkan? Spegeti senang sikit... tumis bawang puteh, masuk daging cincang, masuk sos dan cendawan. 

Siap!

Bangun kul 6 pagi je... satu jam awal... uhuhuhu

 Hasil tangan budak opis yang lain....

Director... uhuhu... 


Lunch hari tu di awalkan... jeng jeng jeng...ala... kat sini lunch bole keluar gak sesukati... tapi ai pekerja yang dedikasi. When appoiment letter tulis pukul 1, maka kul 1 la kita keluar yer yob


Semua bersedia nak serang bilik meeting... ahak! Time tu jumaat, so my bos dan bebudak lelaki nak berkejar solat Jumaat lepas makan... 

 Anak dara pingitan... hehehe

Ai yang sentiasa keseorgan.... hehehe... segan katanya...


Lepas makan, kita bercerita... hehehehe.... wife boss yang sungguh sporting... peramah dan lawak...kita ambik peluang je la malas nak kerja! hehehe... 


Puding ada, bihun ada, nasi impit ada, sambal ayam ada, roti jala, spegeti, kuih2 sikit... aku beli bahulu... heheh sebagai penyelamat kot spegeti tak jadi... hahah bole? gila paranoid tak yakin dengan kemampuan sendiri... heheheh helooo ada org minta tapau tau spegeti ai... wink wink....


First pic tak snap... ni dah second round dah....


Alhamdulilla.....

Our team mate pic... uhuhu tak leh bla caption aikan?

Kenapa aku kat hujung nunnnnn macam org takut? Gila ko tak takut... yang baju pink and bunga2 tu director company... mak cik hanya kerani capuk je.... uhuhuhhu..... lagi pun tak mesra alam lagi... salah pilih tempat sebb semua ke kanan... hahah aku je tercampak ke kiri...

Burukkan gambar aku...

Hahahahaha lantak la... janji ada benda nak cerita kat sini....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails