Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Tuesday, December 8, 2015

Toran Coffee...

Mak buyung teringin tengok gambar2 ni kat fb... macam haven gitukan??



Ajak abang zamani pergi. Ecehwah konon sambut aniversary ke 7 tahun? Hahahah alasan je tu. Kebetulan.

Review kat sini... bila baca blog and komen. Semua puji makanan sini dan yg tak best service slow. Alaaa jangan la wat mak yung tertunggu. Dengan anak yg alahai super duper lasak. Anak2 aku g makan, diaorg tahu masuk kedai makan ada makanan. Meja kosong depa tak tahu nak wat apa. Tp ada makanan pun mereka tak behave pun. Hahahah...

Tengok menu harga mak aiii sangat murah. Tak la murah sangat. Compare price dengan makanan western macam chilies, vitoria station, TGI mmg separuh la. Teringin nak makan lamb chop. Dengab keadaan darurat tak kerja ni... hahahah idok la akak sanggup habis sepinggan lamp chop harga rm 50 ke rm 80... tengok masih belas ringgit.

Tp org banyak cakap service lambat. So may be that is the price u have to pay la kan.

Sekali... ko masuk kedai ni... dr pintu masuk sampai ke tempat duduk ko di layan. Ok akak suke la. Tp meja kecik sikit. Tak pa la. Kedai tu pun bukan kedai besar.

Than order. Aisyah cabonara with smoke beaf. Amani and ammar spegeti bolognise. Me and en somi lamb chop. Wahh dua pinggan baru rm 38... berbaloi.



Aisyah punya. Sedap gak. Tp aisyah cakap cream dia pekat sangat. Tp oklah not bad. Aku tak minat sangat kalau cabonara ni.



Amani punya. Abang zamani bukan pengemar spegeti tp tengok dia layan amani makan sambil2 tu masuk mulut dia gak. Hahahah... sedap la tu. Ke dia lapar sbb baru balik kerja tak makan. Huhuhuh



Our lamb chop... tell you sangat puas hati!!!! Lembut sangat ok... senang Tokak! Hahahah... isi tak melekat dengan tulang. Ai like! Bau kambing pun tak ada. Mmg layan la. Cume lebih menarik kalau hidang dengan sayur mcm brokoli rebus or coslow. Kentang dia kasar2 buat salad. Kalau mash potato layan gak... but its good. Sedap.

Tengah makan staff dia dtg tanya. Service ok ke tak. Makanan sedap ke tak? Oh service yg aku baca lambat tu nampaknya cepat. Kita dok sana order 3 minit air sampai. Within 10 to 15 min dah dpt semua makanan. Yg bestnya diorg jugak supplier tony roma's. Tp dia cakap dia tak la jual harga tu. So pada yg viral cakap tony romas tu x halal tak yah takut sbb pemilik toran coffee ni ada la melayu. Wahhh tetiba teringat eye rib kat tony romas tukan. Lembut gila.... dah! Jangan macam2. Ajar anak dlm perut tu makan makanan murah. Wahhh tak baik ko!



Layan....



Anak2 choc ais... zamani biasa teh o ais je la. Dan akak plak harap ada la sampah2 atas air macam di tunjuk tetiba ais bland biasa???

Frustnya!!! Sbb tak ada gambar dlm menu. Bila order dpt ni. Cocoa conscious...conscious sangat! Tp mak aku bilang dont judge a look ok... dah rasa ais starbuck... yg choc chip frep ke benda tu.... maaf la bukan kaki starbuck. Uhuhuhu. Tp bukan kaki starbuck pernah la ai rasa.



Total bil yg kena bayar. Kalau lain mau la ratus ratus kan?

Apa2 pun try la. Bg aku yg tak berwang ni berbaloi. My expectation on the food tak la tinggi but memenuhi la...

Bole dtg lagi. Try air yg sampah2 atas tu. Hahaha.... tp kali ni berdua. Anak2 dok umah. Uhuhuhu

posted from Bloggeroid

Thursday, September 19, 2013

Open2 House semasa raya

Salam....

Banyak bebenor cerita yang pending... gigih nak mengupdatenya! kita cerita satu2 yer...


RUMAH ZIELA TAHIR DAN RAMLI....

Bukan ler umah terbuka... ekceli kawan aden si susi ada hal area umah aku ni... aku plak duduk satu kawasan dengan si Ziela ni. So susi ni nama je kawan baik, cium molot dengan si Ziela... tapi umah kawan tu dia tak tahu... hahaha apa daaaa....  time kerja plak tu... lepas balik kerja terus ke pergi umah si Ziela...

Gigihkan?

Mak yong pun baru balik kerja...



Mak yong yang siapkan mee kari... sumpah sedap nak mam................ macam nak hirup satu periuk tu ko tahu... tapi control.... posing dengan mee kari katanya.... hahah biar la rahsia segala resepi tu yer



Camera terlalu canggih... aku pakai mod apa tah sampai jadi macam ni... hahah macam kepelikan je...


Mmg langkah kanan ler aku hari tu... balik kerjakan. Lapo sesangat.... gosip gosip macam biasa....

Tetiba macam nak belajar buat mee kari... yang best ada ketam uols... akak pantang tengok ketam... nak tercabut gigi dok KOKAK ketam2 tu....

Zamani tambah berkali2....


eshhhh terbayang sudah.... slurpppppp


Rayyan Khusyairi dengan Amani Iman Zulaikha.... Amani mmg serasi la dengan Rayyan... makan kongsi. Bagus betul. Elok main berdua. Rayyan sbb nak dapat adik kot sbb tu dia pandai main dengan kawan. Amanikan jenis suke main sengsorang. Aku cukup risau kalau dia main dengan budak yang agrasif. Asik kena belasah je... dia pulak tak reti nak lawan2. Pertama kalinya.... mak abak dapat makan together2 dengan amani... dia dengan Rayyan duduk makan mee kuning kat hall... baik je kongsi sesama.... 


Cahaya yang comel.... diam je... tunggu la tahun depan lari sama dengan Rayyan dengan Amani je nanti. 


Rayyan dengan acik Zamani... comel sungguh... like mata dia... bulu mata bukan main lebat!


Three of us... Susi... me and Ziela...

RUMAH NOR FADILLAH DAN MAHFUZ

Tah bila... ai pun tak hengat.... tapi dapat la jemputan Fadilla ni cakap dia buat makan2 kat umah dia... di puncak alam nunnnn... tanya Zamani, dia ok je nak pergi... tak cakap pun kat Fadilla yang nak gi umah dia... buat suprise sikit. Org jemputkan. Kita pergi je la...

Rumah dia kami dapat cari dengan bantuan GPS....bagus betul note 2 zamani... all the way ikut je arahan mak cik yang suruh turn left and rite... hehehe

Aku seram sejuk... tahu je la Zamani... hangin sikit...lagi2 kalau tak jumpa jalan. Dia stress sendiri2 tapi akak terasa bahangnya... hahaha... jadi patung jap aku kat belakang kalau dah sesat... tak berani nak panggil huruf 'B' pong... ahak!

Amani sampai sini tak leh duduk dendiam... makan macam umah sendiri... nahhhh muntah atas karpet org.... adoiiii 

Ini adalah antara sebab2 payah nak gi umah org. Tapi nasib baik la Dilla dan somi memahami... minta maaf lebih dari raya uols... dah macam nak menerima apa je hukuman. Rumah cantik2... ko muntahkan... tak sesuai la ko nak...

Makan coklat + lari lari + jerit jerit = MUNTAH....

Tu la amani iman yang suke sangat tinggal jejak kat umah org... 

Jangan komplain... hahah syukur la ko susahkan ibu dan abak... wink wink... 

 
Lama tak jumpa Dilla.... last jumpa 2003??? Lepas sekolah kalau balik cuti sem je jumpa. Lepas tu kita berhubung call... ada FB baru la active bukan main.  Sebab tu la ai bagi suprise... Rumah dia ni pun aku pergi time dia baru2 duduk... mau dekat 7 tahun lebih. Anak sulung dia pun time tu aku rasa belum setahun dan sekarang dah darjah tiga. Anak kedua or can i call it bongsu??? dah darjah satu... Suami dia mmg pendiam... hahah cerita pasal suami org. bukan main ko cida! 

Susah nak ambik gambar... lagi pun org bz melayan tetamu... time aku datang tu ada tetamu yang terpaksa ikut turn nak makan kat meja makan... hehehe... 

Tak sempat nak beramah mesra sbb dia pun bz... 

Aku tunggu sorg lagi kawan sekolah aku. Tapi tak ada rezeki nak jumpa... kena balik awal sbb amani iman dah buat perngai. Tak pa la ada rezeki kita jumpa lagi.
 

Kawin dengan org johor... maka masakan johor. Soto dan kambing erkkkk terlupa sudah. Tak sempat nak makan tau yang kambing tu... sob sob...


Sebelum balik wajib ambik gambar dulu ;)

 RUMAH TERBUKA OPIS... .A.K.A Pot luck

Yang ini paling ingat sekali... last Syawal... 6 Sept... ahak! Opis buat pot luck... So aku buat Spegheti... paling paling paling senang. Tak kose nak bangun pagi nak masak lebih2... hahah macam sedap pun ko masakkan? Spegeti senang sikit... tumis bawang puteh, masuk daging cincang, masuk sos dan cendawan. 

Siap!

Bangun kul 6 pagi je... satu jam awal... uhuhuhu

 Hasil tangan budak opis yang lain....

Director... uhuhu... 


Lunch hari tu di awalkan... jeng jeng jeng...ala... kat sini lunch bole keluar gak sesukati... tapi ai pekerja yang dedikasi. When appoiment letter tulis pukul 1, maka kul 1 la kita keluar yer yob


Semua bersedia nak serang bilik meeting... ahak! Time tu jumaat, so my bos dan bebudak lelaki nak berkejar solat Jumaat lepas makan... 

 Anak dara pingitan... hehehe

Ai yang sentiasa keseorgan.... hehehe... segan katanya...


Lepas makan, kita bercerita... hehehehe.... wife boss yang sungguh sporting... peramah dan lawak...kita ambik peluang je la malas nak kerja! hehehe... 


Puding ada, bihun ada, nasi impit ada, sambal ayam ada, roti jala, spegeti, kuih2 sikit... aku beli bahulu... heheh sebagai penyelamat kot spegeti tak jadi... hahah bole? gila paranoid tak yakin dengan kemampuan sendiri... heheheh helooo ada org minta tapau tau spegeti ai... wink wink....


First pic tak snap... ni dah second round dah....


Alhamdulilla.....

Our team mate pic... uhuhu tak leh bla caption aikan?

Kenapa aku kat hujung nunnnnn macam org takut? Gila ko tak takut... yang baju pink and bunga2 tu director company... mak cik hanya kerani capuk je.... uhuhuhhu..... lagi pun tak mesra alam lagi... salah pilih tempat sebb semua ke kanan... hahah aku je tercampak ke kiri...

Burukkan gambar aku...

Hahahahaha lantak la... janji ada benda nak cerita kat sini....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Saturday, May 25, 2013

Korean mood

Haloha!
Citer pasal makanan korean ok! At last me dapat rasa makanan korean yang halal. Jenis yang tak kisah apa pun telan, to me makanan korean ni best! Tapi org yang memilih bebenor makan, macam Zamani, telan air liur je la sbb dia kata apa nak makan tak tahu... Hahah sian suami ku...
Well my sister2... Nampakkan? Abang mu mmg tak makan makanan pelik. Nak bercuti kat korea nampaknya tak dapat la merasa...wakakaka.... Nasib baik tak plan during his birthday. Kalau tak, birthday boy makan hati di besdaynya. Wakakak...
Since my Mil birthday 8 May ari tu, we decided to bring her makan2 kat korean restaurant. Survey punya survey, ada satu kat shah alam. Tempat tercorok gila. Me and zamani dari opis je. Amani iman my in law ambik. Dari opis mulut laki ku macam bertih jagung. zamani mmg jenis yang malas nak cari tempat. Kalau sesat lagila... Macam aku ni salah... Dah la bini dia buta jalan. Sometime dia suruh aku tengok google map. Halooo kalau ada GPS punbelum tentu aku faham apa GPS tu bagi arahan... I agak2 jarak ni mmg fail... Kata akauntankan? Ukuran semua kena tepat mengikut jarak... Hahah statement org bengong...lalalalal
Dah sampai restaurant tu, dia banga... Siap cakap mesti awie and anyah bengang tak dapat jalan restaurant macam kitaorg. Oh confident je... Tahu2 awie and anyah relex datang muke tak stress macam dia. Hahaha
Stress tak jumpa jalan, stress tak dapat nak makan kat situ... Adoi laaaa...



gangnam station di laman seri business park shah alam...



Tak ramai, mungkin its weekday. so just us. ok abaikan saya yang gila keek! Hahaha tak perasan gambar ni zamani snap...tu yang nampak gedik semacam. Hahah tapi besarkan for 8 dewasa.



Sudu dan penyepit yang di gunakan org korea... Wahahah suke tahu! Rasa macam syok ke tengok diorg makan dengan enak.



Ini meja paling besar dekat kedai tu. hujung so adalah privacy sikitkan.



Ok ni antara menu yang ada, harga pun berpatutan.



Ni yang menjadi kegilaan koreakan, kalau diorg makan daging yang bersalut salad tu, kita teruja.... Sedapnya... Sedapnya... Mmg sedap!



Serombong tu adalah tuk BBQ section. Dan jangan tak tahu rancangan tv pun all korean series termasuklah running man!terbaek...



Setiap meja akan ada penghadang ni. So ini satu yang bagus bagi mereka yang selalu nak gedik ambik gambar dan keek macam aku buat tadi... Hahahaha gelak besar.
Aku pun lupa apa yang kami order. Apa yang kami tengok ( drama korea)semua kami order. Heheh kes balas dendam ni.



We order 'grilled beaf ribs meet' nama korean tak tahu. Tengok ni je? Cukup ke buat kami yang 8 org tu? Nampak menu ni je, tapi sampingan yang tak mention dlam menu adalah datang dengan ini sekali...



Bayam goreng, salad buah, yang empatsegi tu tak tahu apa, kimchi! Brokoli rebus and sos dan tauge. Kimchi yang sangat pedas... Asal org korea makan macam biasa je? Bukan jenis yang pedas biasa... Pedas yang luar biasa plus masam... Tapi the more u eat, the more you want... Chewah



Nasi dalam mangkuk batu... Agak panas, than gaul kan semua... Since aku dah nampak telur yang tak masak tu, tekak ku terus jadi tak selera. Sbb telur setengah masak ke, separuh ke aku mmg tak makan. Itulah tujuan mangkuk panas tu, so dia masak mengikut suhu muangkuk tu... Gaul dan biarkan... Tapi aku rasa gak sikit... Ermmm oklah...



Yang ni macam tomyam korea gitu... Haha sukati aku nak bagi nama. Tapi rasa macam tom yam sikit.



Ini bukan amani iman yer. Hahah macam amani kan? Ini umar yang hairan benda yang tergantung tu.
So jangan risau sbb kamu akan di bantu oleh pekerja mereka yang mmg asal dr korea kot. Aku cakap english pun dia susah nak faham, aku cakap melayu lagi dia tak faham.



Biasalah kalau tempat gini, ramai volunteer nak tunjuk skill masakkan? So tu daging yang di pangang...



Itu cara2nya... Terima kasih buat en suami yang memahani niat isteri..



Itu yang saya maksudkan... Pembantu kedai akan menolong bakarkan daging.



Adira yang dah besar... Syabas dira! Dah start menunjukkan skill buas.


Selamat hari raji mak... Semoga mak di berikan kesihatan yang baik... Murah rezeki. Terima kasih mak di atas segalanya.... Happy mothers day juga...



Ku akhiri dengan gambar dudak yang tak tahu duduk diam... Heheh

- Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails