Siapa sangka dulu dia halus je, kecik, hitam, banyak mulut, suara sangat halus. Dan selalu menjadi 'beg' aku sbb ke mana sahaja aku pergi dia mesti nak ikut. Dan sekarang hebat bila dia bergelar doktor. Oh teruja bila tengok Tag dia ni.... siapa lagi kalau bukan my cozen bro Jay...walaupun dia hanya sepupu, tapi hubungan kami dari kecik sangat sangat rapat. So kalau korang kata dia sekarang dah jadi 'somebody' baru nak ampu nak angkat, korang silap la yer.
Ok entry ini boleh di kira entry nak belagak... ngeh ngeh ngeh... tapi bukan dengan korang. Sbb bukan harte aku pun. Dah bertahun kerja pun tapi tak mampu nak pakai kereta mewah.
Kalau dulu cik gu hery beli honda city... sekarang plak Jay... opsss Doktor Jay. Sudah kuar kereta... Ford Fiesta baru oooo... Baru berada di pasaran. Dia (Jay) punya golojoh, dia booked kereta ni sebelum puasa lagi. Kereta pun belum ada kat pasaran. So ari minggu tu pak ngah dengan mak ngah ambik kereta baru Jay terus hantar ke Serdang.
Cit! Org lain xcited nak gi ambik kereta sendiri. Dia ni malas nak ambik suruh bapak dia ambik and hantar kereta kat Serdang. Al- maklumlaaaa doktorkan ke-bzan.


Ford Fiesta 1.6

AKu dah test drive kereta ni... syok. Baru je nak velagak yang Myv kami ada bluetooth, boleh calling calling, kira hand free la. Tak payah ko nak pakai device nak lekat kat telinga bagai. Sekali ini lagi 'gedevance'

Nampak???

Kalau kereta aku just connect je pakai blue tooth. Nak call ke apa kena dail kat fon. Payah la jugak. Tapi ini siap ko boleh dial number lagi... poyokan?

BAnyak benda tapi aku sempat tengok yang ini jerk. Teruja. Sakai sebentar.

Aik milik siapakah Honda City itu? Tetap berjasa walaupun tuan umpunya diri berada nunnnnn di Sarawak sana....

Motip gambar??? Nazmi tak ada seluar.... hahaha... balik tak pakai seluar ok... semua org gelak sbb dia buat slumber je dengan pampers dia.

Ini namanya posing lupa diri... ngeh ngeh ngeh... "Mampus dak Hery mengamuk aku posing mcam ni..."


















































