LAyannnn dah itu je ceritanya...tapi kali ni nak cerita pasal mak si Aisyah lak...
Dapat hadiah??? KAmi tak nampak pun masuk pertandingan apa-apa?
JAngan ko lihat Che Ta nan ado mata... ambik ko tempat pertama... apa dalamnya???
Seyes aku tak tahu apa ke bendanya ni... tapi jangan tak tahu .... mahal oooo harge hadiah ni...
Mana aku tahu?
Dont play play ok!
Sori terpaksa buat macam ni... kang TB daulat tunjuk aurat... heheheh ampunnnn kak ngah iyo.... tapi comeil la dia bergaya dengan hadiah yang dapat... berbaloiiii.... mcm minyak wangi... tapi tah, minyak wangi ler kot.
Yehhhh cube cari mana Aisyah Farhana??? Sila teka...
Aliya tak tercalon dalam apa-apa kategori tapi tak pa la kasi chan dia pakai barang kak long... ngeh ngeh ngeh...
Aisyah masuk sukan... umah merah ko. Anak buah pak long and pak teh ni... hahaha...
Kelakor je aku rasa. Dia masuk 4 acara sukan. Dan pemenang tempat pertama, ke dua dan ke tiga akan dapat pingat. Yang bestnya pingat yang di dapat bukan main besor lagi...
Nur Aisyah Farhana... vangga omaknya menghantar dia naik pentas. Dah tu tak mo turun... kih kih kih
Aisyah minat nak hadiah yang besar2 kat belakang tu je. Tapi itu sebenarnya hadiah tuk AJK dan ibu bapa bule? Tuk anak2 hadiahnya hanya pingat tu ha.... rugi betul kalau mak apak yang tak nak masuk ni.
Lawaknya bila dah banyak budak naik pentas, cik gu confuse. Pecah lubang setiap murid layak dapat 4 pingat. Bule? Mmg kami semua gelak la cik gu dah tensi bila nampak ada budak sampai dapat 5 pingat. Betul sekolah tadika daaaaa.... serupa ekau bagi budak2 tu sorang 4 pingat. Tak yah la nak panggil nama.
Guru besar yang confuse. Beso kan guru besornya... larikssss...
Aisyah tak berganjak pun dari tempat dia... mau hadiah... hahahah...
Credit to pak long! Bersungguh ambik gambo anak buahnya... esok2 kalau anak kita nanti, jangan segan silu ambik gambar yer... pak long mak long pun teruja sama... layannn je la yer...
Last sunday hari sekolah tadika Aisyah kat Wetworld Shah Alam...
Patutnya dia dengan family dia je... tapi di sebabkan aktiviti sekolah dia yang agak busan... mak apak dia telah menghantar SMS pada kami tuk mai join diorg... hahah lagi best!
Maka aku dengan sakitnya... tak menyodarkan diri telah pergi terjah... Mr Ana yang temankan anak2 dia mandi. Che ta dok sorang2 tanpa teman... hahah biras2 datang bukan temankan dia tapi mengejoinkan diri mandi manda sekali... lalalala... sungguh tak maluS kan?
Tapi dah itu permintaan en suami... tak baik kalau tak ikut kan?
Gambar kami tengah mandi tak dapat nak tunjukkan... hahahah tak la seksi tapi siapa la yang simpati ambik gambo... kena buli dengan suami dan adik ipo... hahah sia Ijat akan ku ingat sampai bebila kes tarik kaki kat slide... hahahah.... habis ayu ku...
Dah la mai tengahari... perut lapar. Nak tak nak belila makanan kat sana... perh mahal dan tak sedap. Tapi pilihan apa yang kami ada? Belasah!
Nasib baik satu kemah ni semua mmg diorg khaskan tuk family budak2...time tu plak hujan. So agak selamat la... kalau nak bandingkan dengan org biasa. Hahah kami terdiri ahli luar biasa.
Aliya yang keletihan...dari pagi mandi, so sendiri surender. Tapi mak cik2 yang baru datang tak dapat nak menahan perasaan melihat air... maka kami tinggalkan Aliya dengan omaknya... hahah jahatkan?
Qayyum pun kami seret datng ok... sangat baik kamu Qayyum... sonyap je... macm bagi restu plak.
Pentas tuk persembahan. Rupanya pagi2 adalah persembahan nasyid. Terlepas plak nak tengok. By the time kami mai pertandingan mak bapak... sukan kanak2 pun dah habis. Terlepas nak tengok. May be korang leh terjah blog omak si Aiyah... hahaha... tak kelihatan pun biras aku tu hapdate pasal ni... kalau ado ado la yer...
Time kami mai, nama Che ta di sebut tuk pertandingan apa tah.... hahah sorak tak hengat...
Che ta naik pentas tuk daftar nama.
Oh silap bagi alasan demam tak leh nak join... hahaha... lawak ok... tapi mmg pun dia tak sihat that day. Org tak sihat AJK naik hangin plak... hahaha...
Ni 3 beradik ni mmg tak leh nak pisahkan? Mmg hilang dulu... dah penat mandi bertiga baru la laki ai cari ai... jom mandi sesama yang... apakah? Hahah mana leh tolak... doseeeee.... muahah statment gedik!
Pertandingan tuk ibu bapa....
Hero pojaan hambo...
Bole la plak aku lupa nak packing tuala satu2nya benda penting!!! Terpaksa la beli tuala. Hahah yang kecik tu berhara 11,90 bule?? yang besar RM 22.90.Tak kose aku nak bazir duit. Bukan nak berkemban pun kan? Hahahah... gilos... beli satu kongsi dua. Nasib baik laki ai tak marah you... senyum kambing duit dia terkopak RM 12. Lalalala
Title :-Tuhan sesungguhnya ujian mu menguatkan imanku
Ingat tak buku yang abak dengan mak bagi sblm mereka berangkat ke Mekah? Aku rasa ada khimahnya abak dengan mak bagi buku tu pada anak-anak...
Sejujurnya aku mmg tak kuat dengan dugaan ini... bayangkan... anak... semua org nakkan anak... aku di kira beruntung sbb Allah memberikan rezeki yang awal buat ku... tapi Dia hanya meminjamkan anak tu sementara sahaja... mmg dah tertulis segalanya bagi setiap manusia kejadian ajal dan maut...
Dalam aku rasa sedih tu, aku cube la menyibukkan diri dengan membaca, surfing benda2 yang boleh melupakan aku pada kesedihan aku ni... berat uolz nak terima... yang ada anak tu tahu la apa aku rasa... aku terbaca Akhlak - sifat Mahmudah dan Mazmunah seorg islam. Buat aku terpikir dan mula menerima... aku harus menerima ujian ini dengan redha.
Rupanya di sini, ramai lagi yang bernasib malang dari aku...
Ramai yang bersimpati dengan aku... terutama nurse2 di sini... dan yang bagus bila mereka berkongsi pengalaman mereka sendiri...mcm semalam ada nurse ni... dia tanya aku pasal anak, than dia cakap dia juga pernah alami keguguran anak ke dua... waktu dia cerita tu, aku masih rasa kisah dia tak sehebat ku... dia masih ada anak dan dia tak perlu menjalani apa yang aku jalani... sbb kandungan hanya berusia 3 bulan. Tapi hari ni... akak nurse ni... dugaan dia jauh hebat dari aku...2 kali anak meninggal dalam perut... kandungan mencecah 6 bulan je, Allah menjemput anaknya... 3 kali keguguran... dan sampai sekarang dia tak punyai anak, dan berakhir ambil anak angkat... aku terdiam... 2 kali anak meninggal, dia masih lagi tersenyum dan yang paling hebat bila sepanjang dia kerja sebagai nurse, dia di tempatkan di wad bersalin... aku yang baru kehilangan yang pertama, aku dah tak leh nak dengar suara bayi, tengok org mengadung... mcmmana perasaan dia yang berhadapan hampir setiap hari???
Lagi hebatkan?
Akak tu pujuk aku jugak.... terima qada dan ketentuan Allah... ada sebb dia tarik anak kita... dan kita (kes aku) adalah golongan yang baik sbb di uji dan anak2 ini yang akan menarik kita ke syurga (insya Allah)...Ku usap perut ku... Insya Allah... janji dengan ibu Aryssa akan tunggu ibu dan abak di sana sayang... Cume aku risau je sekarang, 6.30 pagi tu ubat dah masuk... sampai sekarang tak ada contraction... Zamani lak risau... takkan nak kebumikan anak memalam lakkan? Ya Allah permudahkan segalanya buat ku... permudahkan la jasad si kecil ini tuk keluar dari tubuhku...
Aku nak tengok dia... aku nak kucup dia... aku perlu kuatkan semangat sbb dia anak ku... nurse tadi cerita ari kamis tu ada cina mengandung 7 bulan... tak mahu tengok anak dia, tak mau bawak balik pun jasad anak dia... bila pihak hospital kata kena bawak balik, dia menurut, dlm hati aku, mungkinkah dia buang anak dia tu?
Masya Allah... tu la beza kita yang beragama... iman membezakan kita dengan mereka yang tidak percaya akan kehidupan dan kelahiran...kalau aku tak di duga sebegini, aku dan suami akan jadi semakin lalai...sesungguhnya ujian Mu ya Allah menguatkan iman ku....
The Half Blood Princess -With me,You'll Never Walk Alone-
Kalau saya buat make over... confirm i look better dari kak long yang semua org puji...
Rambut kak long saya cantik.... of coz la... sayakan baru 2 tahun... kang umur saya dah 2 tahun lebih lebih jangan terkejut saya lagi anggun dari kak long saya...
Bibir kak long macam angelina Jolie... Bibir saya nipis tapi sabar la... kang di kembang la...
Chewah mak long buat spekulasi dialong Aliya...
Minah ni nampak je kecik... macam boy. Tapi naluri perempuan tu ada. I dont remember ini bila. Tapi seingat aku Zamani bawak dia balik Klang sekejap. Time aku tengah kemas. Dia request nak lipstik la... bedak. So umah aku mmg ada make up yang tak pakai khas tuk anak2 buah...hahahah... dah tentu Aisyah and Aliya the only niece yang aden adokan...
Gasok la Aliya...main la ekau sepueh puehnya...
Ni hasilnya... hahaha kak long kena ajar adik dia lagi ni....
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan... hahahah
Pernah tengok budak yang fanatik barney? Rayyan the lion mmg tak boleh nak di pisahkan dengan fav show barney. Sampai terjaga malam2 kul 4 pagi just to watch barney....
Kalau dah nama mak tukan, mara macammana pun sayangkan anak. Mana nak dpt barney kul 3-4 pagikan? Kalau tak berkerja ok lah... ni berkerja. So alternatifnya belikan DVD...
Ingatkan boleh mainkan kalau time lewat malam... sekali budak bijak ni mmg minta ulang tayang.
Time ni kitaorg balik balik putrajaya... balik masuk umah je dah request nak tengok barney.
Sampai pandai pasang sendiri ok! Rayyan is just one pluss... Next Feb is goin to two. Tapi dah pandai bukak DVD.... gue tak tipu tapi terkujat jugak la...semua butang DVD tu dia tekan...
Ready to watch!
its barney time!
Ini la Rayyan... fanatik barney... "I love you... you love I..." Versi sendiri.
BAk kata Fidah, kalau dia dah mengadap benda ni, yang lain maap la.... sila tunggu turn...dah habis dia minta ulang lagi ok...layan la Rayyan... tapi kete, loyeee(lori) dengan bas maintain kat sebelah dia kan kan kan?
Lihat la apa yang mak long dengan mak su buat pada Aliya. Tapi dia syok ooooo... time ni tok mama sedang mengubah bunga. So kat bunga tu ada lah benda puteh ni...(aku pun tak tahu panggil apa) Sajer ku lekat kat muke dia... alamak! dia syok!
Aliya buat dekkkk je... suke lak dia org tepek2 benda ni kat muke dia.
Sibuk memilih butiran2 kecik tuk di tepek ke muke...
Tok mama comei tak muke Liya?
Yer... mak long aksen baik...padahal dia yang setat dulu. Tapi naik syok bila mak su layan. Hahaha...
Ok mak su kata jangan senyum...kang biji2 ni jatuh... hehehe...Maintain muke ketat!
Paparan saya, Tafsiran anda...just for release tensionn..!! ! dont take seriously...Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
1) Kucing jantan suka dibelai
Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yangbertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadiseperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kitalepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa
Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasalah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu takikut perangai kucing la)
** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...
Aku baca article ni aku terigat anak teruna aku si SIMBA tu... mmg ciri kucing aku la... muahahah.... pasangan korg macammana? Macam kucing aku tak? Larikssssss
The Half Blood Princess - In your Hands, my life begins and ends-
Title :- Doakan saya
Esok, aku akan di induce... tetiba je aku rasa tak sedap hati... tetiba sahaja aku rasa takut... esok aku mungkin keseorgangan... biasalah hospital kerajaan, tak pasti sama ada membenarkan suami tuk masuk atau tak... tapi selalunya tak... dan aku tak tahu bagaimana aku nak harungi seorg diri... Zamani tak putus beri kucupan semangat... tawakal la sayang semoga semua berjalan dengan sempurna...
Sekali lagi... Allah menentukan segalaNya... Dia yang mengkehendaki... aku tak pernah rasa takut begini... tubuhku sejuk, jiwa ku tak tenang dari tadi. Aku mula rasa sakit macam nak peyed... korang tahukan kalau aku nak peyed dulu, mmg sakit sangat2... walupun sakitnya masih tak teruk, tapi aku dah mula tak selesa... pinggang, perut ku bisa sangat...
Air mata dah tak mampu nak mengalir... ku gengam tangan Zamani... perasaan menjadi lebih tidak tenteram.... maka aku terus ambil wuduk, solat hajat dan taubat...
Ya Allah... ampunkan dosaku... Ya Allah, permudahkanlah segalanya buat ku... berikan aku kekuatan, berikan aku semangat supaya aku boleh harungi semua ini...
Aku bukan la pandai sangat dalam bab solat ni... maksud aku secara detail... aku buat sekadar yang aku tahu... Tapi sesungguhnya aku harap sangat doaku Allah terima...
Pada semua... aku mohon maaf... sekiranya aku ada salah dan silap terkasar bahasa...
Pada ibu dan ayah.... Along minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki... dari along lahir sampai la sekarang, kasih sayang ayah dan ibu takkan along lupakan... halalkan segala makan minum dan pakai...
Pada adik2... Maafkan akak kalau ada salah silap... maaf sekiranya aku bukan kakak yang terbaik buat kalian...To Rafidah expecially... you been such wonderful sister... terima kasih di atas kegembiraan, dan kesedihan... tak terbalas jasa mu sampai bila-bila... i love you and you will be in my heart... dan to didi... jadilah anak yang baik...
Pada mak dan abak Maaf kalau cida bukan menantu yang baik... terima kasih mak dengan abak banyak memberi tunjuk ajar pada cida dan tak pernah mak dan abak membezakan kasih anak dan menantu... mak dan abak telah menunjukkan erti kasih yang sebenar... cida sayang mak dan abak
Pada In law and future in law Kak long sayang korang... you all the best... maaf kalau sepanjang akak masuk dlm family, ada salah dan silap... thanks to che ta, anyah, fifi, hasra, awie and ijat... korang dah banyak membantu along dan kak long...
To my Niece and nephew Rayyan, Aisyah,Aliya, Amira, Amirin, Naufal and Nazmi... mak long will always love you all... u all always in my heart...
To All cozen and relative Terlalu banyak nama yang nak ku sebut... tapi aku bersyukur kalian sangat2 mengambil berat tentang ku... terima kasih banyak2... tak terbalas jasa kalian terhadap ku... doa dan sokongan kalian hanya mampu di balas oleh Allah.
and to my beloved husband... I love you...ampun dan maaf sepanjang kita bersama... terima kasih di atas kasih sayang B selama ini... kasih sayang B tak mungkin ayang bandingkan dengan sesiapa pun... Terima kasih sbb B sanggup susah senang dengan ayang... sebagai manusia kita hanya merancang dan tuhan menentukan segalanya... ayang tak pernah rasa menyesal memilih B sebagai suami... B seorg suami dan ayah yang sangat penyayang, sangat mengambil berat, walaupun kita hanya memegang title bakal ayah dan ibu, but sepanjang pregnancy without fail you show ur love and care and you know what the best for me... no one will ever take ur place... you complete me sayang...
Mungkin korang kata aku mengarut... terpulang... i just save my last word to those ppl i love... in case apa-apa jadi pada ku,kan?? Setelah apa yang terjadi, aku jadi semakin takut... apa lagi ini merupakan pengalaman pertama aku... aku tak tahu mcm mana rasanya... apa pun tolong doakan tuk ku ya... Sekali lagi sekiranya aku menyakiti kalian sama ada secara langsung atau tidak langsung, aku harap sangat korg dpt maafkan... take semua... doakan semoga esok semua berjalan dengan lancar... aminnnn
Title :- Ward 2A putrajaya
Aku dah masuk ward kat Putrajaya... so sekarang berada kat ward 2A... katil??? memula kat katil 24... pastu Pidah minta aku di pindahkan ke ward sorang... sbb aku tak leh nak dengar suara baby menangis... melihat wanita2 mengandung... bukan aku cemburu atau sakit hati, tapi tah... sedih... anak tak ada, perut yang selalu ku bayangkan besar pun nan ado dah sekarang... pilu je tengok sebenarnya...
So Pidah adik yang prihatin... dia minta aku di pindahkan... sbb suami atau sesiapa pun tak di benarkan menemani... so alasan nurse kat situ takut suami org lain pun dok teman... Pidah bagi tahu that i need support dan teman sbb losing a baby is not eazy... tengok baby org sekeliling, suara2 bayi... ooo aku boleh giler uolz... Time aku masuk tu pun, Zamani dok peluk aku... sentuh pipi aku sampai aku tertido. Aku tahu dia pun sedar aku mudah mengalir air mata bila dengar dan lihat semua tu... sampai aku suruh dia tutup tirai... habis suara baby semua??? tutup telinga plak ka?
Masuk2 ward jerk kena pakai uniform... sangat besar... time tu aku ketawa... Zamani pun gelak sama... lawak tul... macam badut pun ada... than sempat la aku tertido sbb time melawat jam 4 petang sampai kul 8 malam... time kul 4 tu family member masuk... Alhamdulilla sedikit terhibur... Zamani bawak lapy tuk aku... sbb kalau bosan2 boleh la on line kan... macam sekarang...
Kul 4 minum petang... berbual dengan ibu, Pidah, Che ta, Hasra, Ijat sedikit sebanyak buat aku lupa kesedihan yang aku lalui...
Dalam kul 5.30 aku di pindahkan ke ward 28... Doktor dtg bagi tahu ubat akan di masukkan awal pagi esok kul 6.30 pagi... sob sob... uh tak tahu apa aku rasa... sedih... tu je ungkapan yang aku boleh katakan... tapi aku tak sanggup nak siksa jasad Aryssa yang lama dlm rahim ni... biar la kami sempurnakan jasadnya...
Kul 6 Zamani balik umah ibu ambik barang2... than kul 7 Zamani lak minta diri tuk balik Shah Alam tuk uruskan pengkebumian Aryssa nanti... tak tahu la... aku harap tak ada lah masalah komplikasi atau masalah waktu nak keluarkan jasad Aryssa nanti. Harap esok semuanya boleh berakhir. Now aku sorang kat sini... busan... nasib baik ada TV yo... heheheh... kul 7 tadi diorg hantar nasik tuk dinner... oklah cume tah tekak aku tak sedap sangat... so yang habiskan ibu... heheheh... tak pa la... berbaloi jugak... kalau idok??? baziq gitu je...