Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, December 14, 2012

Tua ke?

Terasa tua dah... dulu bukan main lagi di tegur jejaka2 (time blm kawin la). Dah kawin plak mostly kawan-kawan dan bekas2 scandle yang sibuk nak tahu perkembangan hidup... hahahah tak bole bla... but they are good one! dont worry... kalau niat tak baik dah lama wa blok kasi tak nampak bayang wa pun! Chewah...

Me and Zamani no secret. Kadang2 aku cerita, dia menyampah pun aku suruh dia dengar. Kang tak nak la dengar dari mulut org.

Tapi jangan risau la... sejak beranak ni, saham mmg jatuh merundum. Bayang2 nak masuk pasaran  pun tak layak... hahaha... tapi sekarang di tegur oleh???

ANAK KAWAN ok.....comei je rasa... dan terasa aku dah tua dah... hahaha

My friend ni mmg kawin awal. Kawan pertama masuk sekolah. Ingat lagi time masuk darjah satu. Aku mmg tak suke nak pergi sekolah. Nak duduk bawah ketiak mak je. Melalak2 la walaupun pernah je masuk tadika. Mengada! amani iman ko jangan ikut ibu dahhh....

So my friend ni la kawan yang pertama... terasa sangat di jaga bila ada dia... sampai la sekarang, we still friend. Tergelak2 bila ingatkan balik saat tukan... cis selalu perli aku kalau citer lama2 ni berulang lagi...

Sometime aku senyum tengok FB wall anak kawan aku ni... dia anak no 2... yang sulung dah 12 tahun dah umur. Ni yang adik. Mmg ramah. Kalau datang rumah aku pun tak segan nak berbual dan bergurau senda compare dengan abang sulung dia...sangat manja.

AZEAN!!! kau buat aku tua!!!! Y!!!! hahaha... Dia pulak jadi muda sbb semua kata dia bawak adik dia jalan2... cis! anak mu panggil ku auntie... panggil kakak terasa sangat syurga!


NAMPAK???ok kasi zoommmm



Well aku kat opis mmg on line, sbb FBkan boleh online. Kadang2 mereka yang tak ada YM or MSN tegur aku kat sini. Kadang2 jugak malas nak log in kat YM or MSN so peluang pada kawan2 tuk tegur saya di sini... wakaka...

Betul ini bukan la alasannnnn.... satu kebenaran... tak ada masa la nak update bagai. Kalau update pun aku akan update dr phone.

Ok menipu! sometime... so bila org tegur! oii makan gaji buta this and that... lantak korang la... uhuhu... sememangnya aku bz... update blog pun weekend MALAM!!!!! LEPAS AMANI IMAN TIDO! So cerita ada sikit kebasian...janji update... yer tak???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Kasut baru


Budak ni tak reti nak jalan lagi... Tapi kasut kena tukar saiz... Sigh...

Saiz 5... Giant kaki ko ni nak... Agaknya sbb kaki tu saiz besar ko takut nak jalan eh????

Take time... Ni ko meniarap pun payah nak kejar... Kalau ada kaki??? Sedia la kena tambat nak oiiii

Thursday, December 13, 2012

Wipes

Pengunaan wipes pun boleh jadi isukan? To me nak lap bontot baby je. So tak perlulah nak mahal2... Nak beli kat mothercare bagai. Tapi opcoslah kalau wipes mahal ni adalah protection tuk protect baby skin bagai. Hygne kena jaga. Air kencing dan najis baby ni tajam. Tapi sejak amani iman dah mula makan, aku mmg gunekan wipes hanya untuk tanggalkan kotor kat bontot dia sajer. Lepas tu angkat ke singki basuh. Kena didik la, lagi la kita islam. Rasanya dah mula ajar anak tentang kebersihan dan cara bersuci.

Kita nak solat pun tak was was. walaupun najis budak ni tak berat tapi aku tetap was was. Kalau travel aku beli spry sajer. Tapi kat rumah mmg angkat amani basuh terus. Kalau dia tido pun aku gune spray je tuk bersihkan.

So kalau pasal penggunaan wipes aku tak kisah sangat.


Dalam banyak wipes, aku suka pakai anakku, prureen dan sbb dua2 jenama yang mahal ( aku boleh consider mahal la) 2 bungkus RM 13 to RM 15, agak mahal. Tapi aku suke sbb ada bau. So kalau sesak napas at least wipes ni membantu mengelakkan bau taik yang mencucuk2 hidung. Hahaha

Tapi try tesco choise ni, elok la... Wangi pun wangi. Murah jugak la serendah RM 8 dua bungkus. Lagi satu aku suke sbb ada penutup. Tak la kering jadinya.


Tapi kalau suruh cik tipah beli. Dia suke johnson and johnson ni. Aku dengan adik2 aku membesar dengan product johnson and johnson ni. Yer la zaman kitaorg mana la ada jenama lain. Sekarang bersepah2. Akibatnya mmg wipes yang paling atas tu kering sbb tak di tutup baik2. Oh ni lagi mahal... Dua bungkus RM 19 lebih?? Boleh beli tesco choise wipes tu 5 kot...

Tak ada bezanya punkan... Bukan jenama menjadi ukuran tapi kualiti barang. Mahal tak semestinya bagus.

Daiso

Korang pernah pergi ke Daiso? Alaaa kat jepun tu... Hahaha... Ok berangan sekejap. Daiso kalau kat singapore, barang diorg semua SGD 2 tapi kat malaysia ni RM 5. Macam2 ada... Kadang kala ko terpikir tak logik harga barang yang sepatutnya mahal jadi RM 5 jer. Tapi!!! Dalam ko cakap logik tu, sila tahu diorg pun jual air tin, makanan ringan tapi dari jepun. Aku was was tentang halalnya... Tapi kalau teringin nak merasa baik tak yah la... Takkan ko beli kacang RM 5 kot. Air tin setin RM 5 dah ku kira kamu bukan pengguna yang bijak. Hua hua hua...

Tapi aku mmg suke masuk Daiso... Suke sangat. Lagi2 tengok barang2 macam pinggan mangkuk, bekas2 makanan ala ala jepun ni. Tapi abang zamani korang malas nak layan.

So semalam beli 4 barang je RM 20....

Apa aku beli?


Yah.... Dengar dulu cerita saya... Bola amani tu bukan 3 bijik. Ekceli kalau kat tesco 100 biji baru 49.90 so yang ni 20 bijik RM 5. Aku tak nak beli pun TAPI ini budak dah buat harta sendiri. Capai tak ku tahu bila, habis dah dia gigit2 bola2 ni tak harus la ko letak balik. Ermmm beli je la.



Apa nama benda ni? Magic clean eh. Org malas macam aku malas nak on vakum. Malas nak sapu2. Senang letak tisu ko tolakkkkkkkk je.... Melekat semua habus, rambut2 yang berguguran, terus buang je tisu tu.

Kat tesco bole tahan jugak la... RM 39 paling murah. Ada sekali tertipu, beli2 barang termasuk magic clean ni tetiba kena bayar RM 200 eh? Pahal? Rupanya dia punya kayu tu RM 60 dan tisu dia RM 15 tuk 80 helai....

Pitam.... Tertipu. Terus gi kat customer service minta refund. Sorry la sangat... Tak payah argue dengan aku. Lagi pun harga diorg tak letak. Sbb aku tengok yang paling mahal RM 49 so buget paling mahal tu la... Nak bayar tuk dua barang hampir 70 lebih, mmg tidak. Jadi ko dah jumpa RM 5 mau ko tak ambik? Aku test kat Daiso... Mcm ok je... Hehehe... Benda murah ni sometime tak boleh pakai jugak eh? Tak pa, kalau tak mencapai piawaian tak ralat sbb murah.

Tisu dia pun RM 5.... Kalau yang basah (kira berfungsi as mop) pun sama tapi aku was was nak ambik sbb betul ke semua barang RM 5? 150 juta kali tengok papan tanda yang tertulis kat rak2 di situ

SEMUA BARANG BERHARGA RM 5....

Ok semua barang RM 5. Dan bukan BERMULA DARI 5.

Maklumlah ai dari jerman susah nak faham bahasa melayu ni. Hahaha. Tengah nak bayo... Nampak pulak beg hello kitty ni.


Kalau tengok kualiti beg ni mmg murah la... Tak la seperti yang original. Tapi sajer je beli sbb nak masukkan ipad. Sbb beg ni span, so nak masuk dalam hangbeg senang. Tak la berlaga dengan kunci, phone dalam handbeg. Dan tujuan utama nak elakkan si amani iman ambik ipad dalam beg aku... Dia cukup kenal ipad ni. Melakak2 kalau nak ipad tu. So malas, tukar cover, dia tak perasan sangat. Hahah kijam kan seorg ibu?

Abang zamani jeling je bila aku cakap niat tu...

'Jangan lupa, ipad tu kongsi... Dia punya sama...' Belum capai 3 tahun, tak payah!!!!

Ngeh ngeh ngeh

Wednesday, December 12, 2012

Mimpi itu ngeri

Minggu ni banyak sangat kisah rumahtangga kawan2 menjadi igauan aku. Chewah kawan2 tu macam banyak je bunyinya... few la... dan aku rasa mereka2 ni di landa ujian Allah untuk menguatkan lagi ikatan perkahwinan tu. Sejauh mana kita bersabar, sejauh mana kita bole mengatasi masalah ini.

Ok panjang menulis pun tak guna... sbb aku ni bukan la bagus sangat. Tapi bila dah banyak dengar cerita sampai terbawa2 sampai mimpi la...

Ambik ko! Allah bagi trial feeling je... sbb mungkin nasihat aku ni unsur riak or lagak...kan? tak kena bole la cakap. Semalam mimpi daaaaaa

Tengah bawak si amani iman jalan2 pi rumah my MIL... nak sampai rumah MIL nampak kereta aku ok!!! kereta aku... bukan kereta Zamani tau (kot nak bawak aweks pun pakai la kete sendirikan? hahaha) ... Zamani keluar dengan seorg perempuan. Sengeh2 laki hakak tu...

Oh drama tu mmg nampak real!!!!

Zamani siap pergi bukak pintu kereta dan rangkul pinggang perempuan tu... so special siap bawak bakul hadiah lagi...

Ha sampai situ je... sbb aku mimpi Amani tarik tangan aku sekali sedar amani meronta2 bangun minta susu... Waaaaaa terus sentap! Aku cube lupakan mimpi tu.. tapi tah sakit hati plak... Amani la ni kacau... kalau tak mmg aku serang dah... hahaha...

So during lunch aku tak tahan... kena gelak dengan Zamani pun gelak la... ingat dia nak gelak... tapi dia hantar msg sweet... oh saya nak balik rumah masak sekarang! hahah tetiba....


Walaupun aku tahu dia balas mesti tersengeh2... sbb kalau dia gelakkan aku, dah tentu dia tahu bini dia SENTAP!

Respect! Ko nampak tak CIDA!! hint tu... RESPECT! aik selalu dia selalu tulis trust, kali ni respect pulak? Glub...

Lately aku stress dengan kerja... kenapalah akhir tahun nak kena stress eh? adoii la... aku pulak jenis tak tahu nak control. Marah sorang semua kena marah. Cam mana? Tiap2 hari jugak la nak gaduh dengan customer, nak gaduh dengan budak opis nak gaduh dengan bos. Tapi bos aku tak leh nak cari gaduh, tapi aku terasa bos aku sekarang keep presure me on small2 thing tau... mencik... hetchu!

Maaf la kanda.... hakikatnya aku jugak tak boleh kehilangan dia... buktinya? mental saja tak betul bila mimpi je kot... imagine kalau betul? Walaupun Zamani pernah keluar statement aku seorg yang kuat... tapi tak jugak la... boipen dengan suami mana samakan? kita sanggup berkorban apa sahaja untuk suami... macam tu juga dengan suami... give and take dalam apa jugak situasi.

Semoga apa yang Zamani cakap tu dia maksudkan... terus je  kau insapkan? yer la perjalanan perkahwinan ni terlalu awal la... sangat awal. Of coz aku takut hal2 yang tak boleh control ni. Soal hati dan perasaan expecially. Benda lain, dia tak suke bole la kita ubah, boleh la kita ikut. Kau nak isteri yang pandai masak, ko bole la belajar dan berusaha pandai masak. Kau nak isteri kau cantik, bole la ko tepek bedak kat muke kaukan. Kau nak isteri yang kurus, boleh la isteri ko tak makan setahun dua, ... tapi tell me if hati tu berbelah bagi or tiada lagi sayang. Cam mana?

Ermmm... nanyi lagu Tiada lagi Amy Search la gamaknya.... uhuhu....


My small family....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sikit- sikit, lama-lama jadi bukit

Sajer je nak mengajar amani iman tuk menabung. Jangan jadi macam mak dengan bapak dia. Kalau nak bandingkan aku dengan zamani, aku rasa kitaorg ni sama je. Kalau ada duit tu, ada je nak pakai tau... Mencik!


Ok abaikan amani iman yang pakai bib tapi tak berbaju... Ateee fesyennnnn... My mom bole di klasifikasikan seorg yang jimat. Dia tak kerja pun, dia bole loan anak2 duit... Sangat feliks. Kau mampu buat begitu?

So mak aku ni kalau dia mengemas ke apa, jumpa syiling mmg dia simpan. Sepuluh sen pun dia kalau jumpa mmg dia dah happy dah. Sampai kena marah dengan ayah sbb duit syiling dalam kereta mesti dia sapu habis... Hahaha lawak betul.

Tapi betul, kalau duit syiling ni siapa pun peduli. Kan? Yang sikit tu la jadi banyak. Ibu aku kalau kemas jumpa duit syilling dia masuk dalam tabung amani iman. Tabung ni aku dah beli lama. Tapi nak masuk duit harammmm... So tanpa pengetahuan aku, mak aku telah menjalankan project tabung amani iman. Kalau kemas bilik aku ke, kemas hall ke, asal jumpa duit dia masuk tabung. Padan la duit syiling aku asik kurang je atas meja. Hahaha baru perasankan?

Handbeg aku pun berat sbb duit syiling. So banyak sangat sampah sarap, so keluarkan dari purse. Mau dekat RM 10 duit syiling. Hebat kau!

So aku suruh amani iman belajar masuk duit dalam tabung. Sok senang. Senang gapo??? Senang ibu pinjam duit. Hahaha


Ajar sekali je... Dia mmg gemor simpan barang2 ni jadi harta. Kadang2 mainan dia, dia sorok semua bawah almari or bawah kerusi... Mmg jenuh la nak tunggu dia masukkan RM 10 tu dalam tabung. Dah masuk, dia tonggengkan tabung nak keluarkan balik duit tu...


Bukan takat tonggeng, sekali masuk, 10 kali bagi tepukan pada diri sendiri kerana berjaya masukkan duit dalam tabung. Tention mak ko! Stressssss.... Tapi nak ajarkan? So kesabaran perlu ada.


Satu syiling tertinggal. Yang last ni payah dia nak masuk dalam tabung. Dekat sejam la dia pegang duit tu dan belek... Agaknya dia pikir...

Tinggal satu je ni... Kalau masuk dalam tabung??? Duit habisssss....

Yer nak... Mak kau mmg tak sabar. Aku rampas masuk tabung terus simpan. Dan kesannya? Menangis setengah jam tak puas hati... Hahahaha....kena marah dengan nenek... Kih kih kih. Sori la nak, mak mu mmg kurang sabar...

Tuesday, December 11, 2012

Hadiah dari mak ngah

Mak ngah fidah ni sampai sekarang kalau balik klang, or kalau kami datang rumah dia. Ada je tuk amani iman. Segan mak bapak dia nak terima sbb we all tak pernah pun nak beli apa2 tuk Rayyan.

Tak lama lagi rayyan dapat adik perempuan. And amani iman lepas ni tak ada la barang2 tuk mu nak! Mak ngah sure belikan tuk anak dara dia esok, insya Allah kalau perempuan.

Pak ngah ken jangan marah yer... Hehehe.



Kali ni citarasa org mengandung adalah baju t shirt. Mmg cantik. Dan saatu lagi leaging. Macam stokin ar sbb dia sarung je. Mak ngah fidah suruh aku letak dalam handbeg, kalau sejuk2 senang sarung ajer.


Kejam statement pak ngah ken...

'Ko pakai sarung tangan mak ko ke amani?' Mmg lawak la... Bukan pak ngah je tegur, nenek tipah pun cakap benda yang sama. Konon aku creative. Tak ada la maknanya...


Tadaaaaa.... Cantik tak???


Bagus jugakkan. Kalau pakai skirt ke apa, protect sikit lutut dia sbb diakan minah merangkak! Hahaha

Baru je dapat terus je pakai.... Nampak cantik jugak... Jadi tshirt. Selesa... Kain pun tuk panas.



Comei tak? Baju ni tuk budak 3 tahun...tapi belasah je la... Janji boleh pakai. Tak la besar sangat. Tapi bayangkan ler budak setahun pakai budak baju 3 tahun. Lawak mak ngah ni. dah macam pakai baju abang rayyan la pulak...

To my beloved auntie.... Mak ngah fidah!

Thank you for every thing. Banyak sangat barang yang mak ngah belikan tuk amani iman. Baju yang mak ngah beli bukan murah2... Mahal2 dan jenama semuanya... Kadang2 apa yang mak ngah beli tuk abang long, mak ngah mesti belikan tuk amani sama. Sayang mak ngah... Abang rayyan dan pak ngah. Nanti baby lahir, turn ibu lak jaga... Jeng jeng jeng... Insya Allah...














Di sudahi dengan gambar manja amani iman dengan pak ngah... Ni kalau abang rayyan kau nampak.... Mmg ko kena belasah amani iman.... Uhuhuhu









And to my sister... Tq so much!

Entry bini mithali...

Tajuk entry tak bole bla... Siapa yang sangup baca teruskan yer... Hahaha

Sebagai pembantu pada keluarga kecil ku, dah tentu aku nak yang terbaik buat suami dan anak. Pada masa yang sama, aku cube menjadi seorg yang sempurna. Biar pun aku tak tahu memasak, tapi demi suami dan anak, terpaksa mengalah. Biar pun tak sedap, aku tak mengharapkan balasan mahupun pujian. Janji suami kenyang, anak pun kenyang. Hati aku cukup puas.

And sebagai seorg wanita yang berkerja, aku tak dapat lari dari tanggungjawab di rumah mahu pun di pejabat, biarpun rumah dekat, biarpun masa kerja aku lebih panjang, bila habis waktu kerja je, aku balik dan 'punch in' sebagai isteri ana norzamani dan ibu kepada amani iman zulaikha.

Korang ingat senang eh? Hahaha...

Dan hari ni, sampai rumah pukul 730 malam. Ha! Kalah kau yang berkerja kat KL nun... So jangan la keluar spekulasi 'ohhh opis dia dengan umah dekat' / 'oh senang la dia duduk dengan mak dia'

5 hari setengah seminggu. Kadang2 most of the time aku balik hampir pukul 7 malam. Sampai rumah macam penat semacam. Otak nak jugak rehat bila sampai di rumaha, tapi tak dapat nak rehat macam zaman sebelum kawin dulu. Lucky aku duduk dengan parents aku. Tapi tang makan suami ni payah. Cik tipah komplen laki dengan anak aku ni cerewet makan. Hahah... So dia resign awal2 lagi dah.

Today story... Zamani call bagitahu dia balik lambat. Esokkan selangor cuti? So dia nak habiskan kerja . And for me lak, kena la tumpang my opis mate. Minah ni plak customer service, so dia pun kena selesaikan kerja dia so sampailah 730 malam. So my conversation dengan zamani petang tadi.....

'Ayang balik balik awal la. Mana tahu nak masak ke. Nak masak ke ari ni?'' Sudah! See walaupun dia bukan la suruh aku masak.

' kenapa? Kalau sempat masak kot... Tapi nak masak apa? Barang dapur pun banyak habis'

' yer ke? Ala masak simple pun ok...' Ayat yang macam nak kena masak ni...

' simple macammana?'

'Goreng telur dengan ikan bilis pun ok...' Jeng jeng jeng...

Acik tak boleh dengar request tu! Kesian la hai... Sampai macam tu requestnya. Aku bukan la pandai sangat masak... Jauh la! Aku ni boleh di kategorIkan mcm budak 10 tahun belajar masak. Tapi impian aku besar, konon boleh masak macam master chef. Sbb tu laki aku minta masak menu simple sbb bini dia ni bukan la reti masak sangat.

Korang tahu aku punya pikir apa nak masak dari dia call tu. Hahaha... Boleh stress tetiba. Tak yah masak la, makan luar...dah terdetik dah. Penatkan? Balik terkejar2 nak masak. Tapi macam aku cakap... Aku tak boleh ar! Dah dia nak itu je... Masak je la tu..kan? Apa susah?Makan luar pun bosan sebenarnya. Tapi kalau kat rumah ada binatang2 mcam ayam ka, daging ka, ikan ka, tak pa la... Sempat la google resepi. Ni??? Setahu aku nan ado.

Bila pukul 730 time nak balik rumah aku call dia. Chewah kalau dia pun dah on the way balik, konon nak bagi alasan makan luar... Sekali dia cakap dia baru sampai opis dia dari jumpa customer. Alahai... Suamiku! Siannya... Aku betul2 kesian. Tak sampai hati. Lupakan niat apa nak cakap, balik rumah tak sempat nak cium amani pun... Kalau aku berhenti layan si kecik ni mmg tak masak laa... Lagi la bila aku balik tanya mak aku dia masak apa... Jawapan mak aku sonang je

'Time ibu masak tak pulak ko tanya...' Haha ok jawapan seterusnya aku faham dapat agak. So masuk dapur, masak nasi. Keluarkan apa yang patut. Amani iman duduk depan pintu dapur tengok je mak dia yang biadap masuk tak peluk dia pun?

Rushing ... So dengan harapan dia balik terus makan. I know my husband la! Dia kalau tanya masak ke tak, dia tak ambik lunch la tu... Kesibukan buat dia malas nak makan lagi pun aku tahu kerja macam ni, mmg rushing closing, lagi2 kalau esok cuti.


So end up ini la dinner malam ni...

Hahaha... tengah goreng ikan bilis, zamani sampai rumah... Tengok bini di dapur dengan baju kerja tak tukar ok! Aku tahu dia mesti bangga!!!! Pitam la....

Hidang semua, makan ramai2... Oh satu nikmat. Habis je makan, uruskan amani iman pulak. Tapi lepas makan tu badan rasa betul2 letih. Macam tak percaya pulak tadikan. Terdampar sebentar kat dalam bilik. Letih. Tapi bukan bermakna aku merungut. Malah bersyukur sangat untuk hari ini.

Tadi berbual dengan zamani dia cerita dia letih sangat hari ni sbb mengejar masa tuk siapkan kerja... Betul tak tekaan aku? kalau aku tak masak, kita org kena keluar plak nak cari kedai makan pun boleh migrain tau tak? Lagi la kalau dlm keadaan lepas kerja lagi la buat ko menyampah nak pilih tempat makan. Lagi banyak pilihan lagi penat otak ko nak berpk. Betul tak? Hahah org lain aku tak tahu, tapi aku dah gune separuh hari otak tuk berpikir, so malas nak pk... Hahaha...

Berbalik pad tajuk... Ignore je la... Nak kasi gimik je. Hahah mithali la sangat... Nak kasi somi tu terharu je. Nikan nak hujung2 tahun... Kah kah kah... Motip????

Monday, December 10, 2012

Uh 2008/2009

Pening kepala...

Nak 7 tahun kerja kat sini... baru ku sedar dah 4 kali sistem account bertukar. Hebat hebat... Tahun ni tetiba ada hal plak dengan satu customer. Customer ni agak pemalas ubi nak check dia punya account. Tetibakan beza dia punya SOA dengan aku lain... lain sebanyak

RM 50 HIBU tau!!!! Bos akak kalut... akak lagi la tetiba jadi blur... that much????

So aku pun jadi malas ubi! suruh assistant aku check. Takat cheak invoice ni apa la sangat. So buget customer tak dapat la invoice...

Heloo sekali 2010-2012 semua diorg received invoice ok...

Nak tak nak kena bukak la account 2008-2009... assistant aku pun naik pening kepala. Diakan sangat efficient. 150 juta kali  masuk tanya aku  mana dia nak dapat beza tu tak dapat nak kesan...

Aku pun pening, dah la aku punya sistem account 2008 dan 2009 tak boleh nak bukak... license expired... takkan nak bayar beribu tuk tengok tu jekan... erk ada manual tapi tak tahu mana aku letak... hahaha... kose nak cari...tapi tetiba tengok ehhh ada plak zaman tok kadok punya rekod! hua hua hua...
 


Dan tuk ke 150 juta jam dari pukul 3 sampai sekrang aku tengah mencari invoice manually dengan rekod yang aku buat sendiri... arggg penat...

Nasib baik esok cuti...

Ko cuti?? hahahah... caaaloooo bete!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us






CidaZam bercerita lagi

Julia or cukup-cukup sudah???

Amani sekarang....

Jangan terkujat bila dia jugak layan cerita julia....


Tengok tak kelip2....


Ekceli dia layan lagu OST Julia tu...

Cukup2 sudah... Sampai tak cukup2 nak dengar....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails