Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, February 9, 2013

Amani Dan Rayyan

Raeessah Khalishah dah 14 hari, hari ni....tak ku update pasal diakan?

Tido je budak kecik  tu. Tak banyak ragam. Tapi dah 14 hari ni barulah dengar suara dia tu. Amani iman cukup gelabah kalau Raeesah nangis. Anak aku tukan kak nam 7, siapa pun nangis, dia follow sama without knowing kenapa budak tu nangis. And everytime Raeesah nangis, dia pukul org yang pegang baby...

Cube ko tanya dia... "Amani nak adik?" Cepat geleng kepala siap tangan tunjuk tak nak... ko tunjuk kat abak ko gitu... hahaha.... Kalau abak ok, ibu tak ok! Dah ko geng abak, ibu nak cari geng ibu jugak... Kompommmm je mak ko.... abak ko dah turun berat badan yang banyak sbb menjaga kau yang lasak. Kui kui kui...

Jangan salahkan saya, Anak dara saya makin dah besar ni dia lebih sayang bapak dari bonda! But i dont mind. Lega sikit betakan?

Fidahkan berpantang dekat rumah aku. So memula agak risau jugak la, my mom kena jaga tiga budak. Since Raeesah budak yang baik, maka dia tak ganggu nenek sangat. Rayyan pulak dah jadi asst pulak. Jaga Amani... itu kerja dia. Nenek dok monitor abang tuk jaga adik Amani....and 14 days, Alhamdulilla.... they doing fine. In fact anak aku sekarang lebih rasa selamat dengan rayyan compare nenek dengan atuk dia. Dan selalu je cik abang tu complain bila aku balik kerja...

"Eshhhh penat saya jaga Amani mak long" hahaha... Fidah pulak cakap rayyan taking opportunity, bila nenek minta ambik barang, dia suruh Amani. Ermmm that gud ekceli, sbb Amani ni ko suruh dia ambik barang, mmg tak jalan. Bagus la kena dengan abang Rayyan. Mak Rayyan pulak gelak dan cakap itu hukum karma! Sbb aku buat macam tu sebijik kat dia waktu kecik... Sigh! Apa hal!!!

Apa la sangat budak 4 tahun tu nak buat kat budak setahun lebih. Sekarang Amani dah boleh harap!

Boleh harap dengan ambik Ipad sendiri. Damnnnnn! Gugur jantung aku. Siap bawak ke dapur bagai. Ko dah la kecik! Terhuyung hayang bawak Ipad. Ipad je la yang dia rajin bawak.

Satu lagi yang best bila!!!!!! yer..... Rayyan mulut boleh tahan. Dia takutkan Amani, panggil mak dia Hantu Kopek! Paling lawak... menulis entry ni pun buat saya gelak tak henti... org dalam pantangkan?Biasalah. tetiba dia geli bila mak dia BF Raeesah. Dia cakap mak dia hantu Kopek.

Tah! Amani macam faham apa tu hantu kopek. Jumpa Fidah dia melalak takut...

   And this is abang long take place.... pujuk adik amani iman. Amani iman sesat dalam rumah sendiri **mata ke atas**. Selalu masuk bilik nenek cari nenek, kali ni masuk jumpa hantu kopek... wakakaka... melalak la anak ku tu...

"Kan abang dah cakap jangan masuk bilik ni... mama abang hantu...."

Nasib baik anak adik, kalau anak sendiri cakap mcm tu, aku cekik ko!!!! Ekceli aku rasa Rayyan refer hantu as tak cantik, busuk, horror!!!! Sbb dia bukan berani pun tengok cerita hantu.

So ibu cakap, for past few week dia kat sini, dia banyak jaga amani iman. Being abang is hard kan Rayyan?

Will update pasal Raeesah nanti... last week semua org sakit satu rumah. So i not dare nak dukung si kecik tu.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, February 7, 2013

Perhatian!


Perhatian! 

Perhatian!

Tu laaaaa tak perhati betul2.... sblm hari yang yang di tunggu bukan main ko ingat. Dah tu lupa... padan la, tengok tarikh,  macam kena buat sesuatu je hari ni... tapi pikir balik apa nak buat???

Yes! Its Audra  Adyra Besday!!!! Besday yang pertama! And i'm  a bad auntie sbb lupa. Kak long and kak ngah gigih la ingat! Mentang2 Adyra kecik... tak nampak terus!

Dan mak long adalah manusia yang paling bz dalam ini dunia! hahahah sila la gelak Adyra... Nak buat apa pun tak boleh kalau dah Amani je yang pegang semua gajet mak long...



Well our little one! Hari ni genap la 365 hari kamu... mak long masih ingat sepanjang minggu Feb 2012, kami boleh kena heart attach!

Mummy ulang alik masuk KPJ... tapi bila benarkan keluar hilang la suprise tu... than on the 7th Feb di kejutkan kak ngah dah bersalin... agak kecewa sbb since you are so small, mak long tak boleh pun nak tengok. Sbb Adyra kecik sangat...

Kecik ke?? Time abang Umar pun cakap kecik. So i was thinking kecik pun mesti kecik abang umar. 

The day kamu di benarkan balik... nampak abak adyra pegang botol air yang berbalut... hahaha dalam hati apa kena nak balut botol besar yang 1.5l tu... 

Nah! Ko sehalus botol tu je... botol tu pun gemuk/besar kau tahu... sumpah! Mak long takut nak pegang... anak patung pun besar. Sekecil2 Amani Iman, kecik lagi ko adyra.... ha sila la bayangkan..

So Adyra....mak long ucapkan selamat hari jadi yang pertama kalinya... as usual, u might not know what so special on this day. But its meant a lot to Mummy and abak. Mummy ko legaaaaa kau keluar. Walaupun kecik, but Alhamdulilla, your are little Adyra yang kecik tapi semangat yang kuat!

Semoga Adyra menjadi anak yang soleha, adik yang sentiasa menyenangkan abang dan kakak2... anak yang sentiasa dapat membahagiakan kedua ibu bapa. Mak long sayang Adyra sama seperti kak long, kak ngah dan abang Umar. Not to forget Humayraa as well. 

Selamat Hari Jadi buat kamu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Wednesday, February 6, 2013

Bayangan

Cube kita bayangkan sama2.... Walaupun tuk seketika... Biarpun apaorg nak kata, aku hanya mahu bercerita.




Nama saya Arisah...

Umur saya tahun ni 4 tahun...

Tersentuh hati ni.... Terus snap gambar budak ni...

Kalau MY Aryssa masih bernyawa... Dia sebesar ni... Matanya... Wajah dia... Sungguh menenangkan.

Meh la kita kongsi rahsia sikit. Aku selalu bayangkan aryssa seorg anak yang lembut. Kalau aku cakap NO dia akan duduk dan patuh dengan arahan aku. Aku selalu bayangkan, Aryssa seorg anak yang pemalu. Seorg yang lembut.

Dan mungkin Allah kabulkan apa yang aku minta... Walaupun tuk berapa minit sahaja.

Bila dia main dengan Amani, lagi la tersentuh hati. Well when i tag zamani her pic, aku tahu dia faham apayang aku rasa. Dan Arisah ni tetiba jadi baik dengan zamani. Time tu zamani beli coklat, so berlumba2 amani dengan arisah nak makan coklat. Yang amani pun seronok, makin cepat dia sumbat coklat dalam mulut dia sbb nak cepat habis.

'Kakak punya banyak lagi....' Dia tunjuk coklat kat tangan dia. Amani terus lari kat zamani nak dapatkan coklat tu.

'Arisah nak lagi? 'aku tanya.

'Nak, coklat Arisah dah habis' Alaaaaa rindunya...

Rindu pada situasi yang belum pernah jadi pun.




Aryssa... Biarpun sampai sekarang.... Ibu tetap rindukan kamu...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Hospital bangsar, kuala lumpur

Tuesday, February 5, 2013

Di usia 21...

Lepas majlis perkahwinan kat Melaka, we all singgah ke Seremban. Ekceli that day hari jadi adik bongsu aku. Tak plan pun. So call pun tidak. And i know my mum miss herlah kan. Kata besday anak.

Tak tahu la dia kerja or tak hari tu. Kitaorg pergi je.






Ha buat kecoh depan tempat kerja dia. Tengah nak lunch break. Lunch break 2 hours. Elok la tu... Timing mmg kena la. So aku dengan zamani belanja besday gurl makan. Kata nak makan kek, so ke SR la kita.







Muke budak yang dah cukup 21. Dia merengek kat mak aku, ungkit sbb aku dengan adik aku si fidah dapat kek kunci bila kitaorg masuk 21 tahun. As kunci kebebasan. Layak ke ko nak minta? Aku terus cakap, buat je kek manga! Kalau boleh solex terus. Nak kunci minta aku dengan fidah. Hahah hebat tak? Muncung je muke.










Different age 12 years. Yer saya yang banyk jaga dia. Dan dia ni mmg takut dengan aku. Tak berani kalau aku cakap tak boleh, dia mmg tak berani lawan. So aku dengan dia mmg tak serasi sangat. Dan dia tak banyak cerita apa pun dengan aku sbb tahu aku mmg suke bantah. Hahaha. Tapi sbbkan ari tu hari jadi dia, so layankan aje.







Amani mmg tak rapat dengan didi. Tapi asik pandang muke mak cu dia. Yang si didi pulak suke sakat dia. Melalak2 si amani iman. Anyway amani dengan org
yang dia tak rapat sangat, dia mmg ada rasa lain macam sikit.








Request from besday gurl nak makan brownies jerk. Yang lain tak kose nak makam kek. Semua dah kenyang balik dari rumah org tawin kat melaka tu













Having tea je... So ambik benda yang ringan. Apa pun happy besday to Didi...we love you.









- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Seremban

Majlis perkahwinan

First 13 januari tu ada sedara kawin. Erm sedara ke? Kakak sepupu aku punya adik ipo yang kawin. Memula tak nak pergi. Sbb yang nak pergi en seli dengan cik tipah yang nak balik. Weding kat melaka. Diorg plan nak bertolak lepas subuh. Tapi! Kita mampu merancang je. Pagi tu hujan lebat. Kereta cik seli pulak tak ada air cond. hahaha dont tell me diorg nak ke melaka all the way tutup tingkapkan?

Suruh bawak kereta aku or zamani, ayah tak mo. Sian pulak. So zamani cakap kita pergi sama. Boleh bawak Amani jalan2 jauh sama. So ke melaka la kita.

Sampai Melaka pukul 1 petang. Terus ke bukit katil, jenguk nenek aku dan rehat sebentar.

Budak yang menjadi raja bila duduk dengan atuk dan nenek kat belakang. Kalau dah atuk yang jaga mmg naik lemak. Buat la apa nak buat...



Majlis perkahwinan kat dewan area semabok Melaka. Tema warna biru.


Kalau kat Melaka, majlis kawin diorg mmg cepat betul habis. Time sampai pukul 2 petang, tengok pengantin dah berarak. Tengah snap gambar dengan kawan2.

We all yang dari jauh penat... Terjah makanan la gamaknya. Hohoho


Laapar weiii


Lega bole makan dengan tenang bila anak ko tido. Aku dengan zamani dengan pantas dan tangkas makan bersama. Hahaha kalau tak? Sorang makan sorang telan air liur. Siap makan pencuci mulut ko tahu. Lalalal tinggal tak sempat nak nanyi je. Hehehe


Yang pakai baju oren semua kendarat. Aku rasa org2 dewan or rela kot. Gigihkan pakai baju oren yang jenis terang ni.


Pengantin. Yang lelaki tu adik ipar kakak sepupu aku. Dulu kecik je budak ni. Tahu2 dah kawin. Kecik ko kata? Tak silap umur dia 28 dah kot. Dia yang tua ke aku yang tak sedar dah tua? Hahaha

Tu anak buah pengantin lelaki. Lawak tak nak turun pelamin. Dah tak pasal semua gambar dia ada.



Mak aku? Mmg wajib bagi dia ambik berkat ni. Tapikan aku rasa untung bawak ibu datang majlis. Sbb mak aku mmg suke mengumpul cenderahati dari majlis kawin ni, kalau korang nak tahu. Memula marah jugak sbb semak. Kalau bunga telo tu nak jadi hiasan pun biar la satu jenis, tapi penghargaan kata mak aku...bole bagi award kat cik tipah ni.tak rugi tetamu macam dia ni. Tu yang anak buah aku sumbat apa yang patut sbb dah tahu nek long (pangkat mak aku) mmg suke kumpul.



Aku nak cakap pengantin tu budak lagi... Ko tengok anak buah aku ni. Dah besar. Tah dua tiga tan diorg plak kawinkan. Siapa tahu? Mirin dah form 5 and mira form 3.



Us! Mak diorg yang belakang nun.... Ha! Dah macam kakak diorg dahkan? Tu yang syok kawin muda. Sok amani iman dah besar aku dah tua dah. Jangan kawan dia kata aku ni nenek dia sudah. Hahaha harus ku telan kolegen hidup2. Kih kih kih


Nak balik pun tido lagi mak cik kecik ni. Dapat la mak bapak dia makan, berbual dengan aman... Nak balik baru bangun.



Bila tengok org dia tak kenal, maka mula la drama dia.... Harap maklum!


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Melaka

Monday, February 4, 2013

Lepas geram

Terus naik bilik bila tengok amani iman naik hangin. Budak tu kalau tgk mak dia naik hangin baru ada akal kot. But i prefer diam. Tenung sampai nak keluar biji mata ni, dia nak nangis, dia nangis.

Budak lagi, masih tak tahu apa2.

Mmg la. Kalau org tua dah lama dah. Bukan kena pukul, kena pijak terus. But i know its anoyinglakan dgr budak merengek. Tapi kalau ikutkan sgt lain jadinya. Sometime aku sendiri confuse how to train anak sendiri.

Macam td, isu satu je. Dia nak tengok vedio. Selalu dia pandai pilih tp kali ni mengada. Aku depan dia ni. Yg abang zamani nak g makan. Nak abak dia layan dia. She know me well. Dgn ibu i can not do what ever i want. Tp dgn abak he just follow what ever i ask him to do. Abg Zamani x layan, meronta2. Melalak mcm aku pukul.

Ibu look at me. I know she disagree sbb aku buat tak tahu je. Aku buat x tahu bukan sbb nak lepas tangan. I just want iman belajar. Tapi semua tak faham. Dia melalak je, ramai yg entertain. And yet im a bad mother la kan? Kalau atuk dia ada lagi la sentap tgk cucu di perlakukan macam tak ada mak.

I know zamani sakit kepala. And dia malas nak dgr anak bising. But toooooo much la. Makin hari dia makin menjadi jadi. And now kalau dia nak satu barang and kita tak bagi dia gigit tangan kita. Proteskan tu?

Aku tunggu je dia buat macam tu kat aku. Tahu la apa aku nak buat.

Zamani pernah ckp kat aku the reason amani tak manja dgn aku sbb aku selalu tak hiraukan dia. Sbb apa? Im her mother la! Ada benda yang aku nak dia belajar. Dah semua manjakan dia sok apa jadi?

Aku sendiri dia tak hormat?

Tah... Give up actually. Biar la org nak ckp aku bad mother or bad wife. Mulut orgkan? Korgkan pandai menilai. Anak rapat dgn bapak je bapak la banyak berkorban. Macam aku ni beranak je tak jaga. Macam aku abaikan kebajikan dia.

Sedih jugak bila abang Zamani keluar statement

I pun kerja tapi apa pun i utamakan dia balik balik kerja.

Halooo siapa sampai umah dulu? My duty as mak bukan main je dengan anak. Tu yg malas. Cakap kang kata kita ungkit but that is our responsibilities. Tak payah la cakap or bgtahukan.

Memang bapak skrg dgn bapak dulu lain. Even i admit alhamdulilla la zamani not like my ayah last time. Aku tahu anak aku bersih. U want money i give. Pandai2 uruskan anak.

Cume aku rasa amani x boleh di manjakan sangat. Tgk dia tah. Bila tengok dia mengamuk2 nak barang terasa macam satu kegagalan kau tahu. Kalau pagi tukar pampers dah jadi raja pulak org nak pujuk dia. Tp kat tangan aku ok je. But kalau abak dia ada, alamak! Cukup mengada. And yet zamani ingat aku garang sgt sampai anak tak nak. Aku ni dah sama taraf macam mak tiri dah kau tahu. Ingat aku tak sedih anak tak nak kat aku?

Ibu ckp ini bukan slh didikan but she follow my attitude. I was like....... Halo ibu! Okla diam je. Cucu emaskan. What to do. She just not lucky to have mom like nenek. Sbb mak dia kurang sabar, kan?


via Amaniiman iPhone

Tuesday, January 29, 2013

Skin care


Muke sekarang dah macam.....

Macam.....

Bermacam macam....

Mmg rungsing. Well aku tak nafi la sbb stress lately... Kalau kerja tu, niat di awal pagi nak balik 530 petang. Tapi bila dah habis time kerja extend sampai pukul 7 to 730. Bila last minute kerja ni la yang payah.

Aku mmg gelabah kalau muke effect apa2. To tell uols... Muke ku kini??

Nampak tak benjolan2 di muke ku? Stress ko! Tak tahu la aku tak serasi dengan apa.... Menjadi2 naik jerawat and yang paling best bila kena tegur dengan abang zamani korang yang mulut dah tak berapa nak manis dah...

Main tegur je...

Cube l dengan nada yang syok sikit... Ni?

Dah macam si amani pulak....

" eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeedeeeeedeeeeee" panjang EEEEE dia... Yup! Amani kalau benda yang dia geli ke, tak suke ke dia akan cakap eeee.

So berejam2 la aku kat watson and gurdian. Padan muke ko! Aku habiskan duit dan masa!

Kan aku habaq aku pakai Vasia??? Mmg tak serasi. Naik segala semua jeragat dan jerawat. Tukar balik to olay yang aku pakai before, sama je kesan. So ini hasil rembatan


Hada labo trial pack! Pencuci muke dia mmg ok... Sbb saya penguna pencuci muke hada labo. Than toner dia more mcm air cristal ( hahah air cristal pun tak pernah tengok... Sukati aku nak cakap MACAM?) alaaa yang pakai SKII tu tahu la kot... Wahhh sekali lagi macam pernah pun pakai SKII. Hhaha.... Ko la versi murah....

Lembam, lembut muke... Tapi jerawat i tak surut.


So mungkin kena tunggu dengan kesabaran.


Perlukan ubat tuk kulit... Ada hormon tak betul ni. Ingat nak ambik EPO. Hahah kulit licin yer adik2 kalau makan EPO tu... Bagi yang tak tahu EPO evening prime oil. Tapi bersedia la nafsu makan tu... Membuak2. Abang zamani korang dah suruh akak makan EPO tu. hahah nanti bang... Kang lain jadinya. Kih kih kih...


Than yang ni serum tuk jerawat. Alhamdulilla berkesan. Cepat jerawat susut. Perhhhh bila pikir balik asal aku kena beli Sendayu Tinggi yang sampai RM 26! Padahal beli je johnson clear and clear tukan... Tah2 RM 6-10 jer...

Tak pa... Nak cantik...

Ho ho ho....

Lama juga tak buat facial. Ermmm tak jumpa tempat yang aku betul2 suke. Akak yang akunselalu buat tu dah tutup!! Eeeee salah dia la ni!

Tapi betul. Mmg stress lately... Kerja, rumah, family. I bukan super woman yang boleh bagi perhatian sama rata. Sian anak aku, now malam tido, tido atas badan aku tau... Siankan? Susah abak ko nak kacau ibu... Wakakaka....

Amani terlebih manja sekarang. Kalau minum susu, aku tengah baring, dia ingat badan mak dia ni tilam, main landing je atas badan. Tak pa... Ibu tak kisah. Kalau aku jalan, dia suke paut kat kaki. Kaki mak ko dah macam pokok merbau... Ko jadi pokok tumpang pulak...

Yer itu antara sbb kulit muke saya berjerawat....

Tetiba!

Monday, January 28, 2013

My Raeesah Khalishah

Welcome my dear Raeesah. 26 jan 2013...

Mak long org paling teruja after mama and papa... Waited her so long... Hahah overkan? Terasa nak anak lagi. Lalalala...

Saturday, January 26, 2013

Si rabun

Sbb pertama aku selalu elak drive sendiri especially kalau malam adalah sbb aku rabun. Oh sakit hati beb drive dlm keadaan x nampa. Stress!!!

So sila faham
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails