Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, March 6, 2013

Gedik gedik

Salam

Amani dah setahun 5 bulan dah... Cakap tu belum lagi. Tapi takat panggil abak tu laju ler...perkembangan dia tak banyak sangat. Cume kaki shopping. Pantang gi shopping mall... Ko bawak speed mart pun dah terasa macam shopping kat klcc dah... Hahaha... Sian anak aku

Than kaki ipad.

Now? Dia dah pandai control ipad 97 percent. Sejak abang rayyan stay sini, lagi bertambah bijak. Perh terkejut. Dah pandai main puzzle ok! Aku tak tahu sama ada dia menghafal or main tekan je apa dia nak tekan. So far match alphabet dah takat E...

A for ant
B for bear
C for cat
D for dinasor
E for elephant

Masuk F dah bosan... Hahaha so menu home terus!

As mak, teruja ar.... Hahahaha... Macam aku cakap bit confuse. Kalau buku, ko tunjuk dia tak minat, may be sbb tak gerak kot.

And now! Nak tido mmg gedik dengan me. So far time tido dia pukul 10 malam. Kalau dia tak mengantuk, dia main ipad. Tapi kalau nak tido ni, aku bagi dia gune iphone je. Dengar cerita. Hahah zaman teknologi, ko download je la cerita animasi, dia layan. Try jugak aku bercerita, dia bosan. Terus tutup buku.

Tapi that nite. Aku try ambik gambar dengan dia. Ipad berat sangat. So used iphone. Sumpah! Semua ni amani iman posing ok. Aku tak tipu, bukan aksi spontan. Tapi dia yang posing. Ko bg arahan je

Amani cepat senyum...

Amani cepat jangan pandang camera...pandang ibu cepat

Amani kiss ibu...

Amani tengok sini....

Bila dah snap dia yang kalut nak tengok... Dah? Dah? Hahah dia tanya kita plak sbb nak tengok hasil gedik dia...

So ini hasilnya...


Pic 1: Amani senyum and tengok ibu....



Pic 2 : Baring and look at the camera...




Pic 3 : Amani smile! (Ok pacifier menghalang)




Pic 4 : Amani! ( terus tengok camera)




Pic 5 : sayang ibu! ( terus cubit pipi ibu yang tembam dari dia) hahaha



Pic 6 : Chzeeeeeee



Pic 7 : big kiss! ( love this pic)




Pic 8 : ok flying kiss.... ( syabas bete!)

Ok genetik darah abak yang mengalir mmg la kuat...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bilik kami

Terlajak kata sila sedut kata2 mu itu

Kes nak berhenti kerja.... now my boss keep ask me to think back and hope bole tarik balik perletakkan jawatan aku tu. Macam aku cakap hati aku dah sakit. Selama ni mmg banyak aku tahan. Sampaikan bila dah resign ni aku rasa aku lagi SETIA pada boss compare dengan family. Sbb aku mencari rezeki. Abang Zamani tak banyak bunyi sbb dia tahu bos aku ni mmg selalu tolong aku. Tak kisah dari kewangan, mahupun soal kebajikan.

Tapi macam aku cakap... lama2... mungkin dia terasa beban tolong staff banyak sangat. He is nice guy. Aku kenal dia since dia usia 30 tahun lagi. And now dia dah 37 tahun beb! And mmg benar org kata manusia berubah.

I dont mind la kalau dia nak berubah. Bukan efek aku pun. Tapi bila dah efek mmg tiada maaf bagimu...

Bukan soal gaji la aku pikirkan. So apa pun i just give and take je. Buat kerja pun diam. Marah nangis... than he apologize. SMS or BBM. Sejuk la ati. Tapi bila sekarang melampau2 sampai aku tak tahan.

Now dia minta aku pikir kan balik supaya aku bole re consider tuk stay sini... Eermmm... dengan apa yang aku dapat kat tempat kerja baru???

Yes mungkin lepas ni dah tak semudah sekarang. Nak ambik cuti payah, nak mengular payah... but aku kena la hadap benda2 ni... Rezeki Allah tukan besar. Aku syukur sangat dengan apa yang aku dapat (walaupun official belum start) tapi insya Allah... semoga Allah mempermudahkan semuanya...

Niat aku nak bantu keluarga kecik ku... bukan cakap abang Zamani tak boleh nak bantu, tapi aku bab bab nak minta ni mmg tak la... ada, ada la... macam2 aku plan. Ko tahu je la, perempuan ni suke pk compare lelaki. Kita ni tulis kesan2 masa hadapan. Lelaki ni lain plak. Mula la cakap kita fikiran negative, kan? Mcm plan anak. Mmg semua dah cakap dengan aku dah tiba masanya aku ada anak sorang...

Well i include everything

Financial

Health

Soal hati perasaan anak. Ni penting... amani sekarang pun bukan rapat dengan aku. Mmg abakkkkkk je la... sampai aku sentap kadang2. Sok mengandung dah la aku jenis yang mengandung banyak hal. Lagi la amani terasing... haaa gitu... abang Zamani dok pujuk amani ok, amani ok... dia akan faham nanti. heloo pegang Raesaah je dia dah gelabah panjat and buat perangai, apa lagi adik. Kang mak dia yang tention. So bagi masa... may be at least tunggu la aku confirm kat tempat barukan... heheheh...

Dah tersasar dah objective aku sekarang ni... ho ho ho.

Eh bos aku bbm suruh aku advertise post aku kat Jobstreet. Rasa2 korang dia nampak tak resume aku kat situ??? hahahaha....

Dah nak bla ni tak pk dah... kan kan kan



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Saturday, March 2, 2013

My ibu besday

Salam...

Bulan febuary mmg meriah sikit buat keluarga aku... Sbb? Ramai yang sambut besday bulan 2. Nyaris Raeesah lahir bulan jan, kalau bulan 2 dah sama geng. Hua hua hua.

Lepas besday adik ipor aku, besday mak aku pulak. 18 feb... Buat2 lupa besday mak sendiri. Hahaha... Kijamkan?

Padahal malam tu sangatlah mengantuk ko tahu. Tapi ku tahan jebat.

Pukul 12 malam si fidah mainkan peranan. Panggil mak aku dalam bilik. Minta urut... KONON.... Org pantangkan raja. Hahah sian la cik tipah. Sayang anak, mata mengantuk pun urut... Cis! Best betul alasan tukan? Yang cucu pulak selalu buat spoil. Amani ikut bontot bapak dia, rayyan kitaorg suruh dia duduk dalam bilik. Mamat tu mana leh simpan rohsia keluarga.

Abang zamani kalau bab nak bg suprise ni dia stress sikit. Tah apa2. Org baik punya control cik tipah dalam bilik. Dia nak nyalakan lilin sikit punya payah. Sikit2 terjenguk me dalam bilik. Semua mak cik kena buatkan?




Syok oooo malam tu cina sembahyangkan?Pukul 12 malam dengan bunyi mercun , cik tipah feeling sambutan hari jadi. Hahaha...



Besday cik tipah yang ke 55 ok tapi anak dia yang bijak... Letak lilin 56. Bole pulak dia perasan. Sentap! Wakakak ampunnnn...



Us... Sorang lagi flight delay! Maklumlah org yang duduk Seremban, ostralia. Tiket sangat mahal untuk balik. Walaupun janji nak balik. Kadang2 terasa kami dua beradik je. Uhuk!




Mak aku istiharkan 18 feb tu hari cuti. Dia je cuti... Hehehe... So inilah menu sambutan hari jadi Duli Yang Sangat Mulia... My beloved mom.

Beli jerkkkkk... Ate guekan kerja.


Mak ku yg gojesssss!


Amani yang sangat menyebuk. Tak boleh atuk dengan nenek nak feeling bersama.



Candid! Nenek gaduh dgn rayyan! Rayyan suke buat nenek sedih. Tak nak ambik gambar sesama... Tak beshhhh katanya...

Dah tua2 nak bergambar dengan cucu jerk... Anak2 buat tak nampak jer... Maklumlakan... Anak tak comei mana... Uhuhuh...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan tun razak

Friday, March 1, 2013

Feninh

Salam....

Amani iman dah tido. Baru kena marah dengan aku... Sbb pandai2 mengemas rumah. Al maklum mak diakan 'rajin'. Nenek dah bersihkan almari dia dengan elok sekali. Baju tido, tshirt, seluar, gaun semua dah lipat rapi. Uols tahu je la mak aku tukan? Masak memasak dia mmg kurang tapi kalau pakai anak menantu dan cucu mmg dia jaga baekkkk punya.

So aku yang malas ni mmg la bersyukur at least my mom sanggup bantu dalam pakai suami dan anak.

Mana tahu tadi mandikan amani iman. Ambik baju yang nak di pakai. Padan la senyap je... Dia kalau dah buat salah, lari laju2 takup muke kat mana2.

Aku tak syak la... Tapi tengok dua kali dia masuk bilik dia. So aku follow...



Dah la penat balik kerja tak ilang! Terus ringan la tangan ni pukul tangan dia... Geram sungguh. Mmg dua2 tangan kena pukul dengan aku. But amani ni kalau bapak dia, nenek or atuk tak ada, kalau ko marah dia dan dia salah, dia takkan nangis. Buat hati kering. Masuk jari dalam mulut, tengok muke kita...

So bila dia buat muke puss in the boots tu, jiwa kena kental...

'Ibu pukul sbb ini salah! Kenapa buat macam ni? Tahu tak nenek penat???'

Ekceli mak dia yang malas nak kemas... Hahahah. Nenek tengok cucu kena, siap suruh rayyan jadi post man... Nanti nenek kemas balik.

See! Bila rayyan sampaikan berita, me letak jari kat bibir so that rayyan tak teruskan kata2 dia... Kang anak aku naik lemak. Amani tengok rayyan minta bantuan, mak saya jadi hulk. Tapi abang rayyan pun takut jugak, terus je lari ke depan menyelamatkan diri. Dan amani pun cepat2 selamatkan diri, peluk nenek.

Ha! Nak tak nak kenalah kemaskan. Lama jugak aku tenung baju2 tu... Bertuah betul anak aku tu.

Tengok dia dalam buai tido, kesian pulak. Dua tiga hari ni asik kena marah je dengan ibu. Nakal tahap mak dia tak tahan sampai nak kena tunjuk isyarat tangan nak kena pukul, itu pun dia tak takut kadang2.





- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bilik amani iman

Tuesday, February 26, 2013

Budak spek itam

Helo readers!


Kalau buat concert, korang datang la yer...

Anak2 abang ajies dan abang zamani korang ni kalau bergambar mmg buget artis malaya... Pak teh korang tak bole letak barang sepah2. Budak2 sekarang ni tetiba dah teringin nak posing gaya terkini.

Pak long yang tak ada kerja. Org pakai gadget advance, habis di superimpose bebudak2 ni...

Anak abang ajies and che ta dah mmg darah seni mengalir. Aisyah, aliya dan adyra. Umar je belum sign jadi rekod artis. Esok2 boleh la jadi kumpulan gerhana skaaaa bulan... Hehehe...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Umah tok mama

Monday, February 25, 2013

Saya sudah bebas!

Syukur...

Pagi tadi masuk opis mengeletar lutut. Takut bos tak lepaskan aku pergi... cheh ingat ko org penting sangat ke cida???

Dia masuk, than aku nampak dia bukak letter aku. Ok dah start pening kepala nak muntah. Aku nampak dia masuk bilik aku...

"Eh why you wanna leave?"

Tanya pulak... dua minggu lepas ko ulang perkataan suruh aku berhenti tiap2 hari kot... TIAP TIAP HARI BOS!

"Got new offer..."

"Where?"

"Shah Alam..."

"How much they offer you???"

"RM XXXX"

"How much i pay you"

"RM XXXX"

Beza yang banyak ok!!!! dia diam... mmg aku dah agak dia takkan counter offer. Anyway my new company ada benefit yang lagi ok... so salary bukan subject utama. If salary subject pertama, gue dah bla 6 tahun lepas.

"Are you leaving because of salary?"

"Not at all"

"Ok i guess u cant stand the stress here, that why you leave?"  I just smile....

"Let me know if you change your mind"

Yeah!!!! saya dah bebas! Syukur Ya Allah.... aku rasa semua ni berlaku ada sebabnya... Rezeki untuk keluarga... tuk amani, tuk bantu Zamani juga. Allah telah membuka jalan tuk aku... syukur.

Lepas confirm kat opis baru baru bole plan semua... insya Allah... Terima kasih Ya Allah....

Heheh banyak kena belanja org2 yang terlibat yang banyak mendoakan dan nasihatkan saya to make moved!




Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, February 22, 2013

Rezeki

Hari ni hari gembira buat aku. Alhamdulillah mmg rezeki. Dan syukur pada Allah kerana mengizinkan aku mencari rezeki yang halal buat keluargaku.

I just get new job offer. Lately mmg aku down sbb for 6 years plus aku kerja kat comp aku sekarang ni, tah aku down bila maruah di pijak2. Setiap kali ada je salah di mata bos aku. Aku di antara staff yg mmg jarang la kena marah, tp kena marah kaw kaw lately. Tiap kali kena marah, bos aku suruh aku berhenti. Sampai satu tahap ko tak tahu apa kerja kau, semua keja kau buat salah. Dan yg paling menyedihkan bila dia keluarkan statement 'when i make decision i will find someone who can monitor you. Yahlah i CANT ASK U TO RESIGN' perhhh sedih. Effect jiwa aku dua minggu.

And buat pertama kali after 6 years aku attend interview. Was was tp got recomandation from my auditor so selamat la sikit.

Bila tgk sesi tu bukan sesi interview terus sesi offer. Siap suruh masuk awal dan sanggup bayar opis lama. Gue keliru. Tp mmg kerja sama je dgn skrg ni.

Now!!!!!! Aku ada masalah nak berhenti pulak. Takut ada politik pulak. Ugut mengugut. Aku kenal sangat. Doa yer supaya dia bole lepaskan aku.

Yg best dekat dgn opis abang zamani. Dan yg best, ku kembali hampir dgn istana aryssa dania.

Al fatiha

via Amaniiman iPhone

Wednesday, February 20, 2013

Bila kita tak di perlukan lagi

Sedih...

Sakit hati...

Marah...

Apa je yang aku boleh buat? Ikutkan hati mmg nak bawak diri jauh2... lantak la... tapi aku bukan jenis yang lupakan jasa org... tapi hati mana yang tahan asik kena marah je... sampai aku tak tahu mana direction aku... terus jadi bodo!

Hari2 balik hati jadi sakit...

Hari2 nak pergi kerja perasaan tu dah tak ada...

Ya Allah... Kau permudahkan segalanya... aku cume mencari rezeki yang halal buat keluargaku. Tapi selama aku di sini, tak ada org yang faham aku jadi buntu... dari awal tahun semua dah berubah. Satu demi satu aku terpaksa hadapi. Cacian maki macam dah tak ada harga diri. Tapi kaki tak boleh nak melangkah sbb masih punya tanggungjawab.

Ya Allah... Biarlah ujian ini hanya buatku... Semoga tak melibatkan rezeki sesiapa...

Tabahlah wahai hati... Allah tu adil. Ada sbb kenapa semua ni jadi.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, February 19, 2013

Happy birthday lovely Brother In Law

Salam...

Sekarang nak wish2 buat sepcial entry kalau birthday ke apa dah payah dah sekarang. Malas satu bab. Setiap everytime kuarkan phone ke, ipad ke, laptop ke, duduk depan PC ada mando yang perhatikan. Dah tu sibuk nak buat jugak. Tention akak ko.

15 feb, adik ku baru minta tolong belikan apa je tuk suami dia. Kata isteri mithalikan?so direction pada kakak dia, dan 'bawak' dia sekali shopping. Habis bill phone aku hantar MMS. Hehehe...

Tugas aku beli keke dan hadiah je. Tak boleh bawak rayan sbb dia tak boleh simpan rahsia. Hahaha. Mak dia beli coklat tuk papa, suruh dia bagi, banyak betul soalan.



This year special sikit sbb ada encik esah kita dalam family... Oh dia pun bijak, pukul 12 tak tido lagi... Lepas besday papa terus lelap.

Mmg lawak malam tu. aku balik rumah 15 minit sblm ken balik rumah. So bini dia yang dlm pantang ni gelabah cari pen nak tulis card bagai. Opkoslah assistant dia cik tipah and me... Kita org pun gelabah macam nak bagi bos sign chq. Kahkahakha.

So sempat la dia tulis. Yang rayyan tanya, ini barang siapa. So tipu dia barang pak long. Than ken balik dia terus layan anak2 dia... Sampai terlelap.

setengah jam sblm kul 12. Ingat dah ok... Kena pulak wats app... Minta tolong sediakan kek... Damit! Amani nak tido, melalak macam dah 10 ari tak tido. Ikut bontot aku je. Kek pulak kat aisbox. Zamani satu hal sembunyikan di belakang bekas2 makanan yang ada dlm esbox.

Dan dan time tu raeesah bangun... Fida bisik kat tenga rayyan, minta tolong mak long ambik susu adik. Tu pun satu! Malas nak sumbat, minta susu pulak... Rasa nak lempang bila anak dia jerit satu rumah suruh ambik susu adik. Bapak dia terjaga, and cakap biar dia buat.

Plannya nak suruh dia makan. Hahah lauk dak aku angkat ko tahu, tinggalkan tudung salji. Si ken bangun, bukak tudung sajli kat dapur. Kantoi kat situ... Dia ke dining room. Angkat tudung sajli...

'Eh kosong?' Rumah cik tipah, kalau tak ada makanan kat meja usahlah engkau letak tudung sajli kat atas tu...cepat aku bgtahu aku lupa nak angkat. Hehehe. Dan aku berdiri depan peti ais... Hahaha nak kuarkan kek punya pasal.

Ken masuk bilik, mandi... Cepat2 mak cik bawak kelUar kek. Nak tutup exbox, dak amani diri depan esbox, feeling dia ada kat US aku rasa...suruh gerak buat dekkk je. Aku terus masuk bilik kat bawah. Susun cupcake. Ajak amani masuk, dia tak nak, kang jap lagi pak ngah ko nampak habis plan mak ngah ko. Meroyan kang...sudahnya aku tutup je pintu. Melalak pulak... Lantak la ko nak...

Pukul 12... Dah tak tahu macammana nak buat suprise. Panggil rayyan... Si rayyan nampak kek, terus jerit...

'Nenek besaday papa... Jom la kita makan kek...' Ha! Budak ni kantoikan pulak. Nasib baik adik dia melalak2. Aku suruh dia bagi je...

Dia bawak pinggan tu sambil jerit...

Papa papa.... Bukan selamat hari jadi, TAPI! Papa ayen nak makan kek... Bapak dia pun confuse tengok mana dtg cupcake tu... Yer la kalau kek mmg nampak terharu la. Sejak bini pantang, rumah aku banyak sangat kek sbb nak hidang tuk org dtg.



Tak orderdari siapa2... Kat jj tetiba ada booth jual cupcake... Asik kek je. So be bought cupcake...




Walaupun banyak kurang, tak pa la selesai...



Them....



Bapak dia belum rasmi kek dia sibuk nak makan elmo... Dan cakap dengan papa, papa belila kek sendiri... Ni ayen punya... Mak long belikan... Yah mak long dapat nama!



Siapa punya besday? Adik aku tu mmg kuat posing. Rasa kalau ada 10 camera, mmg muke dia je dalam semua camera tu



And ini anak abak! Sampai habis suap bapak dia makan.




Hadiah dari rayyan... Lawak la budak ni... Dia cerita habis...

Coklat ni atuk dengan nenek tolong belikan, papa... Beli tuk besday papa...atuk nenek suruh bagi papa...atuk beli kat speed mart... Yeahhhh bocor rahsia...



Hadiah dari isteri tercinta...

Kan aku cakap kitaorg belikan tshirt tuk ken... Zamani cakp kat rayyan baju pak long... Tetiba ko! Dia nampak mak dia keluarkan kotak... Dengan jujurnya...

Papa ni hadiah BAJU mama belikan....

Yeah! Mak long belikan kotak tu harge 14.90 ko tahu. Baik masuk plastik je... Mak dia nak pitam time tu... Hua hua hua...



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

Sunday, February 17, 2013

Muke 10 sen

Salam readers!

Kalau di tanya, amani takut abak or ibu? I will said she more close to abak, and dengan ibu dia ada sikit takut.

Nenek selalu ugut dia... Nakal nenek cakap ibu amani! So everytime aku balik kerja ko boleh nampak muke bersalah amani iman. Cepat dia peluk mak aku macam pujuk jangan cerita apa yang jadi. Hahah lawak sangat.

Budak ni dia mesti takut seorgkan. Bukan la sampai jadi ibu yang garang, ini tak boleh, itu tak bole. Macam sekarang, kalau dia marah, dia akan baling apa ajer barang yang dia pegang, termasuk handphone mak bapak dia.

So when she did that... Tanpa warning mmg kena. Walaupun hati aku sendiri sakit bila pukul anak sendiri. Eh sakit oooo pukul anak sendiri. Macam reflek je perbuatan tu. nangis la sekuat mana pun, kalau salah patut di ajar macam tu.

Well mungkin ada yang tak sependapat. Mungkin juga ada yang cakap dia kecik untuk faham. Ada juga mungkin cakap dia jadi macam tu sbb tengok mak la, bapak la, mak cik yang buat. So dia tak salah. Takkan aku nak pukul abang zamani korang plak, tetiba. Yes budak ni ibarat kain puteh. So dia jadi mcam tu sbb didikan mak dia. Aku akui, baran amani ikut pada mak dia ni ha... So perlukah aku hentak kepala aku kat dinding? Rasanya belum lagi nak gila la... Hahahah

Opkos bila kita pukul dia, kita kena bagi tahu apa salah dia. Itu adalah akibat dari baling barang. Ko ingat mak ko kaya nak beli kalau benda tu pecah?

Mostly kalau aku pukul, kalau zamani ada dia yang over, pujuk anak. But i warned him ( hebat kau warning laki kau). Jangan nak burukkan nama mak dia... Macam

'Tak payah kawan ibu, dia jahatkan pukul amani iman....'

'Alaaa sian anak abak, ibu tu salah je, dia main2 je tu'

Ko kena la main peranan. Kalau u don't let me explain, nak pujuk budak tu, ko sendiri kena highlite kat anak apa salah dia. Selalu kalau aku pukul tangan amani, bila zamani nak pujuk dia tanya aku, apa amani dah buat? So will tell him, dia buang itu ini, terus je bapak dia sekolahkan dia.

And mcm zamani pun, dia jenis kurang sabar jugak. Kalau dia marah aku tak tahu punca kenapa sbb laki aku ni lambat nak cool, dah cool baru nak cerita. Aku akan pujuk amani... Dan salahkan dia (amani) sbb buat abak marah. Gila ko! Abak ko tu jarang nak marah laaaaa... Dah tua2 ni marah dia hanya kalau org sentuh dia je, hahaha.




And amani kalau dia kena marah dengan aku, kalau tak ada org sekeliling dia, hati kental buat muke seposen je... Tapi kalau aku marah depan org, dia nangis pun sbb dia malu kena marah depan org. Hahaha satu perangai pulak.

Ok... Im not sure sama ada I'm in the right track. Feel free to drop comment dan kongsi. Mungkin cara korang lebih ok...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:My bed room

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails