Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, June 29, 2015

Memori Hari raya

Pose baru hari ke 12 tapi aci tak nak cerita pasal raya?

Tetibakan aku teringat Arwah Atuk dan arwah nenek Melaka aku. Arwah atuk tak silap meninggal tahun 1995. Since atuk meninggal semua berubah. *Nak nagis*

Rutin hari raya pastinya, tiga or empat hari sebelum raya, arwah atuk akan ambik kami dr klang tuk balik kampung. Perjalanan ke Melaka that time 5 jam. Ikut jalan lama. Bila sekolah cuti je, mesti atuk ambik. Ayah normally akan balik lewat sikit. Malam raya selalunya sbb dia kerja.

Meriah time tu. Arwah nenek mmg rajin masak. Raya time tu mmg meriah. Rumah pasang pelita. Lepas berbuke semua berebut nak pasang pelita. Kawasan rumah nenek besar. Time tu umah kampungkan, so pokok2 pun kitaorg pasang pelita bawah dia. Pokok2 manga yang besar2 tu la port bebudak lelaki cozen2 aku main mercun. Habis buah2... creatip habis la cucuk bunga api kat daun2 pokok tu... hehehe

Dua tiga hari lagi nak raya, nenek akan ayam ketupat. Buat sarung ketupat siap2. Ketupat selatan lagi susah dari ketupat utara. Senang ketupat palas pun ko tak gheti buat. Apa lagi ketupat anyam ni?!

Arwah nenek selalu cakap, org perempuan tak tahu nak anyam ketupat ni rugi... esok laki cari lain. Lor gitu sekali? Gigih belajar pusing2 sampai terbelit2 tangan jadinya. Kitaorg suke duduk mengadap nenek anyam ketupat. Selalu dia buat rangka kitaorg gedik ketat2kan.

Arwah atuk pulak suke sangat la buat dodol sendiri. Lelaki akan buat dodol. Merasa jugak la tengok cara buat dodol. Awal2 bukan main semangat. Bila dodol likat semua lari. Hihihi. Arwah atuk tak banyak cakap. Dia buat sorg2 sbb kitaorg kecik, dah likat dodol tu tak gerak sudip tu.

Sehari raya, masing2 ada tugas. Selalunya aku dan adik2 akan tukar langsir rumah dan juga sarung kusyen. Punya la lambat nak buat. hahaha sekarang dah besar senang je tukar sarung tu. Mungkin time tu kitaorg kecik. Siap 2 orang duduk bengkok atas kusyen nak tarik keluar sarung lama. Nak masukkan pun satu masalah. Rumah arwah banyak sangat sofa. Kat beranda atas, beranda bawah, kat hall TV. Pengsan der nak tukar. Kalau salah pasang lagi la rasa nak koyak je sarung kusyen tu. Hihihi...

 Dulu pengumuman raya berdasarkan anak bulan. So tunggu depan TV pengistiharaan raya. Compare Singapore dulu dari dulu ikut kalender. So aku ingat lagi beza raya kat Singapore dulu dan Malaysia selalu beza sehari. Bila dengar pengumuman raya, semua pakat tak tido masak rendang, time tu la rebus ketupat. Mmg malam raya tak tido satu rumah. Sbb selagi tak dengar pengumuman raya ko tak leh buat apa2. Itu yang meriah. Kecoh satu rumah. Selalu pagi raya aku jadi zombie. Tak cukup tido.

Ikut arwah atuk dan nenek gerak jumpa sedara2. Siapa la keluar jalan beraya, aku mmg ikut. Sbb nak collect duit raya. Suke sangat lumba duit raya siapa paling banyak. Sbb tu aku tak faham zaman sekarang rupanya mak pak kumpulkan semua duit raya and bahagi dengan anak2 sama rata. What??? Ko duduk umah je aku penat jalan gi umah org, bahagi sama rata? Apakah?

Hihihi.... Tp bila ada anak, mmg rasa simpati pada anak yang dpt duit sikit. Last year Ammar dapat lebih sbb diakan org baru. Hihihi sian kat kakak amani. Tapi aku kerjakan, gigih tambahkan duit sendiri nak kasi sama banyak. Itu la yang mak aku buat. Kalau malam raya tu, siap kira duit raya. Kalau adik aku banyak dari aku, aku akan nangis minta mak aku tambahkan. Kalau adik aku kurang aku jugak nangis minta mak aku JANGAN tambah apa2. Wakakaka....

Indah memori tu.... dan aku betul2 rindu saat tu.

Rindu raya kat kampung halaman. Rindu riuh beraya di kampung halaman. Tak ada la nak terima berita kemalangan yang dasyat2 time tu. Main meriam buluh tak la sampai ilang nyawa tangan bagai. Tp meriam buluh pun yang main semua pak cik2 yang dan berumur. Mungkin ada pengalaman la nak main meriam bagai.

Rindu nak salam arwah atuk dan nenek...

Yang paling aku rindu, ketupat dia. Pagi2 dia akan hidangkan ketupat, siap potong. Rendang daging. Tak henti menjamah ketupat dua tiga hari. Tak makan nasi sbb pilihan ketupat tu.


Zamani cakap ketupat anyam ni tak ada tarikan sangat sbb ko bole makan nasi impit. Sama je. Malas nak argue. Bau daun tu bang! 28 tahun kot mencekik benda tu pagi raya. Bunyi geseran pisau potong ketupat tu, nostalgia tu... hahahah bole terima pakai tak alasan tu?


Sambal udang... ahhhhh tu la cara org melaka. Rendang pun pedas sampai confirm la raya pertama sampai raya ke dua ko cari tandas. Hahaha

Weols dah kebiasaan pagi raya kalau terover makan rendang and ketupat, mmg singgah toilet umah org sama. Tinggal jejak. Kih kih kih

Since arwah atuk meninggal kegembiraan tu kurang sikit. Nenek still buat ketupat macam biasa. Cume mungkin aku tak betul2 menikmatinya sehingga dia tiada. Sejak dia sakit kunjugan kami biasa sahaja. Tahun ni dia dah tak ada. Kalau tahun2 sblm ni, kami hanya ziarah kubur atuk. Tapi kali ni kami ziarah kubur nenek pulak.

Yang masih ada kampung tu best la... sian plak kenang nasib amani dan ammar. Kampung semua sejengkal je, pasang lagu raya pun tak habis lagi dah sampai umah atuk and nenek. Hihihihi....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, June 28, 2015

Small celebration for my little man

Salam...

Since birthday ammar yusuf jatuh bulan pose, maka tak ada la sambutan besar2an. Insya Allah kalau ada rezeki raya sok kita sambut. Macam tak adil plak besday kakak bersungguh2 ibu buat. Apa beza Ammar and Amanikan? Dua2 sama sakit beranak so tak ada bezanya. Walaupun ammar tak tahu sangat la apa tu besday. Sok dia tanya awat kakak ada sambut dia punya tak ada gambar pun... mau jawab apa?

Salahkan diri sendiri sbb manjakan anak2. Hihihi anak sendiri. Biaq pi la kan?

Paksa zamani makan luar jumaat tu. Jumaat biasa zamani super bz. Aku nak jugak sambut on 26 june! Tak pedulik. Overkan mak ammar. Harus la kan... sampai umah siapkan anak tunggu zamani balik sambut kat luar. Janji ado kek.

Than on next day sambut dengan tok mama plak... sambil berbuke dengan sepupu2 amani and ammar. Sambutan umah nenek and atuk? Erm nanti kita plan besday ammar lepas raya. Insya Allah kalau ibu larat. Sbb umah nenek and atuk tak ada org. Bln pose atuk lebih kat masjid and surau. Nenek plak lepas solat terawih tido terus. Penat sangat so tak nak ganggu masa rehat nenek.

Si ammar kelihatan agak blur tp dia suke cream kek. Cream ye bukan kek... haiz... dia ingar cat ke apa? Tak pa biar dia pk cat jangan dia pk cream muke. Terpanjat mak nak...

Ok gambar tuk tatapan aku di blog ni...

Happy birthday little man

Friday, June 26, 2015

Ammar Yusuf Turn One!


Syukur Allamdulillah....


Gambar yang menjadi tatapan semangat ibu di saat kau masih di dalam rahim ibu.

Selamat Hari Jadi Muhammad Ammar Yusuf.

Hari ni genap la kamu setahun. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman ini.

Dear Ammar....

Ibu dan abak doakan semoga Ammar sentiasa di berikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan Allah dan sentiasa di murahkan rezeki dan panjang umur. Ibu dan abak juga harap Ammar akan menjadi anak yang soleh, buat kami dan sentiasa membimbing kami ke arah ke baikkan kelak, insya Allah. 

Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, ibu berharap Ammar membesar dengan penuh kasih sayang dan harap menjadi harapan dan juga tulang belakang buat kita sekeluarga. Hihi besar sangat ke harapan ibu pada Ammar yang baru berusia setahun ni? Insya Allah.... kita doa yang baik yer...





Pemilihan nama mu adalah sebab terpikat dengan kisah 'Ahmad Ammar Azam' anak muda yang mati shahid di negara arab. Waktu cerita tu tersebar meluas ketika kamu berusia 12 minggu. Terus je request kat abak nak letak nama Ammar. Abak ko biasalah poyo lebih macam dengar tak dengar. 12 minggu tu masih belum jelas kelihatan jantina. So sbb tu dia tak kisah sangat.

Tapi i dont really care sbb bg ibu apa pun ibu nak akhir nama anak lelaki ibu dengan nama "Yusuf"

Abak menentang. Nama tak glamer kan? Ibu ada alasan sendiri sbb pertama anak perempuan ibu dah pun ibu letak nama Zulaikha di belakang. Dan sejarah islam pun ada mengatakan Zulaikha seorg perempuan yang sangat cantik dan Yusuf pula lelaki yang paling kacak.

Ibu sangat percaya pemilihan nama sedikit sebanyak membawak perwatakan seseorg. Dalam zaman yang moden ni ada lagi ke org letak nama Yusuf? Yusuf nama yang indah. Bukan sahaja kacak tapi ahlak Nabi Yusuf juga patut di contohi.

Di awal usia kandungan Ammar, sangat sangat teruk bagi ibu. Tapi pengalaman mengandungkan Kak Aryssa mengajar ibu supaya tidak merungut. Terima segalanya supaya anak sihat. Dan pengalaman sickness ni bukan la selamanya. Ibu kuatkan semangat. Muntah jangan cakap la. Baring je memanjang sampai kesian kat Kakak Amani ketika itu. Abak la yang main peranan. Bila kandungan membesar, lain pulak dugaan. Ammar sungguh lasak. Mungkin lelakikan, lain macam. Sampai kadang2 tak ada ribut ke apa ibu nangis. Sbb tak tahan awak lasak sangat. Hehehe

Abak selalu tetipu ingat awak nak keluar dah... ibu nangis bersungguh2 tahan sakit. Ibu rasa kamu bukan gerak2 manja tapi macam ko berpusing kanan kiri, atas bawah nak...... senak sesak napas  ibu ok

Tapi ammar anak yang tak banyak ragam. Cume buas dan banyak benda yang ammar nak advanture sendiri. Naik tangga la, keluar dari walker, cubaan keluar mengesot ke luar dari rumah. Tak bole lepa sekejap ada je ammar nak buat.

Dan hari ni, insya Allah kita keluar sambut besday ammar ye... ammar makan kek sudah! Hihihihi

Oh ibu buat video ini tuk tatapan dan kenangan tuk ammar. Kalau abak tuju lagu Terukir di bintang... ibu bagi counting star tuk back ground video ammar yer nak....





Happy birthday hero... Ibu love you so much!Muah


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, June 24, 2015

Salam Ramadhan


Dah hari yang ke 7 kita pose. Aku baru la nak buat entry bagai. Blog org lain siap bagai menu berbuka, akak ni madang tak larat je. Apa pun tah leh!

Last year Ramadhan akak dalam pantang. Dah setahun dah anak bujang tu. So persiapan raya tahun lepas mmg tak ada. Last2 minit dan shopping kat umah je. Online shopping gamatnya. Baju somi dan anak2 semua zamani yang beli last minit nak raya. Sehari sblm raya dia keluar dengan amani membeli belah. Kuih2 pun aku order. Order tak leh makan. Tengok je. Heheheh...

Tahun ni tak la pantang. Tapi keadaannya sama je. Dah msuk 7 hari pose tapi tak ada istimewa. Anak2 belum start posekan so masih relex. Duduk dengan mak so serahkan segala pada mak aku. Masak apa. Nak hidang apa. Kalau teringin beli kat bazar.

Hujung minggu (walaupun baru seminggu puasa) Amani still ada kelas. Now aku ambik kelas tambahan tuk amani hari sabtu. So this week start. Kelas sejam dua tapi penat aku macam dr pagi ke petang. Tahun ni raya mana pun tak tahu. Hebat tak??? Ko mampu??? Tak ada merengek dengan suami, you kena raya belah ai or zamani pun tak paksa you kena raya belah ai. Mana dia ada situ la akak dan anak2 ada. Mak ayah aku balik Singapore. Sian last yearkan diorg raya sini jaga akak dalam pantang. Hahahah... tak sampai hati nak halang. Nenek and atuk masih ada lagi kat sana. So ibu terlalu rindu nenek atuk.  It just me. Passport Ammar tak buat. Passport we all pun dah mati rasanya.

Nak balik utara belah en somi pun Becinta nak hadap Jem. Dengan anak2 yang super duper lasak. Takat Myv dengan Wira akak tu, mau terbalik bebudak tu buat. Gi bandar pun cobaan masuk bawah seat kereta. Duduk kat baby chair pun macam nak terbalik baby chair tu. Nak jalan jauh2... erm ku pikir sebentar. Rasanya aku rela bawak kereta dari nak jaga anak2. Hahahaha.... But tak ada halangan juga kalau dah suami cakap nak balik kampung dia. Kita balas balik tahun lepas semua tak ke mana2 gara2 aku dalam pantang. So tahun ni pilih la bang.

Bercuti pun ok. Hahahahah mmg kena tumbuk! org raya2 ziarah sanak saudara kau bercuti apa hal?

Tak tahu la. Mungkin jugak tempat kerja dah jauh. So balik kerja aku rasa letih macam berjalan kaki dari opis. Tak ada la semangat nak masak ke apa. Kesian jugak Zamani kadang2 tak kena selera dia. Ciput je makan. Tapi akak butakan mata sbb malas. Wakakakaka.....

Ada 23 hari lagi nak habis posekan... so insya Allah, datang la mood rajin... sian anak2. Somi panling paling kesian. Hehehe



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, June 17, 2015

My Tahajjud Cinta


Aku tak tahu nak tulis tajuk apa...

Tapi pagi ni tetiba hati rasa sayu... ingatan tetiba pada Arwah Aryssa... Ya Allah lama sudah aku tak ziarah pusara dia, lama sudah aku tak bacakan yassin setiap malam khamis untuk dia... jauh sungguh aku meninggalkan dia. Tapi pagi ni air mata berjurai laju...tanpa sebab. Hati sakit sama sakit bila kami terpisah dulu.

Sama....

Hati sakit sedih pedih sama di saat itu... apa kenangan yang aku ada bersamanya?

Hanya airmata, sakit, dan pedih. Bukan menolak ketentuan mau pun tak redha. Aku bukannya wali, aku manusia yang di pilih untuk di uji. Walaupun ujian Allah ini bukan la berat seperti yang di tanggung oleh org lain, tapi cukup terkesan walaupun 6 tahun sudah berlalu. Mungkin apa yang aku rasa naluri ibu....

Ya hanya pada Allah tempat aku melepaskan rindu.


Al - fatihah....


Kau datang ketika duka ,dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut, lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali yang suci dari hina dan benci


Terlalu lama aku mencuba terlalu banyak
cinta yang ku damba tiada yang sempurna
hanyalah fana...

Tuhan, ampuni hamba-Mu


Ku rebah di dada malam, memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia, dakapku dengan selimut syurga


Ya Tuhanku hanya padamu tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu dalam tahajjud cinta bersujud



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, June 9, 2015

Suratan atau kebetulan



Hati tenang la...

Allah ada untuk kita minta dan berlindung....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, May 26, 2015

Dady's Gurl

Salam...

Bila tengok gambo Bakem dengan anak perempuan dia tetiba ai terujakan.





Sbb apa? Lelaki macho yang begitu tunduk dengan seorg perempuan kecil. Mmg hebat kuasa perempuan kecil itu sehingga kuasa seorg isteri pun kalah. Pernah terbaca seorg perempuan kalau nak cari pasangan, mereka nak ciri2 ayah mereka ada pada lelaki itu, sbb apa korang rasa? Ayah adalah seorg lelaki yang pertama kita kenal dalam hidup kita. So dalam banyak lelaki yang kita kenal, kita tahu seorang ayah takkan lukakan hati kita. Kalau boleh dia tak nak tengok pun anak dia menangis. So banyak anak2 perempuan anggap ayah tu sbagai hero.

As for me... aku dan adik2 aku mmg rapat dengan ibu kalau nak bandingkan dengan ayah. Tapi walaupun ayah aku tak la sehebat ayah org lain, but still aku rasa dia lelaki yang hebat. Walaupun dalam memori aku, aku tak pernah rasa ayah peluk cium aku macam ayah2 org lain, but dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia dalam membesar dan mendidik aku. Sbb aku tahu dia seorg sahaja yang keluar bekerja membesarkan anak2. Ibu tu org tengah je bagi kitaorg nak berkomunikasi dengan ayah dulu. Nak bercerita tepuk tampar mmg langsung tak la kan.

Ini bukan entry father's day.

Tapi lihat Amani Iman membesar, i know she more close dengan abak dia aku. Berkepit macam merpati sejoli. And Zamani yang sblm kawin mcm abang2 macho dulu bila ada amani, dia totally berubah menjadi org lain. Roh bapak2 dah merasuk dia. Agak terkejut sbb dia nak mandikan amani lepas dalam pantang. Buat susu, tukar pampers, now dah pandai ikat rambut anak dara dia.

Getah tangan selalu je ada kat pergelangan tangan dia. Uhuhuuh

Walaupun bila nak dapatkan anak, i never la nak expect dia akan buat kerja2 semua. Mind set dah pun set kat kepala. Sbb ayah aku pun tak pernah buat benda2 ni so tak terduga akal tu dia akan buat macam tu. Its bonus bagi aku... Agak terkejut dan bangga bila ada kawan2 cakap dah tegur

'eh zamani nak basuh berak amani yer?'

'eh zamani nak mandikan amani'

Means kalau ko tengah bergosip dengan tetamu yang dtg umah, ko bole lupa diri seketika.  Ha ha ha. Bole di harapla kalau nak bg zamani uruskan Amani.




Dari makan....... sometime abak suap anak, anak suap abak. Mak macam biasa ambik gambo je. Abak suruh suap ibu baru la dapat, kalau abak lupa nak pesan, anak pun buat dekkkk je.

Ha Ha Ha.



Dah tua2 ni penampilan pun berubah kepada kebapak bapakkan.  Agak nak tergelak jugak kalau beg dia/pouch/sling beg and even poket seluar jadi tempat simpan botol susu, puting, mainan anak. Tengah2 macho dan semat kadang2 bib anak kat bahu, tak pun sangkut kat tali beg.

Which aku rasa tak ramai lelaki akan tunjukkan.

Nasib ko la zamani dapat bini macam aku! Apa jua yang aku rasa sweet, mmg aku snap and letak kat sosial network. May be kalau amani dah besar dia bole tengok macammana abak sayang dia. Macammana dia rapat sangat dngan abak silap2 kalau bergaduh anak beranak, bole la ibu buat banner jejak kasihan. Hahaha...


 Kadang2 bila aku beli barang di temankan anak dia, tahu-tahu diaorg hilang. Tahan muka malu join anak sama.

Sbb apa? Korangkan tahu amani ada behaviour issue, semua benda pun dia tak berani nak naik. Suke! teruja! nak mencuba!

Tapi kalau dia sorang2, mmg tak la.

Sanggup meraung nangis guling2. Kalau ada mainan yang org dewasa tak leh naik, takkan nak naikkan? Korban sekali lagi sebagai lelaki, yang konon pemimpin keluarga tetiba naik cho cho train dengan anak.

Amani pun prefer dengan abak, sbb mak dia pemalu. Hahaha...aikan garang. Tetiba naik cho cho train tak gerak pulak ketapi. Hahaha itu sebenarnya. Tak ada kena mengena dengan garang tu sebenarnya,

Mmg time mengandungkan amani, zamani mmg secara direct selalu komunikasi dengan amani dalam perut. Kadang2 aku naik rimas! hahaha... so mungkin di sebabkan tu, Amani mmg kenal zamani. Kata zamani time dia pegang amani lepas2 lahir, amani bukak mata, bila dia panggil nama Amani. Aku rasa Amani confuse, abak panggil nama sendiri ke apa? Tu bukak mata check it out!

Sebab tu tahu2 nama Amani yang sepatutnya Ariani! tetiba jadi Amani???



Time bercinta dengan ibu pun abak tak la poyo baring ala ala hindustan nak!




Jujurnya? Kalau bab mainan Amani pun abak yang banyak mempengaruhi. Yang paling tak leh bla! bila aku yang pilih ada je tak kena dengan si Amani.

Ko rasa2 mmg kompelot ke apa? Sbb tu aku selalu warning abak dia, beli mainan tu kalau boleh ada unsur education sama

Belajar

Belajar

Belajar

Ate org pompuans mmg gitu ke apa? Bila kena sound dengan Zamani, baru la nak perasan. Pastu kompelin bukan main banyak sangat. Asal anak tak rapat dengan mak.

Nasib baik la bapak ko tak tahu masak. Kalau bapak ko pandai masak rasanya tak ada apa yang menarik tentang ibu kat mata Amani.

Ammar je la yang nak ibu. Ha Ha HA now zamani pulak sentap. Ammar tak nak dia sangat. Mamat tu tak yah tunggu time susu. Kalau dia nak tido mak dia kena baring sebelah je.

Bahagia ibu nak!

Rasa ibu sangat2 di hargai.... Hua hua hua.Tapi entry ni bukan la special entry. Aku rasa lelaki yang jaga anak ni mmg sweet. Dan aku rasa kalau ada yang macam ni, wanita2 di luar sana pasti rasa diri tu sangat beruntung. Bukan senang nak handle budak2 ni. Walaupun anak sendiri.  Amani sejak dah nak masuk 4 tahun ni, melawan jugak. Bole jadi gaduh dengan aku sometime. Bila gaduh dengan aku, lagi la tunjuk perangai gedik dengan abak dia.

Stress akak!

Sebelum aku kawin pun, aku selalu doa dapat lelaki yang cukup sayang kanak2. Ewah tadi bukan cakap tak minta or set otak mintak apa2 ke? Hahaha... Sbb ada jugak dengar dr kawan2 mengadu pasal suami yang kadang2 aku rasa kalau Zamani macam tu, aku hantar dia balik umah mak pak dia. Hahahah

Ada lelaki yang lepas tangan. Anak nangis dia pun sama naik hantu. Aku pernah dengar kawan aku cerita kawan dia bila anak dia nangis, suami berang sampai tak mengaku itu anak dia. Siap halau anak bini semata2 nak buat taik mata!  Kau dah kenapa?

Sbb tu la bila entry anniversary tu aku macam jakun sikit dapat sambut. Walaupun biasa2 dapat keluar berdua dengan somi je dah rasa pencapaian yang hebat!

Sbb sepanjang 4 tahun, aku rasa kita org bole kuar tanpa each other tapi both of us tak leh kuar tanpa amani

Now ammar pulak. Lagi la dia menyusu badankan? Lagi la aku tak leh nak tinggalkan dia.

Lepas dapat anak rutin kami mmg berubah. Nak buat apa pun pikir anak dulu. Kita nak dating, nak release tention kononnnya, kang budak buat perangai org lain yang tention.

Itu pun kuar 2 jam pun kepala terpikir2 anak kat rumah. Watsapp nenek and mak su berulang2 kali. Hahahah






Add caption






  


Kesimpulan bebel panjang2....

Dady's always treat their daughter as their princess... tapi ibu tak leh treat Ammar macam putera sbb sok mesti kena gelak dengan kawan2

Anak omak...

Perempuan aku rasa they cool dengan title macam gitu. But lelaki tak rasanya. Diorgkan buat keputusan sendiri, tetiba ada plak ayat mommy's boy?  Gi la suruh mak ko buat keputusan tuk ko! Rasa2?

Mau mak ammar lempang budak yang cakap ammar macam tu... hihihih

Emosi kan ibu?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, May 24, 2015

Crop and minimize...

Anak bapak ni...

Kadang2 aku tak leh terima asal anak2 aku ni mmg ikut muke bapak je. Dr amani sampai la ke ammar...

Uols tak baik tau tak jaga perasaan ai... sob sob..

Tp dah mmg kenyataankan??

It like y crop muke zamani and minimize so muke ammar...

Ha ha ha...

Setuju kamu?

Love cida

Wednesday, May 20, 2015

Early Education Programme

Salam

**MOdE; PanIc!

Two more weeks dah Jun. Bila June sesi pendaftaran pre school dah bermula. And aku panic! Tak tahu nak letak amani kat mana. And because amani 'special' sikit lagi la ibu dia kena rajin buat research.

Korang jangan salah faham, aku tahu ramai yang buat muke when i told them amani have behaviour issue. Macam aku ni mendoakan anak pulak. She smart, really! bukan nak puji anak sendiri tapi aku tak tahu mana dia belajar semua ni. Special gift from Allah yang kita risau2 tu ada jugak keistimewaan dia. Otak dia macam span. Span yang sangat luar biasa. Sama ada dia menghafal or dia ingat. Aku try jugak turn and twist soalan, nampak dia faham. Alhamdulilla usaha kami tak sia2. And syukur jugak bila aku terima pendapat org lain dan bole ubah amani to be anak yang normal macam budak biasa.

At first aku nak masukkan amani kat sekolah biasa. Yang dekat rumah, yang senang la kalau atuk tak leh ambik pun mak su bole jalan kaki ambik amani dr sekolah. Than terpikir jugak letak kat sebelah opis ni, ada sekolah, ambik sampai petang, balik sama dengan aku. Tapi terpikir jugak, kalau aku balik lambat? sian kena seret amani sama balik lambat, terjebak. Aku sendiri sampai umah dah nak pengsan. Anak kemana aku ke mana, kalau aku bawak amani?

But i realise semua yang di atas sesuai kalau amani 'tak ada masalah'. Bila dia penat dia mengamuk. Dia takkan bagitahu kau .

'Ibu kakak dah penat, kakak tak nak sekolah sbb letih'

Lambat buat susu pun tak kena mengena nangis!

So having short discussion dengan few mummies kat GBOB pasal hantar anak ke sekolah. Baru aku tahu, kena cari sekolah yang sesuai tuk amani, bukan kesenangan kita. Kalau dia tak suke pun tak bole jugak, end up akan tambah kebencian cikgu2. Dan Semua org advice supaya terangkan kat cik gu perangai amani supaya teacher pun tak terkejut, ini budak ke apa? Hihihi

So as mak yang baru nak hantar anak ke sekolah, aku perlukan guideline macammana. Tanya mak ayah aku, diaorg cakap aku mengada sbb nak pilih tadika macam nak pilih Uni tuk anak. Masuk je mana2 janji belajar. Walaupun aku dah cakap amani special sikit. Nanti dia tak suke sekolah macamamana? Tak payah sekolah dan tunggu org meminang ke?

Sosial network is the best. Letak je masalah, kawan2 sedia memberi pandangan pada saya yang serba kekurangan. My concern is amani tak faham cakap melayu, bukan belagak yer, we all kat umah semua cakap melayu, tambah cakap utara lagi, tapi tak tahu, amani membesar macam kat rumah cakap bahasa inggeris. Dia suke tengok kartun2 yang unsur education ni. Jangan marah anak yer kalau tengok kartun, itu adalah pembelajaran yang paling senang aku rasa. Asal la mak aku tak bg aku tengok kartun banyak2?  Memula amani tak tahu cakap sbb kita bagi dia tengok Orgy , Tammy, kartun2 yang tak ada suara. Tapi action. Bila anak gelak sakan, mak pak bangga tepuk tangan dia tahu dan faham maksud tersirat kartun tu.

Faham apa? Faham bahasa isyarat? So banyakkan tengok kartun yang unsur education ni. Like amani, dia ada one favourite things kalau dia minat. Kalau shape tu, dia akan focus kepada semua shape. Dulu ikan, semua jenis ikan mmg dia suke sampai mainan dia 70% semua ikan. Pening kepala. Than she interested pada color, semua color dia sebut, sampai dia pernah tanya aku what is indgo color. Mak senyum sambil google cepat2. Hahahah.

Now shape. Kalau family Octagon, Hexagon, Pentagon dan gon gon dia suke. Sampai ibu and abak pun tak tahu shape apa dia sebut. Hehehe

Itu yang aku panggil dia 'special'. Tapi ko tak leh paksa dia. Paksa dia tulis kalau dia tak nak menulis. Dia akan mengamuk or buat benda yang ada depan mata dia tak wujud. So bole ke cikgu kat  sekolah nak hadap dia je?

 


Advice from a friend yang bukak taska kat rembau nun..... amat membantu. So at least aku dah ada track yang betul. Teringat ada org cerita kes budak kena lempang kat nursery just because budak tu berak. Dengar cerita tu rasa diri kena lempang. Kita ni mak, macammana buas anak kita, kita bole sabar. Tapi org luar tetap org luar. Kalau dia sakit ati mmg tak pikir. Kadang2 ibu amani nangis kat umah bila nenek sometime hilang kawalan marah dengan amani tau. Tak pukul tu, marah je, mak dia sentap.

Cam no?

My friend bagi advice dari dasar pengajar. Dan syukur ada kawan amani kat GBOB mak dia sentiasa bertukar idea pasal parenting ni. Aku ni masalah sikit. Cepat panik. Sbb tu aku kena plan awal2. Nak dekat2 ni payah. Zamani tak membantu... dia ok je. Dia tahu anak dia kena pukul dengan cik gu, dia belasah cik gu tu balik. To him, amani akan ikut flow kat sekolah. Dont worry to much. Mungkin dia tak worry sbb bini dia dah ambik semua element. Hihihihi









Ok kalau ada parents yang tak perasan lagi, sistem pendidikan kita dah sangat maju. Mmg jarang la kita jumpa budak masuk darjah satu yang tak kenal huruf. Paling tak ABC dah kenal. Macam amani, number up to 20 je dia kenal. And dia dah boleh mengira backward 20...19... 18.... (thanks to trafic light yang ada number kiraan tu yer)

Value of number pun dia dah ok. Sama jugak tak la banyak kalau value i guess up to 10 ok kot.  So macam kawan aku ni, dia dah set apa dia nak anak dia buat. Means dah set  by age of 5 anak dia dah boleh membaca.  So aku plak? Bagi aku aku nak amani focus on skill development dia. Menulis, pegang barang, warna, arts. Tengok pendapat dia, ada betulnya. Kenapa aku nak masukkan sekolah yang kita boleh buat kat rumah dengan anak?  Tapi masalah aku plak aku tak tahu nak handle anak ni. Sampai sekarang aku masih tak berjaya nak ajar amani tuk pegang pencel dengan betul. Sbb apa? Baru start dia cakap sakit la, tak nak, end up bengang dan nangis yang berlarutan.

So aku plan tuk hantar amani ke sekolah yang base on Montessori and by age 6 get prepare academy dia so bila masuk darjah satu oklah dia dah ready dengan persekitaran pembelajaran kat sekolah. Dan kalau aku masukkan amani sekolah yang jenis academy awal ni, aku takut dia tak bole nak follow. Homework yang melambak. Tengok abang Rayyan pun tahu.

Tapi like i said, ko kena pastikan anak ko bole. Macam kawan aku ni, dia sendiri rasa sekolah yang jenis intergrasi ni sesuai dengan amani, sbb amani jenis yang tak bole buat benda lama sangat. Dia hanya boleh duduk diam 5 minit sahaja, lepas tu dia bosan. So jenis intergrasi ni dengarnya diaorg banyak buat aktiviti dalam dan luar kelas. So how about diorg punya silibus? Bacaan kiraan? And penggunaan bahasa pun penting sbb kita duduk Malaysia. A friend of my teruja dengan amani yang berbahasa english. Dia nak hantar anak dia sekolah yang mana boleh kuasa dlam bahasa Ingeris. Dia even tak kisah kalau anak dia tak reti cakap melayu.

Pulok!

Kalau dok oversea aku rasa tak jadi masalah. Tapi dia akan jadi masalah kalau belajar sekolah kebangsaan. Kalau ko redha rasa masukkan terus  anak ko kat International School. But not amani. Ini akan jadi isu jugak kalau dia tak tahu berbahasa melayu. Aku bagi jugak amani tengok upin ipin. Kartun melayu pun banyak jugak sekarang. Kat umah pun aku minta nenek atuk cakap je bahasa melayu. Tak yah ikutkan sangat. Aku sendiri cakap dua bahasa, sbb nak bagi dia faham. Macam

'Do you want to eat? Kakak nak makan?'

'Kakak go sleep! Kakak masuk tido'

Secara tak langsung dia faham, insya Allah. Allah memang sayangkan aku. Anak ni syurgakan. Bukan sbb aku terlalu ikutkan sangat dan pikir mengarut. Even semua yang tengok amani, diorg cakap dia ok... Duduk la satu umah. Dengan org yang dia dah biasa pun macam tu, kalau duduk dengan org sekeliling?

Ermmmmm mungkin sblm puasa ni aku akan ambik cuti dan pergi tanya kat sekolah2. But first kena dptkan list2 sekolah. Kadang2 sekolah yang tak popular pun bagus. Lagi kurang murid dalam kelas, cikgu lebih mudah focus.

Heheh akak nak dekat dengan umah supaya senang. My parents and my in law pun tinggal satu kawasan. Kalau apa2 kat amani, diorg bole terjah tengok... uhuhuh. Sbb me and zamani kerja boleh tahan jauh.

Ok til then

XoXo



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 Zam bercerita lagi

Sunday, May 17, 2015

Gbob mother's day celebration

minggu ni mmg best! Teacher anne wat suprise tuk mummy2 kat gbob...

Siap dapat hadiah lagi tau, touching sangat. Tq teacher anne 😆

Ok walaupun sambutan hari ibu, mummy mummy kat gbob nak menyambut hari guru sebenarnya. Amani beli flower and hadiah sebagai tanda ingatan kat teacher anne yg banyak membantu amani menjadi anak yg beza sama seperti anak2 lain. Yer la aku kena ingat teacher anne akan jadi teacher pertama amani. Sama jugak dengan ammar insya Allah.

GBOB is the best la!

Happy mother's day and happy teacher day.

Amani cakap 'it teachers birthday'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails