Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, July 10, 2015

Menjawab persoalanku


Salam...

Bukan cerita raya. Tapi menarik perhatian untuk di kongsi bersama. Aku pasti bukan aku sahaja, malah ramai wanita di luar sana rasakan sama. Wanita yang mengandungkan anak luar nikah, senangnya dia bersalin. Tak sakit ke? Tak sayang ke anak tu setelah 9 bulan dalam kandungan? Senangnya mereka ni bersalin dalam tandas, sedangkan kita putus nyawa bertarung melahirkan anak.

Ini jawapannya....


Teringat setahun yang lalu sewaktu nak bersalinkan Ammar, sementara menunggu bilik persorangan/berdua, dihadapan katil aku ada seorg budak yang sangat muda! Sangat sangat! Macam umur belasan tahun. Tapi dia masuk sbb lepas bersalin so aku ingat dia mungkin kawin muda. Lepas bersalin dalam sehari dia dah berkemban! Aku ulang yer berkemban dengan kain pink hosp tu  lepas mandi. I was like.... ko tak sejuk ke or tak sakit? Mula tertanya, dia ni masuk ward ni sbb apa? Nak kata lepas bersalin, relex je. Tak nampak langsung fizikal macam ibu yang lepas melahirkan. Nak kata tak mengandung, kenapa dia masuk ke ward bersalin. Berat nak tanya walaupun nak jugak tahu. Than nurse datang bawak baby. Oh mmg hebat perempuan ni. Dari perbualan dia dan nurse tu macam lepas bersalin. Huaaa akak kembang urat bila ingat dia kuar dari toilet dengan keadaan yang basah (mandi) berkemban dengan kain pink hospital dan tuala tutup atas. Bukan meremang bulu roma, terus rasa macam tercabut. Sbb aku masih menunggu hari esok nak cser. Itu pun berselimut, berbaju sejuk.

Than malam pulak dia tido mati aku rasa. Anak dia nangis dia tak terjaga. Aku yang kesian. Nak bangun, ko siapa nak kacau anak org. Sampai nurse datang kejut suruh susukan anak. Anak dia pulak alahai nangis suara macam segan2.Sedangkan anak org lain satu ward dah dengar. Jangan cakap anak org lain, ammar yusuf kuar je nak tido berpeluk. Suara dia lagi la kuat!Tapi baby tu mmg slow je suara dia. Sayup-sayup...

Esoknya, bila doktor buat pemeriksaan i get to know (curi dengar perbualan) that she only 14 years old. Dia cakap dia di paksa. Lelaki tu dah menghilang. Cerita dia pun mcm budak yang naif. Dia ceritakan satu2 pada doktor. Terus aku tak leh duduk diam. Teringat kan nasib dia. Dan nasib bayi tu. Baru aku tahu kenapa baby dia tak meragam malam tu macam katil sebelah yang lain. Sbb mungkin dia tak nak menyusahkan mak dia. Mungkin dia tahu kalau dia banyak perangai mengundang marah dan benci ibu dia.

Mak aku plak kan ramah. Berbual dengan mak dia. Well time tu aku tak bagitahu sesiapa pun apa yang aku dengar. Tak elok la. Kita kalau tahu benda buruk, mula kita pandang serong pada dia. Tapi mak akukan ramah. Bertegur sapa dengan mak budak tu. Mak budak tu tak la cerita banyak. Sbb mak aku tengok mak dia pun kekok pegang anak tu. So diorg berbual. Mak budak tu bagi tahu anak dia sepatut cser, tapi bila doktor bg arahan tuk masuk dewan bedah  budak tu takut terus mencangkung dan meneran. Bab cangkung tu tak tahu la, tapi tu yang dia katakan oleh mak budak tu. May be dia push baby tuk keluar terus.

Mak aku macam blur tak dapat imagine cara mak dia cerita. Kuasa Allah.

Sampai hari ni sebenarnya aku masih terbayang wajah budak tu. Harap dia jaga amanah Allah walaupun anak itu bukan la anak yang halal. Kes2 buang bayi, bunuh, kerat bayi sangat sangat menyedihkan! Tak cukup dosa yang dah terlanjur, masih tiada kesedaran. Hebat betul mereka ni. Allah juga adil, sepandai sebijak mana kau cube hapuskan bukti, pasti kebenaran muncul. Kerat, tanam, bakar la, hukum dunia tak lepas, ada je petunjuk. Apa lg hukum di akhirat.

Dan nasib2 bayi ni....

Syurga la nak tempat kamu. Walaupun jijik di mata ibu, ayah dan keluarga mu, namum ko tetap suci di sisi Allah.

Oh akak stress dengar berita kisah buang2 bayi. Kalau dengar bunuh lagi la. Asal la ko tak mampus sama ketika melahirkan anak tu? Dalam lemah bersalin, ada juga kekuatan kau nak buang hapus bukti.

Dunia semakin dekat dengan kiamat. Manusia bersifat lebih dari binatang.  

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, July 8, 2015

Persiapan raya dulu dan sekarang

Salam... lagi seminggu je kita nak raya. Persiapan raya korang macammana? Mood nak cuti tu dah mai dah. Raya ni aku, suami dan anak-anak raya kat sini je la. Kalau nak berjalan pun mungkin turun melaka sekejap. Tapi semua tu bergantung la. Kalau tak ada apa-apa. Kalau bosan bawak la bebudak jalan-jalan kejap.

Tahun ni persiapan ala kadar. Gila mahal barang-barang sekarang ni. Lap peluh sekejap. Aku cube kekalkan tradisi persiapan raya yang aku dan adik- adik dapat waktu kecik. Kasut raya yang baju kurung lain, yang casual lain, baju raya lebih dari dua pasang, dulu time kitaorg ayah dan ibu sediakan sorg 5 pasang baju raya. 3 Pasang baju kurung dan 2 pasang lagi blous ke, jeans ke. Ikut selera masing-masing. Raya setahun sekali. Yang happy pasti la budak-budak. Dah nama pun raya semuanya nak baru. Sampai kitaorg ada jam raya, getah rambut raya, make up raya ok! Dan dulu kami tak jugak kaya. Rasanya gaji ayah sorg pun berapa la sangat RM 2 ribu?

Aku cube applykan apa yang aku dapat kecik-kecik dengan anak-anak. Sbb nak diorg tahu apa itu raya. Padan muke ajar la diorg time kecik dah besar hang tak mampu nak sediakan, baru padan muke hang kan? Tapi aku tak sampai hati. Baju Amani je harga sama dengan baju dewasa, beza suku je. Bukan setengah yer kawan-kawan. Nenek sentap tengok baju raya family kitaorg hanya sepasang. Habis raya ke dua and ketiga? Silap-silap raya ke dua ke tiga dok umah je. Hihihihihi

Tak la, anak-anak kecik ni macam leceh berbaju kurung. Tu pun aku sediakan baju gaun tuk raya pertama jugak. Ko ingat diorg bole pakai baju raya sampai malam? Tu tak masuk baju kotor kena kuah kacang la, air tumpah la. So aku sendiri rimas. Jadi syarat je baju kurung ni tuk budak-budak. Lagi- lagi amani yang suke melompat 2 or 3 jam. Mau tersungkur anak dara aku tu. Ammar pulak baju nak belajar jalan, kang seluar panjang-panjang ada gak terlentang anak bujang tu.

Tengok! Tengok! mak dah pikir keselamatan anak bila nak bergaya. Uhuhuhu

Tapi harga barang semua mahal. Mampu beli kasut anak sepasang je. Tak ada seliper raya tuk anak. Dalam membeli tu aku terpikir macammana golongan yang tak mampu. Aku yang berkerja ni pun dah terasa bahang mahal. Zamani lagi la nak tunggu malam- malam raya. Ate mak cik tak kose nak sengkang mata berasak-asak cari barang malam raya sbb nak murah. I kan suke luah perasaan kat FB ada gak yang cakap ada je pilihan nak cari barang kat kedai murah, kena rajin survey. Well i suke luah perasaan sbb tak gune masa banyak. Hahahah....... Nak survey barang murah satu-satu kedai dengan anak super lasak minta maaf la.

Ni anak kecik. Kawan-kawan yang anak dah pandai melawa, minta barang yang jenama, mak pak bole pengsan. Anak buah aku tengok dah la. Tapi mak dia memang cetak duit. Hahah so tak terasa la. Kawan-kawan lain pun ada la luah perasaan pening nak layan kerenah anak nak barang berjenama. Amani yang kecik ni pun dah pandai dah. Kalau beli kasut tu pandai pulak ko tengok jenama. Minnion la, Tom and Jerry la, Mickey Mouse la.... Ammar? Dia buat masa sekarang takbanyak bunyi. Nampak kasut, relex hulur kaki je. Sok dah pandai, abak dia bertambah sakit kepala. Ha ha ha.

Macam aku dan adik-adik jugak. Dah masuk sekolah dah faham. Mula nak menunjuk dengan kawan-kawan, aku pun mampu beli barang jenama. Tak ada jenama tak nak pakai. Perangai siapa tu? Tapi ayah diam je. Kalau dah nama pun offer beli barang raya, kita org mmg tak tolak. Always looking forward nak shopping raya. Tapi zaman sekarang ni banyak bazar. Zaman aku kecik-kecik we all lagi hebat beli kat pasar raya tau! Bazar-bazar tepi jalan tak nak. Nangis kalau ayah ibu seret bawak situ. Tak kelas katanya.

Sekarang ni, harga kat bazar pun macam pavillion! Satu hal nak tunggu seminggu raya sbb nak harga thorbaek! Tahun lepas aku dalam pantang. So aku dan ammar lepak atas katil all the time. Tahun sebelum tu bawak amani ke bazar jalan taiping kat bandar klang tu. Bengkok tulang belakang Zamani sbb ramai sangat orang and bergilir-gilir dukung anak. Amani ni kalau ralit suke merayau-rayau. Last two week gi PKNS pun puas pegang tangan, Kang nampak mainan dah duduk depan booth tu zikir sampai la dapat. Ammar pulak bosan kena dukung asik beratkan badan suruh kita lepas dia nak mengengsot. Hansem sangat muke ko nak!

Stroller? Mmg tak la. Kita tengok org bawak stroller tempat ramai pun dah sakit hati. Bila berhenti tengok barang, jem mengalahkan jem balik kampung. Nak bawak carrier kang nak try baju plak payah nak bukak pasang.

Shopping kat jusco pun sama. Lagi la tak senang sbb dia nak main kat play zone tu. menangis nangis tak nak try seluar tak nak try kasut. Kejap-kejap kita kena kejar dia sbb lari kat situ. Tuk baju pun nasib baik la mak ngah Fidah balik London belikan baju tuk budak-budak ni sorg tiga pasang. Itu pun aku rasa jangal tak beli apa-apa tuk anak, maka beli la seluar jean sorang satu.

Kalau dulu kecik-kecik, baju tido raya pun ado tau.

Bengkok cik Rusli bila pikir-pikir balik persediaan raya kecik-kecik dulu. Dengan baju raya berhelai-helai, kasut raya berpasang pasang. Jam raya, make up raya, baju tido pun mau raya! Yer la raya kat kampung dengan sepupu sepupu haruslah nak tunjuk banyak benda barukan?

Tapi now, sambutan ala kadar. Tengok org yang kurang berkemampuan ni mengisafkan diri. Dulu kecik-kecik kita order je. Dah ada family sendiri ni tahu la. Tapi macam aku cakap la. Kita kerja ni untuk siapa? Sekarang aku yang teringin nak pakaikan anak itu ini. Kawan aku ada cakap tunggu anak besar ko sediakan duit je. Silap-silap tudung pun nak ala-ala retis tau. Dia cakap kita jangan ajar sangat anak ni sbb diorg akan belajar dari kawan-kawan.

Sama la macam kau dulu kan?

Betul tak cida?



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Monday, June 29, 2015

Memori Hari raya

Pose baru hari ke 12 tapi aci tak nak cerita pasal raya?

Tetibakan aku teringat Arwah Atuk dan arwah nenek Melaka aku. Arwah atuk tak silap meninggal tahun 1995. Since atuk meninggal semua berubah. *Nak nagis*

Rutin hari raya pastinya, tiga or empat hari sebelum raya, arwah atuk akan ambik kami dr klang tuk balik kampung. Perjalanan ke Melaka that time 5 jam. Ikut jalan lama. Bila sekolah cuti je, mesti atuk ambik. Ayah normally akan balik lewat sikit. Malam raya selalunya sbb dia kerja.

Meriah time tu. Arwah nenek mmg rajin masak. Raya time tu mmg meriah. Rumah pasang pelita. Lepas berbuke semua berebut nak pasang pelita. Kawasan rumah nenek besar. Time tu umah kampungkan, so pokok2 pun kitaorg pasang pelita bawah dia. Pokok2 manga yang besar2 tu la port bebudak lelaki cozen2 aku main mercun. Habis buah2... creatip habis la cucuk bunga api kat daun2 pokok tu... hehehe

Dua tiga hari lagi nak raya, nenek akan ayam ketupat. Buat sarung ketupat siap2. Ketupat selatan lagi susah dari ketupat utara. Senang ketupat palas pun ko tak gheti buat. Apa lagi ketupat anyam ni?!

Arwah nenek selalu cakap, org perempuan tak tahu nak anyam ketupat ni rugi... esok laki cari lain. Lor gitu sekali? Gigih belajar pusing2 sampai terbelit2 tangan jadinya. Kitaorg suke duduk mengadap nenek anyam ketupat. Selalu dia buat rangka kitaorg gedik ketat2kan.

Arwah atuk pulak suke sangat la buat dodol sendiri. Lelaki akan buat dodol. Merasa jugak la tengok cara buat dodol. Awal2 bukan main semangat. Bila dodol likat semua lari. Hihihi. Arwah atuk tak banyak cakap. Dia buat sorg2 sbb kitaorg kecik, dah likat dodol tu tak gerak sudip tu.

Sehari raya, masing2 ada tugas. Selalunya aku dan adik2 akan tukar langsir rumah dan juga sarung kusyen. Punya la lambat nak buat. hahaha sekarang dah besar senang je tukar sarung tu. Mungkin time tu kitaorg kecik. Siap 2 orang duduk bengkok atas kusyen nak tarik keluar sarung lama. Nak masukkan pun satu masalah. Rumah arwah banyak sangat sofa. Kat beranda atas, beranda bawah, kat hall TV. Pengsan der nak tukar. Kalau salah pasang lagi la rasa nak koyak je sarung kusyen tu. Hihihi...

 Dulu pengumuman raya berdasarkan anak bulan. So tunggu depan TV pengistiharaan raya. Compare Singapore dulu dari dulu ikut kalender. So aku ingat lagi beza raya kat Singapore dulu dan Malaysia selalu beza sehari. Bila dengar pengumuman raya, semua pakat tak tido masak rendang, time tu la rebus ketupat. Mmg malam raya tak tido satu rumah. Sbb selagi tak dengar pengumuman raya ko tak leh buat apa2. Itu yang meriah. Kecoh satu rumah. Selalu pagi raya aku jadi zombie. Tak cukup tido.

Ikut arwah atuk dan nenek gerak jumpa sedara2. Siapa la keluar jalan beraya, aku mmg ikut. Sbb nak collect duit raya. Suke sangat lumba duit raya siapa paling banyak. Sbb tu aku tak faham zaman sekarang rupanya mak pak kumpulkan semua duit raya and bahagi dengan anak2 sama rata. What??? Ko duduk umah je aku penat jalan gi umah org, bahagi sama rata? Apakah?

Hihihi.... Tp bila ada anak, mmg rasa simpati pada anak yang dpt duit sikit. Last year Ammar dapat lebih sbb diakan org baru. Hihihi sian kat kakak amani. Tapi aku kerjakan, gigih tambahkan duit sendiri nak kasi sama banyak. Itu la yang mak aku buat. Kalau malam raya tu, siap kira duit raya. Kalau adik aku banyak dari aku, aku akan nangis minta mak aku tambahkan. Kalau adik aku kurang aku jugak nangis minta mak aku JANGAN tambah apa2. Wakakaka....

Indah memori tu.... dan aku betul2 rindu saat tu.

Rindu raya kat kampung halaman. Rindu riuh beraya di kampung halaman. Tak ada la nak terima berita kemalangan yang dasyat2 time tu. Main meriam buluh tak la sampai ilang nyawa tangan bagai. Tp meriam buluh pun yang main semua pak cik2 yang dan berumur. Mungkin ada pengalaman la nak main meriam bagai.

Rindu nak salam arwah atuk dan nenek...

Yang paling aku rindu, ketupat dia. Pagi2 dia akan hidangkan ketupat, siap potong. Rendang daging. Tak henti menjamah ketupat dua tiga hari. Tak makan nasi sbb pilihan ketupat tu.


Zamani cakap ketupat anyam ni tak ada tarikan sangat sbb ko bole makan nasi impit. Sama je. Malas nak argue. Bau daun tu bang! 28 tahun kot mencekik benda tu pagi raya. Bunyi geseran pisau potong ketupat tu, nostalgia tu... hahahah bole terima pakai tak alasan tu?


Sambal udang... ahhhhh tu la cara org melaka. Rendang pun pedas sampai confirm la raya pertama sampai raya ke dua ko cari tandas. Hahaha

Weols dah kebiasaan pagi raya kalau terover makan rendang and ketupat, mmg singgah toilet umah org sama. Tinggal jejak. Kih kih kih

Since arwah atuk meninggal kegembiraan tu kurang sikit. Nenek still buat ketupat macam biasa. Cume mungkin aku tak betul2 menikmatinya sehingga dia tiada. Sejak dia sakit kunjugan kami biasa sahaja. Tahun ni dia dah tak ada. Kalau tahun2 sblm ni, kami hanya ziarah kubur atuk. Tapi kali ni kami ziarah kubur nenek pulak.

Yang masih ada kampung tu best la... sian plak kenang nasib amani dan ammar. Kampung semua sejengkal je, pasang lagu raya pun tak habis lagi dah sampai umah atuk and nenek. Hihihihi....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, June 28, 2015

Small celebration for my little man

Salam...

Since birthday ammar yusuf jatuh bulan pose, maka tak ada la sambutan besar2an. Insya Allah kalau ada rezeki raya sok kita sambut. Macam tak adil plak besday kakak bersungguh2 ibu buat. Apa beza Ammar and Amanikan? Dua2 sama sakit beranak so tak ada bezanya. Walaupun ammar tak tahu sangat la apa tu besday. Sok dia tanya awat kakak ada sambut dia punya tak ada gambar pun... mau jawab apa?

Salahkan diri sendiri sbb manjakan anak2. Hihihi anak sendiri. Biaq pi la kan?

Paksa zamani makan luar jumaat tu. Jumaat biasa zamani super bz. Aku nak jugak sambut on 26 june! Tak pedulik. Overkan mak ammar. Harus la kan... sampai umah siapkan anak tunggu zamani balik sambut kat luar. Janji ado kek.

Than on next day sambut dengan tok mama plak... sambil berbuke dengan sepupu2 amani and ammar. Sambutan umah nenek and atuk? Erm nanti kita plan besday ammar lepas raya. Insya Allah kalau ibu larat. Sbb umah nenek and atuk tak ada org. Bln pose atuk lebih kat masjid and surau. Nenek plak lepas solat terawih tido terus. Penat sangat so tak nak ganggu masa rehat nenek.

Si ammar kelihatan agak blur tp dia suke cream kek. Cream ye bukan kek... haiz... dia ingar cat ke apa? Tak pa biar dia pk cat jangan dia pk cream muke. Terpanjat mak nak...

Ok gambar tuk tatapan aku di blog ni...

Happy birthday little man

Friday, June 26, 2015

Ammar Yusuf Turn One!


Syukur Allamdulillah....


Gambar yang menjadi tatapan semangat ibu di saat kau masih di dalam rahim ibu.

Selamat Hari Jadi Muhammad Ammar Yusuf.

Hari ni genap la kamu setahun. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman ini.

Dear Ammar....

Ibu dan abak doakan semoga Ammar sentiasa di berikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan Allah dan sentiasa di murahkan rezeki dan panjang umur. Ibu dan abak juga harap Ammar akan menjadi anak yang soleh, buat kami dan sentiasa membimbing kami ke arah ke baikkan kelak, insya Allah. 

Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, ibu berharap Ammar membesar dengan penuh kasih sayang dan harap menjadi harapan dan juga tulang belakang buat kita sekeluarga. Hihi besar sangat ke harapan ibu pada Ammar yang baru berusia setahun ni? Insya Allah.... kita doa yang baik yer...





Pemilihan nama mu adalah sebab terpikat dengan kisah 'Ahmad Ammar Azam' anak muda yang mati shahid di negara arab. Waktu cerita tu tersebar meluas ketika kamu berusia 12 minggu. Terus je request kat abak nak letak nama Ammar. Abak ko biasalah poyo lebih macam dengar tak dengar. 12 minggu tu masih belum jelas kelihatan jantina. So sbb tu dia tak kisah sangat.

Tapi i dont really care sbb bg ibu apa pun ibu nak akhir nama anak lelaki ibu dengan nama "Yusuf"

Abak menentang. Nama tak glamer kan? Ibu ada alasan sendiri sbb pertama anak perempuan ibu dah pun ibu letak nama Zulaikha di belakang. Dan sejarah islam pun ada mengatakan Zulaikha seorg perempuan yang sangat cantik dan Yusuf pula lelaki yang paling kacak.

Ibu sangat percaya pemilihan nama sedikit sebanyak membawak perwatakan seseorg. Dalam zaman yang moden ni ada lagi ke org letak nama Yusuf? Yusuf nama yang indah. Bukan sahaja kacak tapi ahlak Nabi Yusuf juga patut di contohi.

Di awal usia kandungan Ammar, sangat sangat teruk bagi ibu. Tapi pengalaman mengandungkan Kak Aryssa mengajar ibu supaya tidak merungut. Terima segalanya supaya anak sihat. Dan pengalaman sickness ni bukan la selamanya. Ibu kuatkan semangat. Muntah jangan cakap la. Baring je memanjang sampai kesian kat Kakak Amani ketika itu. Abak la yang main peranan. Bila kandungan membesar, lain pulak dugaan. Ammar sungguh lasak. Mungkin lelakikan, lain macam. Sampai kadang2 tak ada ribut ke apa ibu nangis. Sbb tak tahan awak lasak sangat. Hehehe

Abak selalu tetipu ingat awak nak keluar dah... ibu nangis bersungguh2 tahan sakit. Ibu rasa kamu bukan gerak2 manja tapi macam ko berpusing kanan kiri, atas bawah nak...... senak sesak napas  ibu ok

Tapi ammar anak yang tak banyak ragam. Cume buas dan banyak benda yang ammar nak advanture sendiri. Naik tangga la, keluar dari walker, cubaan keluar mengesot ke luar dari rumah. Tak bole lepa sekejap ada je ammar nak buat.

Dan hari ni, insya Allah kita keluar sambut besday ammar ye... ammar makan kek sudah! Hihihihi

Oh ibu buat video ini tuk tatapan dan kenangan tuk ammar. Kalau abak tuju lagu Terukir di bintang... ibu bagi counting star tuk back ground video ammar yer nak....





Happy birthday hero... Ibu love you so much!Muah


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, June 24, 2015

Salam Ramadhan


Dah hari yang ke 7 kita pose. Aku baru la nak buat entry bagai. Blog org lain siap bagai menu berbuka, akak ni madang tak larat je. Apa pun tah leh!

Last year Ramadhan akak dalam pantang. Dah setahun dah anak bujang tu. So persiapan raya tahun lepas mmg tak ada. Last2 minit dan shopping kat umah je. Online shopping gamatnya. Baju somi dan anak2 semua zamani yang beli last minit nak raya. Sehari sblm raya dia keluar dengan amani membeli belah. Kuih2 pun aku order. Order tak leh makan. Tengok je. Heheheh...

Tahun ni tak la pantang. Tapi keadaannya sama je. Dah msuk 7 hari pose tapi tak ada istimewa. Anak2 belum start posekan so masih relex. Duduk dengan mak so serahkan segala pada mak aku. Masak apa. Nak hidang apa. Kalau teringin beli kat bazar.

Hujung minggu (walaupun baru seminggu puasa) Amani still ada kelas. Now aku ambik kelas tambahan tuk amani hari sabtu. So this week start. Kelas sejam dua tapi penat aku macam dr pagi ke petang. Tahun ni raya mana pun tak tahu. Hebat tak??? Ko mampu??? Tak ada merengek dengan suami, you kena raya belah ai or zamani pun tak paksa you kena raya belah ai. Mana dia ada situ la akak dan anak2 ada. Mak ayah aku balik Singapore. Sian last yearkan diorg raya sini jaga akak dalam pantang. Hahahah... tak sampai hati nak halang. Nenek and atuk masih ada lagi kat sana. So ibu terlalu rindu nenek atuk.  It just me. Passport Ammar tak buat. Passport we all pun dah mati rasanya.

Nak balik utara belah en somi pun Becinta nak hadap Jem. Dengan anak2 yang super duper lasak. Takat Myv dengan Wira akak tu, mau terbalik bebudak tu buat. Gi bandar pun cobaan masuk bawah seat kereta. Duduk kat baby chair pun macam nak terbalik baby chair tu. Nak jalan jauh2... erm ku pikir sebentar. Rasanya aku rela bawak kereta dari nak jaga anak2. Hahahaha.... But tak ada halangan juga kalau dah suami cakap nak balik kampung dia. Kita balas balik tahun lepas semua tak ke mana2 gara2 aku dalam pantang. So tahun ni pilih la bang.

Bercuti pun ok. Hahahahah mmg kena tumbuk! org raya2 ziarah sanak saudara kau bercuti apa hal?

Tak tahu la. Mungkin jugak tempat kerja dah jauh. So balik kerja aku rasa letih macam berjalan kaki dari opis. Tak ada la semangat nak masak ke apa. Kesian jugak Zamani kadang2 tak kena selera dia. Ciput je makan. Tapi akak butakan mata sbb malas. Wakakakaka.....

Ada 23 hari lagi nak habis posekan... so insya Allah, datang la mood rajin... sian anak2. Somi panling paling kesian. Hehehe



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, June 17, 2015

My Tahajjud Cinta


Aku tak tahu nak tulis tajuk apa...

Tapi pagi ni tetiba hati rasa sayu... ingatan tetiba pada Arwah Aryssa... Ya Allah lama sudah aku tak ziarah pusara dia, lama sudah aku tak bacakan yassin setiap malam khamis untuk dia... jauh sungguh aku meninggalkan dia. Tapi pagi ni air mata berjurai laju...tanpa sebab. Hati sakit sama sakit bila kami terpisah dulu.

Sama....

Hati sakit sedih pedih sama di saat itu... apa kenangan yang aku ada bersamanya?

Hanya airmata, sakit, dan pedih. Bukan menolak ketentuan mau pun tak redha. Aku bukannya wali, aku manusia yang di pilih untuk di uji. Walaupun ujian Allah ini bukan la berat seperti yang di tanggung oleh org lain, tapi cukup terkesan walaupun 6 tahun sudah berlalu. Mungkin apa yang aku rasa naluri ibu....

Ya hanya pada Allah tempat aku melepaskan rindu.


Al - fatihah....


Kau datang ketika duka ,dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut, lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali yang suci dari hina dan benci


Terlalu lama aku mencuba terlalu banyak
cinta yang ku damba tiada yang sempurna
hanyalah fana...

Tuhan, ampuni hamba-Mu


Ku rebah di dada malam, memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia, dakapku dengan selimut syurga


Ya Tuhanku hanya padamu tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu dalam tahajjud cinta bersujud



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, June 9, 2015

Suratan atau kebetulan



Hati tenang la...

Allah ada untuk kita minta dan berlindung....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, May 26, 2015

Dady's Gurl

Salam...

Bila tengok gambo Bakem dengan anak perempuan dia tetiba ai terujakan.





Sbb apa? Lelaki macho yang begitu tunduk dengan seorg perempuan kecil. Mmg hebat kuasa perempuan kecil itu sehingga kuasa seorg isteri pun kalah. Pernah terbaca seorg perempuan kalau nak cari pasangan, mereka nak ciri2 ayah mereka ada pada lelaki itu, sbb apa korang rasa? Ayah adalah seorg lelaki yang pertama kita kenal dalam hidup kita. So dalam banyak lelaki yang kita kenal, kita tahu seorang ayah takkan lukakan hati kita. Kalau boleh dia tak nak tengok pun anak dia menangis. So banyak anak2 perempuan anggap ayah tu sbagai hero.

As for me... aku dan adik2 aku mmg rapat dengan ibu kalau nak bandingkan dengan ayah. Tapi walaupun ayah aku tak la sehebat ayah org lain, but still aku rasa dia lelaki yang hebat. Walaupun dalam memori aku, aku tak pernah rasa ayah peluk cium aku macam ayah2 org lain, but dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia dalam membesar dan mendidik aku. Sbb aku tahu dia seorg sahaja yang keluar bekerja membesarkan anak2. Ibu tu org tengah je bagi kitaorg nak berkomunikasi dengan ayah dulu. Nak bercerita tepuk tampar mmg langsung tak la kan.

Ini bukan entry father's day.

Tapi lihat Amani Iman membesar, i know she more close dengan abak dia aku. Berkepit macam merpati sejoli. And Zamani yang sblm kawin mcm abang2 macho dulu bila ada amani, dia totally berubah menjadi org lain. Roh bapak2 dah merasuk dia. Agak terkejut sbb dia nak mandikan amani lepas dalam pantang. Buat susu, tukar pampers, now dah pandai ikat rambut anak dara dia.

Getah tangan selalu je ada kat pergelangan tangan dia. Uhuhuuh

Walaupun bila nak dapatkan anak, i never la nak expect dia akan buat kerja2 semua. Mind set dah pun set kat kepala. Sbb ayah aku pun tak pernah buat benda2 ni so tak terduga akal tu dia akan buat macam tu. Its bonus bagi aku... Agak terkejut dan bangga bila ada kawan2 cakap dah tegur

'eh zamani nak basuh berak amani yer?'

'eh zamani nak mandikan amani'

Means kalau ko tengah bergosip dengan tetamu yang dtg umah, ko bole lupa diri seketika.  Ha ha ha. Bole di harapla kalau nak bg zamani uruskan Amani.




Dari makan....... sometime abak suap anak, anak suap abak. Mak macam biasa ambik gambo je. Abak suruh suap ibu baru la dapat, kalau abak lupa nak pesan, anak pun buat dekkkk je.

Ha Ha Ha.



Dah tua2 ni penampilan pun berubah kepada kebapak bapakkan.  Agak nak tergelak jugak kalau beg dia/pouch/sling beg and even poket seluar jadi tempat simpan botol susu, puting, mainan anak. Tengah2 macho dan semat kadang2 bib anak kat bahu, tak pun sangkut kat tali beg.

Which aku rasa tak ramai lelaki akan tunjukkan.

Nasib ko la zamani dapat bini macam aku! Apa jua yang aku rasa sweet, mmg aku snap and letak kat sosial network. May be kalau amani dah besar dia bole tengok macammana abak sayang dia. Macammana dia rapat sangat dngan abak silap2 kalau bergaduh anak beranak, bole la ibu buat banner jejak kasihan. Hahaha...


 Kadang2 bila aku beli barang di temankan anak dia, tahu-tahu diaorg hilang. Tahan muka malu join anak sama.

Sbb apa? Korangkan tahu amani ada behaviour issue, semua benda pun dia tak berani nak naik. Suke! teruja! nak mencuba!

Tapi kalau dia sorang2, mmg tak la.

Sanggup meraung nangis guling2. Kalau ada mainan yang org dewasa tak leh naik, takkan nak naikkan? Korban sekali lagi sebagai lelaki, yang konon pemimpin keluarga tetiba naik cho cho train dengan anak.

Amani pun prefer dengan abak, sbb mak dia pemalu. Hahaha...aikan garang. Tetiba naik cho cho train tak gerak pulak ketapi. Hahaha itu sebenarnya. Tak ada kena mengena dengan garang tu sebenarnya,

Mmg time mengandungkan amani, zamani mmg secara direct selalu komunikasi dengan amani dalam perut. Kadang2 aku naik rimas! hahaha... so mungkin di sebabkan tu, Amani mmg kenal zamani. Kata zamani time dia pegang amani lepas2 lahir, amani bukak mata, bila dia panggil nama Amani. Aku rasa Amani confuse, abak panggil nama sendiri ke apa? Tu bukak mata check it out!

Sebab tu tahu2 nama Amani yang sepatutnya Ariani! tetiba jadi Amani???



Time bercinta dengan ibu pun abak tak la poyo baring ala ala hindustan nak!




Jujurnya? Kalau bab mainan Amani pun abak yang banyak mempengaruhi. Yang paling tak leh bla! bila aku yang pilih ada je tak kena dengan si Amani.

Ko rasa2 mmg kompelot ke apa? Sbb tu aku selalu warning abak dia, beli mainan tu kalau boleh ada unsur education sama

Belajar

Belajar

Belajar

Ate org pompuans mmg gitu ke apa? Bila kena sound dengan Zamani, baru la nak perasan. Pastu kompelin bukan main banyak sangat. Asal anak tak rapat dengan mak.

Nasib baik la bapak ko tak tahu masak. Kalau bapak ko pandai masak rasanya tak ada apa yang menarik tentang ibu kat mata Amani.

Ammar je la yang nak ibu. Ha Ha HA now zamani pulak sentap. Ammar tak nak dia sangat. Mamat tu tak yah tunggu time susu. Kalau dia nak tido mak dia kena baring sebelah je.

Bahagia ibu nak!

Rasa ibu sangat2 di hargai.... Hua hua hua.Tapi entry ni bukan la special entry. Aku rasa lelaki yang jaga anak ni mmg sweet. Dan aku rasa kalau ada yang macam ni, wanita2 di luar sana pasti rasa diri tu sangat beruntung. Bukan senang nak handle budak2 ni. Walaupun anak sendiri.  Amani sejak dah nak masuk 4 tahun ni, melawan jugak. Bole jadi gaduh dengan aku sometime. Bila gaduh dengan aku, lagi la tunjuk perangai gedik dengan abak dia.

Stress akak!

Sebelum aku kawin pun, aku selalu doa dapat lelaki yang cukup sayang kanak2. Ewah tadi bukan cakap tak minta or set otak mintak apa2 ke? Hahaha... Sbb ada jugak dengar dr kawan2 mengadu pasal suami yang kadang2 aku rasa kalau Zamani macam tu, aku hantar dia balik umah mak pak dia. Hahahah

Ada lelaki yang lepas tangan. Anak nangis dia pun sama naik hantu. Aku pernah dengar kawan aku cerita kawan dia bila anak dia nangis, suami berang sampai tak mengaku itu anak dia. Siap halau anak bini semata2 nak buat taik mata!  Kau dah kenapa?

Sbb tu la bila entry anniversary tu aku macam jakun sikit dapat sambut. Walaupun biasa2 dapat keluar berdua dengan somi je dah rasa pencapaian yang hebat!

Sbb sepanjang 4 tahun, aku rasa kita org bole kuar tanpa each other tapi both of us tak leh kuar tanpa amani

Now ammar pulak. Lagi la dia menyusu badankan? Lagi la aku tak leh nak tinggalkan dia.

Lepas dapat anak rutin kami mmg berubah. Nak buat apa pun pikir anak dulu. Kita nak dating, nak release tention kononnnya, kang budak buat perangai org lain yang tention.

Itu pun kuar 2 jam pun kepala terpikir2 anak kat rumah. Watsapp nenek and mak su berulang2 kali. Hahahah






Add caption






  


Kesimpulan bebel panjang2....

Dady's always treat their daughter as their princess... tapi ibu tak leh treat Ammar macam putera sbb sok mesti kena gelak dengan kawan2

Anak omak...

Perempuan aku rasa they cool dengan title macam gitu. But lelaki tak rasanya. Diorgkan buat keputusan sendiri, tetiba ada plak ayat mommy's boy?  Gi la suruh mak ko buat keputusan tuk ko! Rasa2?

Mau mak ammar lempang budak yang cakap ammar macam tu... hihihih

Emosi kan ibu?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, May 24, 2015

Crop and minimize...

Anak bapak ni...

Kadang2 aku tak leh terima asal anak2 aku ni mmg ikut muke bapak je. Dr amani sampai la ke ammar...

Uols tak baik tau tak jaga perasaan ai... sob sob..

Tp dah mmg kenyataankan??

It like y crop muke zamani and minimize so muke ammar...

Ha ha ha...

Setuju kamu?

Love cida

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails