Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, December 14, 2015

Hi 5...

Tahu hi5?

Well aku pun tak berapa nak tahu la. Yg tahu nenek amani sbb nenek yg rajin bukak hi5 untuk cucu. Amani seem teruja bila nampak hi5 group tu di interbiew dengan wartawan Malaysia.

Bersungguh la dia menyanyi sama dengan performance diorg ni... gigih juga google info pasal kedatanyan diorg kat Malaysia. Diorg dtg from 9th december to 15 december kalau tak silap. 9 haribulan dan 14 haribulan diorg buat free event kat midvalley.

Adei mmg tak ada rezeki. Frust jugak sbb on 9th tukan ari khamis. So kerja. Kalau 14 pun sama gak. Hari berkerja. Tp syukurlah Selangor menang bola terus kerajaan negeri declare isnin public holiday!!!

Bole tengok hi5!!!

Amani teruja bila cakap nak jumpa hi5. Malam semalam je dah buat perangai. Org cakap esok dia nak jugak malam ni. Ingat abak hang cozen dengan depa? Nak jumpa malam2?



Tengok betapa teruja anak ai. Hi5 hi5... ibu its hi5!!!

Terus nanyi lagu hi5.

So pagi isnin bangun seawal pagi supaya tak ketinggalan ketapi sbb tengok website hi5world, event pukul 1030 pagi. Event freekan, mesti lagu pun satu dua je. Lain la kalau kau istana budaya. Bayar tiket mesti lagu banyak.

Sampai midvalley je dah nak pukul 11. Adoiyai. Budak amani ni dr umah zikir mana hi5 mana hi5. Takut dia kecewa. Heheh ke mak dia yg kecewa?

Sekali dah start. Sob sob. Amani dengar lagu je dia tak tentu arah. Dia sure leh menyelit. Takkan ibu abak nak selit samakan?

Cube cari kedudukan yg stategik, tp hampa. Habis performance baru org beredar dptlah tengok sesi bergambar dengan pengguna credit card HSBC. Jeles tak ada ok...



Lihat time sesi bergambar sahaja...



Weekday oklah ramai jugak org tp tak la penuh sangatkan?



Itu pun rasa sedikit sedih sbb amani nak turun nak jumpa hi5 katanya... zikir kat ibu 'i want to see hi5'

Aku rasa aku faham apa dia maksudkan. Nak tengok lebih dekat.

So tak dapat ambik atas pentas pun tak pa la...



Aci tak?



Bole la nak.... ada gak kamu bergambar dengan diorg ni. Hehehe



I bawak anak buah zamani jugak. Dia pun cakap nak bergambar dengan hi5 mcm amani.



Bye bye hi5....

Tahun depan kalau diorg dtg kita tengok yer amani. Lepas lepas tu dia keep nanyi lagu2 hi5. Tengok gini pun dah happykan. Apa lagi kalau dpt tonton concent dia. Pasti la happy.

Korg pun akan buat benda yang anak korg happykan? Nak bawsk tgk wayang takut dia tak faham. Amani ok la. Ammar ni selalu buat perangai.

posted from Bloggeroid

Sunday, December 13, 2015

Enzema









Setiap kali melihat ammar mengaru menangis kegatalan, hati aku sakit... menyalahkan diri sendiri apa yg tak kena. Aku salah makan ke time mengandung dulu? Aku ada kurang ambik apa2 ke time mengandung dulu? Sbb dr dia lahir lagi dah kena. Waktu brestfeed pun punyalah jaga tak leh makan apa2 yg bole menyebabkan dia gatal. Memula tak tahu puncanya. Tp umur dia 6 bulan aku bg dia rasa pnut butter terus naik merah dan dia nangis macam nak rak! Takut time tu. Baru la tahu dia elegic kacang.

Tp pead ada cakap dia beruntung sbb effect pada kulit. Ada yg buat pernafasan sempit dan itu yg jadi sesak nafas dan bole mengakibatkan kematian.

Segala jenia kacang mmg tak leh. Than dia tak bole kena panas. Peluh je mmg habis la. Malam tido berekon sbb dia tak leh berpeluh sangat.

Alahai anak bujang ibu...

Mati akal bila mengamuk2 kegatalan. Rasa nak pindahkan ke aku je. Lotion dah macam2 lotion dah cube. Siap ada ubat makan dan kena standby. Jenis terkena je terus bagi ubat.

Selalu dia tido je la.

posted from Bloggeroid

Saturday, December 12, 2015

Zoo negara

Sejak amani dah besar ni, da tak bole janji. Ekceli bukan janji la. Tak leh cakap sbb dia pandai tuntut. Dia pernah g zoo time umur dia setahun lebih. Tak ingat, tp baru2 nak pandai jalan. Dia jalan agak lambat. Rasa nak 2 tahun baru pandai jalan. Ammar setahun dua bulan dah tegap dah jalan. So seronok kalau bawak anak jalan. Apakan daya mak yungkan... nak bawak jauh2 kang terberanak parah gak.



Lama sangat dalam kete. Asik tanya je where is zoo...



Both excited alhamdulillah











Berani amani bg rusa ni makan... ingatkan dia takut. Pandai plak petik daun.





Keluar2 zoo je terus hujan lebat!!! Nasib baik la....



Puas amani main hujan. Bukan main hujan la... tempias angin kuat habis basah





Ai dah tak peduli dah... kata mak yungkan. Duduk je tengah2 tu. Nasib ada kusi. Sebat je. Kaki sakit terus. Rasakan. Doa jugak jangan la apa2... baby tunggu la sampai masanya yer nak. Mmg aku tahan je. Satu badan sakit. Perut mengeras tiap 3 minit. Panik akak tp wat wat relex. Hehehe



Masuk2 kete pengsannn

Keletihan............

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 9, 2015

Smart Reader Kids Convo

6 december ari tu my sista ajak g tengok concert rayyan. Plus this will be the last concert sbb next year dah darjah 1. Cepat sungguh masa berlalukan? Aku rasa baru je dia lahir. Baru jugak la ajak main2, belajar bercakap dan berjalan. Since weekend lepas tak buat apa2 ok je nak pergi. Pasti seronok. Kalau anak ko jenis tengok Hi5 dia sure layan concert2 ni. Which is betul laaaa....

Amani teruja.



Berlangsung kat wisma reader kids kat damansara.



Rayyan, amani dan raeesah. Amani cakap dia nak school dengan abang rayyan. Ok abak sila kumpul duit sbb nak anto anak kat oxford. Hihi



Concert start kul 12 tp kul 1030 dah tercongok. Cop tempat paling depan. Rayyan ambik bahagian dalam tarian and nanyian ramai2. Huhuhu. Macam bangga plak tengok dia atas pentas tu.



Pembukaan acara. Acara dr budak 3 tahun. Comel2. Geram dan tetiba lawak ok. Yer la kelamkabut bebudak tu menari. Yg best amani tengok.



Budak yg layan concert




Ammar nak tido. Tp abak tido dulu. Kebosanan. Dia cakap rayyan show kejut. Hahahah....





Tu dia anak bujang ai beraksi atas pentas. Hahah casanova abis ko... lentok badan. Gelak tak hengat mak long. Hahahah

Than persembahan terakhir adalah nanyian lagu sahabat







Mcm retis ko atas pentas abang....

Lepas persembahan. Convo section plak. Kali ni terharu. Nenek atuk berulang ingatkan mak long supaya ambik gambar. Maklumla cucu ambik 'ijazah' hihihihi.







Chewah hansem berjubah merah... muke mcm atuk seli. Hihihi. Cucu kesayangan sbb muke sama.



And gambar kami lepas majlis. Proud of you rayyan. Semoga terus maju yer. Mak long doakan rayyan jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.

And to my sis. Tq for inviting us on rayyan big day. We enjoy the show...

Gambar penutup... tak bole bla ko posing nak....


posted from Bloggeroid

Tuesday, December 8, 2015

Toran Coffee...

Mak buyung teringin tengok gambar2 ni kat fb... macam haven gitukan??



Ajak abang zamani pergi. Ecehwah konon sambut aniversary ke 7 tahun? Hahahah alasan je tu. Kebetulan.

Review kat sini... bila baca blog and komen. Semua puji makanan sini dan yg tak best service slow. Alaaa jangan la wat mak yung tertunggu. Dengan anak yg alahai super duper lasak. Anak2 aku g makan, diaorg tahu masuk kedai makan ada makanan. Meja kosong depa tak tahu nak wat apa. Tp ada makanan pun mereka tak behave pun. Hahahah...

Tengok menu harga mak aiii sangat murah. Tak la murah sangat. Compare price dengan makanan western macam chilies, vitoria station, TGI mmg separuh la. Teringin nak makan lamb chop. Dengab keadaan darurat tak kerja ni... hahahah idok la akak sanggup habis sepinggan lamp chop harga rm 50 ke rm 80... tengok masih belas ringgit.

Tp org banyak cakap service lambat. So may be that is the price u have to pay la kan.

Sekali... ko masuk kedai ni... dr pintu masuk sampai ke tempat duduk ko di layan. Ok akak suke la. Tp meja kecik sikit. Tak pa la. Kedai tu pun bukan kedai besar.

Than order. Aisyah cabonara with smoke beaf. Amani and ammar spegeti bolognise. Me and en somi lamb chop. Wahh dua pinggan baru rm 38... berbaloi.



Aisyah punya. Sedap gak. Tp aisyah cakap cream dia pekat sangat. Tp oklah not bad. Aku tak minat sangat kalau cabonara ni.



Amani punya. Abang zamani bukan pengemar spegeti tp tengok dia layan amani makan sambil2 tu masuk mulut dia gak. Hahahah... sedap la tu. Ke dia lapar sbb baru balik kerja tak makan. Huhuhuh



Our lamb chop... tell you sangat puas hati!!!! Lembut sangat ok... senang Tokak! Hahahah... isi tak melekat dengan tulang. Ai like! Bau kambing pun tak ada. Mmg layan la. Cume lebih menarik kalau hidang dengan sayur mcm brokoli rebus or coslow. Kentang dia kasar2 buat salad. Kalau mash potato layan gak... but its good. Sedap.

Tengah makan staff dia dtg tanya. Service ok ke tak. Makanan sedap ke tak? Oh service yg aku baca lambat tu nampaknya cepat. Kita dok sana order 3 minit air sampai. Within 10 to 15 min dah dpt semua makanan. Yg bestnya diorg jugak supplier tony roma's. Tp dia cakap dia tak la jual harga tu. So pada yg viral cakap tony romas tu x halal tak yah takut sbb pemilik toran coffee ni ada la melayu. Wahhh tetiba teringat eye rib kat tony romas tukan. Lembut gila.... dah! Jangan macam2. Ajar anak dlm perut tu makan makanan murah. Wahhh tak baik ko!



Layan....



Anak2 choc ais... zamani biasa teh o ais je la. Dan akak plak harap ada la sampah2 atas air macam di tunjuk tetiba ais bland biasa???

Frustnya!!! Sbb tak ada gambar dlm menu. Bila order dpt ni. Cocoa conscious...conscious sangat! Tp mak aku bilang dont judge a look ok... dah rasa ais starbuck... yg choc chip frep ke benda tu.... maaf la bukan kaki starbuck. Uhuhuhu. Tp bukan kaki starbuck pernah la ai rasa.



Total bil yg kena bayar. Kalau lain mau la ratus ratus kan?

Apa2 pun try la. Bg aku yg tak berwang ni berbaloi. My expectation on the food tak la tinggi but memenuhi la...

Bole dtg lagi. Try air yg sampah2 atas tu. Hahaha.... tp kali ni berdua. Anak2 dok umah. Uhuhuhu

posted from Bloggeroid

7 years ago...

Tak habis lagi la kenangan 7 tahun lepas yer. Fb la punya pasal ni. Asik remind apa yg jadi 7 tahun lepas. Ate? Akak teruja la kan. Gambar lama tu tah mana2 je. Bila fb mengingatkan balik... maka gedik la ai...

7 december tarikh we decide to meet bertentang mata... kira first date. Cinta kasih sayang dah ikat dulu. Memula chatting... than tukar berbual kat phone. Lepas seminggu baru geletis nak jumpa. Hehehe...

So ari ni kononnya la nak semarakkan ingatan dating dulu. Dulunya berdua! Makan pun bole bertentang mata. But no after 7 years!!!!

Asik suruh anak diam! Alahai tak senang nak makan.



Zamani marah amani... sbb?  ya Allah lately dia dah tak leh nak cakap dengan elok. Dia suke menjerit! Berlawan2 dengan si abang ammar. Ammar plak baran. Tangan kecik dia kalau mengegarkan meja makan, gegar gak la. Org lain nak makan pun x senang. Tempat dah hebat! cukup romentik! Tengok anak2??? urut dada.

Gambar tu, aku alihkan perhatian ammar.Ammar aku paksa minum sbb mulut dia tak reti diam. Dpt air diam jap. Senang nak bergambar. Huhuhu.

So this is us after 7 years. Hahahah... meriah hidup ko. Alhamdulillah....jgn kompelin.

Amani makan sesuap dua je. Lepas tu jumping tah berapa kali la... ammar plak??



Dah tak kose nak marah. Siatkan roti tu halus2... tarik roti tu, histeria bukan main! Sian plak kak long aisyah kena cubit kena tolak dengan Ammar sbb bengang...



sepatutnya aku ada 2 anak perempuan... bila tengok aisyah. Aku teringat aryssa... kalau dia hidup pasti amani lebih happy. Do everything together. Play together. Ammar is still small. Sian ammar kena pinggir. Sbb satu dia kecik lagi dan kedua dia boy. Selalu kena halau dengan kakak2. Hihihihi.

U know girls.... bercerita. Create permainan ikut imiginasi... main mak mak. Main make up make up. Amani susah nak sikat rambut. Tp bila kak long ada, kak long suke make over amani. Pastu amani akan tanya

Do i look like princess??

Ibu chantik tak amani??

You know that kind of imiginasi. So as mak nak gelak pun ada. But sedapkan ati anak2... lawanya anak ibu...

Tp tumpang rindu dan angan2 itu dengan kak long aisyah je...



Wajah2 kesayangan hamba....



Our candalite dinner yg tak berapa nak romentik. Sedang nak selfie laki bini tetiba ammar tepis phone aku... adoi slumber plak tepuk tangan. Sakit plak ati kita. Yg amani dan aisyah gelakkan aku sbb terlepas phone dr tangan. Lucu sangat la kejadian tu. Ammar bila tengok lawak dia menjadi, sbb kakak2 gelak, dia nak ulang tayang balik la apa dia buat tu.

Sudahnya dia mengamuk bila aku simpan phone dalam beg. So faham la aku dengan zamani kurang bergambar berdua yer. Anak2 selalu envy dengan ibu...



This is us... after our 7year first date dulu...

Sila la katakan sweet. Sbb bukan mudah nak bergambar. Di belakang tabir anak2 ya Allah.... pitam! tak leh duduk diam sorg2...



Anak dara aku ni susah makan. Tp senang sangat kalau bab air batu. Macam kacang dia makan.

Sebijik perangai mak dia. Hahaha



Kak long pun terjebak...

Malam yg memenatkan. Kalau 7 tahun lepas balik rumah tersenyum2. Teringat perbuatan2 romentik en somi. Belai rambut ( first date rambut sehelai dua tertutup mata tolong selakkan) baru jumpakan... kang terkejut plak apahal sentuh2 ni. Tangan pun gesel je tak berani sentuh. Geselan tangan tu la buat ko angau... alaaaaa awat dia tak pegang ( u know what i mean, angau)... first time gak la pintu kereta di bukak. Layanan macam princess la.... tip top. Mau balik tak tersengeh2. Tido pun tak lena. Silap2 nak jumpa lagi. Anyway time tu dah jumpa pun ,nak balik, kereta belum hilang pandangan dah call. Wakakaka...

I dah rindu you... bla bla bla.. siap teman berbual dlm phone bukan sampai rumah yer. Sampai dia tarik selimut kat umah dia. Punya dasyat....

Sayang... i nak tido... good nite...

Good nite tu dah sampai ke good morning!!!

Adoi menaip sambil tersenyum.

Lepas 7 tahun? First today amani first time minta tido umah tok dia. So aku tak leh tido sbb first time anak tak ada. So sbb tu wat entry. Hihihi. Second kalau amani ada sekali pun aku rasa sampai2 umah je dah cari katil. Jangan pikir aku nak pasang candle aroma terapi bagai nak menghangatkan malam. Tp nak tido terus. Hahahah

Sejam kat kedai makan control anak macam control apa je. Keadaan aku yg 33 mingu ni tak larat der nak layan kerenah anak. Kerenah bapak sabor2. Hahahahaha. Itu kita cerita belakang. Lucky ammar masuk kete tido... sampai umah terus bawak naik bilik, terus baring.

Adoi la... dalam tempoh 7 tahun... macam2 kan... cepat je masa berlalukan uols?
posted from Bloggeroid

Thursday, December 3, 2015

Tutup kilang

Semalam check up dan dapatkan tarikh tuk cser. Alhamdulillah dan insya Allah kalau tak ada apa2 12 Jan 2016 bersalin. Dpt 11 jan cantik sikit tarikh tukan? 111116... tp 121116

Isnin putrajaya tak buat cser rasanya. Ada pun emergency cases. Macam amani dulu monday since sunday masuk sbb emergency.



So semalam bole plak abang zamani korg tertido kat tempat menunggu. Suruh dia temankan sbb tahu sangat nak cser ni nak kebenaran suami. Tp pura2 cakap suami tak pergi.

Baby elok je kedudukan ari tu kepala di bawah tetiba semalam melintang. Gasak la nak. Janji ko selesa dlm tu. Pening eh kepala kat bawah. Hihihi.

Than semalam juga doktor tanya sama ada aku setuju nak ikat iaitu tutup kilang. Tak bole megandung lagi lepas ni. Erm ada pilihan lain ke? Sbb kalau mengandung akan memudaratkan bahaya pada diri sendiri dan baby. Rahim tak kuat. So aku tanya doktor masih ada peluang ke mengandung?berapa peratus la yg bole mengandung? Dia cakap bole! Ha?? Habis tu kenapa nak kena ikat bagai kalau bole mengandung

Peraturan adalah 0.01% katanya. Itu adalah ketentuan Allah. Tp puan tak perlu gune apa2 pun alat perancang.

Confuse di situ... tak bole mengandung... ikat adalah cara yg tak akan mengandung tp ada 0.01 percent peluang. Dan tak perlu apa2 alat perancang.

Ko faham?

Heheheh blur blur pun aku angguk faham jr la. Dulu diorg ikat. Ada posibblities ikatan kat tiup tu terbukak katanya. Tp now diorg potong terus tempat persenyawaan.

Jujurnya aku rasa sedih. As perempuan tentu aje la aku nak anak lagi. (Amboi tak sedar diri) 2 ni pun lintang pukang. And by age 35 saya tak bole nak mengandubg lagi. Bersyukur la kan, ada yg tak di beri kesempatan walaupun mencuba bertahun2. Mesti la kita rasa sedih lagi2 kalau suami yg nak anak. Lelaki ni kang wat alasan macam2 plak. Time anak dah beso2 tetiba dia nak anak kecik. Cam no? By now zamani cakap ok dia faham. Dia ok... dia tak kisah. Esok esok plak?

Ppl change... erm....

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails