Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, October 14, 2010

Perihal Pilih Menantu...

Ari ni cerita pasal tawin je la yer... kali ni aku bukan nak aibkan sesiapa... tapi baca blog KakSepinat mmg buat aku senyum tak henti...

Habis la bakal isteri/suami si abang dengan Alesya... mak kamu sangat brutal sekali dalam memilih menantu... wakakak so berhati2 dari sekarang ye... korang baca la. Baca dan faham bukan masuk ikut mata kuar ikut mulut.

Kena ingat mak bapak org tak sama dengan mak bapak kita. Kalau mak bapak kita boleh tahan dengan kita tak bermakna mak apak org lain boleh tahan dengan perangai kita. Hidup umahtangga ni banyak paternnya... tak semua sama. Tapi kena perbaiki supaya org tak mengata. Macam aku, aku sensitip sikit. Org mengata pasal diri kita,umahtangga kita, bole tersentap oooo... tak ada maknanya nak tebalkan muke terima apa org cakap pasal keburukan kita. Malu tau...

Mak bapak mertua saya tidak la sempurna, tapi bab kebajikan anak cucu ni mmg priority diorg. Walaupun mereka tak pernah kisah macammana umahtangga anak2, tapi sesekali bukak mata, fahami perasaan dia sebagai seorg ibu. Sama juga buat suami saya tu. Bukak mata, mak mertua mu sedih bila kamu membiarkan anak dia terkontang kating dan kamu bz main game....wakakak mati tu statement bini dia, ada kena mengena dengan mak mertua dia... ha ha ha...

Aku takut sangat kalau tingkah laku ku ini boleh menyinggung perasaan mak ayah mertua ni. Bukan apa kita nak hidup sebagai keluarga selamanya. Dalam erti kata lain, bila ko dah kawin, mereka automatik jadi mak ayah kita. So suka atau tak kena terima. Kena adil dan saksama. Kadang2 org2 tua ni bukan nak sangat kita mewahkan diorg dengan barang. Cume masa kita tu je... diorg dah tua so masa ni nak spen masa anak cucu. Tapi kalau menantu buat perangai ikut perasaan sendiri, than susah la si suami. Ini mak yang ni isteri. Kan pilih mak, malam kena tido luar. Kan pilih bini plak, mak mogok tak nak masak fav makanan dia... hahah kalau bini pandai superb masak tak pa... kan kan kan? Than anak2 plak jadi tak rapat dengan ahli keluarga sendiri.

Oklah bebel panjang plak... baca la entry kakak Punat... eh Pnut ni...

Ok, saya terbaca satu status akak ni lebih kurang gini le bunyinya akak ni jauh senior dari saya la.. katanya seorang kawannya berpesan kepada anak lelakinya "kalau nak kawen esok carilah isteri yang rajin, pandai mengemas rumah, pandai memasak" pastu ramai mengomen.. wanita yang suruh anak lelaki dia cari isteri rajin dan pandai memasak tu cukup baik kah untuk dapat isteri begitu?Wahhh very the bom jangka kan??

hiks, saya pun cam besa, mulut insuran mahal, jadi tak berapa nak sayang sangat.. eh dalam hal ni jari le.. terus saya komen, "jangan nak cari isteri rajin, pandai masak, pandai mengemas, tapi si lelaki pemalas nak mamp*s, londeh seluar, spender bergulung, bior kat lantai je." WTF What The FUNNY la nak menantu pompuan tip top kena prepare anak jantan tip top juga dak?? tapi betul la kan nak suruh anak lelaki cari isteri complete package, make sure anak teruna awak tu complete package je, tak guna juga takat keja beso, tp ego nak mampos, bak orang kampung saya cakap "no way man, it's not easy"Jangan le saya esok jadi emak macam makcik tu. Ye la..la ni masih muda.. muda ke?? boleh la kondem-kondem orang nak pilih menantu, esok-esok entah-entah tima kita nak bermenantu lagi lorat dari makcik ni.. huii jangan lee.. anak dah la tak ramai, lagi nak pilih-pilih... ishhkk..

Bagi saya bonus la kalau perempuan tu pandai memasak, tapi tak pandai memasak, boleh belajar memasak, tp jangan le malas memasak, hat tu kesian gak anak teman weii maklumlah dia dah besa membesar bagai johan emak dia suka masak-masak.. (suka masak dan pandai masak lain ye, saya tak pandai masak, tapi suka memasak) ni namanya percubaan riak secara merendah diri agar tidak dikeji ramai orang tak pandai masak, tetapi slowly belajar memasak, baru-baru kawen bukan nak masak untuk ramai-ramai org makan, lain le duk ngan mertua, adik beradik ramai.


Kalau baru kawen takat makan berdua, ellehhh ai dulu goreng nasi je memalam. Takkan tu tak leh buat ye dak.. takat-takat, masak ikan/ayam masak kicap, buat sambal belacan takkan tak boleh kot kan?? lelain menu tu pelan-pelan la buat.. bak kata orang kampung saya lagi, better late than never dak? Tapi kalau dah naseb lelaki dapat isteri lawa cun melecun, tapi tak nak goreng ikan, takut terpercik minyak la, tak mau hiris bawang sebab takut kuku rosak ke.. malas nak cuci pinggan, kang tangan kasar.. tu over nama dia. Gamak-gamak tak reti masak pun, koman-koman beli sejenis lauk berkuah, balik tu goreng sayur, goreng ikan, buat sambal telur ke, sweet sour ke, jadi la.. Sekarang internet berlambak resepi gali je, balik try le.

Saya dulu masa tak der bibik semua kerja buat sendiri, tapi Alhamdulillah, ada kerja-kerja yang pakcik gebu tu suka rela buat sendiri elllleehh bukan apa, kita buat dia tak puas hati, dia kan penyakit perfercionist sikit jadi kerja-kerja sidai kain, lipat kain kompem keja dia, dia sidai baju ada aturannya, lipat baju ada standard lipatan dia, dan susunan dia.

Jadi koser saya ikut standard dia, sendiri bikin la. Dah tu, kalau saya sudah masak semua, biasanya longgok je pinggan mangkuk dalam sinki, konon-konon ala-ala kejap-kejap lagi nak basuh, tapi being pakcik tu, mana boleh dia nampak benda berlonggok dalam sinki macam tu, lepas makan dia bereskan sendiri apa dia tak berkenan nampak tu. bagus strategi saya kan


So anak-anak saya syarat dia senang je.. cari isteri/suami anak-anak yatim piatu. hahahah senang tiap kali raya kompem raya kat rumah saya, dah le anak dua orang je, kalau dua-dua balik ruman mertua, mau saya ngan pakcik gebu buat muka tak malu, kami pun pi beraya rumah mertua depa sekalik. harap masin mulut, dapatlah saya menantu lelaki/perempuan anak yatim piatu... besar pahallaaaa buat baik ngan anak yatim.. kan..kan..kan...

****
Veranggan jap kalau dapat suami mcm kak pnut, yang perfecto! Goyang kaki aku... tapi tu la macam aku cakap tak semua sama. Zamani mmg nak tolong but me yang tak suke dia tolong. Bukan la aku perfect tapi lelaki ni kerja tak berseni. Dan aku plak bukan la kata berseni tapi stress aku tengok saki baki dia buat tu ada... hahah last2 ku cakap kat dia... Allowance bagi lebih sikit, you dodok je diam2 i buat kerja umah... yang penting bila malam tu sila layan hambo bak puteri gunung ledang... sebelum tido picit badan... tepuk2 punggung bagi lemak berkurangan... tidokan i sebelum you tido... ha ha ha
Apa pun dalam umahtangga ni, tang kerjaumah ni ada baiknya kalau kita give and take few things. Mcm Zamani dia lepak mcm bos besar sbb kami tak ada anak... ada anak, dia kena bertanggungjawab TENGOK anak sementara bini dia (yakni aku) kemas, memasak, membasuh. Tak susah rasa... tengok je, kalau anak tu nak makan, berak ke apa, kalau rajin buat la, malas bini boleh buat janji lepas tu sila jaga balik anak tu, jangan ko biarkan anak dengan aku terkontang kanting kerjaumah tak siap, anak nak jaga... Sila jangan jadi lelaki bujang ok! Sentisa ingat dah anak, kena pikul tanggungjawab tu sesama. Ok tu aku veranggan je... insya Allah mana tahukan?
Tapi for house cleaning macam mop, bersihkan kipas, basuh toilet, buang sampah, tu mmg zamani buat... Alhamdulilla dia nampak je aku kuarkan mop dia volunteer clearkan barang2 dan mop uma. Cume sapu je gue tak percaya dia... aku rasa mana2 lelaki pun kot... yang nampak je dia sapu, yang tak nampak buat tahu je...
Apapun ini hanya pendapat. Aku pun anak tak ada. Tapi alhamdulilla walaupun penat, umah masih terjaga. Malas nak masak, still boleh makan kat luar. Zamani pun ok... janji tak pernah abaikan keperluan dia, dia ok je tak banyak bunyik... senang nak jaga... hehehe kan?

Saling memerlukan

Rasa2nya dah bole bagitahu ke apa yang aku beli ni tuk pengantin?? Ker pecah lubang? Belasah je la.. buget macam diorg baca plak.

Biasalah lelaki. Mana tahu nak beli2 hadiah nikan? Lagi2 tuk wedding. Zamani selama kawin dengan aku mana nak bagi hadiah suprise2 ni. Tak reti, dia nak cari hadiah suruh aku pilih sendiri. Cheh tak 'gamble' la lu bro... sesekali bagi bini teruja lompat2 macam beruk apa salahnya.Kan kan kan... *mengidam camera* hahahaha.... dush dush... apa jenis pun tak kisah janji bukan pakai kodak yer...

Beli kat Alamanda... tak banyak pilihan. Tapikan aku berkenan la pinggan mangkuk English sytle ni.

So kami pun memilih ini sebagai hadiah tuk pengantin.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nampak tak? Chantikkan? Sangat berkenan kalau ada kat umah. Tapi berdua je. Dah la jarang terima tetamu. Harapan je la....

Tapikannnnn.... Zamani kata tak lengkap. So dia buat konsep pembahagian hadiah. 'Saling memerlukan' pandai je laki aden tu kan? Siap cakap omputeh... tapi aku translate kat sini... kalau tak ada salah satu, tak lengkap. Macam tu la umahtangga.

Cheee cheee wahhhh...

Maka kami beli ini secara asing...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaaa.... you like??? I like babeh!!!

Korang percaya tak, pembalut adiah dengan kad ucapan tuk wedding habis malam tu??? Giler kentang putar la! Ramai bebenor 101010 org kawin. Yerlah tarikh tu pun angkasawan kita kawin jugak. Semua pakat beli hadiah kat Alamanda ke pun?? Haizzzz

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sekarang dah senang. Ada kaunter tuk balut hadiah. Malam tu boleh tahan ramai la jugak. Sementara tunggu laki aden cari pembalut hadiah yang sesuai. Sampai turn aku nak tak nak cakap je la pakai pembalut hadiah parkson...kantoi sudah tahu beli kat manakan? Chet! Kot yer dah tahu 101010 ramai org kawin, beli la stok pembalut hadiah banyak2.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Giler tegaq la aku malam tu... snap gambo... tak pa, adik nak fofular tak??? muah muah muah... macam la popular sangat. Kui kui kui...

Tapi itu konsep kami tuk Zureen dan Francois... 'Saling memerlukan'... yang lawaknya. Berkat tuk majlis kawin mereka...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaa... apa di dalam?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cawan dan telur rebus... biasalah perkahwinan org melayu tak ada telur rebus tak sah! Yang seronoknya ialah bila

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kami dapat benda yang sama tuk door gift wedding mereka... wakakak... Statement Zamani...

"Ini Baru betul... saling memerlukan..."

Chet!!! Anyway ku suke... thanks Zureen and Franscois... Selamat pengantin baru...

Wedding At BoRA OmBaK Ampang

10 10 10... kami laki bini menghadiri majlis perkahwinan kawan opis Zamani. Francois dan Zureen.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pasangan yang sangat sweet. I like! Kelik butang 'i like' sendiri. Muah muah muah. Diorg yang bertunang bulan 7 ari tu... ingat tak aku ada ceritakan? Malas nak cari link. Kalau korang rajin cari la. Gila kijam akukan?

Majlis reseption di adakan di Bora Ombak Ampang.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Majlis nikah dengarnya pagi dan malam reseption bermula jam 8:30 malam. So me and Zamani gerak dari Putrajaya. Ku di paksa oleh suami ku pakai baju raya yang pertama tu. Warna biru. Alamak! kang org kata kita lak kawin. Kui kui kui...

Sekali sampai kawan Zamani tanya, 'Mcm ko lak pengantin...pengantin lama eh'

Blushing Blushing... kan dinda sudah kata kanda.... tapi tak pa, suke je kalau org nak kata kami pengantin baru. Lalalala...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Best oooo... tetamu masuk je, di sambut dengan paluan gong! Dungggg! itu tanda ada tetamu datang. Muah muah muah. Asal time aku sanding tak terpikir sambut tetamu dengan trompet... hahah gila kentang. Tapi mmg best.

Ok gambar tiga di atas adalah hasil colekan dari FB kawan2 pejabat Zamani yang lain. Ni aku ambik dari kawan Zamani CoCo. Tu la Zamani tak mo belikan aku camera! nak beli DSLR... erm tah bila, kalau beli nampaknya mmg nan ado la maknanya aku nak gune,kan? Aku nak beli camera yang comei2. Senang nak ambik gambar masuk blog. Beli yang water prove! walawehhhh happening aku rasa. Tak payah nak susahkan sesiapa selain menyusahkan diri sendiri.

Sbb lepas ni hasil gambar sangat boring. Dah itu je yang ada... layan... jangan banyak bunyik.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mc malam tu... dua2 kawan opis diorg. Syok betulkan kalau ada kawan2 yang baik mcm diorg ni. Tak kisah nak tolong kawan. Lagi best diorg jadi host dari 'sewa' ni. Tak kekok. Plus semua bersahaja and enjoy.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Zoey Kawan zamani jugak sporting nanyi tuk pengantin. Hero! My fav song. Konon lagu tangkap feeling, bila la ada hero nak melamar ni... kui kui kui... itu dulu ler. Idok sekarang, sbb dah dapat.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bahagian jemputan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Meja yang di penuhi oleh kawan kerja... hahaha... ini semua kerja laki aku. Aku just ambik segala gambar tuk di jadikan bahan karangan aku. lalalalala

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mengunakan konsep buffet . Makanan pun ok.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kawan Zamani jugak... hehehe, jadi model jap eh En abang... ok air dia sangat felik. Nak kata sirap rasa ada rasa tembikai. Nak kata tembikai, mcm campuran sikit. Tapi di sebabkan malam tu sangat panas tambah nak bulan mengambang ni, haus sangat. So janji sedap tuk di minum... syorga!!!!

Dalam pukul 9 malam tu, pengantin pun sampai. Sbb bora ombak konsep ala-ala bali,kan? So best pengiring2 semua berkemban... hahahah bukan main laki aku... chewah... lempang muke aku laju2. Dah nama pun best friendkan, lagi pun aku malu nak snap gambo maka aku suruh dia la yang ambik gambo semua. Pastu banyak bunyikkan isteri Zamani ni?Bluek!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tu dia... baju Zureen sangat chantik... erm nak buat gitu la... ngeh ngeh ngeh. Mau gi mana Puan Cida? Pasar borong nak tempah baju gitu?

Jangan pandang ku sebelah mata!!! Heheh tetiba lagu anita sarawak plak! Tapi seyes nice. Kebaya labuh yang di modernkan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sangat best kan? terasa di iring dengan dayang2... I like. Time aku dulu di iringi dengan puteri2 kecik comei. Teringat Aisyah jadi flower gurl tetiba dia berhenti tengah jalan sbb tak dapat nak tengok mak long yang cun di belakang dia...wkaakaka... tak la, tentu di heran kenapa dia jalan depan yang lain ikut dia dari belakang. Sangat kelakar time tu... cute! Eh nak jugak selit pasal majlis sanding dia yang dah basi tu. Wakakaka

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Happy moment!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Selamat pengantin baru...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Meja makan beradap. Pelamin aku tak tahu ada ke tak. Sbb bahagian dalam tak masuk. Tapi mmg cantik deko kat sini. Malam lak ada tarian poco poco. Tak larat la nak tunggu. Aku ok je sbb kerja kul 9 pagi. Yang kesian Zamani la... kerja pukul 5 pagi. Mau koyak mata tahan mengantuk.

Tapikan lately aku perasan jugak la. Zamani kalau dulu tak tido dia ok. Mata dok terang lagi. Tapi sekarang kalau lambat tido, sakit kepala dia menjadi2. Ermmmm cakap bini tak nak dengar, bila sakit macam ni siapa yang susah. Kan? Apa pun ku habiskan entry dengan gambar kami....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cian tak ada org nak tolong ambik gambar... hahah sendiri ambik setelah muncung dengan suami sendiri... hanshem la suami saya... lalalalala.... nak camera! *itu motipnya....*

To Frans and Zureen... Selamat Pengantin Baru. Semoga ikatan kekal ke anak cucu...

Wednesday, October 13, 2010

Bermula jodoh...

Memori... memori... memori...

Tengah dok telek2 gambar kat FB suami ku...

Tetiba aku ternampak gambar ni....




Jeng








Jeng






Jeng






Jeng






Jeng





Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Kawan aku tanya nak kenal tak dengan kawan dia (zamani ler)... aku time tu malu2 kucing... sbb ada boiperen so cinta mati la konon time tu. Uhuhuhu... mulut kata tak nak, tapi tangan ringan tekan butang 'aCcept' kat YM...gedikkan?

Hensem jugak mamat ni... walaupun nan ado rambut... manis... ada muke jahat tak kalau tunjuk gambar ni kat mak apak aku??? Heheh see tak nak tapi otak dah memikioq boleh ke mak apak aku terima mamat ni...

Gambar ni jugak, aku tunjuk is my sister ZY... diakan rajin YM dengan aku. So aku cakap kat Zy, kawan aku nak kenalkan mamat ni kat aku. Bagi Zy tengok. Minta pendapat dia. Kalau dia kata muke jahat! Tak pa ku tolak mentah2... Zy biasalah penasihat terhebat dari dulu sampai sekarang... kutuk org kasi telinga nanah punya. Tapi dia sendiri cakap "this guy is not bad".... yahhhh ku hanya tersenyum. Maka gambar ini di simpan dalam PC opis sekian lamanya.

Than few month... pc opis tukar. Aku leh plak save gambar dia dlm tumb drive. Padahal waktu tu hanya berbual sekali kat YM itu pun kawan aku buat conference.Lepas tu senyap. Dan aku transfer terus gambar ni dalam lappy... still tak tahu apasal aku gedik nak simpan gambar mamat ni...pernah jugak la dulu, time tengah bosan, aku tenung tengok gambar dia (lepas chatting sekali, terus kami diam seketika sbb ku dengar dari kawan aku tu Zamani tengah sibuk bercinta dengan seseorg, so ku buat tak tahu la sbb kawan aku pun agak bengang sbb niat nak pertemukan kitaorg tak menjadi) terdetik jugak la.

'Kan best kalau aku dapat kawin dengan mamat ni. Duduk Shah Alam je pun. Tapi nak buat macammana bukan jodoh ' Itu mmg aku ingat sbb time telek gambar ni kat lapy sempat 'jatuhkan niat' .

Bila dah kenal, bercinta, gambar ni jadi pengubat rindu. Sbb itu aku tak minta gambar nak tengok dia. Sbb gambar dia ada dalam simpanan aku. But bila dah seminggu rapat macam ala-ala nak declare baru la minta gambar banyak2... hahaha. Gila kental! Dan gambar ini jugak adalah gambar pertama aku letak kat blog lama aku dulu... konon buat special entry sbb menjadi penasihat yang terbaek! Padahal ko dah tersangkut...poyo... tapi perempuan maaaa takkan aku nak mula dulukan?

Dia pun tangkap cintan dengan aku sbb gambar aku yang ni... tiga gambar ni aku buat header blog. Cube aku letak gambar aku cincai boncai macam anak 2-3...haram dia nak baca terus...kan kan kan?

Korang sendiri bayangkan tiga gambar ni ku sambung buat header tulis 'Half Blood Princess'

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Hahaha gambar cari makan... Gambar ni gambar aku umur 25 tahun. Mude belia. Baru setat kerja than mengatal beli minyak wangi Lancom terus ada make over. Tu yang perasan cantik terus tayang kot2 ada la org sudi nak buat bini... tambahan plak kisah aku sangat sangat menyedihkan. Blog tempat aku meluahkan rasa sbb tak kawin2 lagi. Tention... bla bla bla... ingatkan reader aku hanya perempuan. Rupanya Sang lelabah (nick Zamani kat alam maya ni) ada baca blog tatak la... sweet tak?

Dia lelaki yang pertama follow blog aku dulu...macam pelik jugak. Bila chatting dia cakap dia baru ikut blog aku and get addicted lak nak baca terus baca... ate hati dah berkenankan? Bukan minat sangat nak baca. Uhuuhu. Ayat je tu... kui kui kui....tapi tak kisah la, janji dah dapat.

Tapi aku rasa sampai sekarang kot Zamani tak tahu gambar tu yang buat aku sangkut dengan dia. Dan yang sangat tak duga, aku sendiri tak tahu kenapa aku leh simpan gambo dia begitu lama. Sbb aku tak delete since kawan aku bagi gambar ni. Pelikkan? Mungkin ini la jodo. Bagai nak rak ko bercinta, tapi kalau Allah kata jodo ko dengan org lain maka dengan org lain la. Apa pun ku sangat bersyukur. Penantian tu berbaloi...

Dan pikir balik... mungkin sama juga pasal anak...Macammana aku sabar menunggu jodo ku... begitu jugak rezeki ku,kan? Insya Allah...korang doakan yer..

Hadiah tuk Tayen

Berapa lama aku tak jumpa Tayen mok tu? sejak mak dia pakai black bery bery ni bukan main upload je gambo anak kat Facebook... tomei2 lak tu aksinya.

Walaupun both of us, me and Fida dah kawin. Bila birthday ke, anniversary ke Fida tak lupa bagi hadiah. maklumlah duit banyak sangat... hahahah jadi sedekah pada kakak adalah satu kewajipan.

Lepas Fida habis pantang, diakan ibu yang selalu nak risau lebih2 pasal anak dia tu. Aku adalah belikan anak dia beg tuk di bawa ke umah baby sister. Comei je beg tu. Boleh la letak pampers dan baju sepasang dua. Sampai sekarang dia bagi Rayyan pakai beg tu ok. Sangat terharu.

So bila Tayen dah pandai berjalan dan bergaya, beg tu terlalu kecik tuk dia. Macam sempit sikit. So mak dia request suruh aku belikan anak dia beg... hahah dia kata dia tahu naluri anak dia. Walaupun anak dia tak pandai cakap. Banyak la ko punya nalurikan.

Tak pa, dia bukan org lain pun, anak buah aku juga.

Sekali tu atuk sudah tahu daaaaa... cucu dia memerlukan beg. So ahad tu, aku laki bini nak gi shopping, ayah dengan ibu nak follow...

Ayah suke tengok beg yang ada roda...kalau perempuan confirm ayah beli beg travel yang roda tukan? Kak nam sikit kalau balik umah atuk atau wan kat Perak boleh seret beg tu. Sbb ayah tahu Rayyan suke tarik2 beg. Ringan tulang sibuk sama nak angkat beg. So atuk kung kung(Tayen called ayah kung kung) belikan Tayen this beg!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Beg ni tuk budak2 darjah 2/3... tapi boleh la buat beg baju nak balik kampung. Idoklah bersatu dengan beg mak apaknya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Boleh letak macam2... baju, pampers, minyak segala benda. Silap2 baju mak ayah dia pun leh letak sini!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Since botol air Tayen 'Hot Wheels' maka 'kung kung' beli sama brand dengan beg. And Kung kung sangat tak sabar tengok cucu dia seret beg tu.

Mak long??? Mak long and pak long belikan Tayen beg ni.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kalau atuk beli tuk balik Putrajaya atau Kuala Kangsar. Mak long beli beg tuk Tayen ulang alik dari umah Tayen ke umah Umi.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Boleh letak susu kat tepi tu... kan?

Bukan itu saja... bila dengar Jam Rayyan dah pecah. Atuk mengelabah nak belikan jam baru tuk Rayyan. Memula ayah nak beli jam macam budak darjah 4 atau 5... yang ada nombor dan jarum jam. Sbb Tayenkan suke pakai jam mak ayah dia. Menangis2 nak pakai jam mak apaknya yang memahal tu. So bila beli jam macam tu nampak la tu betul2 'jam'kan? Tapi sori mak long tak berkenan... terus hasut atuk beli jam ni...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok mak long jadi model jap!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

See... mak long dengan pak long yang teruja... ada torch lite daaa... sekali kuar ben 10... habis semua muke Rayyan suluh nanti... hehehe. Apa pun tak sabar tunggu weekend tengok telatah dia.

Pakai tali pinggang

Ini semua kerja suami ku... ingat open house kami? Import semua dari umah MIL... aku tengok ada penumpang baik punya pakai seat belt... atau dalam bahasa Rayyan The Lion 'Sheet Bek!'








Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Sedar pun bawak kereta macam org mabuk... hehehe... siap pakaikan seat belt bekas nasik ni... aku nak gelak tapi dia tengah seyes... harap2 tak jatuh la bekas nasik tukan. Alhamdulilla selamat sampai umah. Aku risau jugak bekas nasi ni terpelanting je...
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Duduk diam-diam ok... lariksssss

Tuesday, October 12, 2010

Watson card

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Korang ada??? hahaha gila kentang aku ni. Benda ni pun nak kecoh.

Mmg aku nak kecoh. Aku suke shopping barang2 kecantikan (walaupun tak cantik) mcm toiletries, health product, skin care product kat watson. Tak tahu kenapa. Kalau masuk sini mmg ber jam-jam. Beza dengan gurdian. Padahal sama je konsepnya. Tak tahu kenapa. Aku suke sangat telek barang2 kat watson. Kadang2 sajer je buang2 duit pakainya tak pun. Heheh dalam kedekut aku pun bole buang2 duit.

Nak kata murah tak jugak. Nak kata beli barang product "watson" pun tak jugak. Macam tak ada tempat lain. Ehhhh tah la aku sendiri tak tahu kenapa.

Saje suke tengok product skin care. Belinya tak. Tapi suke melihat.

So sekarang ada card VIP watson. Macam point2 la... beli kad berharga RM 12. Dan satu ringgit, satu point. Ha! ko boleh kira berapa riban ko habis kat situ nanti. Senang sikit. Macam jusco kad. Satu hengit satu point. Point aku kat Jay card beribu2. Itu pun nasib baik diorg ada expired point. Kenalah redeem barangkan?. Dulu Jusco card kalau tak redeem tak jadi masalah diorg bring foward je point tu. Sekarang mungkin ramai member kot, kalau tak reedem silap2 diorg boleh beli Jusco tu. Kah kah kah.

Pernah sekali check point, terbeliak mata point aku menjanak sampai ke 30,000 point. Time tu point tak pernah redeem dok collect je. Apa seh aku beli sampai 30 ribu??? Ada member aku plak parents dia punya kad sampai 300,000 point. Perh tukar point to voucher RM 2000 voucher during JJ card. Gila tak gila la. Voucher pun voucher la... value RM 2000 tu.

Tapi of coz la kawan aku tu mak apak dia leh jadi duta Jusco. Sampaikan aisbox, mesin basuh, TV mmg semua borong kat Jusco. Semata2 nak dapat point. Ok aku tak segila tu... hahaha... point aku ari tu pun 30,000 dapat voucher sampai RM 100 pun dah besar rahmat.

Point lain ku tak berminat nak kumpul. Tesco card ke, bonuslink ka, aku tak minat sbb leceh. Yang ni clear cut. Satu point satu henget. Kan senang ko nak monitor. Kan kan kan???

Dan when apply je aku dapat few voucher. Ngeh ngeh ngeh... tuk selected product je. Bole la tuk org yang kedekut macam saya, mmg memerlukan potongan potongan ni. Zamani dok geleng kepala je. Siap pesan kat dia! 'B jangan memandai2 nak beli barang sendiri... nanti beli dengan ayang... ayang nak collect point boleh dapat voucher'

Yer!!! aku nak voucher! tak kisah la vouceher discount ke, voucher duit lagi Alhamdulilla... lepas ni aku confirm discount pun diorg hanya bagi for those yang ada member card je... macam jusco sekarang. Mengila org register member card...sbb apa??? Yang bukan member sila bayar penuh. Dan tuk potongan 20%-70% hanya tuk membership sahaja... teman idok la bodo gitu yer... berbelanja harus bijak. Tapi kalau ko org kaya, beli barang discount ni jatuh standard, maka aku tak leh nak kata apa la... selamat berhabiskan duit anda!lalalalal

Kisah mereka tak abis lagi

Korang leh tengok la kenapa Naufal and Nazmi rapat dengan Zamani. Hanya dia je yang boleh layan budak2 ni. Hopefully kalau ada anak, jangan plak anak ajak main dia buat tak tahu.


Kalau kat shah alam pun, macam ni jugak la dia sakat Aisyah dengan Aliya. Tapi budak2 perempuan ni tak berapa nak berkenan kalau kena kacau. Biasalah perempuan. We all rimas kalau kena kacau2 macam ni. Muah muah muah. Bukan main lagi time bercinta kena kacau dengan dia rela memanjang.


So gambar gegar... ada yang aku tak tahan gelak. Dan sometime ku terkujat bila dengar suara Zamani menjerit dengan suara bebudak tu. Bikin jantung mak long gegar la anak2...


Haiz...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Ini la gupo bebudak ni, mengacau pak long.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Budak2 ni suke main Ultraman dengan Zamani. Kan laki aku father of ultra... Naufal and Nazmi mmg minat gila Ultraman. Tu yang sorang jadi 'Tiga' sorang lagi jadi 'Dyna' yang laki aku lak volunteer jadi raksasa... so kena 'fire' pengsan la...ini jalan ceritanya...ahahaha. Akukan director


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Ada ultraman serang macam ni?? hahaha


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Boleh plak tido eh?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Serang!!!!! hahahah dengan mak long terkujat sama wokeh.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Naufal sebelum balik siap buat pesanan penaja "Bye Uncle... nanti Aufal dtg lagi eh?"

Bebudak ni mmg kitaorg jarang jumpa. Kalau tak ada apa-apa jumpa setahun sekali bila raya. Zamani mmg suke kalau main dengan budak2 lelaki ni. Buat bebudak jadi buas. Yang perempuan dia suke kacau2 je... suka sangat dengar budak2 berbunyik! merengek!

Budak- Budak sekarang

Meh aku kenalkan... dua beradik yang comei lagi bijak. Anak sepupu aku,si abang nama

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Naufal Fariz.

Dan yang adik nama Nazmi Fais, tapi dia gelarkan diri dia BABY... sampai besar la nama tu lekat yer Baby... comeikan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ari sabtu tu, lepas balik kerja pergi Putrajaya. Tido umah ibu. Bebudak ni ada... Ya ampunnnn laki aku melangkah masukje umah, tak sampai 5 minit suara bebudak ni dah dengar satu taman. Memula aku tak endah sangat. Tapi mmg gamat la... apa je diorg main sampai tergelak terjerit macam tu... rupanya Pak long volunteer jadi raksasa... sedap la diorg smack down, kejar, pukul pak long. Sampai Zamani sembunyi, Naufal dengan Nazmi berlari kat dapur.

"Mak long... uncle mana?"

"Uncle mana?"

"Alaaa uncle yang datang dengan mak long."

"OOo pak long? kan dia kat depan?"

"Tak ada pun" Lari cari pak long Zamani... bingit telinga aku...

But fun. Bebudak tu jumpa BUDAK BESAR. Happy la. Ajak main macam2.

Dah penat main tetiba si Nazmi selongkar handbeg mak dia. Semua macam pelik tetiba dia cakap kat Zamani

Nazmi :- Untel Tejap tabik tambar...(Uncle kejap, nak ambik gambar)

Yer dia pelat... heheheh umur baru 3 tahun. Kitaorg tak dapat nak catch apa dia cakap sbb dia cakap laju. Hahah ambik hanfon mak dia nak ambik gambar Zamani? Hahahah... nasib baik fon mak dia kong! Seboleh2 dia nak ambik gambar. So kitaorg hulurlah handfon kitaorg sbb dia mula naik hangin fon tak leh on.

Happy kejap.

Nazmi :- Untel bangun...

Zamani :- Wat apa?

Nazmi :- Untel bangun ar... baby nak tambik tambar untel...

Comei gila dia suruh Zamani bangun sbb dia nak ambik gambar. Laki aku layannnn

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ada gaya ni

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Memula tu mmg susah. Tapi bebudak sekarang ni cepat sangat belajar.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tengok adik bz ambik gambar. Yang si abang pun haruslah join adik.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ambik gambar mak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ambik gambar mak and ayah.

Gegar pun gegar la. Budak! what do u xpect them to be? Professional? Blog mak long semua mak long layan. Sebagai kenangan kot mana tahu satu ari nanti dah besar korang boleh baca dan tengok hasil kerja korang... hahah mak long buget tak sedor diri. Tak ada makna diorg nak baca blog mak long yang penuh tragis dan emosi... wakakak tetiba.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kak Mira.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nazmi belajar tuk snap gambo. Credit to Kak Mira yang berjaya snap gambar ini.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hanset aku payah sikit compare to Zamani punya fon. Dan hasil gambar diorg ni, adalah seperti di bawah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mak long dan pak long

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yeah yeah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sesungguhnya kalau aku ada anak, boleh la aku latih dia ambik gambo... senang kerja omaknya. Apaknya apa lagi... saving dari sekarang, kot kita ada anak, boleh beli camera canggih tuk anak kita... lalalalal bukan apa, membantu omaknya menjalankan kerja sebagai blogger ketegaq! Muah muah muah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails