Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, November 19, 2010

Genap setahun

Aku tak pedulik apa korang nak kata... tapi izinkan aku berkongsi apa yang aku rasa selama ni... aku tak kisah korang nak kata aku meraih simpati atau apa sekali pun... tapi aku rindu padanya...

Every day...

Every minute....

Every Second....

Nama Aryssa walaupun bukan di bibir tapi di hati kami di tetap bersemadi. Terkilan sbb semalam adalah masa yang sesuai tuk aku memberi hadiah buatnya tapi di sebabkan aku 'belum bersih' so mata hanya pejam sedekahkah Fatihah tuknya... dan aku sangat sangat sangat rindu pada dia...

Aku tak tahu nak cakap hari ini hari apa... hari kelahiran atau hari kematian? Hari yang patut ku kenang sebagai hari yang bahagia atau hari yang penuh duka? atau patut ku ingat tarikh ini dia terpisah dari ku? i dont know...

Jika dia sihat membesar pasti aku adalah org pertama yang sibuk merancang sambutan pertamanya... sama seperti ibu2 lain...pasti aku sibuk uruskan baju apa yang patut di pakai... juadah apa yang patut di beri pada tetamu... cari tetamu2 kecil tuk sambut walaupun dia MUNGKIN belum mengerti.

But its just a dream... aku ingat aku boleh harung semua ni macam biasa... act normal... tapi aku tak boleh... 11. 15 pagi 19 Nov 2009... satu kelahiran yang tiada tangisan... tiada nyawa... hanya tangisan aku... pelukan keluarga bukan ucapan tahniah... tapi takziah. Melihat tangisan lelaki yang aku cintai bukan tangisan kegembiraan kerana menyambut kelahiran anak, tapi menguruskan dia kembali ke tempat asalnya...

Adakah aku melayan perasaan? Macammana aku nak lupakan 'pemergiannya' kalau kehadirannya ku tunggu selama ini? Permergian yang tak pernah terlintas di minda sbb she doing well 2 week before she gone. Kami tak henti berbual tentang dia... apa lagi setelah kami tahu jantinanya... kami pilih nama buatnya... dan lepas dua minggu dia tiada... bayangkanlah perasaan itu...Tapi aku redha... redha dengan permergiannya. Mungkin kami terlalu gembira dan lupa bahawa dia pinjaman dari Allah. Mungkin kami lupa tuk bersyukur semenjak dia dianugerahkan kepada kami...Hanya Allah tahu apa yang di rancangkan buat ku...

Apa pun... terima kasih atas ingatan dan doa... Insya Allah di sebalik apa yang berlaku, ada khimah yang kita tak nampak. Tapi aku bersyukur kerana Allah ingin menunjukkan bahawa aku ada suami, keluarga dan teman yang tak putus2 doakan untuk aku dan suami. Insya Allah... Aryssa tidak akan lupa akan doa dan ingatan kalian...

Al- Fatihah....

19 Nov 2008

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Title :- kuih dari sabah… apa namanya?

Kalau kat Melaka, kuih ni panggil telinga India... (bahasa yang agak sopan sikit la). Tapi yang ini sepupu Shaiful yang isteri dia tinggal kat Sabah bagi... rasa sama je, cume pelik diorg goreng...

Ini Fav kuih aku jugak la... kalau org Melaka tahu la kot... mmg sedap sangat.Diorg kata nak sedap goreng lagi sbb diorg goreng setengah masak... hahah akak tak pedulik, kat Melaka tk bergoreng pun... sodap... ni pun sodap!

Anyone tahu? Bagi tahu aku yeh... Deqna? Gi Sabah jumpa tak kuih ni?! Bentuk dia tak pun macam telinga India... asal org melaka begitu kejam!?Ngeh..ngeh...ngeh... rusuhan kaum betul la!Uhuhu.... anyway jemput lihat je yek.


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

NAN ADO ENTRY

Happy Birthday Ana Nur 'Azizi

Stiky Note For Today!


happy



Ok di sebabkan kak ipor nan ado kerja... maka buat ler entry... tuk adik ipor... onbehalf abang Jamani akak...



To anyah A.K.A Mr Ana...

Selamat Hari Jadi... Semoga Panjang umur dan murah rezeki selalu... enjoy ur days with your kids.... and ku saljikan persembahan abang dan adik2 mu... wakakaka...



Yang Baju merah of coz Zamani... yang biru ateh (very stail - Lo) dan hijau heheheh fifi lakan? hehehe larikssss.... persembahan tuk hari anda... sila gelak dan senyum. Kot diorg nak buat balik umah nanti... additional hadiah tuk hari ini... ngeh nghe ngeh


~habis aku rentung kena bako dengan laki aku...ngeh ngeh ngeh... but darling its cute... darling ku yer bukan ku panggil dia darling, terbeliak mata che ta. Heheheh ~

Thursday, November 18, 2010

LAdy D yang terluka...

Lady D terluka... agak parah... Actually dia tak parah mana... poket tuan dia je yang parah. Ngeh ngeh ngeh...

Malam jumaat lepas, kan aku sakit. So Zamani and Zawawie balik klang... (pak teh butakan mata je la yer tengok umah kak long yang bersepah2 tu,uhuhu) patutlah aku rasa dia lambat balik. Kuar pukul 9 malam balik dalam pukul 12. Nasib baik aku sakit time tu. So tak la nak cari pasal. Hahaha... tak kose nak call ke apa sbb mmg sakit tahap mintak nyawa. Uhuhuhu....

Balik2 Zamani cek suhu badan aku, itu yang aku terjaga. Kan aku batuk macam nak tercabut anak tekak... so malas nak tanya banyak2. Padahal nak ku tanya je mana dia pergi. So dia macam dapat lak baca apa dalam Hotak aku nikan... dia kata tayar kereta dia meletop...

Ha! how come? Kereta tu tak sampai 6 bulan pun... maka aku dengar je la cerita dia... ermmm nasib badankan...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Keadaan lady D yang tanpa 'kaki'

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tayar tu mmg tak leh nak buat apa dah... original set sekali pasang RM 160 satu... ehem ehem kalau beli hanbeg pun bagus... motip? nak handbeg baru nak handbeg baru....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Di sebabkan tayar jenama ni nan ado... mmg tak ada stok (mau tak ko pakai jenis tayar A, ko gi cari kat kedai jenis tayar B... confirm la tak ada) . Tapi bagus jugak. Murah RM 130 jerk. Bunga tayar masih elok tapi sayang mmg tak leh pakai. Siap tokeh cina tu buat lawak tanya kami kalau nak bawak balik tayar ni, ambiklah buat tanam bunga... haiz...yer la baru pakai 5 bulankan? So apa la sangat nak hausnya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tayar baru... Lady D dah dapat kaki baru...hati2 bila gunekan yer en Zamani... habis peluang aku nak beli handbeg baru...haizzzz.... apakah??? hahaha

Qayyum dah botak....

Sesi pengondolan kepala Qayyum... pak long dengan abak tak leh buat... sbb kata tok mama kena org yang rambut lebat sbb nanti 'mengekor'. So dalam ramai2 tu pak cik Fifie yang rambut lebat.

Tapi betul jugak... Yayan Tanaji sampai berapa bulan wei rambut nan ado... hahah atas kerja pak long... kih kih kih...risau mak apak dia... botak comei apa???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kasi smack down itu Qayyum... hehehe

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tengok rambut dalam mangkuk tu boleh tahan lebat...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Abak memujuk bila Qayyum dah setat busan... heheheh

18 Nov 2008 and 18 Nov 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Title :- Aktiviti minggu @ Prima Pelangi

Ni namanya, nak ambik credit dari mak mertua.... lariksssss....

Kul 9 baru bangun, itu pun kitaorg terjaga bila Pidah dengan Shaiful kuar bilik diorg... akak maintain kuak lentang kat sofa tu... muahahah ~ buruk perangai...

Shaiful terus kuarkan semua rak yang nak di pasang.... wahhhh teruja aku... mmg aku suke tengok org drill ni...

"Aduh along ni, kamera tu mmg melekat kat tangan ke?" Ahh baru tahu ke?!

Shaiful pasang rak pinggan mangkuk dulu.... dek kerana pemasangan ini membuatkan activiti menyiapkan sarapan tergendala.... tak pa buat...buat...

Than pasang paku tuk sangkut rak kat bilik air.... inilah bilik air aku... sanggup aku beli rak tu oooo... ngeh...ngeh...ngeh. Susahlah sbb aku ni kalau mandi oOoooo semua aku bawak... 1001 barang kalau boleh masuk aku bawak masuk bilik air ni. So susah kalau tak ada rak nak letak barang.

Dah tu pasang rak tuk letak barang-barang dapur...maklumlah ruang kecikkan? so kenalah letak rak tuk letak barang2... kabinet ful of pinggan mangkuk.

So hasilnya....

Ok dia pasang banyak tapi aku malas nak ambik gamba... hahah banyak kerja aku nak buat... kerja apa? Tengok TV! muahahah

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Title :- Self update

Still in ward 2A Putrajaya... baby tak kuar lagi... lamakan? aku tak tahu kenapa contraction aku lambat sangat...
  • Isnin 16 Nov @ 6.30 am
Nurse kejutkan aku... bangun tuk induse... so pergi ke bilik belakang bilik aku... mengigil, Zamani kat luar temankan aku sampai pintu masuk sahaja... kaki tangan ku menggigil... doktor suruh baring... kain di selak... dan ubat di masukkan... 2 bijik... lepas masuk aku di suruh rehat sejam, tak leh gerak sbb takut ubat jatuh.
Sakit jangan cakap la... mengigil aku... kasar tul doktor ni...masuk bilik je terus baring... kat situ je dah mamai... masuk bilik je tetiba aku dengar ada bacaan... aku pandang Zamani... dia diam je tengok TV... aku ke je yang dengar? Adakah maut memanggil? Zamani pandang aku bila tengok aku tengok dia semacam..

Zamani :- Naper yang? Sakit?

Aku :- B dengar tak tu?


Boleh pulak laki aku buat muke pelik... ah sudah... mmg aku je ke yang dengar bacaan ayat ni?

Zamani :- Dengar apa?


Aku :- Tu???


Zamani:- Apa? Orang baca doa?


Lega hati aku dengar...

Aku :- Dengar jugak ar?


Zamani gelak....

Zamani:- Ayang ni suke pikir bukan2.... tak ada apa-apa la sayang


Dalam tempoh tu, tiada contraction jugak...mungkin sbb ni anak pertama, laluan pintu rahim masih lagi tertutup rapat... sikit pun tak terbukak...

JAm 2.30 petang, masuk ubat induse tuk kali ke dua... Masya Allah punya la sakit... sama jugak, doktor suruh jangan gerak2.... tapi kul 3 diorg kasi aku pain killer... tell uolzz... ubat tu sangat kuat membuatkan aku mamai 2 hari kat sepital ni... dia inject dari kul 4 sampai kul 8 aku baru sedar... aku tak tahu apa yang berlaku dlm bilik... org dtg pun aku tak sedar...

  • Selasa 17 Nov @ 6.30 am
Bayangkan kesan ubat tak hilang lagi... sakit nakbersalin tak jugak rasa, sakit lain lak... doktor cucuk aku untuk letak tiub air, tapi salah cucuk bole? urat aku tak lurus tapi dok jugak ko cucuk... dan dia cucuk kat tepi tangan... tapi bengkak... darah tak putus berhenti, sampai bengkak tangan aku... nurse sampai bukak sbb pegang lengan je dah menjerit sakit...

Pagi tu ubat kali ke 3 masuk... dan sejam macam biasa tak leh gerak... Tuhan je tahu, contracton dah terasa, tapi pintu rahim stil tak bukak... Tuhan je tahu macammana sakitnya aku rasa... tangisan dah tak ada dah... anak ku masih lagi tak mahu keluar dari tubuh ini... mcmmana ibu sayangkan Aryssa, macam tu jugak Aryssa... tak tahu la apa sbbnya... sekali lagi aku di suntik... tak sedar sampai la ke tengahri.

Itu pun bangun tuk makan, nurse dtg nak cucuk ubat tahan sakit sekali lagi... adehhh tunggu la aku makan dulu... bole tak? aku minta nurse dtg kul 2 lepas aku makan, lagi pun kul 12 org melawatkan... so tak sedap la nak tido.

Kul 2.30 petang aku di panggil... masuk ubat kali ke empat... doktor seluk lagi... kali ni mmg tak ada belas kasihan... TAHAN!!TAHAN... sorg je doktor yang usap lutut aku, sabar puan... kita nak tengok pintu rahim puan dah bukak ke lum... sabar yer...

Aku menangis tahan kesakitan... sorg dok menolak dan doktor sorg lagi tekan perut ke bawah... aduiiiii Tuhan je tahu sakitnya...

Doktor A :- Saya dengar awak tak nak ambik injection tahan sakit... kenapa?


Aku :- Bukan saya tak nak... saya baru tido doktor... nurse nak cucuk saya...


Kesan ubat tu tak sampai 5 minit... mmg kuat la... tengok macam cerita drama lak... inject je terus tido....
mcm tu la aku...

Lepas tu masuk bilik rehat... aduhhh anak ibu kuar la... sampai bila Arrysa nak duduk dlm tu? Jasad
Aryssah ibu dengan abak kena uruskan... dan ibu tak nak mereka lakukan sesuatu yang boleh menghancurkan jasad Aryssa nanti...

Mausk je bilik kena suntik... tido lagi... hari tido sedunia aku rasa dlm masa 3 hari ni... sampai lemah longlai badan aku... nak jalan pun tak larat... dengar suara org melawat, tapi nak bukak mata tak leh... kesan ubat yang aku rasa sangat kuat...

Dua akak nurse yang sama pengalaman dengan aku shiff malam... diorg la yang temankan aku... diorg cakap time diorg masuk ubat sampai 3 kali dah keluar... tapi aku 4 tak keluar... haizzz... akak tu suruh aku minta maaf dengan suami, ibu dengan ayah... mana tahu ada salah, mungkin senang sikit nak beranak...diorg la jaga aku malam semlam... best sikit la dr nurse2 lain ni... bertukar pengalaman buat aku rasa sikit tenang la... tak la aku stress sangat.

Dan hari ni aku duduk makan tido... esok mereka akan bagi ubat yang kuat lak... doalah yer semoga tiada apa-apa yang berlaku... dan harap segalanya di permudahkan... insya ALLAH...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Happy Birthday Abak!

STIKY NOTE FOR TODAY!



selamat ulang tahun

To abak....
Selamat Hari jadi yang ke 58... Semoga abak panjang umur dan di murahkan rezeki selalu. Tiada ucapan yang istemewa cume kami harap abak gembira hari ini... sambut birthday makan 'keputat' ooooo.... kan raya ari ini? jeng jeng jeng....

Abak kami sayang abak... terima kasih atas doa dan bantuan abak selama ini tuk kami suami isteri...


I dont mean to be rude... just to make abak smile... heheh anak2 tucing yang represent the AnaS... hahahah larik... yang kat atas tu of coz Ijat...lalalala.... tomei...

Happy birthday Abak!

Wednesday, November 17, 2010

17 Nov 2008

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Title :- Me…. So sad

Sedih gila aku rasa... org gila pun tak akan rasa sedih macam aku...

Ari Sabtu tu waktu nak gi kerja, kucing2 aku buang tebiat ok! Yak Yak merata tempat... yang bestnya sekor2 macam dengki tau... tak yak yak kat pasir tapi tepi pasir meaning kat lantai la... mak aku dah bising, bersih najis si dia ni, sekor lagi buat businees betul2 depan mata mak aku... macam dengkikan? Mak dengan anak2... tah apa kenatah... dah la semua Yak Yak cair... mungkin sakit perut kot...

Aku naik bengang, pastu cakap "Buang la semua ni!!!! menyusahkan betul!" Aku terus gi kerja...

Masih dlm marah... aku call mak aku, bising dia tak habis lagi dok kata penat and sakit kaki... aku terus sms Pidah yang kebetulan ada kat umah aku sabtu tu...

"Buang semua kucing sebelum aku balik!" Riaknya aku cakap... tengah sakit hatikan...
"Ye! Baik! Memang!" Pida reply alah2 version Doremon cakap la...

One hour macam tu dpt sms dr Didi...

"Along Kucing semua dah buang..." Aku terima sms tu terus menangis! OMG apa yang aku dah buat?

Aku call mak aku, mak aku kata tak tahu buang kat mana... semua dia serahkan kat Shaiful... buang la mana pun... tetiba hati aku sayup sangat... kejamnya aku! Kalau aku tak kuarkan arahan tu, mungkin dia tak berani nak buang... and i cried macam nak mak ilang anak ok!

Pujuk ati... kesian mak aku,kan... nak bersihkan najis diorg macam tak ada kerja lain... pastu nak kena tengok satu2 tempat... padahal dah train diorg baik punyeeee.... dah besar macam dengki jekan?

Aku nangis kat opis, aku nangis kat umah... yo akakkan cengeng! Bukan macho macam korg gambarkan... tetiba terpikir asallah aku ni emosi sangat... diorg hanyalah binatang... nama pun binatang, kalau bijak gune akal, jadilah manusia, kan?!

Balik umah aku macam berkabung sunyi. Didi mogok, ayah tetiba jadi emosi... (well we know he also tak agree buang kucing2 tu, cume ego jelahkan lepas geram kat aku, ibu dengan didi). Aku dah bengkak mata. Bila diorg tanya cakap tak sihat... wei... sampai badan aku panas ok demam... OMG! Nak nangis lagi...

My mom pulak dok letak semua barang kucing kat luar... alah tahu dia tak sanggup nak tengok...
Malam lak masing2 dok cerita padal how much we miss Pumba, Zazu, Kouvo.... Qiara the mother kita dah menyampah... sbb dia la ajar anak dia Yak Yak merata... some more bunting lagi! Bad mother! Cerita2 masing2 nangis... tragik tul family aku ni kan? wakakak... but ini lah keluarga kami... tetiba baru teringat kucing tu rezeki... Alhamdulilla susah macam mana pun, sesak macam mana pun kami, ada je rezeki yang dtg... mungkin sbb itu jugak satu zakatkan, tolong jaga diorg....

And that nite! We decided to stay umah Pidah sbb semua dah rindu kucing2 tu...

Miss them!

NOTA KEPALA :- Sori tak ada gambar... emosi tergangggu... tengok gambar diorg pun dah sedih macam apa je... sob...sob...sob


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nan Ado Entry

Tuesday, November 16, 2010

Parah

Hujan di luar...

Esok raya... tapi aku kat opis ok. Hehehe... apakah???

Banyak sangat MC....cukup2 la. Kesian kat bos tu. Rindu nak panggil akukan? Selalu terpikir pasal mak kat umah masak sengsorang. Tapi Ijat dah bercuti, plus ada sedara baru kat umah so aku tak bimbang sangat. Elehhhh selama ni pun bukan membantu pun. Menyemak dapur mak je. Hahahah... poyos akukan?

Ok... badan masih lemah. Actually bukan lemah apa.Lemah sbb datang bulan ni je. Sedih la. Kedatangan bulan penuh kali ni macam lebih menyakitkan. Sampai demam2... malam tak leh nak tido. Aizzz.... payah tau. Ekceli bulan ni delay 6 hari peyed... ku sangka mengandung tapi buat test negetive. Hampa? Erm sendiri pk la... aku dah malas nak recall.

Than aku try few traditional medicine. Nak kecut rahim ada, nak bagi tenaga ada, nak banyakkan telor ada, semua aku try. End up??? Period cycle lari... lari je tak pa. Sakitnya meninggalkan kesan ooooo. Sian abang Jamani korang. Mengadap akak... emosi tak tentu. Nak marah je. Sakit jangan cakap. Ubat synflex dah tak jalan rasanya. Masuk hari ke dua, period stop. Macam nak gila rasa. Sakit sengugut tak ilang lagi, dia stop plak...

Mengadu kat ibu, hambik bebelan sebakul. Kata aku gatal. Gatal menda. Kita ikhtiar.... kan kan kan. Tapi sendiri makan diri. Period delay. Than sakit teruk. So perintah ibunda, dia suruh aku stop all the medicine. Mungkin badan aku tak cukup kuat nak tampung ubat2 tu... dengan erti kata lain manja. Ini tak leh itu tak leh. Jamu, dan akar2 kayukan panas. So mungkin sbb tu jugak la asik jatuh sakit. Kesannya bukan itu aje ok... aku rasa reseptor aku pun problem.

Nafsu makan mmg tak leh nak cakap la... nak makan itu ini, bila dah mengadap putus selera.

Deria bau aku pun jadi sesuatu... bau minyak wangi tu aku bau sampai aku rasa macam nak muntah sbb busuk sangat.

Mabuk...dan nak tido sahaja...

Ha! hebat tak?? Seyes aku tak main2, dah ghupa org mengandung dahkan? But im not. Emosi jangan la cakap. Nak marah, nak menangis. Semua ada... Gila takkan menopos lakkan? Aku baru je 30 wokeh...

Aku gi jugak klinik to check kenapa period aku delay sbb aku tak pernah delay mmg tepat 28 days. Doktor cakap sbb faktor hormon dan umur. Terdiam seketika. Mungkin nak sedapkan ati aku? may be....

But apa yang aku lalui menjadi pengajaran buat aku... cukuplah... mmg aku nak sangat anak but i guess i need to stop la sbb aku tak nak memudaratkan diri. Rasanya baik aku ikut nasihat doktor lagi elok kot. Ikut proper medication. Mungkin aku mmg tak sesuai nak try benda traditional ni. Tak sanggup aku mengadap sakit je. Mcm nak mati je rasa ok.

Kalau korang baca status FB and twitter, korang mesti tertanya kenapa. Nak buat kerja mmg tak leh. Buat2 kerja la dengan mengerjakan FB dan twitter. Rasanya aku tawakal je la lepas ni. Mungkin masa belum ada lagi so redha.

Hadiah tuk ibunda

Lagi pasal Aisyah????

LAyannnn dah itu je ceritanya...tapi kali ni nak cerita pasal mak si Aisyah lak...

Dapat hadiah??? KAmi tak nampak pun masuk pertandingan apa-apa?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

JAngan ko lihat Che Ta nan ado mata... ambik ko tempat pertama... apa dalamnya???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Seyes aku tak tahu apa ke bendanya ni... tapi jangan tak tahu .... mahal oooo harge hadiah ni...

Mana aku tahu?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dont play play ok!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sori terpaksa buat macam ni... kang TB daulat tunjuk aurat... heheheh ampunnnn kak ngah iyo.... tapi comeil la dia bergaya dengan hadiah yang dapat... berbaloiiii.... mcm minyak wangi... tapi tah, minyak wangi ler kot.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Yehhhh cube cari mana Aisyah Farhana??? Sila teka...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aliya tak tercalon dalam apa-apa kategori tapi tak pa la kasi chan dia pakai barang kak long... ngeh ngeh ngeh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails