Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, November 20, 2010

20 Nov 2008 and 20 Nov 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Title ;- Kucing ke beruk?



~Ni zazu~

Lihat sahaja apa yang dia buat pagi ni! Zazu bikin Mummy sakit jantung la....

Ko ni momyet ke kucing? Aku pun tak tahu macammana dia naik atas bumbung tu... eksen lak tu...bukan main kau cat walk kat atas tu... sampai aku panggil boleh buat lawak memain... piat telinga tu zazu baru tahu...

Puas jugak nak suruh dia turun, tapi tak mo...

Mak aku jerit, lintang pukang dia lari... sebelah umah jiran aku, umah cine bela anjing... dia boleh nak jenguk nak cari gaduh dengan anjing tu.... hahah dia gongong (yer ke ayat ni) je mencicit zazu lari...

It take 10 minit nak turun... sengal! perangai macam beruk tak leh duduk diam...*kan mummy dah bising!
Eh korg bosan ek cerita kucing?! Hahah... tapi aku suke.... layannnnn....


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

{Alo alo kanda Zamani... ingat pada entry ini?? Yer entry di mana di kau mula tersangkut dengan ku... chewah... ermmm 20 Nov la yer org kata chinta pandangan pertama... baru la dia mula mengenali aku... adoiiii nak tunggu 20 Nov punya cerita terpaksa korang mengadap cerita2 aku yang busan??? ini saat dia baca entry aku... aku pun tak tahu time ni... hahah aku paksa korang baca sampai hujung bulan yer??? Harap maklum aku copy paste je semua entry ni... suke tak suke mengadap la yer... lalalala}


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Title :- ummm

Nak tulis apa eh? otak dan pkiran aku kosong sekarang ni... rasa tak ada apa yang tinggal hanya kesedihan... dan doa seorg ibu buat anaknya...

Semalam contraction mula after letak ubat... doktor tukar ubat... contraction yang sangat sakit... Zamani pun tak tentu arah... sampai diorg terpaksa cek pintu rahim kat ward... sbb aku tak boleh nak bangun... rasa nak berak pun ada, rasa nak terkencing pun ada, rasa perut nak meletup pun ada... cecair darah makin banyak (sori aku tak tahu term medical ni... so maaf yer kalau bunyiknya feliks)...

Aku tak tahan, lepas sorang demi sorang selok kat bawah ni... doktor tu cakap dah rasa kepala... nak plak confirm suruh nurse lak selok...

Baru bukak 1 cm... at least nak kuarkan baby 4cm... sbb Aryssa stil kecik...terjerit2 aku tahan sakit... yang aku tak tahan bila doktor arahkan bukak salur pintu rahim... bayangkan nurse tu masuk 3 jari... godeh2 nak kasi besar... aku tak cakap lucah yer... ini yang berlaku semalam... dan aku tak segan jerit... mana sakit perut, yang bawah pun sakit... yang diorg cakap hanya sabar...

Bila diorg dah tolong bukak jalan, aku mula tak sedap... terus doktor arahkan aku masuk ward bersalin. Tapi aku kena buang air besar... 2 botol macam air sabun tu masuk ke bahagian dubur... tambah lagi sakit.... siksa aku rasa... sampai aku rasa banyak sangat dosa aku sampai ini yang Tuhan beri... yer la org kata nak bersalin ni bertarung nyawa... mmg la... aku rasa nak mati... pandangan kabur... badan tak kuat... aku sakit hati jugak sbb zamani tak di benarkan masuk... dok arahkan dia bersedia call sedara semua, sbb baby nak kuar... habis aku di tinggalkan dengan nurse2... tahu la kerajaan... kuar dr toilet di arah naik katil yang tolak tu... dengan panjat katil yang tinggi... bayangkan aku dah sakit... adoiii...

Dah naik time tu nak cucuk salur ubat... Tuhan.... ha baru la aku tahu kenapa org jerit2... mmg sakit sangat... kalau aku bayangkan mmg ngeri sangat... tangisan aku jeritan aku dah tak terkuar dah...

Bila nurse tolak aku ke ward bersalin, boleh lak di henti2... dok berbual2... aku rasa nyawa di hujung tanduk je... dalm lift air ketuban aku pecah... sumpah aku mmg terkejut... tapi bukan air ketuban sbb air ketuban akukan dah kering... so yang kuar darah... mcm meletup gitu... mengigil aku... nurse bole buat tak tahu, walaupun aku jerit baby nak kuar... saya dah rasa dahhhhh... sbb time tu aku ingat baby dah kuar...dlm hati aku cakap, habis hancur anak aku! sbb mcm belon korang letak air, korg hempas... ha pecah macam tu... mmg aku ingat Aryssa dah hancur dah... bole nurse tu bual2... adoiiii

Bila aku cakap mcm tu, dia selak selimut... tengok darah banyak, dia terus tolak aku cepat2... suruh aku kepit kaki... aku mcm... kepit kaki???

Tetiba aku rasa ada benda kuar dr kemaluan aku... OMY... apa lak yang kuar??? Aku tak teran aku biarkan... perasaan aku time tu... tah... aku happy... aku rasa anak aku lahir... tapi kembali sedih sbb dia dah tak ada... dlm hati tetap berdoa... nangis la Aryssa... nangis la... tapi aku tahu semua itu tak mungkin terjadi...

Bilik bersalin penuh, bole? Diaorg masukkan aku kat bilik surau... tapi macam makmal sikit la... time tu aku rasa lega sangat... aku rasa Aryssa lentuk di pehaku... anakku... cume ibu tak mampu bangun tuk melihat mu... lepas tu lega sangat... hilang sakit... doktor dengan nurse pun bole terdiam asal aku senyap... datang sorg lagi doktor sempat tanya keputusan result anak siapa tah... yang sorg lagi sempat ambik order tuk makan tengahari bole? Aku bit frust la dengan mereka...

Bila diorg bukak selimut dan kain, bagi tahu aku lak... baby you dah kuar... alahai... kata baru bukak 3 cm je... bule???? Asal bukak 10 cm baru nak gelabah ubi?

Doktor angkat aryssah... aku tak dpt tengok dia... sbb lepas kuarkan uri, aku terus pening, perut dengan pinggang aku sakit... bisa Tuhan je tahu... Ya Allah aku rasa mmg nyawa aku nak di ambik... yang bengang lepas masukkan ubat kecutkan rahim, aku rasa nak muntah... aku jerit panggil nurse dan doktor hampir setengah jam, bayangkan dengan keadaan lemah.... tak ada org dtg... padahal aku dengar je suara kat luar tu...

Than dtg seorg nurse... aku bagi tahu aku nak muntah, dia bagi plastik... bila aku tanya anak aku, diaorg kata dah di bawa tuk mandi... aku minta diorg carikan ibu... sbb aku perlukan seseorg... memula nurse tu berat nak panggil... aku dah tak tahan...

I need someone... tak ada org kat bilik ni!!! panggil mak atau suami saya! Tolong!

Aku tahu Zamani uruskan Aryssa... so aku minta ibu temankan.Ibu datang aku terus nangis... bisa perut tak hilang lagi... sampai aku minta di suntik ubat tahan sakit... padahal setengah jam sblm contraction tu diorg dah cucuk dah... aku minta jugak sbb tak tahan...

2 jam aku terlelap... sepanjang tu la ibu temankan aku... ibu bagi tahu nurse suruh ibu tunggu kat luar tapi ibu tak nak sbb dia cakap tak ada org yang jaga aku, dan kalau aku bangun aku pasti cari mak aku...which is true la...

Than aku terus masuk ke ward... suasana pilu... baru aku sedar aku tak cium Aryssa... aku tak tatap muke anak ku... aku tak peluk dia... dia dah di bawa jauh dari aku... masuk ward ayah lak bercerita...

Aryssa puteh... ikut aku... muke, mata semua ikut along, tok li cakap ada khimahnya Tuhan ambik dia, sbb kalau dia dah besar dah tentu dia jari rebutan org, lawak tak menjadi ayah! lagi dia cakap macam tu lagi la sayu hati aku... ibu pun tak dpt tengok... dia jugak nangis... aku lagi la... buat2 tido padahal hati aku sedih dan pilu... handfon aku tak ada... nak sangat buat 3g waktu tu... nak tengok sangat Aryssa tapi Tuhan dah tetapkan tak ada rezeki tuk aku cium dah peluk anak yang aku kandungkan selama 6 bulan tu...

Hanya doa mengiringnya di sana... dlm kul 6 semua balik ke hospital... Zamani terus peluk aku... Fidah, Ijat dan Hasra... sesungguhnya akhirnya aku terpisah dari anak ku...

Zamani terus bisikkan kalimah dan zikir ke telingaku... eshhh boleh hilang pertimbangan kalau aku rasa dia tak buat macam tu... aku rasa nak lari je nak melawat kubur anak aku time tu jugak! Tapi zamani minta aku istifar... bila aku istifar aku berpijak kembali di bumi yang nyata... rezeki yang Tuhan berikan hanya setakat ini sahaja.... terima cida... terima.... segala dah selamat...

Dan semalam aku mulakan malam tanpa Aryssa... sepanjang 6 bulan ku tahu dia berada bersama ku... semalam dia telah kembali ke tempat asalnya... air mata terus mengalir... sedekahkan dia Fatiha setiap kali u ingatkan dia... pesan suami ku...dan malam tadi lepas makan ubat tahan sakit aku terus tido... jam 3 pagi aku bangun sbb terjaga bunyi tangisan bayi kat ward sebelah... sedih aku rasa... macammana Aryssa di sana... keseorg? Tapi aku tahu... dia tak keseorgan... Tuhan lebih menyayangi dia, sbb itu dia di jemput...
Ya Allah... aku tak putus meminta kau lindungi dia... pelihara la dia... doaku tetap bersamanya... dia tetap di hati aku, di hati Zamani sbb dia pengikat kasih aku dan Zamani... kehadirannya mengeratkan hubungan kami suami isteri , pemergiannya juga megeratkan kasih sayang suami ku yang tak henti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ku... aku percaya apa yang berlaku ada khimahnya...

Terima kasih pada semua... Fidah, Ijat, awie, fifi dan hasra kerana menyempurnakan jenazah aryssa... she wont forget you...

And Aryssa... ibu akan tetap ingat aryssa sampai bila-bila...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, November 19, 2010

Genap setahun

Aku tak pedulik apa korang nak kata... tapi izinkan aku berkongsi apa yang aku rasa selama ni... aku tak kisah korang nak kata aku meraih simpati atau apa sekali pun... tapi aku rindu padanya...

Every day...

Every minute....

Every Second....

Nama Aryssa walaupun bukan di bibir tapi di hati kami di tetap bersemadi. Terkilan sbb semalam adalah masa yang sesuai tuk aku memberi hadiah buatnya tapi di sebabkan aku 'belum bersih' so mata hanya pejam sedekahkah Fatihah tuknya... dan aku sangat sangat sangat rindu pada dia...

Aku tak tahu nak cakap hari ini hari apa... hari kelahiran atau hari kematian? Hari yang patut ku kenang sebagai hari yang bahagia atau hari yang penuh duka? atau patut ku ingat tarikh ini dia terpisah dari ku? i dont know...

Jika dia sihat membesar pasti aku adalah org pertama yang sibuk merancang sambutan pertamanya... sama seperti ibu2 lain...pasti aku sibuk uruskan baju apa yang patut di pakai... juadah apa yang patut di beri pada tetamu... cari tetamu2 kecil tuk sambut walaupun dia MUNGKIN belum mengerti.

But its just a dream... aku ingat aku boleh harung semua ni macam biasa... act normal... tapi aku tak boleh... 11. 15 pagi 19 Nov 2009... satu kelahiran yang tiada tangisan... tiada nyawa... hanya tangisan aku... pelukan keluarga bukan ucapan tahniah... tapi takziah. Melihat tangisan lelaki yang aku cintai bukan tangisan kegembiraan kerana menyambut kelahiran anak, tapi menguruskan dia kembali ke tempat asalnya...

Adakah aku melayan perasaan? Macammana aku nak lupakan 'pemergiannya' kalau kehadirannya ku tunggu selama ini? Permergian yang tak pernah terlintas di minda sbb she doing well 2 week before she gone. Kami tak henti berbual tentang dia... apa lagi setelah kami tahu jantinanya... kami pilih nama buatnya... dan lepas dua minggu dia tiada... bayangkanlah perasaan itu...Tapi aku redha... redha dengan permergiannya. Mungkin kami terlalu gembira dan lupa bahawa dia pinjaman dari Allah. Mungkin kami lupa tuk bersyukur semenjak dia dianugerahkan kepada kami...Hanya Allah tahu apa yang di rancangkan buat ku...

Apa pun... terima kasih atas ingatan dan doa... Insya Allah di sebalik apa yang berlaku, ada khimah yang kita tak nampak. Tapi aku bersyukur kerana Allah ingin menunjukkan bahawa aku ada suami, keluarga dan teman yang tak putus2 doakan untuk aku dan suami. Insya Allah... Aryssa tidak akan lupa akan doa dan ingatan kalian...

Al- Fatihah....

19 Nov 2008

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Title :- kuih dari sabah… apa namanya?

Kalau kat Melaka, kuih ni panggil telinga India... (bahasa yang agak sopan sikit la). Tapi yang ini sepupu Shaiful yang isteri dia tinggal kat Sabah bagi... rasa sama je, cume pelik diorg goreng...

Ini Fav kuih aku jugak la... kalau org Melaka tahu la kot... mmg sedap sangat.Diorg kata nak sedap goreng lagi sbb diorg goreng setengah masak... hahah akak tak pedulik, kat Melaka tk bergoreng pun... sodap... ni pun sodap!

Anyone tahu? Bagi tahu aku yeh... Deqna? Gi Sabah jumpa tak kuih ni?! Bentuk dia tak pun macam telinga India... asal org melaka begitu kejam!?Ngeh..ngeh...ngeh... rusuhan kaum betul la!Uhuhu.... anyway jemput lihat je yek.


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

NAN ADO ENTRY

Happy Birthday Ana Nur 'Azizi

Stiky Note For Today!


happy



Ok di sebabkan kak ipor nan ado kerja... maka buat ler entry... tuk adik ipor... onbehalf abang Jamani akak...



To anyah A.K.A Mr Ana...

Selamat Hari Jadi... Semoga Panjang umur dan murah rezeki selalu... enjoy ur days with your kids.... and ku saljikan persembahan abang dan adik2 mu... wakakaka...



Yang Baju merah of coz Zamani... yang biru ateh (very stail - Lo) dan hijau heheheh fifi lakan? hehehe larikssss.... persembahan tuk hari anda... sila gelak dan senyum. Kot diorg nak buat balik umah nanti... additional hadiah tuk hari ini... ngeh nghe ngeh


~habis aku rentung kena bako dengan laki aku...ngeh ngeh ngeh... but darling its cute... darling ku yer bukan ku panggil dia darling, terbeliak mata che ta. Heheheh ~

Thursday, November 18, 2010

LAdy D yang terluka...

Lady D terluka... agak parah... Actually dia tak parah mana... poket tuan dia je yang parah. Ngeh ngeh ngeh...

Malam jumaat lepas, kan aku sakit. So Zamani and Zawawie balik klang... (pak teh butakan mata je la yer tengok umah kak long yang bersepah2 tu,uhuhu) patutlah aku rasa dia lambat balik. Kuar pukul 9 malam balik dalam pukul 12. Nasib baik aku sakit time tu. So tak la nak cari pasal. Hahaha... tak kose nak call ke apa sbb mmg sakit tahap mintak nyawa. Uhuhuhu....

Balik2 Zamani cek suhu badan aku, itu yang aku terjaga. Kan aku batuk macam nak tercabut anak tekak... so malas nak tanya banyak2. Padahal nak ku tanya je mana dia pergi. So dia macam dapat lak baca apa dalam Hotak aku nikan... dia kata tayar kereta dia meletop...

Ha! how come? Kereta tu tak sampai 6 bulan pun... maka aku dengar je la cerita dia... ermmm nasib badankan...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Keadaan lady D yang tanpa 'kaki'

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tayar tu mmg tak leh nak buat apa dah... original set sekali pasang RM 160 satu... ehem ehem kalau beli hanbeg pun bagus... motip? nak handbeg baru nak handbeg baru....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Di sebabkan tayar jenama ni nan ado... mmg tak ada stok (mau tak ko pakai jenis tayar A, ko gi cari kat kedai jenis tayar B... confirm la tak ada) . Tapi bagus jugak. Murah RM 130 jerk. Bunga tayar masih elok tapi sayang mmg tak leh pakai. Siap tokeh cina tu buat lawak tanya kami kalau nak bawak balik tayar ni, ambiklah buat tanam bunga... haiz...yer la baru pakai 5 bulankan? So apa la sangat nak hausnya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tayar baru... Lady D dah dapat kaki baru...hati2 bila gunekan yer en Zamani... habis peluang aku nak beli handbeg baru...haizzzz.... apakah??? hahaha

Qayyum dah botak....

Sesi pengondolan kepala Qayyum... pak long dengan abak tak leh buat... sbb kata tok mama kena org yang rambut lebat sbb nanti 'mengekor'. So dalam ramai2 tu pak cik Fifie yang rambut lebat.

Tapi betul jugak... Yayan Tanaji sampai berapa bulan wei rambut nan ado... hahah atas kerja pak long... kih kih kih...risau mak apak dia... botak comei apa???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kasi smack down itu Qayyum... hehehe

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tengok rambut dalam mangkuk tu boleh tahan lebat...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Abak memujuk bila Qayyum dah setat busan... heheheh

18 Nov 2008 and 18 Nov 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Title :- Aktiviti minggu @ Prima Pelangi

Ni namanya, nak ambik credit dari mak mertua.... lariksssss....

Kul 9 baru bangun, itu pun kitaorg terjaga bila Pidah dengan Shaiful kuar bilik diorg... akak maintain kuak lentang kat sofa tu... muahahah ~ buruk perangai...

Shaiful terus kuarkan semua rak yang nak di pasang.... wahhhh teruja aku... mmg aku suke tengok org drill ni...

"Aduh along ni, kamera tu mmg melekat kat tangan ke?" Ahh baru tahu ke?!

Shaiful pasang rak pinggan mangkuk dulu.... dek kerana pemasangan ini membuatkan activiti menyiapkan sarapan tergendala.... tak pa buat...buat...

Than pasang paku tuk sangkut rak kat bilik air.... inilah bilik air aku... sanggup aku beli rak tu oooo... ngeh...ngeh...ngeh. Susahlah sbb aku ni kalau mandi oOoooo semua aku bawak... 1001 barang kalau boleh masuk aku bawak masuk bilik air ni. So susah kalau tak ada rak nak letak barang.

Dah tu pasang rak tuk letak barang-barang dapur...maklumlah ruang kecikkan? so kenalah letak rak tuk letak barang2... kabinet ful of pinggan mangkuk.

So hasilnya....

Ok dia pasang banyak tapi aku malas nak ambik gamba... hahah banyak kerja aku nak buat... kerja apa? Tengok TV! muahahah

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Title :- Self update

Still in ward 2A Putrajaya... baby tak kuar lagi... lamakan? aku tak tahu kenapa contraction aku lambat sangat...
  • Isnin 16 Nov @ 6.30 am
Nurse kejutkan aku... bangun tuk induse... so pergi ke bilik belakang bilik aku... mengigil, Zamani kat luar temankan aku sampai pintu masuk sahaja... kaki tangan ku menggigil... doktor suruh baring... kain di selak... dan ubat di masukkan... 2 bijik... lepas masuk aku di suruh rehat sejam, tak leh gerak sbb takut ubat jatuh.
Sakit jangan cakap la... mengigil aku... kasar tul doktor ni...masuk bilik je terus baring... kat situ je dah mamai... masuk bilik je tetiba aku dengar ada bacaan... aku pandang Zamani... dia diam je tengok TV... aku ke je yang dengar? Adakah maut memanggil? Zamani pandang aku bila tengok aku tengok dia semacam..

Zamani :- Naper yang? Sakit?

Aku :- B dengar tak tu?


Boleh pulak laki aku buat muke pelik... ah sudah... mmg aku je ke yang dengar bacaan ayat ni?

Zamani :- Dengar apa?


Aku :- Tu???


Zamani:- Apa? Orang baca doa?


Lega hati aku dengar...

Aku :- Dengar jugak ar?


Zamani gelak....

Zamani:- Ayang ni suke pikir bukan2.... tak ada apa-apa la sayang


Dalam tempoh tu, tiada contraction jugak...mungkin sbb ni anak pertama, laluan pintu rahim masih lagi tertutup rapat... sikit pun tak terbukak...

JAm 2.30 petang, masuk ubat induse tuk kali ke dua... Masya Allah punya la sakit... sama jugak, doktor suruh jangan gerak2.... tapi kul 3 diorg kasi aku pain killer... tell uolzz... ubat tu sangat kuat membuatkan aku mamai 2 hari kat sepital ni... dia inject dari kul 4 sampai kul 8 aku baru sedar... aku tak tahu apa yang berlaku dlm bilik... org dtg pun aku tak sedar...

  • Selasa 17 Nov @ 6.30 am
Bayangkan kesan ubat tak hilang lagi... sakit nakbersalin tak jugak rasa, sakit lain lak... doktor cucuk aku untuk letak tiub air, tapi salah cucuk bole? urat aku tak lurus tapi dok jugak ko cucuk... dan dia cucuk kat tepi tangan... tapi bengkak... darah tak putus berhenti, sampai bengkak tangan aku... nurse sampai bukak sbb pegang lengan je dah menjerit sakit...

Pagi tu ubat kali ke 3 masuk... dan sejam macam biasa tak leh gerak... Tuhan je tahu, contracton dah terasa, tapi pintu rahim stil tak bukak... Tuhan je tahu macammana sakitnya aku rasa... tangisan dah tak ada dah... anak ku masih lagi tak mahu keluar dari tubuh ini... mcmmana ibu sayangkan Aryssa, macam tu jugak Aryssa... tak tahu la apa sbbnya... sekali lagi aku di suntik... tak sedar sampai la ke tengahri.

Itu pun bangun tuk makan, nurse dtg nak cucuk ubat tahan sakit sekali lagi... adehhh tunggu la aku makan dulu... bole tak? aku minta nurse dtg kul 2 lepas aku makan, lagi pun kul 12 org melawatkan... so tak sedap la nak tido.

Kul 2.30 petang aku di panggil... masuk ubat kali ke empat... doktor seluk lagi... kali ni mmg tak ada belas kasihan... TAHAN!!TAHAN... sorg je doktor yang usap lutut aku, sabar puan... kita nak tengok pintu rahim puan dah bukak ke lum... sabar yer...

Aku menangis tahan kesakitan... sorg dok menolak dan doktor sorg lagi tekan perut ke bawah... aduiiiii Tuhan je tahu sakitnya...

Doktor A :- Saya dengar awak tak nak ambik injection tahan sakit... kenapa?


Aku :- Bukan saya tak nak... saya baru tido doktor... nurse nak cucuk saya...


Kesan ubat tu tak sampai 5 minit... mmg kuat la... tengok macam cerita drama lak... inject je terus tido....
mcm tu la aku...

Lepas tu masuk bilik rehat... aduhhh anak ibu kuar la... sampai bila Arrysa nak duduk dlm tu? Jasad
Aryssah ibu dengan abak kena uruskan... dan ibu tak nak mereka lakukan sesuatu yang boleh menghancurkan jasad Aryssa nanti...

Mausk je bilik kena suntik... tido lagi... hari tido sedunia aku rasa dlm masa 3 hari ni... sampai lemah longlai badan aku... nak jalan pun tak larat... dengar suara org melawat, tapi nak bukak mata tak leh... kesan ubat yang aku rasa sangat kuat...

Dua akak nurse yang sama pengalaman dengan aku shiff malam... diorg la yang temankan aku... diorg cakap time diorg masuk ubat sampai 3 kali dah keluar... tapi aku 4 tak keluar... haizzz... akak tu suruh aku minta maaf dengan suami, ibu dengan ayah... mana tahu ada salah, mungkin senang sikit nak beranak...diorg la jaga aku malam semlam... best sikit la dr nurse2 lain ni... bertukar pengalaman buat aku rasa sikit tenang la... tak la aku stress sangat.

Dan hari ni aku duduk makan tido... esok mereka akan bagi ubat yang kuat lak... doalah yer semoga tiada apa-apa yang berlaku... dan harap segalanya di permudahkan... insya ALLAH...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Happy Birthday Abak!

STIKY NOTE FOR TODAY!



selamat ulang tahun

To abak....
Selamat Hari jadi yang ke 58... Semoga abak panjang umur dan di murahkan rezeki selalu. Tiada ucapan yang istemewa cume kami harap abak gembira hari ini... sambut birthday makan 'keputat' ooooo.... kan raya ari ini? jeng jeng jeng....

Abak kami sayang abak... terima kasih atas doa dan bantuan abak selama ini tuk kami suami isteri...


I dont mean to be rude... just to make abak smile... heheh anak2 tucing yang represent the AnaS... hahahah larik... yang kat atas tu of coz Ijat...lalalala.... tomei...

Happy birthday Abak!

Wednesday, November 17, 2010

17 Nov 2008

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Title :- Me…. So sad

Sedih gila aku rasa... org gila pun tak akan rasa sedih macam aku...

Ari Sabtu tu waktu nak gi kerja, kucing2 aku buang tebiat ok! Yak Yak merata tempat... yang bestnya sekor2 macam dengki tau... tak yak yak kat pasir tapi tepi pasir meaning kat lantai la... mak aku dah bising, bersih najis si dia ni, sekor lagi buat businees betul2 depan mata mak aku... macam dengkikan? Mak dengan anak2... tah apa kenatah... dah la semua Yak Yak cair... mungkin sakit perut kot...

Aku naik bengang, pastu cakap "Buang la semua ni!!!! menyusahkan betul!" Aku terus gi kerja...

Masih dlm marah... aku call mak aku, bising dia tak habis lagi dok kata penat and sakit kaki... aku terus sms Pidah yang kebetulan ada kat umah aku sabtu tu...

"Buang semua kucing sebelum aku balik!" Riaknya aku cakap... tengah sakit hatikan...
"Ye! Baik! Memang!" Pida reply alah2 version Doremon cakap la...

One hour macam tu dpt sms dr Didi...

"Along Kucing semua dah buang..." Aku terima sms tu terus menangis! OMG apa yang aku dah buat?

Aku call mak aku, mak aku kata tak tahu buang kat mana... semua dia serahkan kat Shaiful... buang la mana pun... tetiba hati aku sayup sangat... kejamnya aku! Kalau aku tak kuarkan arahan tu, mungkin dia tak berani nak buang... and i cried macam nak mak ilang anak ok!

Pujuk ati... kesian mak aku,kan... nak bersihkan najis diorg macam tak ada kerja lain... pastu nak kena tengok satu2 tempat... padahal dah train diorg baik punyeeee.... dah besar macam dengki jekan?

Aku nangis kat opis, aku nangis kat umah... yo akakkan cengeng! Bukan macho macam korg gambarkan... tetiba terpikir asallah aku ni emosi sangat... diorg hanyalah binatang... nama pun binatang, kalau bijak gune akal, jadilah manusia, kan?!

Balik umah aku macam berkabung sunyi. Didi mogok, ayah tetiba jadi emosi... (well we know he also tak agree buang kucing2 tu, cume ego jelahkan lepas geram kat aku, ibu dengan didi). Aku dah bengkak mata. Bila diorg tanya cakap tak sihat... wei... sampai badan aku panas ok demam... OMG! Nak nangis lagi...

My mom pulak dok letak semua barang kucing kat luar... alah tahu dia tak sanggup nak tengok...
Malam lak masing2 dok cerita padal how much we miss Pumba, Zazu, Kouvo.... Qiara the mother kita dah menyampah... sbb dia la ajar anak dia Yak Yak merata... some more bunting lagi! Bad mother! Cerita2 masing2 nangis... tragik tul family aku ni kan? wakakak... but ini lah keluarga kami... tetiba baru teringat kucing tu rezeki... Alhamdulilla susah macam mana pun, sesak macam mana pun kami, ada je rezeki yang dtg... mungkin sbb itu jugak satu zakatkan, tolong jaga diorg....

And that nite! We decided to stay umah Pidah sbb semua dah rindu kucing2 tu...

Miss them!

NOTA KEPALA :- Sori tak ada gambar... emosi tergangggu... tengok gambar diorg pun dah sedih macam apa je... sob...sob...sob


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nan Ado Entry

Tuesday, November 16, 2010

Parah

Hujan di luar...

Esok raya... tapi aku kat opis ok. Hehehe... apakah???

Banyak sangat MC....cukup2 la. Kesian kat bos tu. Rindu nak panggil akukan? Selalu terpikir pasal mak kat umah masak sengsorang. Tapi Ijat dah bercuti, plus ada sedara baru kat umah so aku tak bimbang sangat. Elehhhh selama ni pun bukan membantu pun. Menyemak dapur mak je. Hahahah... poyos akukan?

Ok... badan masih lemah. Actually bukan lemah apa.Lemah sbb datang bulan ni je. Sedih la. Kedatangan bulan penuh kali ni macam lebih menyakitkan. Sampai demam2... malam tak leh nak tido. Aizzz.... payah tau. Ekceli bulan ni delay 6 hari peyed... ku sangka mengandung tapi buat test negetive. Hampa? Erm sendiri pk la... aku dah malas nak recall.

Than aku try few traditional medicine. Nak kecut rahim ada, nak bagi tenaga ada, nak banyakkan telor ada, semua aku try. End up??? Period cycle lari... lari je tak pa. Sakitnya meninggalkan kesan ooooo. Sian abang Jamani korang. Mengadap akak... emosi tak tentu. Nak marah je. Sakit jangan cakap. Ubat synflex dah tak jalan rasanya. Masuk hari ke dua, period stop. Macam nak gila rasa. Sakit sengugut tak ilang lagi, dia stop plak...

Mengadu kat ibu, hambik bebelan sebakul. Kata aku gatal. Gatal menda. Kita ikhtiar.... kan kan kan. Tapi sendiri makan diri. Period delay. Than sakit teruk. So perintah ibunda, dia suruh aku stop all the medicine. Mungkin badan aku tak cukup kuat nak tampung ubat2 tu... dengan erti kata lain manja. Ini tak leh itu tak leh. Jamu, dan akar2 kayukan panas. So mungkin sbb tu jugak la asik jatuh sakit. Kesannya bukan itu aje ok... aku rasa reseptor aku pun problem.

Nafsu makan mmg tak leh nak cakap la... nak makan itu ini, bila dah mengadap putus selera.

Deria bau aku pun jadi sesuatu... bau minyak wangi tu aku bau sampai aku rasa macam nak muntah sbb busuk sangat.

Mabuk...dan nak tido sahaja...

Ha! hebat tak?? Seyes aku tak main2, dah ghupa org mengandung dahkan? But im not. Emosi jangan la cakap. Nak marah, nak menangis. Semua ada... Gila takkan menopos lakkan? Aku baru je 30 wokeh...

Aku gi jugak klinik to check kenapa period aku delay sbb aku tak pernah delay mmg tepat 28 days. Doktor cakap sbb faktor hormon dan umur. Terdiam seketika. Mungkin nak sedapkan ati aku? may be....

But apa yang aku lalui menjadi pengajaran buat aku... cukuplah... mmg aku nak sangat anak but i guess i need to stop la sbb aku tak nak memudaratkan diri. Rasanya baik aku ikut nasihat doktor lagi elok kot. Ikut proper medication. Mungkin aku mmg tak sesuai nak try benda traditional ni. Tak sanggup aku mengadap sakit je. Mcm nak mati je rasa ok.

Kalau korang baca status FB and twitter, korang mesti tertanya kenapa. Nak buat kerja mmg tak leh. Buat2 kerja la dengan mengerjakan FB dan twitter. Rasanya aku tawakal je la lepas ni. Mungkin masa belum ada lagi so redha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails